Home Novel Cinta Pertemuan Yang Terindah
Bab 43

ARMELL berdiri. Mendongak ke atas memandang bangunan yang gah berdiri dihadapannya. Nafas ditarik sedalam yang mungkin. Membuang rasa gementar yang menyelubungi dirinya. Nafas dihela perlahan. Hari ini dia perlu tamatkan segala-galanya.

Setelah berasa sedia untuk menghadap lelaki itu, dia mengatur langkah masuk ke dalam pejabat itu. Usai urusan di kaunter, Armell mengambil lif. Lif berhenti di tingkat enam.

Armell mengukir senyuman kepada beberapa orang pekerja yang lalu lalang dan menegur dirinya. Ada dikalangan mereka yang mengenali dirinya sebagai Cik Iman. Tak mustahil lah kerana ramai yang mengenali Tan Sri Hazahar, pemilik syarikat HAR Holding, dimana syarikat korporat yang cukup gah namanya di negara ini.

Armell berjalan ke arah penyambut tetamu yang berada dikaunter. "Sorry, saya nak jumpa dengan CEO, dia ada?"

Gadis yang berada di kaunter itu mengangguk seraya tersenyum nipis. "Ada, tapi cik kena jumpa dengan setiausaha dia dulu, Encik Hafiz. Takut Encik Hayy ada tetamu."

"Mana bilik dia?"

"Sana."

Armell mencari arah telunjuk gadis itu. "Okay, thanks."

Pintu kaca lutsinar itu diketuk dua kali. Armell menggerakkan jarinya memberi isyarat supaya lelaki yang dikenali sebagai Hafiz itu keluar bertemu dengannya.

"Ya, cik?"

"Boss ada guest tak? Saya nak jumpa dia sekarang."

"Oh sekarang tak ada. Boss free. Cik ada buat appointment ke?"

"Nope."

"Kalau tak buat appointment, saya kena maklum pada boss dulu. Kejap ya, saya bagitahu dia."

"Tak payah. Awak cakap yang dia free tadikan? So, what's the problem?" Armell terus melangkah ke arah pintu yang tertera sebaris nama pemilik syarikat itu. Dia tarik senyum sinis, jadi betul lah, lelaki ini bukan orang biasa-biasa.

Tak hiraukan panggilan Hafiz, pintu bilik Hayy Mikael segera ditolak. Terlihat seorang lelaki berkot biru sedang bersandar dikerusi. Lelaki itu berpaling ke arahnya.

"Bro, sorry. Aku tak sempat nak inform dekat kau."

"It's okay, you may go." Ringkas arahan Hayy Mikael kepada setiausahanya. Seketika lelaki itu menoleh ke arah Armell.

"Saya datang sini bukan nak bincang pasal kerja. Tapi pasal kita."

Hayy Mikael kerut dahi. Lain macam saja cara gadis itu bercakap dengannya. Berdebar rasa hati. "Okay, teruskan. Awak nak bincang apa?"

"Huzzair pernah tau tak siapa bekas tunang awak?"

Hayy Mikael pantas menggeleng. Sudah tentunya tidak. "Tak, saya tak pernah bagitahu. Kenapa?"

"Bagus. Takde apa, cuma lepas ni awak jangan sesekali buka mulut tentang itu ya... Saya tak nak Huzzair tahu."

Hayy Mikael menarik nafas dalam. Dia bangkit dari kerusi lalu berjalan ke arah dinding kaca lutsinar yang menampakkan bangunan-bangunan yang gah berdiri di bandar raya Kuala Lumpur.

"Tapi kalau suatu hari nanti dia tahu juga, macam mana?" Kepala ditoleh pandang Armell.

"Dia takkan tahu kalau awak tak bagitahu."

"No, I mean, kalau bukan dari mulut saya."

"Oh, nampaknya awak merancang untuk bagitahu dia lah ya? Upah orang lain untuk bagitahu. Macam tu?"

"Eh tak! Tak... saya takkan guna cara kotor untuk dapatkan orang yang saya cinta."

"Nooo please! Jangan sebut lagi perkataan cinta tu depan saya. Jijik lah!"

Hayy Mikael terdiam. Kepala ditunduk sedikit memandang lantai sebelum dia mengangkat wajahnya semula setelah beberapa saat.

"Jangan cakap cinta kalau awak langsung tak cinta! Cinta memang perlu begini ke? Penuh dengan penipuan." Armell mula mengungkit kisah lama.

"Awak masih anggap saya begitu? Langsung tak boleh maafkan saya ke, Mell?"

Armell berpeluk tubuh. "Saya memang baik untuk maafkan awak. Tapi tak bodoh sangat untuk terus percayakan awak lagi."

Lelaki itu hanya diam. Armell mara dua langkah kehadapan menghampiri lelaki itu yang masih diam menunduk. Dagu lelaki itu dipagut lembut sehingga mata mereka bertentangan.

Wajah lelaki yang berkumis halus itu Armell renung lama.

Hayy Mikael.

Tipu kalau dia cakap dia tidak tergoda dengan seraut wajah yang sedang berada dihadapannya ini. Wajah lelaki ini kini tampak lebih menggoda dari dulu. Walaupun tak terlalu banyak beza, tapi sudah cukup membuatkan gadis itu terpaku melihatnya. Semakin berusia, semakin tampan. Pendek kata, lebih sedap mata memandang. Itu lah lelaki.

"Macam mana awak boleh buang saya dari hidup awak, Mell? Kenapa semudah itu?

Armell berjalan ke arah meja kerja Hayy Mikael. Dia berpeluk tubuh, bersandar di sisi meja.

"Easy, just throw yourself out of my memory box. Bukannya susah."

Lelaki itu menggeleng. Menidakkan apa yang diperkatakan oleh gadis itu.


"No, saya kenal awak Mell. Saya tau awak cintakan saya." lelaki itu bersuara tegas.

Armell lepaskan tawa yang sengaja dibuat-buat. Kenyataan itu sungguh lucu.

"Kenapa yakin sangat ni, Hayy? Awak tak takut ke nama baik awak ni tercemar gara-gara saya? Merayu dan menagih cinta dengan perempuan yang memang sah akan jadi isteri orang tidak lama lagi. Tak pernah dibuat orang lah." katanya sinis.

Armell berjalan menghampiri Hayy Mikael yang sedang berdiri kaku tidak jauh darinya. Tali leher lelaki itu di pegang dan dibelai perlahan. Armell angkat wajah. Memandang wajah lelaki yang memang sedari tadi asyik merenungnya. Dia tahu.

"Awak nak saya cakap apa? Awak nak saya cakap, yang saya cintakan awak sedangkan bulan depan sahaja lagi saya akan bernikah? Macam tu?

Atau awak nak saya yang melamar awak untuk jadi suami saya? Macam tu ke, Hayy?"

Lelaki itu terdiam. Gigi diketap perlahan menahan perasaan. Senyuman sinis dari Armell menambah lagi rasa sakit hatinya.

"Oh, ke awak nak saya gantikan nama pengantin lelaki nanti jadi nama Hayy Mikael? Is that what you want? Am i right, my dear?"

Armell tersenyum penuh menggoda. Tangan lembutnya melingkar pada lengan Hayy Mikael. Lengan sasa itu dipeluk mesra. Kepalanya dilentokkan pada bahu lelaki itu.

"Saya cintakan awak, Mell." ucap lelaki itu dengan suara bergetar menahan perasaan. Dia mengumpul segala kekuatan untuk mengungkapkan kata keramat itu.

Mendengarkan itu, Armell mendongak memandang Hayy Mikael. Bukan kerana terkejut, tapi lebih kepada ingin menyindir. Senyum senget terukir dibibir.

"Cinta? Oh my dear Hayy...Seriously? Awak cakap apa tadi?"

Sengaja soalan itu disoal kembali.

"Saya. Cintakan. Awak." ungkap Hayy Mikael sekali lagi dengan seribu kepayahan. Air liur yang ditelan sudah terasa kesat.

"Such a big liar!" kali ini suara Armell sudah naik seoktaf. Lengan lelaki itu dilepas kasar. Ikutkan hati, nak saja dia menggila di hadapan lelaki ini.

"Armell, ini office. Please, respect saya." Hayy Mikael bersuara tegas namun dengan itonasi yang perlahan sahaja.

Armell melangkah ke arah pintu yang terbuka. Ditutup kuat hingga bergegar dinding pejabat Hayy Mikael. Tak dipedulikan apa tanggapan staf diluar.

Wajah lelaki itu sudah kelihatan kabur dek kerana matanya yang sudah berkaca-kaca. Hanya tunggu masa untuk menitis saja lagi.

"Mell," Hayy Mikael menghampiri Armell. Baru saja tangannya ingin memegang bahu gadis itu terus saja ditepis kasar. Tubuh Hayy Mikael di tolak kuat sehingga lelaki itu terundur setapak ke belakang.

Armell mengangkat sedikit tangannya tanpa suara. Memberi isyarat supaya lelaki itu diam dan memberi ruangnya untuk berbicara.

"The next 3 months, i'm getting married. Sekarang, kau cakap kau sayangkan aku? What are you trying to do, Hayy?!" kali ini bahasa Armell sudah bertukar pada 'kau dan aku'. Dadanya mula berombak menahan perasaan. Air mata sudah mula menitis dari tubir mata.

"Apa kau ingat kalau kau cakap yang kau sayangkan aku, aku akan senang-senang batalkan perkahwinan aku dengan Huzair? Tak semudah itu. Sayang sekali, aku takkan pergi pada kau macam tu saja."

"But, a big thanks for you. Sebab kau, aku belajar erti cinta dan sebab kau juga aku belajar erti kecewa." bergetar suara Armell menahan sebak.

"Awak tak cintakan saya, Mell?" Hayy Mikael bersuara tiba-tiba setelah lama membisu. Matanya juga seperti kemerah-merahan. Wajah Armell ditenung. Tak beralih walau sedikit pun.

Dengan air mata yang masih lagi bersisa, Armell menggeleng bersama senyuman sinis. Hell no, Hayy. Kalau dulu, rasa cinta itu mungkin ada. Tapi rasa itu hilang sejak kepercayaan yang diberinya dulu dipijak begitu saja.

"Look here, pandang saya. Tengok mata saya dalam-dalam dan cakap yang awak tak cintakan saya." tegas Hayy Mikael mengarah.

Namun Armell tidak memberi sebarang reaksi. Pandangan di alih ke lain.

"Pandang mata saya, Mell! Cakap yang awak tak cintakan saya, now!" suaranya naik seoktaf membuatkan bahu gadis itu terhinjut dek jerkahannya. Jarang lelaki itu meninggikan suara.

Armell ketap bibir. Hatinya menangis dan meratap namun ego mengatasi segala-galanya. Bibir dikemam kuat. Takut jika lelaki itu terdengar esakannya. Sepasang mata berwarna hazel, Armell renung lama. Sepasang mata itu juga sedang berkaca. Menambah lagi rasa sebak di hati Armell.

"Saya tak cintakan awak! Puas?!" akhirnya kata-kata itu terlepas juga dari mulutnya. Sebaik sahaja kata-kata itu terungkap, automatik mata dipejam rapat lalu air mata merembes laju membasahi pipi. Keterpaksaan merelakan.

Lengan kanannya naik menutup mata. Esak tangisnya mula kedengaran.

Hayy Mikael sudah terduduk di sofa. Kepala mengangguk pasrah dan sejurus itu, air mata jantannya jatuh jua mengalir dipipi. Tangannya laju naik ingin menghapuskan air mata namun setitik lagi mengalir jatuh dari tubir matanya. Sekali lagi hatinya hancur berkecai mendengar pengakuan gadis itu.

"Keluar." Sepatah arahan tegas itu keluar dari mulut Hayy Mikael. Ada sedikit gentar dihujung suaranya.

"I said get out from here!" Tengkingnya kuat seraya menghalakan tangannya ke arah pintu.

Tanpa sepatah kata, Armell laju melangkah keluar dari situ. Beberapa orang pekerja yang lalu lalang disitu memandang hairan ke arahnya. Air mata bagai tidak mahu berhenti mengalir. Air matanya menjadi terlalu murah apabila berdepan dengan lelaki itu.

Sebaik sahaja masuk ke dalam lif, dia menangis semahu-mahunya. Benarkah dia tidak cintakan lelaki itu? Kini, semuanya sudah berakhir. Dia sendiri yang menamatkan kisahnya bersama lelaki itu. 

Previous: Bab 42
Next: Bab 44

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Farisya