Home Novel Cinta CINTA KAU DAN AKU
Bab 56

            'Esok petang, semua kena ada. Kita nak picnic kat Pantai Irama.'

Irdina memberi tanda like di mesej yang ditulis Inara dalam group WhatsApp family

           'Insyaallah, Abang Mat aku pun cuti esok. Jadi, dia boleh ikut sekali.'

Imani memberi respon. 

           'Akak OK je tapi apa menu nya nanti? Nak kena pergi beli lah pagi esok.'

Iman yang baru dua hari sampai ke kampung, pula memberi respon. Padahal ketika itu, dia duduk bersebelahan sahaja dengan Irdina.

            'Bihun goreng, keropok, nudget,..' -- Irdina

           'Nasi ayam..'  -- Inara

           'OK' -- Izzar

           'Siapa nak pergi cari barang ni?' Iman

           'OK lah aku pergi beli barang, tapi orang yang duduk rumah kena masak. Lagi satu, share lah duit, tak kan mai order je kot huhu...'  Irdina

          'Kecuali adik..' --Izzar

          'Ah, kau! Kau kena tolong aku kat dapur nanti, kau lari siap ehh!'--Inara

*************************************************************************

Sebaik sahaja selesai membeli barang keperluan untuk memasak, Irdina keluar dari kedai. Tiba-tiba seseorang masuk dengan melulu hingga melanggar bahunya. 

"Aduh!"

"Alamak, sorry! Aku tak sengaja...nak cepat tadi...ehhhhh...Dina kan..kau Dina kan.."

Irdina renung lelaki di hadapannya itu. NAZMAN! 

"Oh, awak! Patutlah kasar semacam je. Lain kali jalan tu baik-baik sikit eh. Orang lain jalan pandang depan, awak pandang bawah ke?"

Irdina memerli Nazman, namun masih dalam kategori lembut sebab menggunakan awak dan saya. Dia memang tidak diajar untuk bercakap kasar dengan sesiapa. Ayahnya yang selalu mengingatkan nya agar selalu menjaga tutur kata. 

"Sorry lah, kan aku dah cakap sorry tadi. Bila kau balik?"

"Dah lama...saya pergi dulu..assalamualaikum..."

Irdina berlalu ke kereta dan terus memasukkan barang-barang ke dalam bonet. Dia membuka pintu kereta, menghidupkan enjin dan terus meninggalkan Nazman yang masih tercegat di situ. Padan muka kau! Dulu kau selalu kacau aku, kau selalu cari pasal dengan aku. Entah apalah salah aku pada kau, sampai kau selalu buli aku, malukan aku depan budak-budak lain...Irdina mendengus kasar.




Previous: Bab 55
Next: Bab 57

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Melissa Lee