Home Novel Cinta CINTA KAU DAN AKU
Bab 35

"Boleh tahan juga ya balingan bola awak. Selalu practice ke?"

Sememangnya Hariz agak kagum dan sedikit malu kerana Irdina asyik mendapat strike dan spare sahaja sedangkan dia...sesekali spare dan banyak bersepah ke longkang.

"Tak selalu pun..tapi sukan ni antara favourite saya selain bola tampar dan futsal."

"Wah, rupanya bakal isteri saya ni sporty juga ya. Saya cuma tahu awak suka bola tampar dan futsal je. Tu pun si Paan tu yang cakap.."

"Selalu ke korang mengumpat saya?"

"Eh, mana ada mengumpat. Saya tanya sikit-sikit je. Itu pun awal-awal dulu lah. Sekarang ni nampak macam dia nak mengelak dari saya je. Tak tahulah kenapa.."

"Perasaan awak je kot." 

Ujar Irdina ringkas walaupun dia seakan dapat menduga apa yang bermain di fikiran Hariz.

"Paan tu...suka kat awak kan..." 

Hariz duduk di kerusi yang disediakan. Gilirannya yang sepatutnya membaling bola dibiarkan sahaja. Entahlah mengapa baru hari ini dia berpeluang meluahkan rasa tentang Paan dan Irdina.

"Dia tu budak lagi kan. Dia sekadar suka saya sebagai guru dia. Lagipun, mana awak tahu dia suka saya? Selama saya mengajar dia, dia tak pernah pun cakap suka saya. Jangan main serkap jarang je Hariz, jatuh fitnah pula nanti."

"Ermm..tak apelah, lupakan lah tentang hal tu. Saya nak baling bola ni, nak pastikan saya dapat kejar point awak."

Tiba-tiba Hariz mengubah topik perbualan. Dia tidak mahu merosakkan mood mereka yang tadinya baik sahaja. Bukan selalu boleh dating dengan Irdina. Jadi masa yang ada ni jangan dirosakkan dengan perkara yang tidak menyenangkan.

"Awak OK kan kita nak tengok filem ni?"

Irdina menunjukkan poster Langit Cinta yang dibintangi oleh Fazura dan Keith Foo sebagai teraju utama di dinding Superstar Cinema Ulu Tiram. Hariz terdiam seketika.

"Filem cinta? Filem melayu? Aduhai.." hati kecil Hariz mengecam.

"Awak dah janji akan ikut sahaja pilihan saya.." 

Melissa menjeling..

"Yelah, saya ikut je..."

Dalam keterpaksaan, Hariz mengiyakan sahaja permintaan Irdina.

"Tapi awak tak kisah kan kalau saya tertidur masa tonton cerita tu..."

"Kalau awak tidur, lain kali saya malas dah nak tengok wayang dengan awak. Walaupun cerita tu cerita yang awak suka.." ugut Irdina.

"Yelah, saya buka mata luas-luas kejab lagi. Lagipun heroinnya cantik kan.."

Irdina mencebik.

"Awak ingat saya 'kesah' ke?"

"Oh yelah. Mana awak pernah cemburu....."

"Cepatlah beli tiket, nanti nak beli air lagi, popcorn lagi..."

"Eh, gelapnya. Saya tak nampak jalan ni Hariz. Camana ni?" 

Irdina yang rabun berjalan perlahan-lahan di belakang Hariz semasa masuk ke dalam pawagam. 

"Eh, awak kan dah pakai spek mata tak kan lah tak nampak lagi?"

"Saya serius ni, tolonglah jangan jalan laju sangat. Please.."

"OK, OK awak pegang hujung T-Shirt saya ni. Saya jalan slow je."

Sebaik sahaja tiba di tempat duduk mereka, Hariz terus duduk. Irdina turut sama duduk di sebelahnya. Tayangan belum bermula lagi. Lagi 5 minit sebelum pukul 4.45 petang.

"Awak OK Dina?" 

Dalam samar-samar cahaya dari skrin yang besar itu Irdina menoleh ke sebelahnya. Dia mengangguk kepala.

"Maaf,susahkan awak tadi. Tapi saya kalau suasana betul-betul gelap tiba-tiba rasa takut dan panik. Saya tak tipu pun. Awak jangan fikir lain pula." Bisik Melissa ke telinga Hariz. 

Dia tidak mahu percakapan mereka mengganggu orang-orang lain di situ.

"Fikir apa? Awak sengaja nak ambil kesempatan ke atas diri saya?" 

Soal Hariz separuh berbisik. Irdina mengangguk. Hariz senyum meleret. Selama mengenali gadis bernama Irdina dulu hingga sekarang tidak pernah pula gadis itu mengada-ngada kepadanya, apatah lagi mengambil kesempatan!

"Saya tak fikir macam tu pun. Memang saya pun yang patut melindungi awak. Saya kan dot dot dot awak.."

"Dot dot dot ape pulak ni? Macam-macam lah awak ni."

"Alah, gurau sikit pun tak boleh, serius je 24 jam. Dulu tak macam ni pun.." cebik Hariz.

"Tu dulu, manusia boleh berubah. Dahla, movie dah nak mula, baik kita diam."

"Erm..yelah..."

Irdina mencapai air minum nya yang diletakkan di sisi sebelah kanannya. Tanpa sengaja tangannya tersentuh tangan Hariz pula. Merah padam mukanya menahan malu. Baru tadi meminta maaf...

"Opss..alamak. Sorry, tak sengaja. Saya nak ambil minuman saya."

"Tak apa, saya tahu awak tak sengaja. Nah air awak." 

Hariz menghulurkan bekas air minuman kepada Irdina.

"Terima kasih. Kalau sebelah saya ni tak ada orang, saya letak kat sebelah kiri saya ya."

"Harap-harap sebelah awak tak ada orang. Kalau ada pun, janganlah lelaki." 

Tutur Hariz perlahan namun cukup jelas di pendengaran Irdina. 

Apabila tayangan bermula, seat sebelah Irdina dan Hariz masih kosong. Mereka berasa lega. Mereka kusyuk menonton sambil sesekali mengunyah popcorn.

"Awak kata nak tidur tapi saya tengok awak kusyuk je tadi.."

Sambil berjalan keluar dari bilik tayangan, Irdina memulakan bicara.

"Best je cerita tadi, tak jadi nak tidur. Selalu saya jarang layan cerita melayu kecuali yang lucu-lucu jer. Awak macam betul-betul menghayati cerita tadi. Yang part sedih tadi awak nangis ke? Nampak macam awak kesat air mata je.." Usik Hariz.

Sewaktu scene heroin yang sedih menunggu kepulangan suaminya, Hariz tersilau ke arah Irdina dan gadis itu mengesat tubir matanya. Sensitif juga perempuan ni rupanya!

"Eh, yeke? Mana ada.." Dalih Irdina malu.

"Eh, kita nak solat Maghrib nanti kat mana? Sekarang ni belum masuk waktu lagi ni." 

Irdina menukar topik perbualan dengan tiba-tiba. Dia tidak mahu Hariz terusan mengusiknya.

"Kita singgah kat Petronas jelah. Tak lama lagi nak masuk waktu ni. Kita terus keluar je dari Today's Mall ni, kita ke Pelangi Indah, nanti singgah kat Petronas situ boleh? Nanti saya bawak awak makan kat restoren area situ."

"OK." 

Sesudah solat maghrib, mereka makan malam bersama. Setelah usai makan malam, Hariz menghantar Irdina balik.

"Terima kasih untuk hari ni. Saya gembira dapat keluar dengan awak. Dulu mana kita sempat nak dating macam ni kan." 

Ucap Hariz dengan riang sebaik sahaja keretanya tiba di depan rumah Irdina.

"Awak yang tak nak.."

"Saya belum mampu. Tak nak lah selalu bawa awak dengan motosikal ke hulu ke hilir, tak manis orang tengok."

"Dengan kereta tak apa pulak?"

"Tak apa lah sikit. Lagipun bukan setiap hari. OK lah, saya tengok awak pun macam dah penat sangat sebab dari petang tadi lagi kita kat luar. Nanti masuk rumah, mandi, solat Isyak dan tidur ya."

"Baiklah. Terima kasih juga sebab belanja saya tengok wayang dan makan tadi."

"Saya akan simpan kenangan manis ni Dina. Dan saya akan terus cipta dan beri awak kenangan manis, tak kiralah sekarang mahupun akan datang. Saya janji!"


Previous: Bab 34
Next: Bab 36

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Melissa Lee