Home Novel Cinta Pertemuan Yang Terindah
Bab 45

SETELAH setengah jam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu, akhirnya kereta Proton Preve berwarna putih yang dipandu Hafiz masuk ke dalam perkarangan rumah Mak Long.

"Assalamualaikum, Mak Long!" Jerit Hayy Mikael memberi salam. Rumah papan yang agak besar itu diperhati sekejap. Halamannya juga bersih.

"Assalamualaikum!" Hafiz yang berdiri di sebelah majikannya turut menjerit memberi salam.

"Waalaikumussalam!" Daun pintu akhirnya dibuka dari dalam.

Melihat saja tubuh gempal Mak Long, Hayy Mikael terus naik menyalami tangan wanita itu, iaitu merangkap kakak sulung kepada ibunya.

"Hayy? Ada hal mende mari sini ni?"

Hafiz layan senyum kepada Mak Long. Hayy Mikael pula tarik sengih nampak gigi. "Saja datang... Rindu Mak Long lah."

Mak Long yang mendengar jawapan itu sudah tergelak lucu. Geli hati barangkali. "Muka macam mu ni rindu ke aku? Sikit dok caye."

"Eh betul lah Mak Long."

Mak Long cebir bibir. "Mu dua orang mari dari mana ni? Tu kereta sape tu?"

Hafiz berdeham. "Kami dari KL, mak cik. Itu kereta sewa, sebab datang sini naik flight." Terangnya lembut.

"Mak Long, Pak Long ada?" Soal Hayy Mikael sambil matanya meliar mencari kelibat Pak Long.

"Pak Long mu subuh-subuh gajoh gi ke laut doh. Ni orang tanya dari takdilagi ni... Mu mari sini ada hal mende? Jangan kabo mu rindu aku lah, aku dok rindu pun ke mu."

Meledak tawa Hayy Mikael mendengar bicara Mak Long yang sungguh bersahaja itu. "Hahaha. Takde lah Mak Long, kitaorang datang sini nak tumpang bermalam. Boleh ke?"

"Eh bakpe pulok dok bolehnya? Tapi mulut ni naik lengoh doh duk tanya mende sama dari takdi. Mu mari sini ada hal mende awang weh..." Mak Long sudah menggeleng kepala. Bengang. Dah memang betul, ini dah masuk kali ke tiga Mak Long asyik bertanyakan hal yang sama. Siapa aje tak bengang?

Hayy Mikael tarik sengih. "Sebenarnya saya ke Terengganu ni atas urusan kerja. Urusan kerja tu sepatutnya ni bandar Kuala Terengganu, tapi dah alang-alang rumah Mak Long ada, itu yang kami ke Dungun ni. Biarlah jauh sikit pun." Ulas Hayy Mikael panjang lebar.

"Laaa iye ke? Bakpe dok check-in hotel je kat sana? Gi mari jugokDungun ni. Kang jauh tu." Bebel Mak Lang.

"Kan Hayy dah cakap, Hayy rindu Mak Long. Alah takpe lah... Bukan jauh sangat pun. Satu jam perjalanan nanti sampai lah. Ye tak?" Hayy Mikael berseloroh. Hafiz disebelah hanya tersenyum sedari tadi.

"Dohkalau mu kabo gitu, dakpelah. Meh lah naik dulu minum-minum air dulu." Pelawa Mak Long.

Hayy Mikael hanya sekadar mengangguk sambil melangkah masuk ke dalam rumah Mak Long manakala Hafiz pula ke kereta mengambil bagasi mereka.

"Duduk dulu lah, Hayy."

"Ye, Mak Long."

Tubuh gempal Mak Long yang menghilang ke dapur di hantar menggunakan anak mata. Baru sahaja dia ingin menghenyakkan punggung di atas sofa, satu suara tiba-tiba mengejutkannya serentak itu terasa sesuatu sedang bergesel di kaki kirinya. "Meow!"

"Makkk!!!" Sepantas kilat dia berlari ke arah penjuru dinding. "Shuhh! Shuh!"

Kucing hitam berbulu lebat itu semakin menghampirinya.

"No!! No! Mak Long!!!" Makin kuat suara jantannya menjerit tatkala terasa lagi geselen lembut dikakinya. Mata dipejam rapat.

"Meow..." Kucing itu duduk dan mendongak memandang ke atas. "Meow..."

Hayy Mikael tunduk memandang ke bawah. "Kau nak apa ni??? Jangan lah ganggu aku. Pergi! Pergi!"

"Mak Long! Hafiz! Fiz!!"

"Apa benda kau ni?" Hafiz yang sudah berdiri di muka pintu tercengang memandang Hayy Mikael yang sudah melekat di dinding tidak mahu berganjak.

"To-tolong aku! Bawak lari lah dia ni! Shuh! Pergi main sana!!" Hayy Mikael tunding jari ke arah dapur. Wajah comel kucing itu direnung tajam.

Meletus tawa Hafiz melihat telatah majikannya dan juga merangkap sahabatnya itu. Ghaib terus perwatakan tegas dan macho lelaki itu. Sungguh menggelikan hati.

"Ya Allah... Mendebising-bising ni? Hayy? Kena rasuk ke mende mu ni?" Soal Mak Long yang tiba-tiba muncul dari dapur.

"Hayy takut kucing, makcik." Jawab Hafiz dengan tawa yang masih lagi bersisa.

Mata Mak Long kini beralih ke arah kucing kesayangannya yang sedang bergesel di kaki anak saudaranya itu. Kepala digelengkan perlahan.

"Mak Long tolong larhh!!!"

"Takdok aroh la mu ni Hayy... Kucing comey gini pun mu takut. Bukannya singa." Bebel Mak Long.

"Mak Long ambik lah dia ni Mak Long! Saya serius ni!!!"

"Boboy... Meh sini. Boboy.." Panggil Mak Long lembut.

Mendengar namanya dipanggil Mak Long, kucing itu terus berpaling.

"Meh sini. Jangan duk ngusik lah ke dia tu. Dok baik buat ke orang gitu. Faham ke dok?" Tangan Mak Long naik membelai bulu kucing itu. Tenggelam tangan Mak Long di dalam bulu lebat itu. Sungguh gebu.

Hayy Mikael menghela nafas lega. Sekarang baru lah dia boleh bernafas dengan normal. Kakinya perlahan mengorak langkah ke arah sofa tadi. Peluh sudah merenik di dahi. Takut kucing punya pasal. Hayy... Hayy...

"Untung siapa jadi bini mu kekgi Hayy." Ujar Mak Long tiba-tiba.

Hayy Mikael yang bersandar lemah disofa mengerut dahi. Tercantum kedua-dua kening tebalnya. "Untung pasal apa pulak Mak Long?"

"Untung lah. Mu buat silap sikit, bini mu ugut guna kucing je. Dok susoh mikir."

Hayy Mikael buat muka toya. Mata menjeling Hafiz yang sedang ketawa suka. Ni lah benci bila jumpa kucing. Selalu kena bahan. Tak guna punya boboy! Sempat mata dikerling ke arah kucing itu.

"Assalamualaikum!" Kedengaran satu suara memberi salam.

"Tu, Pak Long mu balik doh." Kata Mak Long.

Hafiz yang berdiri di muka pintu segera beralih ke tepi memberi laluan Pak Long masuk ke dalam.

"Lah... Hayy. Kereta mu ke kat luor tu?" Soal Pak Long sebaik sahaja melihat tubuh sasa anak saudaranya yang sedang duduk bersahaja di atas sofa.

"Eh bukan Pak Long. Tu kereta sewa je. Hayy datang sini naik flight."

Pak Long hanya sekadar mengangguk. "Lama dok nampokmuka mu sini."

"Hayy ada urusan tu. Tu yang dia mari tu. Dia kabo dia rindu ke saya. Muka gitu saya nok caye? Takdok maknanya." Mak Long berseloroh.

Pak Long ketawa. "Duduk dulu. Petang kekgi kita gi Pantai Teluk Bidara. Memang lawo pantai tu. Mu dua orang kena gi tengok kekgi. Bereh dok?"

"Bereh boh!" Hafiz tarik sengih sambil mengangkat ibu jarinya.

Hayy Mikael sudah memandang pelik ke arah sahabatnya itu. Atas bawah dia pandang Hafiz. Semangat betul? Pak Long balik aje terus keluar loghat Terengganu dibuatnya.

HAYY MIKAEL mendepakan tangan sambil berjalan dalam keadaan mengundur. Mata terpejam menikmati angin yang menampar tubuhnya. Rambutnya dibiarkan serabai saat ditiup angin kuat yang datang dari arah laut.

Saat matanya dibuka, terlihat susuk tubuh Hafiz yang sedang berdiri di gerigi air. "Fiz!"

Hafiz berpaling.

"Pak Long mana?"

Hafiz angkat bahu. "Entah. Kat sana kut." Mulut dijuih ke arah pondok kayu yang agak jauh dari tempat mereka berdiri.

Hayy Mikael menoleh ke arah pondok kayu tersebut. Mata mengecil merenung objek jauh. Nampak ada sebuah motosikal kat situ. Betul lah, itu Pak Long. Yang sorang lagi tu tentu kawan Pak Long.

"Fiz! Jom masuk."

Hafiz kerut dahi. "Masuk?"

Hayy Mikael tarik senyum senget. Mata dijeling ke arah air laut.

Memahami maksud lelaki itu, Hafiz segera menggeleng. "Tak nak lah aku. Bukannya banyak pun kita bawak baju. Tak payah lah."

Hayy Mikael mencebik. Cis! Baru berangan nak berendam.

Nafas ditarik dalam. Menghirup udara segar. Terasa kosong mindanya ketika ini. Perlahan bibir mengukir senyum. Sedang kaki melangkah, tiba-tiba matanya tertangkap satu pasangan yang sedang berjalan beriringan tidak jauh darinya. Lagi sekali mata mengecil merenung susuk tubuh lelaki itu. Memang sah, itu dia!

"Arash!" Jeritnya kuat. Dan spontan empunya nama itu berpaling.

Hayy Mikael tersengih lebar. Segera kaki dihayun laju ke arah pasangan bahagia itu.

"Hayy! Lama tak nampak kau sekarang." Bahu Hayy Mikael ditepuk perlahan. Arash senyum melebar. Tangan kanannya erat menggenggam tangan isterinya disebelah. Ya, Arash sudah pun berumah tangga.

Hayy Mikael ketawa suka. "Aku bukan orang Ostroliadah... Dah menetap di negara sendiri dah pun. Lagi seronok."

Arash layan sengih. "Kau apa cerita sekarang? Dah kahwin dengan Mell?"

Berubah terus riak wajah Hayy Mikael saat soalan itu terpacul keluar dari mulut Arash.

Melihat wajah Hayy Mikael yang kendur itu, lekas-lekas dia memohon maaf. "Oh I see... Sorry bro, aku tak bermaksud nak..."

Belum sempat Arash ingin menghabiskan ayat, Hayy Mikael lebih laju memotong. "No, no, it's okay. Mell dengan Huzzair sekarang." Senyuman tawar terukir diwajah.

"Dengan Huzzair?" Bulat mata Arash.

"Ya, dengan Huzzair. Dia tak pernah tahu pun kisah silam aku dengan Mell sebab aku tak pernah cerita. Tapi aku tak salahkan dia."

"Habis, Mell?" Arash kerut dahi lagi. "Mell tu tak fikir kau langsung ke?"

Hayy Mikael tersenyum dan menggeleng laju. "Takde apa lah Rash. Aku okay je ni. Lagipun dia dah tak cintakan aku macam dulu dah pun. Aku okay. Kau jangan risau lah." Ujarnya yang hanya sekadar ingin menyedapkan hati Arash. Walhal yang sebenarnya adalah penuh dengan penafian. Dia masih terluka.

"Dia sendiri cakap macam tu dekat kau?" Arash masih dalam fasa terkejut. Susah dia nak percaya semua ni.

Lelaki itu mengangguk. "Aku tak salahkan dia. Itu hak dia. Yeah, It hurts me. But I'm okay. Ni kau buat apa datang sini? Honeymoon eh?" Bahu Arash ditumbuk perlahan. Sengaja dia mengubah topik lain.

Arash pula tergelak sendiri. "Honeymoon apanya? Tak lah, rumah mak mentua aku kat sini."

"Oh..."

Hayy Mikael mengalih pandangan ke arah Nawal yang bertudung. Satu senyuman diberikan kepada wanita itu.

"Kau pulak, datang sini atas urusan apa?" Soal Arash pula.

"Aku sebenarnya nak tengok projek dekat Kuala Terengganu. Nak jenguk resort Dato'. Tapi dah alang-alang rumah mak saudara aku dekat sini, tu yang melencong ke Dungun ni."

"Ouh, boleh lah cari yang baru lepas ni kan?" Arash berseloroh.

"Tunggu aku tua nanti lah. Perempuan zaman sekarang kan suka lelaki berumur. Ye dak?" Hayy Mikael kerling pada Nawal.

"Yeke sayang?" Arash menyoal.

Nawal tergelak kecil. "Saya tak tersenarai kut?"

Hayy Mikael menggeleng lantas tersenyum sendiri. "Rash, nanti ada masa, datang lah lepak rumah aku kat KL. Ajak Evelyn sekali. Aku rindu adik ipar aku. Rindu minah itali tu."

"Insya-Allah, Hayy. Ada masa, aku datang. Itu kalau Nawal izinkan."

Hayy Mikael hanya mampu tersenyum melihat pasangan bahagia itu. Dia tidak pernah merasakan itu semua sewaktu bersama isterinya dahulu. Dan dia juga pernah berharap  dapat merasakannya bersama Armell, tapi siapalah dia untuk melawan takdir Allah? Armell bukan tercipta untuknya.

Melepaskan orang yang dicintai itu memang sangat menyakitkan. Tetapi harus sedar, mencintai tak semestinya memiliki.

Previous: Bab 44
Next: Bab 46

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Farisya