Home Novel Cinta CINTA KAU DAN AKU
Bab 36

Salam..cikgu..cikgu pergi mana? Kenapa dari petang saya WhatsApp cikgu tak reply?'

Sebaik sahaja selesai mandi dan solat Isyak, Irdina membelek telefon bimbitnya. Banyak miscalled dan ada beberapa mesej dari Farhan bermula dari petang sampai lah ke malam.

"Dah kenapa budak ni? Lain macam je sekarang ni.." 

Irdina menggaru kepalanya yang tidak gatal.

               'Cikgu busy sikit hari ni. Cikgu keluar.'

              'Cikgu keluar dating ke?'

Irdina diam seketika. Harus kah dia berterus-terang kepada Farhan bahawa dia keluar berdua dengan Pak Lang nya.

              'Bukan dating. Cuma keluar release tension je. Dah lama tak main bowling.'

             'Cikgu suka main bowling juga ke? Kenapa tak cakap, saya ni memang hantu bowling.'

"Biar benar budak ni, semua sukan yang aku suka dia suka jugak. Kebetulan apakah ini?" Irdina bermonolog sendiri.

               'Awak tak tanya..'

              'OKlah lepas ni kalau cikgu rasa nak main bowling tapi tak ada geng, just text me OK?'

              'Insyaallah. Thanks Paan.'

            'You are most welcome my dear teacher..anything for you..'

           'Lain macam ayat awak ni. Cikgu rasa seram je..'

           'Hahaha..cikgu ni lucu juga ya..'

          'Awak tak study ke ni?'

          'Saya tak boleh study kalau tak text cikgu atau call cikgu..cikgu sumber inspirasi saya.'

          'Ada-ada aje lah awak ni Paan.'

          'Betul..'

          'Biasa kalau malam Sabtu saya tak study banyak cikgu sebab esok kan hari pertama sekolah jadi saya takut terlambat bangun. Biasa malam ni pukul 11 saya akan masuk tidur.'

           'Same goes to me.'

          'Cikgu..can I ask u something..'

         'Depends pada soalan tu..'

         'Err..cikgu dah ada someone special ke?'

        'Susah cikgu nak jawab soalan tu Paan..'

        'Kenapa cikgu? Cikgu sengaja nak sorok atau cikgu pun tak pasti dengan hati cikgu sendiri?'

        'Jawapan cikgu B.'

        'OK, saya faham. Jadi saya ada sedikit harapan kan..'

Irdina terdiam. Benarkah tekaannya bahawa Farhan menyukainya? Setakat mana perasaan suka remaja itu terhadapnya? Berat hati Irdina untuk bertanya.



Previous: Bab 35
Next: Bab 37

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Melissa Lee