Home Novel Cinta CINTA KAU DAN AKU
Bab 37

 Setelah selesai membeli barang-barang yang dikehendakinya, Irdina keluar dari Pasaraya Mydin Pelangi Indah. Setelah memasukkan barang-barang yang dibeli ke dalam bonet kereta, Irdina membuka pintu kereta. Tiba-tiba dia ternampak sesuatu yang membuatkannya menutup semula pintu kereta.

"Ya Allah, macam mana boleh pancit ni? Tadi OK je..aduh, camana ni? Tak pernah ada pengalaman tukar sendiri tayar ni." 

Irdina meraba dalam beg tangannya untuk mencari telefon bimbit.

"Aku nak call siapa ni? Kawan-kawan perempuan biasanya pun tak pandai sangat juga. Hariz? Baru pukul 3.30 petang, Hariz mesti belum habis kerja. Lagipun jauh kot Skudai nak ke sini semata-mata nak tukar tayar kereta." 

Hati Irdina berkata sendiri.

"Ya Allah, bantu lah aku.."tutur Irdina perlahan. 

Dia bersandar di kereta Myvi nya. Tiba-tiba ringtone berbunyi menandakan mesej masuk. Irdina membuka. Dari Farhan!

                    ' Assalamualaikum..cikgu buat ape tu? Dah balik sekolah ke belum?'

"Ya Allah, mungkinkah ini jawapan kepada doaku sebentar tadi Ya Allah? Apa salahnya mencuba," desis hati Irdina.

                   'Paan..tolong cikgu boleh? Cikgu ada masalah ni..'

                  'Kenapa cikgu? Bagitahu saya, saya akan usahakan apa sahaja...'

                  'Kereta cikgu..tayar depan pancit..'

                 'Cikgu kat mana ni?'

                 'Mydin Pelangi Indah.'

                'Barang-barang untuk tukar cikgu ada?'

                'Ada. Buat je yang tak pandai. Tak pernah buat.'

               'Cikgu tunggu sana. Pergi duduk tempat yang redup, foodcourt ke ape ke, nanti bila saya sampai saya call cikgu.'

Lebih kurang 10 minit, Farhan tiba dengan motosikalnya. Dia mengambil masa 10 minit sahaja untuk menukar tayar kereta Irdina.

"Thanks Paan, cikgu terhutang budi dengan awak. Kalau awak tak tolong, tak tahu lah cikgu nak minta tolong siapa."

"Small matter cikgu."

"Cikgu belanja awak minum, mahu? Tentu awak dahaga kan."

"Kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan. Lagipun saya tak pernah lagi dating berdua dengan cikgu kan.."

"Janganlah anggap dating, cikgu rasa bersalah pula.."

"Kenapa?"

"Awak kan student cikgu, kira macam cikgu mengambil kesempatan lah. Tak baik macam tu. Mana boleh cikgu dating dengan student nya."

"Oh, saya tak tahu pula ia satu kesalahan..tapi saya tengok ada je kes pelajar kahwin dengan cikgu..tu camana pula tu cikgu?"

"Oh tu. Kalau dah jodoh..tapi dalam seribu ada lah 2 atau 3 kes je..orang kata kes terpencil..jom duduk situ.." 

Irdina menunjukkan meja yang berada di depan kedai yang menjual minuman.

"Nak minum apa kak?" 

Seorang pelayan datang mengambil pesanan.

"Bagi saya Fresh Orange. Awak nak minum apa Paan?"

"Bagi saya Air Laici."

"OK." 

Pelayan berlalu.

"Cikgu beli apa kat sini? Selalu ke datang sini?"

"Beli barang sekolah, beli barang dapur sikit. Tak selalu tapi sebab barang sekolah yang cikgu cari tak ada dekat Today's Mall, so cikgu terpaksa datang sini."

"So ada ke?"

"Alhamdulillah, ada. Maaflah susahkan awak. Cikgu nak call Pak Lang awak tadi tapi macam tak sesuai pula sebab dia belum balik kerja.."

Sebaik sahaja nama Hariz disebut, muka Farhan nampak berubah. Sedikit masam.

"Lain kali kalau cikgu perlukan pertolongan yang saya sebagai lelaki boleh tolong, just call me. Pak Lang balik lambat, lagipun tempat kerja dia agak jauh. Sampai rumah selalunya pukul 6 petang."

"Err..OK.."

Farhan mencapai minumannya sebaik sahaja air mereka sampai. Dia menghirup agak rakus.

"Nanti, cikgu pergi bawa kereta tu ke kedai tayar. Tayar spare tu sekadar sementara sahaja tau. Dekat Tiram tu ada beberapa kedai tayar. Kalau nak saya temankan pun boleh." 

Farhan menawarkan diri lagi.

"Tak apa, yang tu insyaallah cikgu tahu buat."

Tiba-tiba telefon bimbit Farhan berbunyi. Kedengaran dia berbual dengan seseorang yang Irdina jangka adalah ibunya.

"Ibu cari Paan. Tadi tak sempat nak cakap ape sebab tak nak cikgu tunggu lama. Dia ingat Paan pergi mana."

"OK, Paan bolehlah balik. Risau pula ibu Paan."

"Tak apa cikgu. Tadi kan cikgu dah dengar Paan beritahu ibu, Paan tolong cikgu tukar tayar."

"Lepas minum ni, kita baliklah ya."

"OK cikgu."


Previous: Bab 36
Next: Bab 38

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Melissa Lee