Home Novel Cinta Pertemuan Yang Terindah
Bab 8

"HAI,"

Segera Armell dongak kepala memandang empunya suara.

"You tunggu I ke?" soal Hayy Mikael dan tanpa dipelawa, selamba dia mengambil tempat disisi gadis itu.

Bangku yang Armell duduk, tak ada lah kecil mana. Muat lah kalau dua orang yang duduk. Sebenarnya banyak lagi bangku yang sudah tersedia ada, tapi jarak dari satu bangku ke satu bangku agak jauh. Takkan lah diorang nak buat acara jerit-menjerit pula kan?

"Jangan nak perasan sangat. I datang sini sebab nak tenangkan diri," jawabnya sambil mata terhala ke arah tasik.

Hayy Mikael hanya sekadar mengangguk.

"You tak rindukan I?"

Mendengarkan itu, segera Armell toleh memandang Hayy Mikael dan bertentang mata dengan lelaki itu.

"Excuse me? Kenapa I nak kena rindu you? You yang datang cari I, bukan I yang cari you." nada suaranya sedikit meninggi saat menuturkan kata-kata itu.

Kali kedua Hayy Mikael mengangguk mengiyakan. Betul lah apa yang gadis itu katakan. Dia yang cari Armell, bukan Armell yang cari dia. Dah terang lagi 'bercahaya' siapa yang rindu siapa. Bodohnya kau Hayy.

"Cantik you harini."

Armell merengus perlahan.

"You ingat dengan pujian you tu boleh buat I rindukan you ke, Hayy?"

"I tak cakap macam tu," tukas lelaki itu sambil tersengih menampakkan giginya yang tersusun rapi.

"So, dengan pakaian I yang macam ni? Jaket kulit, seluar jeans, dan rambut diikat satu, you cakap cantik? You belum tengok lagi I pakai blouse tanpa lengan yang ketat tu. Lagi cantik!" sempat isi bakul angkat sendiri. Tapi itulah kenyataan.

"I dah pernah tengok pun, Mell. You lupa ke pasal malam tu?"

"Tu malam, gelap, tak nampak. Siang
lain, malam lain."

"Mell, I nak tanya you. Apa tujuan you pakai macam tu? You nak tunjuk apa sebenarnya? You nak suruh siapa tengok?" soal Hayy Mikael bertalu-talu.

Armell terdiam. Soalan lelaki itu sedikit menyinggung perasaanya. Tunjuk? Dia tidak semurah itu. Lama dia berdiam sehingga lelaki itu bersuara lagi.

"Mell, I'm sorry." ucap Hayy Mikael. Sedar akan kesilapannya kerana bertanyakan soalan seperti itu.

Armell menarik nafas panjang. Wajah lelaki itu dipandang. Mata mereka bertentangan.

"I bukanlah nak tunjuk kat siapa-siapa pun. Tapi itu memang cara I. I selesa dengan pakaian yang macam tu. Bukannya nak tunjuk pada sesiapa."

Hayy Mikael mengangguk laju. Ya, dia tahu tentang itu. Dia tahu, Armell bukan seperti gadis-gadis lain yang senang-senang jual badan pada mana-mana lelaki.

"I tau tu. Tapi boleh tak lepas ni you stop pakai pakaian yang menjolok mata macam yang you selalu pakai tu?"

Sememangnya dia lebih sukakan pakaian yang Armell sedang pakai sekarang. Walaupun ringkas, tetapi ianya tetap melengkapi mata seorang Hayy Mikael.

"Stop kongkong I boleh tak, Hayy? Kenapa pulak I kena ubah cara pemakaian I? Bukan I ganggu hidup you pun."

"Please, Mell."

"You nak I pakai macam mana? Baju kurung? Hey, baju kurung tu dalam
etika raya je lah!"

"Tak, bukan baju kurung. I tak cakap pun yang you kena pakai baju kurung. Cukup lah macam yang you tengah pakai sekarang ni. I suka." tutur lelaki itu sambil tersenyum nipis.

Armell mendengus kasar. Permintaan bukan-bukan dari Hayy Mikael buatkan dia semakin rimas. Grrr! Rimas! Rimas! Rimas!

Mana datang lelaki ini sebenarnya? Tiba-tiba saja muncul. Nasihat itu, nasihat ini, membebel siang malam, kongkong orang macam kita ni bini dia pula!

Apa tujuan dia?

"Mell, haritu you cakap yang I ni bukan ciri-ciri lelaki idaman hati you kan?" soal lelaki itu tiba-tiba.

Armell toleh memandang Hayy Mikael. Satu anggukan diberi. "Ya,"

"Boleh I tau macam mana ciri-ciri lelaki idaman hati you?"

Serta-merta dahi gadis itu berkerut. Kenapa Hayy tanya? Dia fikir dengan mengetahui ciri-ciri itu, boleh buatkan Armell jatuh cinta pada dia? Silap besar lah dia!

"Kenapa you sibuk sangat nak tau semua benda pasal I ni? You tak sedar ke semua benda yang you buat ni sebenarnya membuang masa you sendiri? Waste your time lah Hayy."

"Sebab I sukakan you lah. Kalau I tak sukakan you, I tak buat semua ni."

Armell tarik senyum sinis. "For sure, bukan lelaki melayu."

"Amboi... Tingginya you pasang angan-angan. Boleh dapat ke?" Hayy Mikael menyindir.

Armell menjeling sedikit. Hello, ini Armell lah! Tak payah berangan pun boleh dapat tau!

"You jangan nak berangan lah, Mell. I ni satu-satunya lelaki melayu yang hormatkan prinsip you tau? Kalau lelaki lain, I rasa dah lama you jadi habuan mereka. Jadi untuk cari yang terbaik daripada yang terbaik, ada baiknya you pilih I... Rugi kalau you tolak."

Isi bakul angkat sendiri. Orang baik takkan mengaku dia baik. Ini namanya 'perah santan'. (Perasan !)

"Tak dapat you tak merugikan I apa-apa pun, Hayy. Macam yang I cakap, taste I bukan lelaki melayu. I serik lah dengan lelaki melayu lagi-lagi lelaki yang kononnya baik macam you ni tapi belakang...Entah lah, I malas nak sebut lah!" Rambut yang terjuntai di dahi Armell selit dibelakang telinga.

"You masih ragu-ragu dengan keikhlasan I ke?" Hayy Mikael menyoal dengan anak mata merenung pada wajah gadis itu.

Armell diam tidak berjawab. Sesekali kalau dia hukum Hayy dengan cara macam ni pun seronok juga. Biar lelaki itu tahu, bukan mudah untuk dapatkan dia.

"Mell, I'm talking to you." suara ditegaskan. Bila melihat Armell diam seperti itu, buatkan dia rasa macam nak tarik-tarik aje ekor kuda dekat kepala Armell. Geram!

Armell masih buat tak tahu. Marah lah tu. Kesah pulak aku?

"Hey, look here. I ikhlas berkawan dengan you dan sumpah, I takde apa-apa niat tak baik pun pada you. I ikhlas dengan perkenalan kita. You masih nak meragui semua tu ke, Mell?"

Melihat gadis itu masih membatukan diri, Hayy Mikael mengeluh perlahan. Nampaknya dia perlu meredakan perasaan Armell yang kelihatan agak beremosi ini. Moody sangat! Sampai bisu tak boleh nak bercakap langsung!

"You ada masalah? Wanna talk, wanna share? I sudi dengar." soalnya lembut. Hayy Mikael cuba bersikap professional.

Kelihatan gadis itu menarik nafas panjang. Hayy Mikael tersenyum nipis.

"Dulu, I pernah ada tunang. Nama dia Hadry." ujarnya perlahan.

Hayy Mikael hanya sekadar mengangguk. Walaupun sebenarnya dia terkejut juga bila dapat tahu bahawa gadis itu pernah bertunang sebelum ini. Telinga ditadah untuk mendengar segala luahan hati Armell dengan riak wajah tenang kekal melekat dimuka. Dia sudi dengar.

"Dia macam you, cuba ubah cara hidup I dan cara pemakaian I. Tapi yang buatkan you berbeza dengan Hadry, dia tak pernah jaga batas pergaulan dia dengan I dan dia bebas pegang I sana-sini sedangkan you tak pernah langsung sentuh I jauh sekali pegang itu, pegang ini. I tak meragui keikhlasan hati you. I tahu you ikhlas, Hayy."

Hayy Mikael melepas nafas lega. Bersyukur kerana gadis itu faham akan niat ikhlas hatinya.

"Hadry tu baik sangat. Ramai yang menyenangi dirinya. Orang kata, dia tidak seperti lelaki-lelaki lain yangmana perempuan berada keliling pinggang. Dan dia bukan lelaki yang jenis mata keranjang! Namun, indah khabar dari rupa. Waktu tu, hanya 3 minggu sahaja lagi kami akan berkahwin. Tapi dia menghilangkan diri. Puas I cari dia, call family dia semua tak berjawab. I mula risau. Dan bila 4 hari saja lagi menjelang perkahwinan kami, you tau mana Hadry menghilang?"

Hayy Mikael masih khusuk mendengar. Nervous pula dia bila gadis itu sengaja menggantungkan ayat. Argh! Cepat lah cakap!

"Dia ke Singapore. Kahwin dengan perempuan yang katanya dah 6 tahun menjalinkan hubungan. Gila! You tau tak semua ni gila? 4 tahun I bercinta dengan dia dan I kena tipu hidup-hidup dengan keluarga dia. Tergamak mak dia tipu I." hujung suara Armell kedengaran bergetar. Dia kembali beremosi.

Hayy Mikael terdiam. Kalau ikutkan hati, mahu saja dia peluk tubuh gadis yang berada dihadapannya ini. Tapi dia sedar, kelakuan itu salah. Berdosa. Dia juga perlu hormatkan Armell. Walaupun Armell seksi begini, itu bukan bermakna lelaki ini boleh buat apa saja padanya.

"Mell... I tak pandai nak beri nasihat sebab I pun manusia yang tak sempurna. Tapi you sepatutnya bersyukur sebab Allah dah tunjukkan perangai dia yang sebenar sebelum you jadi isteri dia. Bayangkan kalau you dah sah jadi isteri dia? Itu sebenarnya yang paling sakit, Mell. Sangat sakit."

Armell mengoyak senyum. Senyum yang sengaja dibuat-buat. Air mata yang hampir saja mahu menitis, segera diseka dengan tapak tangan.

"Ya, memang I bersyukur. Dan sejak dari tu, I paling pantang kalau penipu muncul dalam hidup I."

Dum!
Hayy Mikael terpempan. Air liur yang ditelan sudah terasa kesat. Wajahnya serta-merta bertukar riak.

Cuak.

"Pantang dalam hidup I kalau penipu muncul dalam hidup I." tutur Armell lagi.

Sedaya-upaya Hayy Mikael cuba melemparkan senyuman. Riak wajah dikawal sehabis boleh.

Tenang.
Jangan gelabah.

"I pergi dulu." ujar Armell lalu mengangkat kaki meninggalkan lelaki itu yang masih diam membatu dibelakang.

I paling pantang kalau penipu muncul dalam hidup I.

I paling pantang kalau penipu muncul dalam hidup I.

I paling pantang kalau penipu muncul dalam hidup I.

Kata-kata itu cuba dihadam sebaik mungkin. Makin dihadam, makin laju kata-kata itu berlegar di dalam kepalanya. Be professional, Hayy. Ingat, jangan gelabah.


Previous: Bab 7
Next: Bab 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Farisya