Home Novel Cinta CINTA KAU DAN AKU
Bab 25

"Cikgu, mama saya jemput cikgu ke rumah. Dia kata nak ajak cikgu makan tengahari."

Sebaik sahaja selesai tusyen di rumah Irdina pagi tu, Farhan bersuara.

"Pukul berapa tu?"

Irdina agak terkejut juga. Selama ini, selama mengajar pelajar-pelajar, tidak pernah pula ibubapa mereka mengajak ke rumah mereka.

"Katanya lepas cikgu solat Zohor lah. Dalam pukul 2, boleh?"

"Insyaallah, nanti cikgu sampai. Awak hantar alamat rumah lengkap ya."

"OK cikgu, saya hantar sekarang."

"Cikgu, kami berdua kena balik dulu." 

Mimi dan Syafikah meminta diri sambil menyalami Irdina.

"Saya pun cikgu." 

Irfan pula meminta diri lalu mendapatkan motosikalnya.

"Eh, tunggu aku. Kau ni pun, karang aku kena tangkap basah dengan cikgu, kesian cikgu."

Gurauan Farhan menyebabkan bahunya menjadi sasaran cubitan Irdina.

"Suka awak usik cikgu ek."

"Sorry cikgu sayang. Saya pergi dulu. Nak salam, tak boleh. Assalamualaikum, bye. Jumpa nanti kat rumah saya ya."

"Apa awak cakap? Sayang? Cikgu report kat mama awak nanti, awak gatal!"

"Eh,eh jangan cikgu. Saya gurau je. Bye cikgu."

Farhan dan Irfan berlalu. Irdina tersenyum, gelagat Farhan selalu membuatkannya hatinya berbunga. Tapi itu bukanlah bermaksud dia menyimpan perasaan terhadap remaja lelaki yang hanya berusia 17 tahun itu. Tak mungkinlah!

Tentang Hariz pula..walaupun Irdina terkejut mengetahui Hariz itu bapa saudara Farhan namun Irdina seboleh-bolehnya tidak mahu membabitkan Farhan dalam urusannya dengan Hariz. Urusan orang dewasa, biar orang dewasa yang selesaikan.

Irdina melangkah kaki ke bilik tidur untuk mengambil tuala mandi. Dia mahu mandi dan solat Zohor sebelum ke rumah Farhan.

**********************************************************************************

Walaupun tidak pernah kenal rumah anak muridnya itu, namun sekali cari sahaja, Irdina berjaya menemui rumah teres 2 tingkat milik keluarga Farhan. Jaraknya pun tidak lah jauh sangat dari rumah Irdina.

Setelah parkir kereta di depan pagar, Irdina memberi salam. Farhan yang menjenguk di pintu rumah, berlari-lari anak membuka pintu pagar untuk cikgunya.

"Masuklah cikgu, mama saya ada kat dalam," ujarnya sambil senyum lebar. 

Gembira hatinya apabila cikgu kesayangannya sudi hadir ke rumahnya.

"Assalamualaikum, puan. Saya Dina, cikgu Farhan."

Irdina memperkenalkan diri sebaik sahaja bersalaman dengan seorang perempuan yang dia agak, berusia dalam lewat 40an.

"Oh, ini ke Cikgu Dina yang selalu Paan sebut-sebut tu? Cantik orangnya! Masuklah." 

Puji Cikgu Zuraini ikhlas. Lawa juga perempuan ini, sepadan dengan adik iparnya, Hariz.

"Tak adalah puan. Biasa-biasa je. Terima kasih puan kerana jemput saya."

"Tak payah panggil puan lah. Panggil Kak Zu cukup. Mari kita terus ke meja makan. Nanti sambil makan, kita boleh berbual-bual."

"Baiklah Kak Zu."

Langkah Irdina tiba-tiba mati apabila sampai di meja makan yang terletak di dapur, dia melihat Hariz sedia ada di situ. Sedang merenungnya! Irdina tiba-tiba menggelabah. Kenapa pula mamat ni ada kat sini? Semua ini sudah dirancang ke? Dia tidak tahu kerusi mana yang harus didudukinya.

"Dina, duduklah. Duduk sebelah akak ni."

Zuraini yang sedia mengetahui situasi Hariz dan Irdina, seakan sengaja menyuruh Irdina duduk di sebelahnya dan bertentangan dengan Hariz. Hal itu telah difikirkan sebelum ini. Ingin membantu adik iparnya dalam misi memenangi semula hati Irdina.

"Assalamualaikum Dina. Kaki dah OK ke?"

Ucapan permulaan dari Hariz itu benar-benar membuatkan tekak Irdina menjadi kering padahal sebelum datang tadi dia telah minum air masak.

"Waalaikumussalam. Dah.."

Untuk tidak nampak sangat ketara, Irdina menjawab salam yang dihulur Hariz. Dia tidak berani mengangkat mukanya. Pandangan mata Hariz yang tajam itu bagaikan pisau menikam ke jantungnya.

"Jom, makan. Akak dah lapar ni. Riz, tolong sendukkan nasi untuk Dina."

"OK.."

"Eh, cukup tu. Banyak sangat nanti tak habis pula."

"Bukan dulu awak makan banyak ni ke?"

"Dulu lain, masa tu muda lagi. Sekarang ni dah tua, kadar metabolisma dah rendah. Tak boleh makan banyak dah. Betul tak Kak Zu?"

Irdina cuba membangkitkan idea untuk berbual sedari tadi mereka bertiga asyik memandangnya sahaja.

"Tak ada lah tua sangat. Baru 30 tahun kan korang berdua."

"Ya kak. Belum terlambat lagi untuk kahwin.."

Gedik pula mamat sekor ni, getus Irdina di dalam hati.

"Paan, baca doa makan." 

Hariz memberi arahan kepada anak saudaranya. Farhan menurut sahaja.

"Jemput makan Dina, Hariz. Jangan malu-malu. Akak pun tak tahu kamu berdua suka ke tak apa yang akak masak ni." 

Cikgu Zuraini mempersilakan tetamu-tetamunya.

"Ni pun dah cukup bagus dah kak. Selalu kalau saya masak pun, simple je. Kalau makan kat kedai kadang kena yang sedap, OK lah. Pernah juga terkena yang masin, tawar. Nak buat camana kan bini tak ada..."

"Kak, ni dah cukup banyak dah bagi saya. Sebab apa, saya ni tak reti mana masak, jadi kalau orang masak, saya jarang nak komplen." Irdina pula bersuara.

Sebenarnya dia mahu menjelaskan kepada Hariz dia bukannya pandai masak pun.

"Kalau Paan tak kisah pun bakal isteri Paan tak pandai masak, sebab boleh belajar kan. Lagipun kedai kan banyak sekarang." 

Farhan pula menyampuk. Irdina tersenyum simpul. Nasib baik ada Farhan yang selalu menyebelahinya.

"Amboi kau Paan. Baru umur 17 tahun kot, dah pandai cakap pasal isteri? Kau jangan macam-macam Paan..."

Cikgu Zuraini menjeling Farhan tajam. Budak ni kan...

"Alah mama ni, tu kan perancangan masa panjang..." 

Farhan mencebik. Mama ni tak sporting lah..

"Dina dah berapa tahun mengajar kat Johor ni?"

Cikgu Zuraini bertanya lagi. Seboleh-bolehnya dia mahu mencungkil banyak cerita tentang perempuan kesayangan adik iparnya itu.

"Baru tahun ke-3 kak. Akak dah lama mengajar SMK PuteriWangsa?"

"Lama juga. 18 tahun lebih kurang."

"Ooo..boleh tahan lama juga tu."

"Nah, ikan goreng. Saya tahu awak suka ikan goreng kan. Macam malu-malu pula nak ambil."

Hariz mematahkan seekor ikan kembung goreng dan meletakkan di dalam pinggan Irdina. Irdina terpinga-pinga. Hendak menolak, segan dengan Cikgu Zuraini dan Farhan. Tapi sempat ditangkap pandangan hairan Farhan yang berada di sebelah Hariz. Irdina mengeluh perlahan. Tentu selepas ini Farhan akan bertanya macam-macam menerusi aplikasi WhatsApp.

Setelah selesai makan, Irdina mengangkat pinggannya ke sinki. Farhan yang juga telah selesai makan cepat-cepat mengekori Irdina dari belakang.

"Dina, tak payah basuh. Tinggalkan je situ. Nanti akak basuh." 

Teriak Cikgu Zuraini sedikit kuat dari tempat makan.

"Tak apa kak. Basuh pinggan je pun, tak susah mana." 

"Letak pinggan awak, biar cikgu yang basuh."

"Terima kasih cikgu." 

Hari ni dia gembira kerana cikgu kesayangannya sudi datang ke rumahnya.

"Terima kasih sebab cikgu tolong basuh pinggan awak ke?" 

Duga Irdina sambil ketawa kecil.

"Ya dan juga sebab sudi makan dengan keluarga saya. Betul ke cikgu ni dulu kawan baik dengan Pak Lang saya?"

Irdina dah agak, mesti Farhan akan bertanya. Irdina mengangguk.

"Awak kan yang bagi nombor telefon cikgu pada dia?" Farhan angguk kepala.

"Dia selalu kacau cikgu ke?"

"Kacau apa ni Paan? Dah pergi solat Zohor. Pak Lang rasa kau belum solat Zohor lagi kan."

"Hurmm..baiklah. Tapi Pak Lang janganlah buli cikgu Paan sangat. Paan sayang cikgu ni.."

"Iskk..budak ni..main sayang-sayang pulak."

Farhan berlalu dengan berat hati. Kalau bukan kerana dia belum menunaikan solat Zohor lagi, pasti dia takkan meninggalkan cikgunya dengan Pak Lang. Tapi bukankah mereka pernah jadi kawan. Mengapa pula aku hendak cemburu? Farhan mendengus kasar.

"Boleh tolong basuhkan pinggan saya ni?"

Suara itu terasa dekat di belakang Irdina. Saat dia menoleh, Hariz lebih dulu berdiri di sisinya. Jantung Irdina tiba-tiba berdebar kencang. Ya Tuhan, lindungi aku!!

"Awak basuhlah sendiri..tangan awak ada kan.." 

Dalam debaran, Irdina tetap cuba berkeras.

"Tangan saya sakit..."

Hariz menghulurkan pinggannya kepada Irdina. Irdina teragak-agak namun menyambutnya juga. Mengada-ngada, rungutnya. Satu keluhan halus dilepaskan.

"Tak baik selalu mengeluh..."



Previous: Bab 24
Next: Bab 26

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Melissa Lee