Home Novel Cinta Pertemuan Yang Terindah
Bab 59

PERLAHAN-LAHANkelopak mata dibuka. Dia menyeringai sedikit lantas tangan dibawa menutupi mata tatkala cahaya lampu bilik itu menembusi matanya. Setelah beberapa saat, mata kembali dibuka perlahan-lahan dan memandang ke sekelilingnya. Di mana dia berada?

Armell melihat tubuhnya di atas katil yang serba putih. Serasakan ada seseorang disisi katilnya, segera anak mata bergerak memandang susuk tubuh seorang lelaki yang duduk dikerusi sedang melihat ke arahnya. Wajah lelaki itu tampak terkejut dan dia segera bergegas keluar dari bilik itu.

Armell kerut dahi. Mulut ingin bersuara, namun bila tersedar akan topeng oksigen yang menutupi mulut dan hidungnya, segera niat itu dimatikan. Perlahan-lahan tangannya naik memegang topeng oksigen itu lalu ditanggalkan dengan berhati-hati. Rimas.

Di saat itu, kelihatan seorang doktor lelaki masuk ke dalam bilik menemuinya bersama dengan Puan Sri Nora, Tan Sri Hazahar, dan juga Huzzair. Tiba-tiba hati dijentik rasa sebak bila seseorang yang dia mengharapkan ada tetapi tiada bersamanya sekarang.

Mungkin tadi dia hanya berhalusinasi sahaja.

"Apa khabar, Cik Armell?"

Armell hanya memberikan sebuah senyuman.

"Saya Dr. Raeez." Dia memperkenalkan dirinya.

"Saya jaga bahagian neurosurgeri. Awak tahu apa yang menyebabkan awak di sini?" Soalnya.

Armell pejamkan mata sejenak. Mengingati semula apa yang telah berlaku. "Saya... Kemalangan?" Jawabnya ragu-ragu.

"Awak yakin?"

"Ya, saya kemalangan."

"Masa tu awak nak ke mana?"

"Hmmm... Saya nak balik ke rumah."

"Awak masih ingat pada pukul berapa awak kemalangan tu?"

Armell kerut dahi. Apa punya soalan ni? Takkan nak excident pun kena kerling jam dulu? Tak menyempat lah!

"Maksud saya, waktu pagi, petang, ataupun malam?" Soal doktor lelaki itu. Mungkin memahami apa yang bermain di fikiran Armell.

"Saya rasa..." Armell pegang kepalanya yang berbalut. Cuba mengingati detik itu.

"Petang. Waktu saya kemalangan tu petang."

"Betul?" Risik doktor itu.

"Ya, saya yakin."

Dr. Raeez hanya mengangguk mendengar semua jawapan dari Armell. Kemudian dia menyambung pertanyaannya lagi. "Awak tahu siapa gentleman yang temankan awak di sini sejak awak admit?"

Armell terdiam. Cuba mengingati lelaki yang bersamanya sejak dia buka mata tadi. Tak mungkin dia. Tak mungkin.

"Huzzair." Mata mengerling ke arah Huzzair yang berdiri disebelah Dr. Raeez.

"Awak kenal siapa Huzzair?"

"Dia... Tu–tunang saya."

"Are you pretty sure? Bukan kawan awak atau sedara mara awak?" Dr. Raeez cuba mempermainkan jawapannya.

"Tak. Dia tunang saya." Lagi dengan suara yang penuh yakin.

Sekali lagi Dr. Raeez mengangguk. Kemudian Armell nampak Dr. Raeez berbisik sesuatu kepada Huzzair sebelum dia berlalu keluar dari bilik.

"Alhamdulillah, Mell dah sedar. Tak putus-putus mama berdoa supaya Mell cepat-cepat sedar dari koma." Ujar Puan Sri Nora lantas melabuhkan punggung  di atas kerusi.

"Dah berapa lama Mell terlantar dekat hospital ni mama?"

"Hampir sebulan. Sepanjang satu bulan, ada yang setia menjaga Armell dekat sini."

Pandangan di alih ke arah Huzzair dan tersenyum manis sebagai tanda terima kasih kepada lelaki itu.Namun jauh di sudut hatinya masih lagi terasa sebak. Seakan mendambakan sesuatu.

Bagaikan Deja Vù. Dia seperti sudah mengalami situasi begini. Buka mata, ada Huzzair, ada mama, dan ada papa.

"Awak nak tahu siapa gentleman yang selalu temankan awak di sini?" Huzzair tiba-tiba menyoal sekaligus membuatkan dahi Armell berkerut.

Belum sempat dia hendak menjawab, Huzzair sudah menghilang disebalik muka pintu bilik. Serentak itu juga satu figura yang sangat dia kenali melangkah perlahan-lahan masuk dan mendekatinya. Automatik matanya berkaca-kaca. Bagai mahu gugur jantung saat melihat susuk tubuh yang berdiri tegak itu. Inikah lelaki yang bersamanya sewaktu dia baru tersedar tadi?

"Mama keluar dulu." Puan Sri Nora dan Tan Sri Hazahar segera meninggalkan mereka berdua di dalam bilik.

Bahu lelaki itu sempat ditepuk perlahan oleh Tan Sri Hazahar dan lelaki itu hanya tersenyum nipis sebelum perhatian diberi sepenuhnya kepada Armell.

Armell lantas bangun dari baringan. Lengan sasa lelaki itu lekas-lekas ditarik supaya duduk dibirai katil. Wajah lelaki itu dipegang dan ditilik tidak percaya. Pipi lelaki itu diusap perlahan. Kening tebalnya yang cantik terbentuk, mata hazelnya yang memukau, hidungnya yang mancung, bibirnya yang merah, rahangnya yang tajam, dan rambut faux-hawk cutnya yang sungguh bergaya.

Hayy Mikael.

Jatuh setitis air mata Armell saat menatap wajah itu. "Hayy!"

Hayy Mikael mengangguk walaupun dengan riak wajah yang sedikit hairan. Pelik dengan tingkah gadis itu.

"Awak masih hidup, Hayy? Awak tak tinggalkan saya?"

Hayy Mikael kerut dahi. Kedua-dua tangan Armell ditangkap dan dijatuhkan. "Ya, saya masih hidup. Kenapa saya nak tinggalkan awak pula? Patutnya soalan tu saya yang tanya awak tau?"

Armell seka air matanya yang masih menitis. Air mata gembira yang tak terungkap. Satu senyuman bahagia terukir di wajah. Armell ketawa suka walaupun bercampur dengan esakan kecil. Masih tidak percaya.

"Awak ke yang temankan saya sepanjang saya koma?"

Hayy Mikael mengangguk. Ya, dialah yang sentiasa bersama gadis ini. Dan dia jugalah menjadi saksi air mata gadis ini jatuh walaupun dalam koma. Dia tidak pasti kenapa, tetapi itu lah yang dia lihat. Armell menangis dalam koma.

"Saya nak tanya, apa yang awak nampak dalam koma awak sepanjang sebulan tu?" Soal Hayy Mikael tiba-tiba.

Armell tergamam kecil. Kalau nak diikutkan, banyak rintangan yang dia harungi di dalam tidur lenanya. Sampaikan dia sendiri pun tidak pasti kejadian itu sudah benar-benar berlaku ataupun hanya sekadar mimpi sahaja. Kerana dirinya terasa seakan dia betul-betul berada di dalam situasi tersebut. Seperti ia benar-benar berlaku!

"Macam-macam benda yang saya nampak. Termasuk sesuatu yang tidak diingini terjadi." Ujarnya perlahan.

Hayy Mikael mengecilkan mata merenung wajah Armell. "Apa? Cuba cerita pada saya. Sebab saya nampak awak menangis."

Armell mengerutkan dahi. "Saya menangis? Macam mana awak tahu?"

"Your tears flow. I saw it."

Armell menundukkan wajah. Nafas di ambil dan dihela perlahan. Rasa takutnya hanya Tuhan sahaja yang tahu. Takut kejadian itu akan menjadi realiti. Dia tidak cukup kuat untuk itu dan tak akan pernah kuat.

Segalanya sudah diceritakan kepada Hayy Mikael kecuali tentang perkara-perkara yang tidak penting. Yang diceritakan hanya kejadian sewaktu dia dan Rykal dilorong bangunan dan juga kejadian dimana berlakunya kemalangan tragis lelaki itu.

"No worries. Semua tu hanya pengalaman mimpi awak ketika koma. Now, I'm here with you. Even though you'll get married next week, but I'm still here with you, as a friend." Hayy Mikael cuba menenangkan hati gadis itu.

Armell gigit bawah bibir. Rasa sebak bila lelaki itu berkata seperti itu. Dia dapat belajar satu benda dari tidur panjangnya. Iaitu lebih menghargai lelaki ini. Lelaki ini sungguh baik dan tidak pernah berkasar mahupun berdendam dengannya. Rasa benci terhadap lelaki itu sudah ghaib dan lenyap serta-merta sebaik sahaja dia tersedar dari koma.

"Saya dan Evelyn akan jadi pengapit awak dengan Huzzair." Beritahu lelaki itu.

Sekali lagi Armell tergamam kecil. Hayy dan Evelyn akan menjadi pengapitnya sewaktu bersanding nanti? Situasi ini benar-benar sama seperti di dalam mimpinya. Kata Huzzair, Evelyn dan Hayy akan menjadi pengapit mereka. Makin bertambah laju detak jantungnya. Adakah hubungan Hayy dengan Evelyn juga sama seperti dalam mimpinya?

"Aw–awak dengan Evelyn... Ada hubungan apa-apa ke?" Soalnya dengan berhati-hati. Takut mengundang marah lelaki itu

Dengan itu, Hayy Mikael tergelak kecil manakala Armell pula mengerutkan dahi. Apakemende yang kelakar sangat?

"Awak jangan cakap itu pun masuk dalam mimpi awak!" Lelaki itu tergelak lagi.

"Betul ke?"

"Mana ada lah!"

Fuh ! Lega.

Barulah Armell dapat bernafas dengan normal. Kepala diangguk perlahan.

"Saya tak akan cintakan siapa-siapa selagi nama awak masih ada dalam hati saya." Tutur Hayy Mikael tanpa berselindung.

Kata-kata itu buatkan Armell terkaku. Kejung. Nak bersuara tetapi bagaikan ada sesuatu yang tersekat dikerongkong. Jantung berdetak tak seiring.

"Sorry, I didn't mean it. Awak jangan risau, saya akan cuba buang perasaan ni." Ujar Hayy Mikael lagi bila melihat reaksi Armell seperti itu. Seakan tidak selesa bila dia meluahkan rasa.

"Awak haus tak? Nak air?"

Armell hanya sekadar mengangguk.

Lelaki itu terus bangun untuk mendapatkan air. Gelas kaca yang dihulur Hayy Mikael disambut dan diteguk sehingga licin. Punyalah haus seperti sudah berkurun lamanya tidak minum air.

"Thanks."

Hayy Mikael ukir senyum nipis sebelum melabuhkan duduk dikerusi yang telah disediakan.

Armell tanpa segan menatap wajah Hayy Mikael. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa bersyukurnya dia kerana dia masih diberi peluang untuk bersua dengan lelaki ini. Mimpi ngeri itu benar-benar buatkan dia lebih takut kehilangan Hayy Mikael.

"Hayy..."

"Hurm?"

"Saya sayangkan awak tau? Walaupun saya akan bergelar isteri orang tak lama lagi, tapi saya tetap sayangkan awak, sebagai seorang kawan. Mimpi saya telah mengajar saya sesuatu." Ujar Armell lalu menunduk. Bibir diketap perlahan. Kolam air mata yang terasa panas cuba ditahan.

"Sebagai kawan je? Tak lebih daripada tu?" Lelaki itu selamba berseloroh. Lagi buatkan cik jantung makin laju mengepam darah.

"Takde lah, saya gurau je. I love you too, as a friend!" Hayy Mikel tergelak kecil akhirnya sementara Armell pula masih berdiam menyembunyikan perasaanya sendiri.

Previous: Bab 58
Next: Bab 60

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Farisya