Home Novel Cinta CINTA KAU DAN AKU
Bab 60

Pak Lan bengang dan marah. Mana tidaknya, di tengah jalan tadi Tok Penghulu menyekat perjalanannya dan mengatakan anaknya Irdina menjadi punca Nazmi dan Nazman bertumbuk malam tadi!

Tok Penghulu seolah-olah menyalahkan Irdina kerana kejadian seperti itu tidak pernah berlaku di kampung itu. Bergaduh adik beradik kerana berebutkan seorang perempuan. Tak pernah dibuat orang. Memalukan!!

Tok Penghulu menyuruh Pak Lan menasihati anaknya Irdina agar memilih salah seorang daripada mereka. Cadangan Tok Penghulu supaya memilih Nazmi, disebabkan Irdina pernah menolak rombongan merisik Nazman beberapa tahun yang lepas.

Sesampainya di rumah, Pak Lan memanggil Irdina yang memerap di dalam bilik sejak pagi lagi.

"Kenapa ayah? Macam ada perkara serius sahaja?"

Melihat air muka ayah yang tegang, Irdina seolah-olah dapat menduga ada sesuatu yang tak baik telah berlaku.

"Bila masa pulak Dina pergi bagi harapan kepada Nazman? Kenapa sampai Nazmi dan Nazman bertumbuk kerana Dina?"

"Hah?? Siapa beritahu ayah ni? Tak mungkinlah ayah..."

"Tok Penghulu sendiri yang beritahu ayah tadi. Malu ayah, Dina.."

Pak Lan terduduk di tangga. Pening kepalanya memikirkan masalah anak-anak yang kadangkala tidak berkesudahan. 

"Ayah, Dina minta maaf tapi Dina tak salah dalam hal ni. Dina tak pernah bagi harapan pada sesiapa pun. Pada Nazmi pun tak, apatah lagi Nazman. Ayah tu kan yang selalu 'kenen' kan Dina dengan si Nazmi tu.."

"Sebenarnya ayah pun tak sangka perkara ini boleh berlaku. Ayah memang berkenan dengan si Nazmi tu untuk buat menantu tapi ayah lupa adiknya tu pun menaruh hati pada kamu. Susahlah macam ni, sampai bila pun perkara ni tak boleh selesai."

"Entahlah ayah. Dina pun tak faham si Nazman tu. Dulu dia selalu kacau, selalu buli, selalu buat Dina marah dan sakit hati. Rupanya dia cakap semua tu dia buat sebab nak dapatkan perhatian. Orang macam ni pun ada ke...," ujar Irdina geram. 

"Nampaknya Dina dan Nazmi tak boleh teruskan. Dina tak ada calon lain ke? Cepatlah kahwin Dina, ayah selalu pening kepala fikirkan anak-anak perempuan ayah. Antara sebabnya macam ginilah."

"Maaf ayah.." 

Irdina duduk di sisi ayahnya. Walaupun dia tahu bukan salah dirinya, namun dia turut rasa sedih dan bersalah kerana telah menyusahkan ayahnya.

"Kamu masih berkawan dengan Hariz?" Irdina angguk. 

Pak Lan menarik nafas lega. Dia ada rancangan yang baik untuk Irdina dan Hariz. Rancangan yang dia pasti Hariz akan suka. Harap-harap Dina tidak menolak...


Previous: Bab 59
Next: Bab 61

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Melissa Lee