Home Novel Cinta Pertemuan Yang Terindah
Bab 44

SEBAIK sahaja pintu lif terbuka, Armell terus melangkah keluar. Baru sahaja kakinya menapak beberapa langkah, bahu kanannya di rempuh menyebabkan kakinya terundur ke belakang semula. Bagaikan Deja Vù. Dia pernah mengalami situasi begini. Cumanya perlanggaran itu tidak terlalu kuat dan tak menyebabkan dia jatuh seperti hari itu.

"Oh sorry miss!" Pinta lelaki itu. Namun tak sampai satu saat, lelaki itu membulatkan matanya. "Iman?"

Menyedari bahawa lelaki itu Huzzair, laju air mata yang bersisa di pipi dilap menggunakan lengan baju. Senyuman manis sedaya upaya cuba diukir dihadapan lelaki itu. "Huzzair, awak buat apa kat sini?"

Huzzair tergelak kecil. "Patut saya yang tanya awak. Awak buat apa kat sini?"

"Saya, saya ada urusan dengan kawan dekat sini."

"Oh," tanpa perasaan curiga jawapan itu diterima Huzzair. Namun, satu yang mencurigakannya. Mata mengecil merenung gadis itu.

"Are you crying?"

"No. Tak lah, mana ada."

"Yeke?"

"Ye, betul... Awak, saya dah lambat dah ni. Ada appointment dengan client dari india." Laju Armell memberi alasan. Takut kalau-kalau Huzzair merisiknya lebih dalam.

"Eh, okay okay. Take care, sayang."

"You too." Lekas-lekas Armell mengatur langkah pergi.

Huzzair memandang tubuh Armell yang semakin menghilang. Rasa pelik. Namun perasaan curiga itu segera ditepis jauh. Dia tak sepatutnya ada perasaan curiga dengan tunang sendiri. Masing-masing dah berjanji yang tak akan ada rahsia di antara mereka.

Langkah di atur masuk ke dalam lif. Tujuan utamanya ialah berjumpa dengan Hayy Mikael. Ada sedikit tentang hal projek yang perlu dibincangkan.

Huzzair layan senyum kepada Alia yang sedang berdiri di kaunter. "Boss awak ada?"

Gadis cantik persis Lauren Cohan itu tersenyum nipis. "Ada, boss tengah free."

"Okay, thanks." Satu lagi senyuman menawan dilemparkan kepada Alia.

Perlahan pintu kaca bilik Hayy Mikael dikuak. Terus dia melolos masuk ke dalam.

Hayy Mikael yang sedang duduk di sofa pantas bangun dan berjalan ke arah dinding kaca lutsinar yang menampakkan bandar raya Kuala Lumpur. Dia berdiri membelakangkan Huzzair. Wajahnya yang sembab diraup beberapa kali.

"Hayy."

Hayy Mikael berpusing. Dia senyum segaris. "Abang."

"Kau okay?"

"Okay, okay, aku okay. Kenapa?"

Huzzair mengangguk. "Takde apa. Aku datang sini nak bincang pasal cafe aku dekat penang. Kau tolong jenguk esok boleh?"

"Alaaa, tak boleh lah. Aku kena ke Terengganu esok. Nak kena tengok resort Dato' Hamdan tu." Hayy Mikael garu leher.

"Pulak dah... Berapa hari kat sana?"

"Dua hari."

"Lepastu, tidur rumah Mak Long?"

"Iye lah, dah alang-alang kan."

Mulut Huzzair berbentuk 'o'. Dia hanya sekadar mengangguk.

"Takpe lah, nanti aku pergi selepas balik dari Terengganu. Deal?"

Huzzair seakan sedang berfikir. "Suruh Hafiz je lah pergi esok, tak boleh?"

"Mana boleh. Hafiz ikut sekali dengan aku."

Huzzair pegang dahi. "Takpe lah. Lain hari lah pulak nampaknya."

Hayy Mikael layan sengih.

Huzzair yang berura-ura mahu melangkah pergi, serta-merta terbatal niatnya tatkala matanya menangkap sesuatu pada wajah adiknya itu. Mata Hayy Mikael direnung tajam. Tangan naik memegang rahang Hayy Mikael. Dipusing kiri dan kanan menilik wajah lelaki itu.

"Mata kau."

"Mata aku?"

"Mata kau sembab ni. Kenapa?"

Hayy Mikael menepis perlahan tangan abangnya. Mata dipegang lembut. "Sembab eh?"

"Hurm."

"Aku tak cukup tidur kut." Lelaki itu membuat spekulasi sendiri.

Huzzair geleng kepala.

"Tak cukup tidur bukan macam ni. Ni macam kesan menangis je ni. Kau tengok drama apa ni Hayy?"

Hayy Mikael ketawa suka. "Titanic."

"Ada ada je kau kan." Huzzair kecilkan mata.

Hayy Mikael tertawa lagi. Tubuh abangnya ditolak menjauh. "Dahh keluar. Aku banyak kerja ni. Shuh, shuh!"

"Ooo, kau halau?"

"Ha'ah, aku halau. Dah, keluar lah... Cik tunang kau cari tu."

"Eh bercakap pasal cik tunang ni kan, tadi aku nampak Iman. Dia ada hal apa datang sini?"

Hayy Mikael agak tersentak dengan soalan Huzzair. Riak wajah di kawal selamba sehabis mungkin. "Iman? Datang sini? Entah, mana lah aku tahu."

Huzzair gosok dagu. Musykil.

"Alah, ada lah tu hal kerja dia. Syarikat Har Holding tu kan antara Syarikat terbesar dalam Malaysia ni. Mungkin dia settlekan projek-projek ayah dia kut." Sekali lagi Hayy membuat andaian sendiri.

Huzzair mengangguk perlahan. Jawapan Hayy itu boleh diterima akal juga. "Ha'ah kan. Ok lah, cau." Bahu Hayy Mikael ditepuk kuat sebelum dia melangkah keluar dari bilik itu.

Hayy Mikael menghela nafas lega. Wajah diraup perlahan.

ARMELL duduk termenung di atas buaian yang terdapat di halaman rumahnya. Selepas sahaja kes pada pagi tadi, Armell terus pulang ke rumah. Mood tak berapa nak baik juga kalau masuk pejabat pun.

Terasa hilang satu beban dikepalanya. Tiada lagi nama Hayy Mikael yang berlegar di dalam fikirannya. Sebaik sahaja dia melangkah keluar dari Syarikat Mike Corporation tadi, dia bertekad sendiri bahawa tiada lagi nama lelaki itu di hatinya. Dan kini, dia berasa sungguh lega. Tiada bebanan perasaan. Dia tidak perlu rasa bersalah lagi dalam melakukan apa-apa.

Nafas dihela perlahan. Dan beberapa saat selepas itu, sebuah kereta Range Rover hitam meluncur masuk ke dalam kawasan rumah. Kereta pacuan empat roda itu diparkir di bawah garaj yang menempatkan sebuah lagi kereta Armell di situ.

"Hai, Mell... Awal balik?" Soal Tan Sri Hazahar sebaik sahaja melangkah keluar dari perut kereta.

Armell berdeham. Dia senyum segaris. "Tak sihat sikit, pa." Dalihnya.

"Tadi papa dengar Syarah cakap, Mell masuk office sekejap je. Waktu pagi. Lepas tu tak masuk-masuk dah. Mell pergi mana?"

"Err... Mell ada hal sikit tadi. Hal dengan kawan."

Tan Sri Hazahar kerut dahi. "Kawan? Kawan yang mana?"

"Kawan dari UK. Lama tak jumpa, itu yang lama lepak dengan dia tadi."

"Ouh, bukan pergi jumpa bekas tunang?"

Glurp!

Armell telan liur. Belum sempat dia nak buka mulut, suara itu berbunyi lagi.

"Syarah bagitahu yang Mell pergi jumpa Hayy. Don't think that I don't know, Mell. Ada hal apa lagi dengan dia? Nak raih semula cinta dulu?"

Armell menggeleng.

"Habis tu? Lepaskan rindu?"

Armell menggeleng lagi. "No! I would never do that."

Tan Sri Hazahar mengangguk. "Bagus. So, ada urusan apa jumpa dia?"

Armell menarik nafas sedalamnya. "Mell luahkah isi hati Mell pada dia. Since I bumped into Hayy, he has given me a feeling that makes me uncomfortable. So I told him I didn't love him anymore. Itu je."

"How does that feeling reappear in you when you have expelled it from your life? How?"

Armell mengeluh lemah. Rambut dikuak kebelakang.

"Papa, Huzzair tu abang Hayy. Papa fikir senang ke Mell nak lupakan dia bila Mell dapat tau yang Huzzair tu sebenarnya abang Hayy? Tunang Mell sendiri, pa... Hayy, adik kepada tunang Mell sendiri. Susah nak buang tu semua."

"Habis tu kenapa baru sekarang Mell terus-terang pada dia? Kenapa tak cakap dari dulu lagi yang Mell dah tak cintakan dia?"

"Sebab dia baru muncul, pa! Tiga tahun dia hilang dan sekarang dia baru muncul. Dan dia muncul selepas hampir dua tahun Mell dengan Huzzair bertunang. Masa tu memang Mell tak sanggup nak lukakan hati dia. Tapi mengenangkan Huzzair, tunang Mell sendiri, Mell jadi lebih sanggup lukakan hati Hayy daripada hati Huzzair yang langsung tak tahu apa-apa tu. Sebab tu Mell tekad, Mell terus terang dengan Hayy. So papa no worries, no more Hayy Mikael dah lepas ni."

Tan Sri Hazahar mengangguk seraya tersenyum lebar. "You're getting matured now. Proud of you."

Armell bersandar lemah. Kepala mendongak ke atas. Memandang langit yang terbentang luas.

Terima kasih untuk awak yang pernah hadir dalam hidup saya, walaupun hanya untuk sementara dan meninggalkan luka yang sangat dalam. 

Previous: Bab 43
Next: Bab 45

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Farisya