Home Novel Cinta CINTA KAU DAN AKU
Bab 20

"Siapa Dina?"

Sebaik sahaja Ameer melabuhkan duduk di kerusi sekembalinya dari tandas, dia terus ditembak dengan soalan itu.

"You geledah handphone I?"

"Soalan I you belum jawab lagi. Siapa Dina?" 

Aliya mencekak pinggang. Nasib baik pelanggan tidak ramai di restoren petang itu. Jika tidak, pasti Ameer berasa malu dengan karenah Aliya. Tadi Ameer kelam - kabut ke tandas kerana perutnya meragam sehingga tidak sempat mengambil telefon bimbit yang diletakkan di atas meja makan.

"Kawan I. Kawan biasa je."

"Kalau kawan biasa, kenapa you merayu-rayu dia, minta maaf la ape lah. You ada sembunyikan apa-apa kat belakang I kan!"

Aliya terus menuduh. Sakit hatinya membaca mesej Ameer terhadap seorang perempuan bernama Dina di Messenger. Tidak disangkanya tunangnya itu curang kepadanya. Tarikh nikah tinggal 3 bulan sahaja lagi, tergamak Ameer memujuk rayu perempuan lain. Api cemburunya terus meluap-luap.

"I dah kawan lama dengan dia. Dah 10 atau 11 tahun dah. Sebelum you datang dalam hidup I lagi. Takkan lah semata-mata you dah jadi tunang II kena putus kawan dengan dia."

"Kawan apa macam tu? Kalau macam tu I pun nak ada 10 orang kawan lelaki yang boleh pujuk rayu I."

Aliya terus berkeras. Pandangan matanya tajam merenung tunangnya.

"You tu cemburu buta. Alah, I pujuk rayu camana pun takkan jalan punya sebab I  kat sini, dia kat negeri lain. Kami dah 10 tahun tak jumpa. Apa yang you nak risaukan sangat?"

"Dia kat mana?" 

Suara Aliya sedikit kendur.

"Selatan. Kita ni kat Utara. Jauh kan dan...sumpah,  tak pernah pergi sana pun."

Ameer meramas tangan Aliya lembut. Walaupun sikap Aliya menjengkelkan namun kalau bukan Aliya siapa lagi yang sudi kepadanya. Dina? Dah 10 tahun menunggu kata cinta dari Dina namun tak pernah Dina mengucapkannya. Dan dah 3 kali Dina friend zone kan dia. Malunya diri Tuhan sahaja yang tahu.

"OK, kali ni I maafkan you sebab ni kali pertama jadi gini. Lepas ni kalau I tahu you masih memujuk rayu dia, you tahulah nasib you dengan dia nanti. Kalau you cari dia lagi, you tengoklah, I cari perempuan tak malu tu sampai ke lubang cacing!" 

"You jangan buat gila lah. Dia perempuan yang baik dan I mengaku I yang pujuk rayu dia sebab dia cinta pertama I dulu. You kena faham, bukan senang nak lupakan yang pertama."

"Past is past, OK! Move on la. You dah ada I kan. Apa lagi yang kurang pada diri I ni? I tengok I lagi cantik dan menawan dari dia kot. Entah apa yang you pandang pada dia." 

Siaplah kau perempuan, aku akan siasat siapa kau!

"Rupa paras dan harta bukan segala-galanya. Budi pekerti yang baik tu sebenarnya yang utama."

"You nak cakap I tak ada budi pekerti ke ni? Alah, macam you tu baik sangat. Kalau you tu baik, you akan setia pada tunang you. Tapi you sendiri yang curang, jangan salahkan I kalau nanti I balas dendam pada you."

" Lantak you lah Aliya. I nak balik. I serabut!" 

Ameer mengangkat kaki dan terus keluar dari restoren itu. Aliya terkulat-kulat di situ. Kurang ajar! Pekiknya dalam hati.

Lama Ameer berteleku dalam kereta. Enjin dihidupkan tapi dia tidak berniat untuk pergi.

"Dina..aku rindu sangat pada kau. Mengapalah kau keras hati sangat untuk terima aku?" 

Ameer meramas-ramas rambutnya kasar. Dia menurunkan sedikit seat keretanya untuk lebih selesa. Lengan di letakkan di dahinya.

Sampai bila dia akan terus bersama dengan Aliya, perempuan yang dia tidak cinta sepenuh hati itu? Beberapa jam dengan karenah Aliya sudah memeningkan kepalanya apatah lagi untuk mengahwini perempuan itu. 

Ameer memejamkan matanya, ingin di usirnya bayang Aliya tunangnya yang setiap hari menyerabutkan otaknya. Dia ingin wajah Dina yang tenang dan redup mengisi hati dan mindanya saat ini. Wajah yang sentiasa dirindui biarpun sudah 8 tahun tidak berjumpa.

Wajah IRDINA ZAHRA  tidak pernah dilupakannya. Foto-foto Irdina yang tidak di private di Facebook dan Instagram juga selalu dicuri dan disimpan untuk ditatap selalu. Obsesnya Ameer terhadap Irdina hanya dia dan Tuhan sahaja yang tahu. Irdina sendiri pun tidak pernah tahu Ameer sebegitu obses terhadap dirinya.


Previous: Bab 19
Next: Bab 21

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Melissa Lee