Home Novel Cinta Pertemuan Yang Terindah
Bab 65

BUNYI pintu bilik air dibuka menyedarkan lamunan Armell. Lantas kepalanya bergerak menoleh ke arah Hayy Mikael yang baru sahaja selesai mandi. Diperhati rambut potongan faux-hawk lelaki itu yang berserabai. Selepas itu matanya jatuh pada dada bidang milik suaminya yang masih bersalut titisan air.

Just one word. Sexy! Getus Armell dalam hati.

"Kenapa?" Soal suara garau itu.

Armell telan air liur lantas menggeleng laju. Pandangan dialihkan semula memandang ke luar balkoni.

"Tergoda tengok abang?" Duga Hayy Mikael.

Armell buat muka menyampah. Bibir dicebik. "Takde maknanya."

Hayy Mikael berjalan menuju ke arah almari pakaian. Pintu almari dibuka. "Kalau perempuan lain dah tergoda dah." Gumamnya perlahan sambil tangan bergerak mencari baju.

Armell kerut dahi. Pantas dia toleh memandang suaminya. "Sorry?"

"What?"

"Apa abang cakap tadi?"

"Abang cakap, sayang cantik kalau pakai baju kluang macam tu."

Armell tunduk memandang baju kelawarnya. Kluang, pak cik dia! "Kelawar lah, abang."

"Sama lah tu." Tuturnya selamba. Baju t-shirt putih disarung ke tubuh.

Armell menggeleng. Masih tidak puas hati dengan jawapan Hayy Mikael.

"Mell tanya, apa yang abang cakap tadi? Mell dengar lah! Abang cakap perempuan lain akan tergoda tengok abang kan?"

Hayy Mikael angkat kening. Bibir melorek senyum sinis. Ketawa kecil sambil meraup rambutnya yang masih basah ke belakang. "Of course. Duda hot, siapa aje tak tergoda?"

Armell sepetkan mata. Nafas turun naik menahan geram. Sakit hati bila Hayy Mikael mengusiknya seperti itu. Tak akan ada sesiapa pun yang boleh tergoda dengan lelaki itu. Hayy Mikael, dia yang punya! Hanya dia sahaja yang boleh menggoda dan rasa tergoda!

Terus kakinya laju melangkah menuju ke arah suaminya. "Abang suami Mell! Jangan berlagak duda lah. Gelaran tu dah lenyap sejak abang lafazkan akad abang dulu. Ingat tu. Kalau abang lupa, biar Mell yang tolong ingatkan." Ujarnya keras sambil tangan bersilang di dada.

"Hei, kenapa emo sangat ni?" Soal Hayy Mikael hairan. Pelik melihat wanitanya tiba-tiba beremosi.

Sambil menyoal, sambil tangannya melepaskan lilitan tuala dipinggangnya. Hampir menjerit Armell melihat kelakuan tak tahu malu Hayy Mikael itu. Terus dia menoleh ke arah lain sambil tapak tangan naik menekup wajah.

"Eee! Abang ni tak malu lah!"

"Buat apa nak malu dengan isteri sendiri?"

"Kalau ya pun, bagitahu la sepatah dua kata dulu! Ini tak, terus bukak aje!" Bengang Armell dibuatnya.

"Mell kan isteri abang. Biar lah." Seluar track kelabu disarung.

"Orang tak suka la!"

"Okay lah, lain kali abang tak buat depan Mell dah. Abang buat depan perempuan lain." Bicara suara garau itu selamba.

Spontan, lengan Hayy Mikael dicubit kuat.

"Auchh! Sakit lah."

Armell jeling geram.

Hayy Mikael tilik lengannya yang menjadi mangsa cubitan isterinya. Pedih. Tinggal kesan merah dilengan beruratnya. Boleh tahan kuat juga penangan Armell. "Mell suka tau sakitkan abang."

"Lain kali mulut tu jangan nak gatal sangat sebut yang bukan-bukan."

Hayy Mikael diam sebentar. Entah apa yang sedang bermain dibenak fikirannya. Dan satu senyuman yang sangat sukar ditafsir terhias di wajah.

Tercantum kening Armell melihatnya. Dah kenapa tiba-tiba senyum? Muslihat apa pulak dah pak cik ni?

"Let's be fair." Kata Hayy Mikael perlahan sambil kaki perlahan-lahan mendekati Armell, mengurangkan jurang di antara mereka.

Armell undur setapak. Setapak, dan setapak. Setapak lagi, sehinggalah belakang badannya bersatu dengan permukaan almari. Kini, Hayy Mikael betul-betul terpacak di hadapannya. Betul-betul rapat dengannya. Kalau lah dia bergerak ke hadapan sedikit, pasti tubuhnya dengan tubuh sasa itu akan bersatu.

Dalam hati rasa bersyukur juga. Mujurlah Hayy sudah lengkap berpakaian. Tak ada lah seksi mana. Tak menggugat iman. Buatnya dia bertuala seperti tadi, bikin sesak nafas saja.

Hayy Mikael dekatkan wajah mencium rambut isterinya. Bau harum dari rambut Armell memenuhi rongga hidungnya. "Hurm... Wangi isteri abang ni."

"Abang jangan buat perangai ya." Tegas Armell.

"No I'm not." Wajah kacak itu melorek senyum nakal.

"Abang ni dah kenapa?" Soalnya yang sudah cuak dengan tusukan mata Hayy Mikael itu.

Tangan Hayy Mikael mendarat di pinggang ramping Armell. Selepas itu tangan itu bergerak, mengusap lembut lengan isterinya dari atas hingga bawah.

Tanpa Armell duga, dua ulas bibirnya terasa ditindih lembut oleh Hayy Mikael. Dirinya terkaku dan tergamam. Namun, dek rasa terbuai dengan sentuhan lembut suaminya, dia hanya diam menikmati detik itu. Kedua-dua tangannya naik memaut bahu Hayy Mikael.

Beberapa minit kemudian, Hayy Mikael menjauhkan semula wajahnya. Sekarang barulah Armell dapat bernafas dengan normal. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa lajunya jantungnya berdetak menahan debar di dada.

Tetapi kelakuan Hayy Mikael tidak habis di situ. Tersentak kecil Armell saat Hayy Mikael mula membenamkan wajah di celah lehernya. Cemas! Hayy tidak pernah berkelakuan lebih-lebih seperti ini. Makin berombak dadanya. Kaki mula terasa lembik dan longlai.

Tangannya yang lemah cuba menolak tubuh sasa itu menjauh darinya tetapi apalah sangat kudrat dia sebagai seorang wanita yang lemah jika hendak dibandingkan dengan kudrat lelaki seperti Hayy Mikael yang jauh lebih kuat darinya itu.

"Abang... Tak boleh! Mell belum suci lagi." Ujarnya tersekat-sekat. Betul, dia masih dalam tempoh datang bulan. Masih belum subur. Mana boleh suka-suka hati mengikut kehendak nafsu.

Hayy Mikael masih begitu. Tidak berhenti langsung, malah semakin menjadi-jadi. Kadang terasa lehernya dikucup berkali-kali. Dan kadang juga terasa sedikit pedih saat suaminya berbuat sedemikian. Apa yang lelaki itu sedang buat pun dia tidak tahu. Sehinggalah Hayy Mikael sendiri yang melarikan wajahnya.

Armell ketap bibir. Tangan kanannya naik menekup lehernya yang menjadi mangsa Hayy Mikael. Rasa nak pelangkung aje muka tak bersalah lelaki itu.

"I'm done. Fair and square." Suara garau itu berkata dengan nafas yang kedengaran agak tersekat-sekat. Mungkin juga sedang merasakan perasaan yang sama seperti Armell.

"Done what?" Sekali lagi lehernya ditekup. Jangan cakap...

Tak payah tengok cermin, rasanya dia dah dapat mengagak apa yang Hayy Mikael tinggalkan di lehernya.

"Abang!!!" Jerit Armell geram. Kaki dihentak kuat berkali-kali. Rasa nak menangis.

"Abang jahat!"

"Mell yang buat abang dulu. So, itu lah balasannya."

"Tapi kenapa dekat sini!" Bentaknya tidak puas hati.

Mendengarkan itu, makin lebar sengih Hayy Mikael. "Nak tempat lain jugak ke?"

Armell akhirnya menangis. Entah kenapa dia rasa nak menangis sangat sekarang ini. Mungkin sebab geram terlampau. Rasa nak sepak bertalu-talu muka Hayy Mikael yang selamba itu. Sangat!

Jerk!

"Mungkin lepas ni sayang dah boleh mula pakai tudung kut? Kan?" Cadang Hayy Mikael yang tidak hairan langsung dengan tangisan isterinya. Dalam diam, dia sorok senyum. Seronok kenakan Armell sebegitu rupa.

"Abang jahat!"

"Tak!"

"Jahat!"

"Tak!"

"Jahat!!! Abang jahat! Mell benci abang!" Kaki dihentak lagi. Rasa nak mengamuk. Geram tak terkata dengan suaminya.

Dan Hayy Mikael? Berlalu dengan tawa yang sangat menyakitkan hati!

Previous: Bab 64
Next: Bab 66

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Farisya