Home Novel Cinta CINTA KAU DAN AKU
Bab 45

"Awak nak makan apa Dina?"

Hariz merenung Irdina meminta jawapan.

"Saya dah makan roti tadi. Malam ni saya memang tak nak makan yang heavy. Awak tu yang kena makan. Sakit nanti, salahkan saya pulak.." 

Perli Irdina. Wajahnya masih selamba dan dia cuba menahan diri dari merenung lelaki itu. Sejujurnya dia rindu sangat tapi memikirkan hal yang sebelum ini, Irdina tidak mahu terus memberi lelaki itu harapan. Harapan yang dia belum tentu dapat tunaikan. 

"Adik, bagi abang Nasi Goreng Cina ya. Air Horlick suam."

"Akak?" 

Pelayan bertanya Irdina.

"Air suam satu."

"OK."

"Awak....kenapa dengan awak...??

Hariz memanggung kepalanya cuba merenung anak mata Irdina. Irdina memandang ke arah lain. 

"Saya ada buat salah ke sampaikan awak tak nak cakap dengan saya dah?"

"Ni saya dah cakap kan dengan awak kan. Nak saya layan awak macam mana lagi?"

"Tak lah, sebelum ni bukan kah kita dah OK? Tapi lately awak macam nak larikan diri dari saya je.."

"Saya busy.."

Itu jawapan yang paling selamat, fikir Irdina. Hariz mengeluh perlahan. Alasan tu, macam tak berapa boleh pakai sebab dia sendiri pun busy juga.

"Tapi takkanlah sampai tak boleh nak angkat telefon, atau nak reply mesej..saya dulu tak buat awak macam tu kan..memang saya jarang mulakan dulu tapi kalau awak call atau mesej, tak pernah saya tak reply kan...dulu..masa kat U."

"Entahlah Hariz.."

"Maaf, kalau susahkan awak. Temankan saya makan, sedangkan awak sendiri pun tak nak makan. Lain kali saya makan seorang diri je. Nak buat camana, dah nasib badan.."

Irdina mencuri pandang dengan ekor matanya. Bunyi macam sedih je..betul ke? Macam tak percaya je..fikir Irdina.

"Awak tak rindu saya?"

"Saya tak layak rindu awak!" 

Satu keluhan yang berat dilepaskan Irdina. Hariz terpinga-pinga. Kes apa pula kali ni?

"Kenapa pulak awak cakap macam ni? Saya ada cakap apa-apa yang dah lukakan hati awak ke? Rasa macam tak ada je..pening saya fikirkan di mana silap saya.."

"Awak tak ada salah, awak baik sangat...sebab tu saya cakap saya tak layak untuk awak."

"Tak layak kenapa? Dari segi apa yang awak maksudkan?" 

Hariz masih kebingungan. Apa maksud Irdina sebenarnya. 

"Banyak segi. Saya banyak kekurangan yang saya rasa awak tak  dapat nak lengkapinya. Kekurangan saya banyak sehingga satu hari nanti awak akan nampak saya sangat tidak sempurna untuk awak."

"Aduh, complicated nya ayat awak. Berpusing-pusing macam kepala saya sekarang.Awak straight to the point je sudah, Dina." 

Dalam lembut kata-kata Hariz, ada ketegasan di situ. Kerana dia benar-benar tidak memahami maksud sebenar kata-kata Irdina. 

"Tak apalah, nanti awak akan faham juga. Makanlah, nasi favourite awak dah sampai. Kesian awak, dari tengahari lagi tak makan."

"Kalau dari mula-mula saya mesej awak tadi awak setuju temankan saya kan, saya tak adalah kena gastrik kan.."

Irdina senyum nipis, cuba menyedapkan hati lelaki di hadapannya itu. Melihat Hariz berselera makan, hatinya nyata lega....


Previous: Bab 44
Next: Bab 46

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Melissa Lee