Home Novel Cinta Pertemuan Yang Terindah
Bab 49

HAYY MIKAEL duduk di kerusi kulit dengan mata ditumpu sepenuhnya pada skrin komputer riba. Banyak urusan yang perlu diuruskan terutama berhubung dengan kontraktor pembinaan resort di Kuala Terengganu.

Konsentrasinya terganggu bila pintu biliknya diketuk dari luar.

"Masuk!" Tegas suara Hayy Mikael kedengaran.

Sebaik sahaja pintu dibuka, wajah Huzzair terjengul di muka pintu. "Hayy, sibuk ke?" Soal Huzzair yang masih berdiri di muka pintu.

"Takde lah sibuk mana, cuma ada hal yang nak diselesaikan berkait dengan resort Dato' Mukhriz tu."

"Ouh, boleh pinjam 10 minit? Abang nak cakap dengan kau kejap." Pinta Huzzair.

Tanpa ragu, Hayy Mikael mengangguk. "Sure. Duduk lah."

Huzzair senyum segaris sebelum melangkah ke arah meja kerja Hayy Mikael. Punggung dilabuhkan di atas kerusi.

Hayy Mikael menutup skrin laptop. Membiarkan ia berada dalam keadaan sleep mode. Kini fokusnya beralih kepada abangnya. "Nak cakap apa?"

"Kau sihat?"

Mendengarkan soalan seperti itu, serta-merta dahi Hayy Mikael berkerut. Dalam hati rasa nak ketawa. Agak lucu bila Huzzair tiba-tiba bertanyakan itu. Tak pernah pernah pun selama ini. Macam dah berkurun lama tak jumpa. "Mestilah sihat, kenapa?"

Huzzair sekadar mengangguk. Dalam kepala dah macam-macam soalan yang nak dilontarkan kepada Hayy Mikael. Rasa ingin tahu itu terlalu kuat dek mengingatkan pandangan adiknya itu terhadap tunangnya. Dia perlu tahu, dan dia kena tahu.

"Bekas tunang kau dulu nama apa?" Soalnya terus.

Hayy Mikael terdiam. Dan sesaat itu, dia ketawa kecil. "Nama bekas tunang aku? Kenapa?"

"Aku tanya, nama bekas tunang kau dulu apa?"

Hayy Mikael beriak selamba. Bahu dijungkit dan kepala digelengkan tanda tidak tahu. "Aku tak ingat."

"Tak ingat?"

"Yup, tak ingat. Alah, bukan lama pun aku dengan dia bertunang. Tak sampai seminggu pun. Lepas dia tahu aku dah ada isteri, terus dia tinggalkan aku tanpa dengar penjelasan aku." Tuturnya lagi. Masih beriak bersahaja.

Huzzair mengecilkan mata memandang wajah adiknya. Mencari kejujuran sebenar di dalam sinar mata itu. Namun apa yang dicari, tidak dapat. Dia tak nampak kejujuran itu.

Hayy Mikael melarikan pandangan saat Huzzair merenung wajahnya. Dia tahu, pasti abangnya ingin menjejak sesuatu.

"She is your ex fiancè, Hayy. Takkan tak ingat?"

"Betul, aku tak ingat."

"Tunang kau kut! Takkan dah lupa?"

"Dah aku lupa, nak buat macam mana." Hayy Mikael berkata malas.

"Tipu."

"Ya Allah, Huzzair. Betul, aku tak ingat! Kenapa dengan kau ni?" Darah mula tersirap. Entah kenapa tiba-tiba rasa rimas.

Huzzair diam seketika.

"Kau masih cintakan bekas tunang kau?" Risiknya lagi. Selagi tidak dapat kebenaran yang sebenar, dia tidak akan berhenti untuk bertanya. Kerana reaksi Armell dan juga Hayy Mikael kelihatan hampir sama apabila bertanyakan isu ini. Lagilah meyakinkan syak wasangkanya!

"Ya, aku masih cintakan dia." Dengan yakin kenyataan yang sememangnya jujur itu meluncur keluar dari mulut Hayy Mikael. Riak wajah yang sangat yakin, menunjukkan dia betul-betul masih cintakan bekas tunangnya.

"Walaupun dah tiga tahun berlalu?"

Hayy Mikael senyum tawar. "Aku seorang lelaki yang tidak mudah jatuh cinta. Dan sekali aku jatuh cinta, aku akan cinta sampai bila-bila. You know me so well, aren't you?"

Tali leher yang melilit kemas dilonggarkan. Matanya bertukar dingin merenung wajah abangnya. Rasanya dia sudah dapat mengagak kehendak Huzzair datang kemari.

"Ya, I know you. But if she's already engaged, do you still love her?" Perit suara Huzzair bertanya. Takut untuk mengetahui jawapannya.

"As I said before, I will love her forever. Tapi cinta tak seharusnya memiliki. Jadi, untuk itu, aku hanya mampu mencintai, bukan memiliki." Tutur Hayy Mikael. Masih dengan riak yang beku.

Huzzair menarik nafas sedalam-dalam mungkin. Pandangannya juga kini berubah tajam. "Kalau kau diberi peluang untuk dapatkan dia, kau buat? Dan apa yang kau akan buat?" Soalnya. Sengaja ingin menduga reaksi Hayy Mikael.

"Aku takkan berusaha untuk dapatkan dia. Sebab aku tahu, dia tak cintakan aku. Dan cinta juga tak boleh dipaksa." Dengan itu, Hayy bangkit dari duduk. Kakinya melangkah ke arah dinding. Berpeluk tubuh memandang Huzzair yang juga sedang memerhatikannya.

"Armell Nur Imani. Bekas tunang kau, kan? Merangkap orang yang kau cinta. Betul?" Tebak Huzzair. Kerana dia yakin, Armell lah orangnya.

Mendengarkan itu, Hayy Mikael tarik senyum sinis. Kepala mengangguk. Mengiyakan kenyataan yang satu itu.

"Ya, aku masih cintakan Iman, tunang kau."

Huzzair tergamam.

"Macam mana kau tahu semua ni, Huzzair?"

"Aku dah lama syak yang ada sesuatu tak kena dengan Iman sejak kau muncul depan dia."

Hayy Mikael menarik nafas panjang lalu dihela perlahan. Wajah yang dingin tadi kini berubah lembut. "Tell me, apa yang buat kau yakin Iman tu bekas tunang aku?"

Huzzair pejam mata."Aku pernah terserempak dengan dia di sini. Dan waktu itu, dia sedang menangis. Dan bila aku jumpa kau, aku nampak sesuatu pada mata kau. Aku tau kau menangis. Sepanjang hidup aku bersama kau, aku tak pernah melihat kau menangis tau Hayy? Tak pernah. Sejak hari itu, aku mula rasa sesuatu. Dan rupanya betul lah apa yang aku sangka selamani." Hujah Huzzair. Habis saja bercerita, matanya dibuka semula.

Kini, Hayy Mikael pula yang tergamam. Tidak sangka Huzzair sudah mula menghidu dari dulu.

"Kenapa kau tak pernah bagitahu yang Iman tu bekas tunang kau?!"

"Dan kenapa mak tak buka mulut tentang hal ini semasa di majlis pertunangan aku?! Mak kenal Iman kan? Iman tu pernah jadi tunang kau. Tapi kenapa mak tak pernah berbunyi depan aku? Hans! Kenapa Hans tak jujur dengan aku?!" Huzzair mula naik darah.

"Sebab aku nak jaga hati kau. Mak nak jaga hati kau. Buat apa nak kenang benda lepas?" Jawab Hayy Mikael.

"Kau cintakan Iman? I mean, Mell."

Hayy Mikael telan liur. "Yes, I love her, so much. Aku akan dapatkan dia tak kira apa jadi sekalipun. I'll fight for my love."

Huzzair mengawal nafas yang turun naik. Rasa tercabar. Gigi diketap menahan amarah yang sudah membuak-buak. Lelaki mana saja yang tak rasa tercabar bila ada lelaki lain yang mencintai tunangnya sendiri? Mahu makan satu penumbuk.

Tak beri amaran, Huzzair terus bangkit dan meluru ke arah Hayy Mikael. Tangan naik mencengkam kolar baju lelaki itu dan ditolak kuat pada dinding. Wajahnya bertukar bengis. Kalau tak mengenangkan lelaki ini adik kandungnya sendiri, dah lama dia layangkan penumbuk.

"Kau cintakan tunang aku, Hayy! Iman tu tunang aku! Kau sedar ke tak sedar?!" Tengkingnya kuat. Kolar baju Hayy Mikael digenggam sekuat hati sehingga menyebabkan kening lelaki itu berkerut seolah menahan sesuatu. Sakit. Namun, Hayy Mikael tidak pula melawan.

"Walaupun kau tau dia dah bertunang, kau masih cuba nak rampas dia daripada aku?! Hah?! Eh jawab lah Hayy!"

"Aku tanya, jawab lah!" Baru sahaja penumbuknya ingin dilayang ke wajah Hayy Mikael, bunyi pintu dikuak kasar mematikan niatnya.

"Huzzair."

Laju Huzzair toleh ke belakang. Armell.

"Lepaskan Hayy." Pinta Armell lembut. Perlahan suaranya.

"Kenapa? Jadi betul lah Hayy ni sebenarnya bekas tunang awak kan?" Soal Huzzair keras. Tangannya masih kuat mencengkam kolar baju Hayy Mikael.

"I said, let him go. Lepaskan dia, Huzzair. Dia adik awak!"

"Kenapa pula? Awak pun masih cintakan dia?!"

"No! Saya dah tak cintakan dia, Huzzair! Saya sayangkan awak sorang je. Please." Rayunya.

"I'll fight for my love. Aku akan lawan siapa saja yang memiliki orang yang aku cinta. Tapi tidak dengan kau, Huzzair. Sebab kau abang aku." Tutur Hayy Mikael.

Huzzair masih diam dengan wajah bekunya.

"Huzzair. Saya tak cintakan Hayy. Kalau dulu, mungkin ya. Tapi sekarang, awak yang paling penting dalam hidup saya. Tolong jangan ungkit kisah lama."

Perlahan-lahan kolar baju Hayy Mikael dilepaskan.

"Tapi Hayy, adik saya cintakan awak."

"Saya tak cintakan dia!"

Hayy Mikael bersandar lemah pada tembok dinding. Wajah Armell direnung.

"Hayy masih cintakan awak." Ulang Huzzair lagi.

"Dia cintakan saya, itu bukan masalah saya lagi. Saya cintakan awak. Huzzair Muammar. Bukan Hayy Mikael."

"She said it loud and clear. Armell cintakan kau, bukan aku. Kau dengar sendiri pengakuan dia kan? Macam apa yang aku cakap tadi, aku hanya mampu mencintai, bukan memiliki. Now, she's yours." Hayy Mikael undur diri.

Armell berjalan ke arah Huzzair. Perlahan tangannya mengenggam erat tangan kekar Huzzair. "Saya sayangkan awak."

Huzzair menoleh ke arah Hayy Mikael , namun cepat sahaja Hayy Mikael berpusing ke arah lain. Seolah menyembunyikan sesuatu.

"Hayy, I saw you!" Tegas Huzzair.

"No, I'm okay." Hayy Mikael buat buat ketawa. Mengaburi perasaan sebenarnya. Cukup kuat ke dia bila melihat pengakuan Armell itu didepan matanya sendiri?

"Hayy.." belum sempat Huzzair ingin berkata, Hayy Mikael lebih laju memotong.

"No I'm okay! Please don't.." Hayy Mikael ketap gigi. "Tolong jangan fikirkan pasal aku. Mell cintakan kau. So focus on her. Not me!"

"Iman, you lied to me. Awak cakap awak tak pernah kenal Hayy?"

"I'm talking to you! Answer me, Imani!"

Bahu Armell sedikit terhinjut bila dijerkah sebegitu kuat.

"Jangan marahkan dia. Mell tak salah. Aku yang suruh dia rahsiakan semua ni. This is all my fault. Totally my fault." Auta Hayy Mikael.

Armell pandang Hayy Mikael. Tak. Itu bukan salah lelaki itu. Dia yang beria-ria menyuruh lelaki itu merahsiakan hal ini.

"Tapi awak tetap tak jujur dengan saya! Awak janji yang diantara kita takkan ada apa-apa rahsia!" Marah Huzzair. Ada nada kecewa di dalam suaranya.

"Awak tipu saya Iman!"

"Saya minta maaf." Armell menunduk. Bergetar suaranya menahan tangis.

Turun naik nafas Huzzair menahan amarah. Kemudian dia mengeluh perlahan. Cuba menenangkan diri sendiri. Lama berjeda. Sehinggalah dia bersuara kembali.

"Awak jangan cari saya lagi." Putus Huzzair berbaur amaran. Namun dengan intonasi yang perlahan.

"Huzzair, I'm sorry Huzzair! Jangan buat saya macam ni." Rayu Armell. Lengan Huzzair cuba diraih namun cepat sahaja Huzzair mengelak. Sungguh. Dia kecewa dengan gadis itu.

"Just for a while. Tunggu marah saya reda. Dan saya tak janji bila. Jangan. Cari. Saya." Seusai itu, Huzzair terus melangkah keluar dari bilik itu. Meninggalkan Armell dan Hayy Mikael berdua.

Hayy Mikael hanya mampu jadi pemerhati. Dipandang Armell yang sudah mengalirkan air mata tanpa suara. "Mell... Saya minta maaf."

Armell pegang kepala. Berdenyut.

"Mell, are you okay?" Cemas suara Hayy Mikael saat melihat Armell begitu.

"I'm.. I'm okay... Don't worry."

"No, you are not."

"Saya okay, Hayy. Saya balik dulu."

"Are you sure?"

"Betul, saya okay. Saya balik dulu." Tanpa menunggu balasan lelaki itu, Armell terus melangkah keluar.

Hayy Mikael hanya mampu menelan liur saat melihat tubuh genit itu berlalu keluar dari biliknya.

"BANG, air." Ujar Hans lalu melabuhkan duduk disebelah Hayy Mikael yang sedang bersandar disofa. Mug berisi coklat panas diletakkan di atas meja kaca.

Hayy Mikael toleh ke sebelah. Tersengih lucu. "Dah macam bini aku dah kau ni. Dah lah panggil abang, siap sedia air lagi tu."

Hans pandang Hayy Mikael atas bawah. Pantas kedua tangan naik bersilang menutup tubuh. Seram kononnya. "Kau jangan rogol aku dah lah. Aku teruna lagi ni. Kau tu tak apa, duda." Seloroh Hans selamba.

Meletus tawa jantan Hayy Mikael. Geli bila membayangkannya. Euw! So disgusting!

"Bodohhh lah kau ni!" Kepala Hans ditunjal kuat.

"Adoi... Sakit lah!"

"Tu, air apa kau buat tu?" Hayy Mikael kerling mug hitam yang berada di atas meja.

"Air kumbahan."

Hayy Mikael buat muka jijik. Tapi tangan bergerak juga mencapai. Air coklat panas itu disisip. Pejam mata. Menikmati air kumbahan buatan Hans Raffael. Haha.

Mug hitam itu diletak semula ke atas meja.

"Huzzair dah tahu." Ujarnya ringkas.

Hans kerut dahi. "Tahu apa?"

"Mell bekas tunang aku."

Membulat mata Hans. "Wow! Serius?!"

"Kau wow?"

Hans sempat sengih busuk.

"Eh tak lah, cuma terkejut. Eh cerita la... Aku nak tahu jugak macam mana." Teruja habis muka Hans.

Baru sahaja Hayy Mikael ingin membuka mulut, tiba-tiba telefon bimbitnya berdering. Skrin telefon bimbitnya dikerling.

"Huzzair?" Pantas telefon bimbit itu dicapai.

"Wah, panjang betul umur Abang Huzzair." Sempat lagi Hans bersuara sebelum Hayy Mikael melekapkan telefon bimbit ditelinga.

"Hello Huzzair,"

Senyap.

"Aku ada kat rumah lah, dengan Hans."

Senyap.

"Hospital? Kau sakit apa?"

Senyap.

"Habis kalau bukan kau, siapa?"

Senyap.

"Excident?!" Membutang mata Hayy Mikael saat mendengar kata-kata yang keluar dihujung talian. Hampir melorot jatuh telefon bimbit dari genggamannya. Namun lekas-lekas digenggam kemas.

Seusai talian diputuskan, Hayy Mikael terus bangkit dari duduk. Kunci kereta segera dicapai. "Hans! Ikut aku!"

"Pergi mana?" Blur.

"Hospital! Cepat!" Gesa Hayy Mikael sambil melangkah laju keluar dari rumah.

Hans yang tidak tahu menahu terkocoh-kocoh bangun dan berlari keluar. 

Previous: Bab 48
Next: Bab 50

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Farisya