Home Novel Cinta CINTA KAU DAN AKU
Bab 23

Irdina menghempaskan diri ke tilam single size miliknya. Sukar digambarkan perasaannya saat ini. Baru sebentar tadi dia menangis teresak-esak di dalam kereta. Macam-macam rasa yang hadir ketika itu. Dada dan kepalanya terasa berat.

Tidak pernah dia menyangka selama ini Encik Secret Admire yang selalu text nya adalah Hariz, cinta pertamanya yang telah 10 tahun tidak berjumpa. Opss..seminggu yang lepas Hariz datang ke rumahnya di kampung..

Dan sama sekali dia tidak menyangka orang yang paling dia cinta suatu ketika dulu akan muncul semula selepas 10 tahun. Gembirakah dia? Sepatutnya Irdina gembira apabila lelaki itu hadir semula namun mengapa saat dan ketika ini bukan perasaan gembira yang hadir?

Irdina menekan-nekan kepalanya. Sakit! Otaknya tidak dapat berfikir secara waras lagi buat masa ini. Sudah dua kali sebenarnya Hariz muncul di depannya. Kali pertama di kampung hari tu..nampak sahaja muka Hariz yang macam cam tak cam tu..terus pengsan. Kali kedua ni tak pengsan tapi rasa tertekan.

Apa tujuan lelaki itu hadir semula dan mencari dirinya? Sudahlah berbohong mengatakan bertunang padahal tidak pun. Rasa nak je tumbuk muka yang putih bersih itu tapi  sabar dalam diri Irdina masih bersisa.

Inikah maksud mimpi di padang pasir malam tu? Hariz datang semula membawa sinar harapankah? Atau membawa derita lagi? Aku tidak mahu salah faham sekali lagi Ya Allah. Salah faham dan salah tafsir hatinya. Dulu kusangka dirinya menyayangi dan menganggapku lebih dari kawan biasa rupanya aku silap..Irdina merintih.

Bukan sedikit luka yang ditanggung, bukan sedikit kesan kemurungan yang pernah dialami Irdina. Hingga pernah mengabaikan pelajaran dan orang-orang sekeliling. Hanya diam dan hidup dalam dunia sendiri. Hingga dipulaukan rakan-rakan serumah kerana asyik terperap sahaja dalam bilik, menangis dan meratapi cinta yang hancur.

Atas tujuan apa dia hadir lagi? Mahu melukakan lagi ke? Jika niatnya mahu kembali merajai hati ini, dia tidak akan mampu kerana aku telah membina tembok yang kukuh dan kuat dalam hatiku.

Selama 10 tahun ini, tiada sesiapa pun yang mampu menembusi apatah lagi menaklukinya. Lelaki yang memandang dan menghulurkan salam, hanya dipandang sepi. Biarlah dilabel sombong, asal maruah dan diri tak dipijak lagi.

Aku akan sedaya upaya menepis rayuannya. Aku akan sedaya upaya mengelak dari dia agar perasaan yang lalu tidak bertumbuh semula. Cukuplah derita yang pernah aku rasa, menjadikan aku perempuan yang seolah-olah tiada harga. Hati Irdina terus berkata-kata sehinggalah dia terlena....


Previous: Bab 22
Next: Bab 24

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Melissa Lee