Home Novel Cinta CINTA KAU DAN AKU
Bab 63

Ketika sampai di Petronas Pekan, Pahang, jam menunjukkan pukul 2.30 petang. Hariz menoleh Irdina di sebelah nya yang masih terlena. Sebenarnya sudah beberapa kali Irdina tersengguk-sengguk menahan ngantuk. Bila disuruh tidur sahaja, Irdina mengatakan dia segan tidur depan Hariz. 

"Ah, Dina. Segan konon, dah ngantuk tu, tidur jelah. Bukannya aku nak buat apa-apa pun pada tunang aku sendiri." Bebel Hariz dalam hati. 

Tapi Hariz perlu mengejutkan Irdina untuk jamak solat dan makan tengahari. Melihat Irdina yang terlentok tidur, buat Hariz tersenyum. 

"Cantik juga kau Dina walaupun tengah tidur.."

Terpaku seketika dengan keindahan ciptaan Tuhan di sebelahnya, Hariz tidak sedar jarinya menyentuh sedikit pipi Irdina. Saat Irdina tersedar dengan terpinga-pinga membuatkan Hariz hampir melompat.

"Hah? Dah sampai mana? Saya tidur? Kenapa awak tak halang saya dari tidur? Kenapa awak tak kejutkan saya?"

Bertalu-talu soalan dari Irdina. Fariz menarik nafas lega. Nasib baik Irdina tidak perasan dia menyentuh pipinya sebentar tadi. 

"Kita dah sampai Pekan ni. Jom turun solat, lepas tu kita makan. Nanti awak pula drive boleh? Saya nak rehat kejab. Lepas tu nanti sampai Mersing ke gitu, saya sambung semula. Boleh ke?"

"OK, jom!"

Usai menjamakkan solat Zohor dan Asar, mereka ke kedai makan yang berhampiran. Setelah memilih makanan yang dikehendaki, mereka mula menikmati makanan tengahari.

"Do you remember our first lunch?"

Tiba-tiba soalan itu terluncur keluar dari bibir Fariz. 

"Of course. Mana mungkin saya lupa. Our first date kot."

Hariz senyum lebar. Dia tahu mustahil Irdina akan melupakan saat indah itu. Bukankah Irdina peminat fanatiknya suatu ketika dulu?

"Awak sayang saya Dina?"

Dengan suara sedikit berbisik, Hariz bertanya. Dia tidak menghiraukan mata-mata yang tengah memandang mereka.

"Awak dah lama tahu perasaan saya kan..tak perlu tanya banyak kali.."

Irdina bersuara perlahan. Kadangkala rimas juga asyik ditanya perkara yang sama. Takkan lah Hariz tidak tahu perasaannya. 

"Manalah tahu awak masih tak boleh terima saya sepenuh hati ke.."

"Tentang sepenuh hati ke tidak tu, biarlah jadi rahsia saya dengan Sang Pencipta.."


Previous: Bab 62
Next: Bab 64

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Melissa Lee