Home Novel Cinta Pertemuan Yang Terindah
Bab 62

TUJUH hari bergelar Mrs. Hayy cukup menyenangkan Armell. Hayy Mikael seorang yang sangat memahami dimana dia memahami keadaan isterinya yang masih trauma dek tragedi hitam yang berlaku tiga tahun lepas.

Ada juga sesekali Armell menolak keinginannya namun dia langsung tidak ambil hati tentang perkara itu memandangkan Hayy Mikael cukup faham akan asbab wanita itu menolak dirinya. Jika Armell masih tidak bersedia, dia tidak akan memaksa.

"Morning," sapa Hayy Mikael ketika Armell sedang membancuh air milo.

"Ya, morning. Ingatkan abang tak bangun lagi." Ujar Armell lalu memandang Hayy Mikael yang tidak berbaju. Hanya berseluar panjang yang agak longgar. Memang sengaja nak tayang tubuh seksa dia.

Lelaki itu hanya tersenyum dan berjalan menghampiri. "Buat apa ni?"

Saat melihat tubuh tegap itu semakin rapat, kelam-kabut Armell mengalih pandangan ke arah sinki. Segan.

"Kenapa?" Soal Hayy Mikael seperti hairan dengan tingkah Armell itu.

"Nah air abang." Tanpa menjawab soalan Hayy Mikael, mug hitam dihulurkan kepada sang suami lalu kakinya terus berjalan menuju ke arah meja makan. Punggung dihenyakkan dikerusi.

"Esok abang masuk office tak?" Soal Armell serta-merta. Sekeping roti bakar dicapai lalu digigit selamba.

Hayy Mikael berjalan dan duduk menghadap Armell. Air milo panas yang baru sahaja dibancuh isterinya itu disisip ke bibir. Mata dipejam seketika. "Mmm..."

"Abang, Mell tanya ni..."

"Hurm?"

"Esok abang masuk office ke tak?"

"Tak. Abang ambik cuti dua minggu. And in these two weeks, I'll look for a chance to seduce you."

Terhenti kunyahan Armell dek mendengar kata-kata Hayy Mikael itu. Mata dikecilkan merenung wajah lelaki itu.

"Abang jangan ingat Mell ni mudah tergoda ya?"

"Kalau tak tergoda kenapa asyik nak mengelak diri aje dari abang?"

"Itu sebab abang tu tak reti nak pakai baju." Jeling Armell. Kunyahannya yang tergendala tadi disambung semula.

"Abang seksi macam ni pun depan isteri abang je. Mell ni dah kira beruntung tau? Dekat luar sana tu, berebut-rebut gadis nakkan abang. Tapi saja abang pilih Mell." Ujar Hayy Mikael dengan gaya lagaknya. Kening sebelah dijungkit bersama segaris senyuman senget.

Armell menggeleng perlahan. "Amboi, berlagak ya? Kalau bukan sebab Huzzair, abang takkan dapat pun Mell tau? Jadi jangan bangga sangat."

Hayy Mikael senyum dan mengangguk. "Ya, sebab dia lah abang dapat semula separuh jiwa abang yang hilang selamani. Abang tak boleh hidup tanpa Mell tau?"

"Yeke? Habis tu selamani? Tiga tahun Mell merajuk, hilang dari hidup abang? Boleh pulak abang hidup?" Loyar buruk Armell.

"Hampir jadi mayat hidup, sayang. Waktu Mell hilangkan diri dulu, bagai nak gila abang cari Mell. Sampai hati buat abang macam tu." Ujar Hayy Mikael perlahan. Jauh saja kedengaran suaranya.

Armell betulkan duduk. Wajah sang suami direnung sayang. "Abang... Kalau masa tu Armell diberi pilihan, Mell takkan tinggalkan abang tau? Abang orang pertama yang berjaya memenangi hati Mell selepas Hadry. Sebab Hadry, Mell dah tak percayakan lelaki. Tapi abang lupakan Mell tentang semua tu. Cara abang layan Mell, sungguh istimewa. Walaupun Mell sentiasa menolak, tapi abang tetap usaha untuk dapatkan Mell. Cara abang pandang Mell dan cara abang jaga pemakaian Mell. Itu yang membuatkan Mell tertarik dengan abang."

"Tapi cuba abang bagitahu Mell, perempuan mana saja yang boleh terima kalau tunang dia suami orang?  Masa tu Mell terluka sangat sebab Mell dah mula cintakan abang. Kalau boleh, Mell tak nak langsung tinggalkan abang. Biarlah Mell terluka. Lebih rela terluka daripada terpaksa tinggalkan abang. Sebab Mell tahu, tinggalkan abang adalah satu kesilapan yang paling besar buat Mell. Sakit sangat rasanya nak tanggung rindu tu hari-hari."

"Sebab Mell tak ada pilihan lah Mell tinggalkan abang. Papa tak sukakan bakal menantu dia yang dah jadi hak orang. Dah menjadi pantang larang dalam hidup dia sejak peristiwa Hadry dulu. Takkan lah Mell nak suruh abang ceraikan isteri abang? Mell tak sekejam itu. Masih ada hati dan perasaan. Dan akhirnya, Mell kena tanggung sakit dan rindu tu hari-hari. Hari-hari tanpa Hayy Mikael disisi bukan lah sesuatu yang senang untuk Mell lalui. Mell cintakan abang. Hanya abang seorang."

Armell menarik nafas dalam lalu dihembus perlahan. Lega rasanya bila dapat luahkan perkara yang sudah bertahun lama dipendam. Wajah Hayy Mikael dipandang. "Eh abang. Abang menangis ke?" Soalnya cemas. Panik melihat mata lelaki itu yang sudah berkaca.

Dan sepantas kilat air mata yang hampir menitis diseka menggunakan tangan. Begitu laju tindakan lelaki itu. "Tak lah."

"Ingat Mell ni budak kecik lagi ke?" Armell mendengus perlahan.

Hayy Mikael tertawa suka. "Memang pun. Perangai tu sebiji macam budak tadika!"

"Eh mana ada!"

"Iye... Macam budak kecik. Budak-budakkan tak reti menggoda." Sindir Hayy Mikael dalam diam.

Armell sepetkan mata. Gigi diketap menahan geram. Rasa tercabar dengan sindiran pedas lelaki itu. Sekali lagi nafas ditarik lalu dihela perlahan.

Armell tarik senyum senget. Hayy Mikael sedang mencabar Armell. Dan Armell, adalah seorang yang pantang dicabar!

Armell bangkit dari kerusi. Hujung rambut panjangnya diputar-putarkan dengan hujung jari. Perlahan-lahan kaki menapak menghampiri Hayy Mikael yang tidak berbaju. Sengaja dia ukir senyum miang kepada lelaki itu.

Sebaik saja terpacak dihadapan Hayy Mikael, Armell hanya diam berdiri disitu. Rambutnya yang panjang diselak ke belakang dengan sesekali mata dipejam.

"Mell buat apa ni?" Soal Hayy Mikael perlahan. Diperhatinya sahaja tingkah sang isteri. Bagaikan ingin menduganya.

"Mell rasa... Panas lah pagi ni. Abang panas tak?" Bahu lelaki itu yang terdedah dipegang dan diurut lembut.

"Panas? Mana ada panas lah. Awal pagi lagi ni apa yang panasnya?" Soal Hayy Mikael yang cuba berlagak tenang. Walhal jantung sudah berdetak laju.

Glurp!

Terasa ingin gugur jantungnya saat lehernya dipeluk dari belakang. Apatah lagi bila bibir lembut sang isteri menyentuh cuping telinganya. Liur ditelan payah.

"Mell panas sangat ni abang..." Rengeknya manja ditelinga lelaki itu. Sesekali telinga Hayy Mikael ditiup lembut.

Terus berdiri segala bulu roma Hayy Mikael. Segera matanya dipejam rapat. Cuba mengawal imannya yang hampir sahaja runtuh itu. Tindakan Armell benar-benar mencabar nafsunya.

"Catch me if you can, my dear." Bisik Armell perlahan.

Hayy Mikael ketap gigi. Sebaik sahaja matanya dibuka, terus lengan Armell ditarik kuat sehingga wanita itu akhirnya terduduk di atas pehanya. Kali ini, giliran Armell pula yang tergamam. Bila saja melihat mata lelaki itu, serta-merta buatkan dirinya rasa menyesal bertindak melulu seperti itu. Tusukan mata itu buatkan Armell kering air liur. Penuh perasaan dan bernafsu.

"Are you trying to seduce me?"

Armell terkaku. Dia cuba untuk bangun namun kerana sebelah tangan yang melilit dipinggangnya dan juga sebelah tangan lagi yang melekap dipehanya membuatkan pergerakannya terbatas.

"Think wisely, my dear. I'm a man."

Dada bidang milik Hayy Mikael yang terdedah ditahan dengan tangan. Tak selesa terlalu rapat. Lagi-lagi bila dah duduk atas peha Hayy Mikael. Memang sengaja cari nahas namanya.

"Let me go." Pinta Armell. Tangan kekar yang melekap dipehanya cuba ditolak dan ditepis.

"Lepaskan? Setelah apa yang Mell dah buat tadi, Mell nak abang lepaskan Mell? No way, jangan haraplah!"

"Tadi orang gurau aje lah! Lepas lah..." Dada suaminya ditampar perlahan. Sesekali ditolak.

"I want you."

Armell menggeleng laju. "No, you can't. Please not now."

"Why?"

"Seb... Mmphh..." Armell pejam mata saat serasa pehanya digenggam lembut Hayy Mikael. Pantas tangannya menangkap tangan kekar sang suami yang mula bekerja. "Sebab Mell cuti." Ujarnya perlahan.

Hayy Mikael berdecit tidak puas hati. Terdengar keluhan kecewa menyapa halwa telinga Armell. Wajah Hayy Mikael yang cemberut itu diperhati. Terus tangan naik melekap pada rahang tajam lelaki itu. "I'm yours. Forever yours. But not during my period. Understood?"

Mendengarkan itu, Hayy Mikael tarik senyum penuh makna. "Takpe, abang penyabar orangnya."

Meletus tawa Armell. Tiba-tiba pula terasa selesa duduk dalam keadaan begitu. Tangannya naik melingkar pada leher Hayy Mikael. Baru sahaja dia ingin melentokkan kepala dibahu suaminya, telefon bimbitnya bergetar menandakan ada mesej baru masuk. Terus tak jadi nak bermanja.

Dalam keadaan berada diatas peha Hayy Mikael, telefonnya yang berada diatas meja makan dicapai.

-Hi, sweetheart. Still remember me?-

Serta-merta jantung Armell berdetak laju saat membaca mesej yang baru sahaja masuk itu.

"Siapa tu?" Soal Hayy Mikael.

Dek tersentak dengan suara garau Hayy Mikael, terus telefonnya disorok ke belakang. "Takde siapa."

"Abang tanya, siapa?" Kali ini suara Hayy Mikael bertukar tegas.

Armell telan air liur. Menggeletar hebat tangannya saat menggenggam telefon itu. Liur ditelan lagi dalam debaran. Harini saja sudah berapa kali dia buat senaman kerongkong.

"Armell, I'm asking you."

Previous: Bab 61
Next: Bab 63

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Farisya