Home Novel Cinta CINTA KAU DAN AKU
Bab 55

Setelah balik dari membeli barang di pekan, Irdina duduk di pangkin di bawah pohon mangga yang tidak berbuah. Selalunya di situlah dia selalu melepak kalau di siang hari kerana dari situ dia boleh nampak pepohon hijau dan juga kolam ikan milik ayah. 

Irdina membelek telefon bimbitnya untuk melihat waktu. Pukul 5 petang...waktu begini Hariz selalunya baru sahaja tamat bekerja. Mungkin lelaki itu tengah berkemas untuk pulang ke rumahnya pula. Jadi, Irdina membatalkan hasrat untuk menghantar mesej. Nanti petang sikitlah, omelnya sendiri. 

"Assalamualaikum...assalamualaikum, Pak Lan, oh Pak Lan..."

Cepat-cepat Irdina mencapai tudung yang tadinya ditanggalkan. Isk, serabutlah mamat ni, hari-hari datang sini, aku nak lepak-lepak pun tak senang, kumat kamit mulut Irdina membebel.

"Errr...Dina..ayah awak ada? Ni ada pisang goreng abang beli tengah jalan. Boleh makan sambil sembang-sembang.."

Sebaik sahaja Irdina  menoleh, lelaki bernama Nazmi itu menegurnya. 

"Mak....ayah mana? Ni, anak kesayangan ayah cari.."

Tanpa segan silu Irdina memerli lelaki itu. Riak wajah Nazmi nampak terkejut tetapi kemudian dia tersenyum. 

"Ayah kau pergi jenguk lembu kat 'baruh' tu. Sekejab lagi baliklah. Tunggulah dulu Mi, tak lama dah nak balik dah tu," sahut emak dari dalam dapur.

"Baiklah Mak Som, saya tunggu.."

Irdina bangun ingin beredar.

"Tunggu..boleh abang cakap sikit dengan Dina..kalau Dina tak sibuk la.." ujar Nazmi berhati-hati. 

Irdina duduk semula. Nazmi duduk di kerusi tidak jauh dari kolam ikan. 

"Dina mengajar kat mana? Maksud abang, Johor kat mana?"

"Macam mana tahu saya mengajar kat Johor..ni mesti ayah yang cakap kan.."

"Ya, sebab abang ada tanya ayah Dina hari tu.."

"Ulu Tiram."

"Oh..kalau tak silap abang, tak jauh dah dengan Kota Tinggi..kan?"

Nazmi mencuri pandang perempuan di hadapannya itu. Manisnya awak, Dina! Isk, tak malu tengok anak dara orang!

"Ya, tak jauh dah."

"Dah berapa lama Dina mengajar situ? Eh, kita jarang terserempak kan. Last, masa umur Dina 13 tahun.."

"Eh, do i know you?"

Irdina mengerutkan dahi. Dia pernah kenal ke dengan abang kepada Nazman ini? Kalau tak silap dia cuma kenal dengan Nazman yang merupakan pelajar kelas keempat di sekolah menengah dulu manakala Irdina pula di kelas pertama.

"Dina langsung tak ingat abang? Abang yang tolong Dina masa basikal Dina terbalik, masa tu Nazman yang sengaja tolak. Alah, masa tu kan nak naik bukit jalan yang selepas kita lalu jambatan yang tak sempurna tu. Sekarang ni jambatan tu dah tak guna dah.."

Irdina mengerutkan dahi dan cuba memerah otak. Kenapalah dia tak mampu nak mengingati perkara-perkara yang lalu..

"Oh....ya..ya..Dina baru ingat..abang ke tu? Dina tak kenal sangat sebab abang pun tak..."

"Tak glamour kat sekolah? Dina nak cakap tu ke? Hehehe..abang memang tak glamour macam Nazman sebab abang fokus pada study je. Lepas PMR, abang dapat result bagus terus dapat MRSM, lepas SPM abang dapat tawaran Maktab Perguruan. So, sebab tu lah kita pun jarang terserempak."

"La, yeke! Orang bijak ni, MRSM lepas tu dapat pulak buat pendidikan selepas SPM, mesti result SPM power." 

Irdina memberi pujian ikhlas dari hatinya. Dia tidak menyangka Nazman mempunyai abang yang sangat berbeza sikap dan pencapaian. 

"Tak adalah power sangat pun. Boleh lah..Dina lepas SPM dapat tawaran ke mana?"

Nampaknya Nazmi semakin selesa berbual dengan Irdina. Begitu juga dengan Irdina. Mungkin kerana dua-dua adalah pendidik, jadi jiwa hampir sama...hehehe..

"Dapat matriks..Kulim, lepas tu dapat UTEM.."

"UTEM ada pendidikan ke?"

"Oohh.. tak..buat Degree je kat situ..lepas tu apply GSTT, kerja dalam beberapa tahun, dapat offer buat DPLI, lepas tu interview dan posting.."

"Ohh..gitu rupanya. Yelah kan, jalan hidup masing-masing berbeza tapi tak apalah akhirnya jadi cikgu juga kan. Memang minat ke?"

"Cita-cita pertama masa sekolah rendah..lepas tu cita-cita berubah mengikut keadaan. Lastly, jadi cikgu jugak..dah takdir kan.."

"Yelah, dah takdir.."

"Wah, nampaknya dah rancak berbual ni. Jadi ayah tak payah nak kenen-kenen kan lagi lah ya.."

Ayah muncul tiba-tiba di depan mereka berdua yang rancak berbual. Irdina memuncungkan mulut. Ayah ni.....



Previous: Bab 54
Next: Bab 56

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Melissa Lee