Home Novel Cinta CINTA KAU DAN AKU
Bab 30

Sejak dari tadi lagi Irdina memerhatikan gelagat Farhan. Selalunya Farhan akan bertanyakan soalan dan tekun menyelesaikan soalan-soalan Matematik yang diberinya. Tetapi sehari dua ini, perangai Farhan nampak pelik. Dia hanya diam sahaja, dan jika Irdina memandangnya, remaja itu cepat-cepat akan menundukkan kepalanya.

Irdina bangun dari mejanya. Dia mahu melihat hasil kerja murid-muridnya dan dia juga mahu memastikan semua anak muridnya sedang menyelesaikan soalan yang diberikan sebentar tadi.

Ketika dia sampai ke meja Farhan, anak muda itu kelihatan sedang termenung. Irdina menjenguk ke meja tulis yang mengandungi buku latihan Farhan. Kosong! Irdina menarik sebuah kerusi kosong yang terdapat di bahagian belakang kelas tersebut dan meletakkannya di sisi Farhan. Bahu Farhan dicuitnya sedikit. Ternyata anak muda itu terkejut dan barangkali tidak menyangka gurunya berada berdekatan dengannya ketika itu.

"Awak ada masalah ke? Kenapa tak buat lagi soalan yang cikgu bagi? Ada yang awak tak faham ke? Cikgu boleh bantu.." Irdina berkata lembut.

Sikapnya itu sebenarnya bukan terhadap Farhan sahaja, malahan pelajar-pelajar lain pun layanannya sama sahaja. Kerana itu lah dia disayangi oleh pelajar-pelajarnya.

"Saya..saya..saya tak berapa sihat cikgu. Maafkan saya.." 

Ujar Farhan lemah sambil menekup kepalanya ke meja.

"Demam ke? Kenapa tak rehat kat rumah je?"

"Saya nak tengok cikgu.." 

Farhan meluahkan dalam hati. Tidak sanggup mengucapkannya di depan kawan-kawannya yang lain.

"Tak apelah, kalau semakin rasa tak sihat, awak boleh berehat di bilik rawatan. Boleh baring-baring. Lebih selesa." Ujar Irdina lagi.

Sudah bulan ke 6 selama mengenali Farhan, baru kali ini Irdina nampak Farhan lemah dan tidak bermaya begini.

"Awak nak cikgu call mak awak tak?" 

Farhan menggeleng.

"Saya sihat cikgu, fizikal saya sihat, cuma emosi saya sahaja yang tak sihat." 

Seperti biasa, ayat itu hanya tersekat di tekaknya sahaja.

"Kalau demam, balik rumah nanti pergi klinik dengan mak ya." 

Farhan angguk perlahan. Irdina berlalu. Dia perlu keluar dari kelas itu kerana guru seterusnya sudah sampai di muka pintu kelas.

"Terima kasih cikgu. Kami sayang cikgu.." 

Ketua kelas memberikan ucapan sebelum Irdina melangkah keluar.

*************************************************************************************

Farhan menghempaskan badan lampainya ke katil bujang miliknya. Berkeriut bunyinya. Tidak dipedulikannya. Matanya dipejam, mahu melupakan rasa sedih yang bertapa di hatinya sehari dua ini.

Wajah manis Cikgu Dina muncul di matanya. Semakin dia cuba melupakan, semakin kuat wajah itu muncul. Layanan baik Cikgu Dina terhadapnya terus menerbitkan rasa sayang yang bukan sedikit.

"Cikgu Dina, boleh tak kalau saya tak nak mengalah dengan Pak Lang saya? Saya sayang dia, tapi saya pun sayang cikgu juga. Lagipun, saya tak pernah lukakan hati cikgu selama kita kenal. Saya layan cikgu dengan baik, tak pernah menipu, selalu bagi hadiah pada cikgu. Tak kan cikgu tak ada langsung perasaan kepada saya selama ni?"

Hati kecil Farhan terus bersuara. Jika semalam dia menangis di bilik apabila terdengar perbualan antara ibunya dan Pak Lang nya. 

"Benarkah Cikgu Dina menerima Pak Lang dengan sepenuh hati nya? Aku masih ingin mencuba kerana aku sayangkan dia. Ya Allah, tolong aku.." rintih Farhan lagi.


Previous: Bab 29
Next: Bab 31

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Melissa Lee