Home Novel Cinta Pertemuan Yang Terindah
Bab 21

"KAU ni dah kenapa? Macam hilang bini dah aku tengok." tegur Arash sambil menyuap sekeping potato ke dalam mulut. Sejak dari semalam dia tengok sahabatnya yang seorang ini asyik diam je. Kotak suara dah hilang ke apa?

"Diam ah kau."

Ketika itu juga Arash ketawa. "Hei, marah?"

Hayy Mikael yang sedang duduk bersandar disofa menoleh pandang ke arah Arash yang sedang mentertawakannya. Bantal kecil yang berada di dalam pelukannya dibaling ke arah Arash.

"Hahaha! Kau kenapa ni? Putus cinta?"

Satu keluhan kedengaran. Telefon bimbit yang sejak tadi berada dalam genggamannya direnung lama. Dari kelmarin lagi dia menunggu balasan mesej dari Armell. Namun, gadis itu langsung tidak memberi sebarang maklum balas.

Entah apa salah yang dia buat pada Armell. Sampai gadis itu bencikannya begitu sekali. Luka dibibirnya akibat pergaduhan itu pun Armell langsung tidak ambil kisah. Walhal pergaduhan itu pun sedikit sebanyak berpunca daripada gadis itu juga.

"Eva macam mana?" dek ingin lari daripada soalan Arash, sengaja isu Evarisya dibangkitkan.

"Itu lah kau, sejak semalam lagi Eva asyik tanya pasal kau aje. Kau pulak buat apa? Membisu macam mayat hidup!"

Hayy Mikael garu kepala. Lagi satu keluhan kedengaran. "Aku tak nak dia nampak luka dekat muka aku ni."

"Ha ni satu masalah lagi, yang muka kau lebam ni dah kenapa? Kau bertumbuk dengan siapa ni?"

Hayy Mikael berdecit geram. Kalau boleh dia tak mahu ingat lagi apa yang terjadi antara dia dan juga Rykal. Isu Rykal tidak sepatutnya dibangkitkan lagi. Buang masa saja memikirkan hal yang tak membawa makna langsung tu.

"Takde lah... Kau tak payah masuk campur. Aku okay je ni."

Arash merengus perlahan. "Tak payah masuk campur? Ni Hayy, aku nak tanya. Kau dah lupa ke apa tujuan kau datang sini? Kau dah lupa apa yang Eva nak tengok dekat diri kau? Dah lupa? Hilang ingatan?" provok Arash.

"Tak. Aku tak pernah lupa tujuan aku datang ke sini. Dan aku pun tak pernah lupa tentang impian Eva."

"Habis, ini apa ni? Kau kalau nak bercinta, buat gaya nak bercinta."

"Armell tak cintakan aku, Rash. Apa makna istilah bercinta untuk aku?"

Kali ini giliran Arash pula yang mengeluh.

"Kenapa ni bro?"

Hayy Mikael bersandar lemah. Mata merenung pada siling di atas. Dia hanya mampu menelan liur bila teringatkan panahan mata Armell terhadapnya yang penuh dengan api kebencian. Kenapa susah sangat you nak terima I dalam hidup you, Mell... Hatinya berdetik sendu.

"MELL!" panggil Hayy Mikael sambil meraih pergelangan tangan Armell. Dari jauh lagi dia sudah nampak gadis itu yang sedang berjalan ke arah perpustakaan.

Segera Armell toleh ke belakang. Tangannya yang berada di dalam genggaman Hayy Mikael direntap kasar. "You nak apa lagi?"

"I nak penjelasan dari you."

"Penjelasan apa lagi? I dah cakap kan yang I tak nak tengok lagi muka you."

"But why? Tell me."

"Sebab I bencikan you."

"Bagi I lima sebab kenapa you bencikan I."

Armell ketap bibir. Sungguh dadanya terasa begitu sesak ketika ini. Kenapa lelaki ini masih tidak serik dengan sikapnya yang terlalu degil ini?

"Kenapa you diam?" soal Hayy Mikael.

Armell memandang wajah Hayy Mikael. Mata mereka bertautan. Panahan mata itu, panahan mata lelaki itu membuatkan dirinya sentiasa berasa selamat. Namun, melihat senyuman sinis yang tersungging dibibir lelaki itu, segera dia alihkan pandangan. Rasa marah mula menggigit hati.

"I nak masuk. Tepi lah."

"No. You nak kena halau dengan guard ke apa? Kita settlekan hal ni dekat sini." tegas Hayy Mikael.

Ketika itu juga Armell tertawa. "Siapa cakap I nak settlekan benda ni? I tak jemput pun you masuk ke dalam. I ke sini, sebab nak studi. Bukan nak bertekak dengan you."

"Mell... Tolong lah jangan buat I macam ni." kali ini lelaki itu seakan merayu-rayu kepadanya.

Armell toleh ke kiri dan ke kanan. Meliarkan pandangan ke sekiling seperti mencari kelibat seseorang. Kelakuan gadis itu diperhatikan oleh Hayy Mikael. "You cari siapa?"

"Bukan masalah you."

"Cari Rykal?" duga Hayy Mikael. "Takut Rykal nampak kita berdua? Takut dia cemburu tengok I dengan you?" provokasi lelaki itu lagi.

"Kalau ya pun kenapa?" soal Armell selamba. Seolah-olah menyokong akan pertanyaan lelaki itu.

"You fikir I percaya?"

"You have to."

"No. I tau you tak cintakan dia."

"Yes, I did it."

Lelaki itu serta-merta terdiam. Matanya merenung tajam jauh ke dalam anak mata Armell. Mencari kejujuran. "Mell, you sengaja nak sakitkan hati I kan?"

"Tidak. For what? I takde masa lah untuk fikirkan soal you. Lagipun I kenal Rykal tu dah lama. Lebih lama dari I kenal you."

Hayy Mikael ketap gigi. Sumpah, dia kecewa mendengar pengakuan jujur Armell itu. Hancur hatinya. Kali pertama dia jatuh cinta, kali pertama dia cuba mendapatkan cintanya dan inilah kali pertama dia merasa sakitnya bila cinta ditolak.

"Lagi satu, bagi I cinta itu nombor dua! Buat apa nak difikirkan sangat? Dah lah, you jangan nak membuang masa kejarkan I. Sebab I takde masa nak sambut cinta you." baru saja Armell ingin melangkah pergi, sekali lagi lengannya dipaut lembut.

Melihat renungan tajam dari Armell, spontan lengan gadis itu dilepaskan. Hayy Mikael undur setapak. Nafas ditarik dalam-dalam.

"Rykal tu bahaya, Mell..."

Armell renung wajah Hayy Mikael. Jelas riak kerisauan yang terpamer pada wajah lelaki itu. Dan memang tidak dapat diselindung lagi, sinar mata lelaki itu sudah menjelaskan bahawa dia betul-betul kecewa.

"None of your business."

"Kalaupun you tak ada perasaan terhadap I, sekurang-kurangnya you jaga maruah diri you. Jangan biarkan lelaki sewenang-wenangnya ambil kesempatan ke atas you. Rykal, he is dangerous, Mell."

Di saat itu juga Armell tersenyum sinis. Senyuman sinis itu serta-merta membuatkan lelaki itu terdiam.

"I. Tak. Semurah. Yang. You. Sangka."


Previous: Bab 20
Next: Bab 22

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Farisya