Home Novel Cinta CINTA KAU DAN AKU
Bab 9

'Assalamualaikum, hai!'

Irdina membelek phone nya. Sudah tiga malam berturut-turut Irdina menerima mesej WhatsApp dari orang yang tidak dikenali. Nak kata salah nombor, dah kali ketiga kot. Kalau sekali mungkin lah salah nombor. Nak kata pelajar-pelajarnya saja-saja mempermainkannya macam agak mustahil kerana tidak pernah pula terjadi sebegitu sebelum ni. Irdina mengambil keputusan untuk membalasnya. Dia mahu tahu siapakah gerangan orang itu.

          'Waalaikumussalam. Siapa tu?'

          'Saya peminat misteri awak!'

         'Tak payah mengarutlah. Sila perkenalkan diri sekarang!!'

         'Betul, saya memang dah lama minat awak. Dah bertahun..'

         'Erm..lantak awaklah. Sekarang ni awak nak apa?'

        'Nak berkenalan boleh?'

       'Tadi bukan kata dah bertahun minat saya. Maksudnya dah kenal la siapa saya kan.'

        'Dah, dah kenal dah. OK, good night. Sweet dream..'

        'OK, bagus. Saya nak buat kerja sekolah ni. Jangan kacau saya boleh? Tak boleh nak fokuslah.'

         'Aik, cikgu pun buat kerja sekolah juga ke? Bukan pelajar je ke ada kerja sekolah?'

        'Awak ape tahu lainlah kalau awak pun cikgu juga. Dahla, kalau nak kacau, kacau hari lain. Tak siap kerja saya ni nanti.'

       'Baiklah. Nanti malam esok saya whatsApp lagi. Thanks and good night dear!'

       'Dear mangkuk kau!'

       'Amboi, ganasnya awak! OK, bye!'

Haa...padan muka, kau nampak aku ni diam macam ni aku tak ganas? Silap oranglah! Irdina senyum sendiri. Dia menyambung semula kerja sekolahnya.

*******************************************************************************************

HARIZ senyum meleret malam tu. Walaupun Irdina menggunakan ayat yang kasar dan ganas terhadapnya, sekurang-kurangnya Irdina telah terbuka hati untuk reply mesejnya. Buat masa ni, tu pun dah cukup bagus. Kau kena sabar, Hariz! Macamana Irdina sabar mengorat kau dulu, setiap malam bergayut di telefon awam bawah hostel, kadang-kadang depan hostel untuk mengorat kau, tak kan kau tak boleh sabar.

Hati Hariz terus berkata-kata, memberi semangat. Dia tak akan mudah patah semangat. Dia merancang untuk menggunakan semula teknik mengorat yang Irdina lakukan 10 tahun dulu. Secret Admire, telefon, mesej, blind date....


Previous: Bab 8
Next: Bab 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Melissa Lee