Home Novel Cinta Pertemuan Yang Terindah
Prolog

WAJAH lelaki yang berkumis halus itu Armell renung lama.

Hayy Mikael.

Tipu kalau dia cakap dia tidak tergoda dengan seraut wajah yang sedang berada dihadapannya ini. Wajah lelaki ini kini tampak lebih menggoda dari dulu. Walaupun tak terlalu banyak beza, tapi sudah cukup membuatkan gadis itu terpaku melihatnya. Semakin berusia, semakin tampan. Pendek kata, lebih sedap mata memandang. Itu lah lelaki.

"Macam mana awak boleh buang saya dari hidup awak, Mell? Kenapa semudah itu?"

Armell berpeluk tubuh, bersandar di sisi meja.

"Easy, just throw yourself out of my memory box. Bukannya susah."

Lelaki itu menggeleng. Menidakkan apa yang diperkatakan oleh gadis itu.

"No, saya kenal awak Mell. Saya tau awak cintakan saya." lelaki itu bersuara tegas.

Armell lepaskan tawa yang sengaja dibuat-buat. Kenyataan itu sungguh lucu.

"Kenapa yakin sangat ni, Hayy? Awak tak takut ke nama baik awak ni tercemar gara-gara saya? Merayu dan menagih cinta dengan perempuan yang memang sah akan jadi isteri orang tidak lama lagi. Tak pernah dibuat orang lah." katanya sinis.

Armell berjalan menghampiri Hayy Mikael yang sedang berdiri kaku tidak jauh darinya. Tali leher lelaki itu di pegang dan dibelai perlahan. Armell angkat wajah. Memandang wajah lelaki yang memang sedari tadi asyik merenungnya. Dia tahu.

"Awak nak saya cakap apa? Awak nak saya cakap, yang saya cintakan awak sedangkan bulan depan sahaja lagi saya akan bernikah? Macam tu?

Atau awak nak saya yang melamar awak untuk jadi suami saya? Macam tu ke, Hayy?"

Lelaki itu terdiam. Gigi diketap perlahan menahan perasaan. Senyuman sinis dari Armell menambah lagi rasa sakit hatinya.

"Oh, ke awak nak saya gantikan nama pengantin lelaki nanti jadi nama Hayy Mikael? Is that what you want? Am i right, my dear?"

Armell tersenyum penuh menggoda. Tangan lembutnya melingkar pada lengan Hayy Mikael. Lengan sasa itu dipeluk mesra. Kepalanya dilentokkan pada bahu lelaki itu.

"Saya cintakan awak, Mell." ucap lelaki itu dengan suara bergetar menahan perasaan. Dia mengumpul segala kekuatan untuk mengungkapkan kata keramat itu.

Mendengarkan itu, Armell mendongak memandang Hayy Mikael. Bukan kerana terkejut, tapi lebih kepada ingin menyindir. Senyum senget terukir dibibir.

"Cinta? Oh my dear Hayy...Seriously? Awak cakap apa tadi?"

Sengaja soalan itu disoal kembali.

"Saya. Cintakan. Awak." ungkap Hayy Mikael sekali lagi dengan seribu kepayahan. Air liur yang ditelan sudah terasa kesat.

"Such a big liar!" kali ini suara Armell sudah naik seoktaf. Lengan lelaki itu dilepas kasar. Ikutkan hati, nak saja dia menggila di hadapan lelaki ini. Geram!

"Armell, ini office. Please, respect saya." Hayy Mikael bersuara tegas namun dengan itonasi yang perlahan sahaja.

Armell melangkah ke arah pintu yang terbuka. Ditutup kuat hingga bergegar dinding pejabat Hayy Mikael. Tak dipedulikan apa tanggapan staf diluar.

Wajah lelaki itu sudah kelihatan kabur dek kerana matanya yang sudah berkaca-kaca. Hanya tunggu masa untuk menitis saja lagi. Kenapa baru sekarang kau luahkan itu semua? Kenapa baru sekarang? Sungguh, kau memang kejam!

"Mell," Hayy Mikael menghampiri Armell. Baru saja tangannya ingin memegang bahu gadis itu terus saja ditepis kasar. Tubuh Hayy Mikael di tolak kuat sehingga lelaki itu terundur setapak ke belakang.

Armell mengangkat sedikit tangannya tanpa suara. Memberi isyarat supaya lelaki itu diam dan memberi ruangnya untuk berbicara.

"The next 3 months, i'm getting married. Sekarang, kau cakap kau sayangkan aku? What are you trying to do, Hayy?!" kali ini bahasa Armell sudah bertukar pada 'kau dan aku'. Dadanya mula berombak menahan perasaan. Air mata sudah mula menitis dari tubir mata.

"Apa kau ingat kalau kau cakap yang kau sayangkan aku, aku akan senang-senang batalkan perkahwinan aku dengan Huzair? Tak semudah itu. Sayang sekali, aku takkan pergi pada kau macam tu saja."

"But, a big thanks for you. Sebab kau, aku belajar erti cinta dan sebab kau juga aku belajar erti kecewa." bergetar suara Armell menahan sebak.

"Awak tak cintakan saya, Mell?" Hayy Mikael bersuara tiba-tiba setelah lama membisu. Matanya juga seperti kemerah-merahan. Wajah Armell ditenung. Tak beralih walau sedikit pun.

Dengan air mata yang masih lagi bersisa, Armell menggeleng bersama senyuman sinis. Hell no, Hayy.

"Look here, pandang saya. Tengok mata saya dalam-dalam dan cakap yang awak tak cintakan saya." tegas Hayy Mikael mengarah.

Namun Armell tidak memberi sebarang reaksi. Pandangan di alih ke lain.

"Pandang mata saya, Mell! Cakap yang awak tak cintakan saya, now!" suaranya naik seoktaf membuatkan bahu gadis itu terhinjut dek jerkahannya.

Armell ketap bibir. Hatinya menangis dan meratap namun ego mengatasi segala-galanya. Bibir dikemam kuat. Takut jika lelaki itu terdengar esakannya. Sepasang mata berwarna hazel, Armell renung lama. Sepasang mata itu juga sedang berkaca. Menambah lagi rasa sebak di hati Armell.

"Saya tak cintakan awak! Puas?!" akhirnya kata-kata itu terlepas juga dari mulutnya. Sebaik sahaja kata-kata itu terungkap, automatik mata dipejam rapat lalu air mata merembes laju membasahi pipi. Keterpaksaan merelakan.


Next: Bab 1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Farisya