Home Novel Cinta CINTA KAU DAN AKU
Bab 39

"Hi awak!"

"Siapa ni?"

"Tekalah."

"Saya tak ada masa nak main teka teki. Banyak lagi kerja lain."

"Awak ingat bila awak sekat nombor saya, Facebook, Instagram semua tu saya tak dapat cari awak ke Dina? Saya pernah cakap kan..nombor telefon awak ni saya dah hafal dah dalam otak saya."

"Tak apalah nanti saya tukar nombor telefon lain."

"Haha..saya tak tahu awak lupa atau sengaja buat lupa..dah 10 tahun Dina saya kenal awak. Dalam tempoh tu dah banyak kali awak tukar nombor tapi saya pasti dapat jejaki awak kan.."

Irdina diam seketika. Memang ada benarnya kata-kata Ameer itu. Kadang-kadang Irdina merasakan Ameer sudah menjadi seperti parasit dalam hidupnya. Melekat sentiasa dan kemudian membunuh tuannya sendiri.

"Ada apa awak call saya ni? Saya dah nak tidur ni."

"Awal lagi, baru pukul 10. Awak yang saya kenal tak tidur awal sangat orangnya. Paling tidak pun pukul 12."

"Eleh, macam lah awak kenal semua sikap saya. Manusia boleh berubah kan."

"Tapi perasaan saya pada awak tak pernah berubah dari dulu hingga sekarang, sama sahaja."

"Ah, sudahlah! Serabut lah dengar ayat-ayat macam ni. Saya tak suka lah, awak faham tak?"

"Saya nak jemput awak datang majlis kahwin saya hari Sabtu ni."

"Finally.."

"Saya malas nak bergaduh dengan Aliya setiap hari..jadi saya ikutkan sahaja lah."

"Hahaha..whatever..not my problem.."

"Tapi saya belum boleh lupakan awak, Lisa..."

Irdina mengeluh panjang. Buntu, tak tahu nak kata apa dah.

"Maaf Ameer, saya tak dapat hadir majlis awak nanti. Awak pun tahu kan Aliya tu tak suka saya kan. Malas saya nak gaduh-gaduh dengan orang."

"Saya dah agak dah jawapan awak. Mesti awak tak nak datang punya. Tak apa lah, saya pun ajak-ajak ayam je.."

"Selamat Pengantin Baru. Semoga kekal hingga ke Jannah.."

"Tak payah perli saya lah Dina."

"Demi Allah, saya ikhlas. Saya harap sangat awak dapat lupakan saya. Insyaallah, Aliya tu memang dah jodoh awak dan awak kena terima takdir Allah. OK lah, saya nak tidur ni. Petang tadi saya pergi jogging, jadi saya rasa penat sikit. Anyway, congratulations! Bye, assalamualaikum."

Irdina meletakkan telefon bimbit di atas meja kerja. Sebenarnya dia belum mahu tidur, sekadar alasannya untuk malas melayani lelaki itu.

Sejujurnya Irdina tidak merasa apa-apa perasaan pun ketika Ameer memberitahunya tentang majlis yang akan diadakan. Dia bahkan bersyukur Ameer akhirnya akan meneruskan juga majlis walaupun telah banyak kali menangguhkannya. 


Previous: Bab 38
Next: Bab 40

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Melissa Lee