Home Novel Cinta Pertemuan Yang Terindah
Bab 35

ANAK gadisnya yang diam menunduk itu di renung seketika. Juga tidak lupa dengan senyuman sinis yang terukir diwajahnya. Firasatnya ternyata benar. Apa yang dia fikirkan tentang Hayy Mikael rupanya tidak salah.

"So, siapa yang Mell nak percaya sekarang? Masih nak bela jantan tu lagi? Jantan yang kononnya susah nak di cari, satu dalam sejuta? Macam tu, hrm? Papa tengok muka dia pun papa dah kenal muka penipu macam tu."

Armell pejam mata. Gigi di ketap menahan rasa. Sungguh, dia bencikan Hayy Mikael. Namun bila mendengar kutukan dari papanya terhadap lelaki itu, buatkan hatinya jadi sakit. 

Melihat Armell yang hanya berdiam, lagi lebar senyuman sinis Tan Sri Hazahar. Dia tahu bahawa anak gadisnya itu sudah menyerah kalah dengannya. "Cincin tunang tu papa nak Mell buang. Papa tak nak tengok lagi benda jijik tu ada dalam rumah ni."

Mendengar arahan itu, segera Armell angkat wajah. Tangan kanannya lekas-lekas di sorok di belakang badan. Kepala menggeleng laju membangkang arahan papanya itu. "Tak, tak... Mell tak nak buang cincin ni."

"I said throw it away!" tengking lelaki tua itu.

"No! I'll never do that, pa!" balasan suara itu dibalas dengan nada suara yang tegas pula.

Tan Sri Hazahar diam sebentar. Sesaat lepas itu dia tertawa seraya menggeleng-gelengkan kepalanya. "Mell masih cintakan dia?"

Armell menarik nafas yang tiba-tiba terasa sesak. "Mell mengaku Mell bencikan dia. I hate him! Tapi Mell tak boleh tipu diri Mell yang dijauh sudut hati ni masih ada lagi cinta untuk Hayy, pa! Papa tak boleh paksa Mell secara mengejut macam ni. You have to give me some time."

"Mell nak masa? Baik. Papa bagi Mell masa 3 hari untuk simpan cincin tu dan selepas 3 hari, I don't want to see it anymore. Dan buang sekali jantan tak guna tu jauh dari hidup Mell. Papa tak mahu dengar lagi nama dia dalam rumah ni. Faham?" usai menghabiskan kata-kata, Tan Sri Hazahar terus beredar meninggalkan Armell yang sudah terduduk disofa.

Armell kemam bibir. Rasa ingin menangis dari tadi lagi dia cuba tahan. Mata dipejam rapat dan sejurus itu, jatuh setitik air matanya. Cincin yang masih tersarung di jari manisnya itu dikucup lama. Esakan kecil mulai kedengaran. Hayy... kenapa you buat I macam ni? I rindukan you... Hatinya merintih kecil.

Bantal kecil yang memang berada di atas sofa itu ditarik ke dalam pelukan. Perlahan-lahan tubuhnya direbahkan dan tanpa sedar, dia terlena disitu dengan air mata yang dibiar kering sendiri.



SUDAH 3 hari berlalu. Kini, cincin tanda pertunangan Armell dan Hayy Mikael sudah tiada makna. Dia hanya mampu melihat sewaktu papanya merampas cincin itu dari genggaman tangannya dan membiarkan cincin itu dibawa entah kemana oleh Tan Sri Hazahar. 

Selama 3 hari itu lah dia cuba berjuang dengan perasaannya sediri. Cuba buang segala perasaan cinta dan sayang terhadap lelaki itu. Sakitnya, hanya Tuhan saja yang tahu. Setiap malam dia mengharap lelaki itu datang mengetuk pintunya untuk memujuk dirinya. Namun apakan daya, dia sudah jauh beribu batu jauhnya dari lelaki itu. Senyap-senyap dia tinggalkan bumi Australia tanpa pengetahuan Hayy Mikael. Tanpa mengucap selamat tinggal dan tanpa menatap dahulu wajah kacak lelaki itu walaupun dia tahu bahawa dia akan rindukan suara garau Hayy Mikael yang sentiasa mengusiknya dahulu.

"Mell, mama nampak Mell sekarang dah cengkung. Baru sahaja 3 hari kurang makan, Mell dah kurus macam ni. Makan lah banyak sikit, nanti kurus sangat tak cantik tahu?"

Mendengar usikan itu, Armell ukir senyuman nipis. "Mana ada cengkung la mama... "

"Hidup ni perlu diteruskan. Yang lepas tu biarkan lepas. Jangan dikenang."

"Lah... Mell tengah teruskan hidup lah ni. Mama tak nampak?" sempat lagi gadis itu berseloroh.

"Sempat lagi buat lawak ya?"

Armell berdecit perlahan. Terus kepalanya dilentok manja pada bahu Puan Sri Nora.

"Ceriakan hati sendiri ma..."

Puan Sri Nora menghela nafas berat. Rambut Armell diusap perlahan. "Sudah-sudah lah tu..."

"I'm okay. Mell dah tak ingat dia lagi pun, ma."

"Bagus lah kalau macam tu." Tiba-tiba suara Tan Sri Hazahar menyampuk. Pantas Armell angkat kepala.

"Banyak lagi lelaki kat atas dunia ni. Lupakan dia. Dia ada hidup dia. Dia ada keluarga dia. Mell teruskan hidup Mell." suara garau itu berbicara lagi.

"Mell tahu."

"So, move on."

"Sedang mencuba pa... Mell tahu dan Mell faham. Mell takkan ingat dia lagi."

"Dan jangan sesekali Mell jejakkan kaki ke sana lagi." sambung Tan Sri Hazahar.

Armell mengangguk perlahan. Itu dia sememangnya sudah tahu. Dia pun tak akan jejak lagi ke bumi kanggaru itu dimana negara yang mempertemukan dia dengan Hayy Mikael. Kata mama, hidup perlu diteruskan. Buat apa berfikir pada kisah silam jika kisah itu amat menyakitkan? Sakit sebuah kenyataan, sakit lagi sebuah penipuan.

Dan mulai hari ini, dia akan mulai hidup baru tanpa seorang lelaki bernama Hayy Mikael yang selalu mengambil berat tentangnya. Yang selalu menegur gaya dan cara pemakaiannya. Yang selalu menceriakan hari-harinya. 

Mungkin dua hati hanya ditakdirkan bertemu tapi tidak untuk bersama. Semuanya bersebab. Tiada yang berlaku sia-sia. Allah itu sebaik-baik perancang.


Previous: Bab 34
Next: Bab 36

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Farisya