Home Novel Cinta Pertemuan Yang Terindah
Bab 63

HAYY MIKAEL mencerlung mata. Wajah isterinya di tenung bagai mahu tembus. Boleh sangat jika dia ingin merampas telefon itu dari tangan Armell tetapi sengaja Hayy Mikael tidak mahu menggunakan cara kekerasan. Selagi boleh berlembut, dia akan berlembut walaupun dengan cara mencerlung dengan tusukan mata yang agak tajam.

"Betul... Takde siapa-siapa pun lah. Abang ni..." Armell menjauhkan sedikit tubuhnya dari melekat pada dada Hayy Mikael yang terdedah. Wajahnya sengaja dilarikan daripada bertentangan dengan panahan mata lelaki itu.

"Sayangkan abang, tunjuk. Give it to me." Hayy Mikael mula mengugut.

Armell ketap bibir. Dah sampai kena ugut macam tu, dia sendiri pun tak boleh buat apa. Nak tak nak, kena mengalah juga. Dalam debaran, telefon yang disorok dibelakangnya perlahan-lahan disua ke wajah Hayy Mikael.

"Janganlah tunjuk rapat sangat. Abang tak nampak lah."

Armell merengus perlahan. Banyak songeh betul. "Dah tu peganglah sendiri."

Telefon pintar itu bertukar tangan. Melihat wajah berkerut Hayy Mikael menambahkan lagi debaran didada. Takut jika lelaki itu tiba-tiba mengamuk. Emosi Hayy Mikael bukannya boleh dijangka. Lagi-lagi bila berkait rapat soal Rykal. Silap hari bulan, boleh bertukar jadi incredible hulk dibuatnya.

"Rykal?" Duga Hayy Mikael.

Takut-takut Armell mengangguk. "Mell... Mell takut dia..."

"Takut apa? Takut benda yang berlaku dalam koma Mell betul-betul terjadi?" Tebak Hayy Mikael.

"Jangan risau, tiada siapa boleh sentuh isteri abang. Kalau dia buat hal, dia memang memintak." Sambungnya.

Wajah sang suami diperhati. Selepas itu beralih pula pada penumbuk Hayy Mikael dan terakhir, lengan kekar lelaki itu yang timbul segala urat-urat venanya. Jelas menunjukkan bahawa Hayy Mikael sedang menahan amarah. Seram sejuk pula dia yang melihat.

"Eh abang jangan lah macam ni!" Marah Armell. Lengan Hayy Mikael yang berada di atas pahanya ditolak.

"Macam ni macam apa?"

"Jangan lah marah macam ni. Orang takut lah!"

"Takut apa?"

"Takut tengok tangan gergasi abang tu. Dah macam hulk Mell tengok."

Mendengarkan itu, meletus tawa Hayy Mikael. Sengaja penumbuknya digenggam lagi menimbulkan urat-urat dilengannya. "Tangan ini yang dia akan makan nanti tau kalau dia berani sentuh isteri abang."

Armell menjeling. "Jangan lah tunjuk kat Mell. Eeee... orang tak boleh lah tengok. Geli!" Armell buat gaya geli-geleman.

Sungguh. Dia memang anti dengan tangan berselirat dengan urat seperti itu. Dah macam peta dunia pun ada dia tengok.

Hayy Mikael sungging senyum sinis. "Itu baru tangan. Hurm..." Rahang tajamnya yang berkumis halus digosok perlahan.

"Abang jangan macam-macam ya... Mell tak nak dengar benda-benda mengarut! Dah lah, Mell nak makan ni."

"Siapa kata abang nak cakap benda-benda mengarut? Mana ada lah! Takde..."

Armell sepetkan mata. Boleh percaya ke muka Hayy Mikael yang tak pernah nak serius sejak azali lagi ni? Tengok senyum miang lelaki itu pun dia dah boleh agak. Gatal!

"Hurm, wanna see my abs?" Sengih lelaki itu.

Mendengar soalan itu, Armell mengeluh bosan. "Hari-hari duk tayang, lagi mau tanya? Eh orang dah bosan lah!"

Betul. Hayy Mikael tidur bukannya pakai baju. Jadi dia dah selalu tengok. Tak terpegun langsung pun. Lagipun badan berketul macam Hayy Mikael ini dia sudah puas tengok. Kalau di Melbourne dulu dia dah selalu cuci mata.

"Abang... Mell nak makan ni. Lepaslah. Mell pun dah lama tak pukul abang tau? Jangan sampai Mell ulang balik sejarah 3 tahun lepas," ugutnya.

"Cuba pukul."

"Oh, abang cabar Mell? Abang jangan berani-berani cabar isteri abang ni tau..."

"Cuba lah pukul macam dulu. Tumbuk perut abang macam Mell buat dekat luar pustaka dulu. Nak tengok, sanggup ke tak sanggup."

Armell senyum senget. "Bukan apa, takut abang tu yang tak sanggup kena lagi."

Hayy Mikael tergelak lucu. "Hey come on, ini Hayy lah! Setakat kena tumbuk dengan perempuan apalah sangat kan?"

Waaa... Bangga betul kau ya? Tak apa, kita tengok, siapa yang terbatuk darah nanti. Sinis hati Armell.

"Tunggu apa lagi? Pukul lah." Cabar lelaki itu lagi.

Dan Armell pula seorang yang pantang dicabar!

Armell melepaskan diri dari lingkaran tangan sasa Hayy Mikael. Sekarang dia berdiri betul-betul dihadapan lelaki itu.

"Bangun," arah Armell.

"Hah?"

"Bangun. Berdiri. "

Seperti kerbau dicucuk hidung, Hayy Mikael menurut sahaja.

Armell senyum sinis. Kedua-dua tangannya bergerak memegang kedua-dua lengan sang suami. Dan tanpa amaran, lutut kanannya terus diangkat sekuat hati menghayun ke sasaran utama lelaki itu.

"Auchhh!!! Mell!" Hayy Mikael sudah terbongkok menahan sakit penangan dari tindakan hebat wanita itu. Dan tubuhnya itu rebah ke lantai.

"Nice shot right? Ingat Mell tak sanggup?" Tangan bersilang didada. Kening sebelah dijungkit. Bangga!

Seriuslah Mell, kau bangga tengok Hayy menahan sakit bagai nak mati tu?

Sirna terus senyuman bangga dari wajah Armell. Kini sekaligus bertukar cuak dan risau. Melihat Hayy Mikael yang terkepit-kepit bergolek di atas lantai buatkan dia menyesal memukul di sasaran utama itu.

Ya, seorang Armell memang pantang dicabar. Tapi selepas cabaran berjaya disahut, dia akan mengalami rasa menyesal yang tak sudah. Tidak kira apa jua situasi, dia memang sentiasa begitu.

"Abang," perlahan-lahan Armell duduk mencangkung. Bahu lelaki itu disentuh lembut.

Hayy Mikael berdeham. Perlahan-lahan dia cuba bangkit dengan tangan dipaut pada bucu meja. Armell juga turut bangun. Wajah merah lelaki itu diperhati. Memang betul-betul sakit nampak gaya tu.

"Abang okay ke?" Soalnya takut-takut.

"Nampak macam abang okay ke? Don't worry I'm okay."

"Sorry..." Lengan kekar Hayy Mikael dipeluk.

Hayy Mikael tergelak kecil. "Lain kali jangan buat lagi ya? Kalau nak pukul jugak, pukul dekat tempat lain."

Armell mengangguk laju. Taubat dia takkan buat dah lepas ni. Sakit rasanya melihat lelaki itu kesakitan.

"Abang tak sangka Mell boleh bertindak ganas macam tu. Unexpectedly!"

Armell sembamkan wajah pada dada bidang milik Hayy Mikael. "Lain kali jangan cabar Mell tau..." Ujarnya perlahan.

"No, never again. Tak sanggup rasanya."

Armell tertawa lucu. Geli hati mendengar suara cuak lelaki itu. Tubuh sang suami dipeluk erat. Serasa selesa pula berpelukan begitu.

"Mana dia dapat nombor Mell?" Soal Hayy Mikael tiba-tiba.

"Dari dulu Mell memang tak pernah tukar nombor. Mungkin sebab dulu dia pernah berhubung dengan Mell kut." Bahu dijungkit tanda tidak pasti.

"Oh..." Hanya itu jawapan dari Hayy Mikael.

Dengan kepala masih melekap di dada lelaki itu, Armell kerut dahi. Macam ada yang tak kena saja bila dengar 'oh' Hayy Mikael itu. Pantas kepala diangkat memandang wajah Hayy Mikael.

"Are you jealous?" Risik Armell sambil tersengih sumbing.

"No I'm not."

"Yeke?"

Hayy Mikael hanya diam tak berjawab. Sengaja anak mata diliarkan memandang sekeliling dan tidak pada wajah sang isteri yang ralit memerhatikannya.

Armell mencebik. "Okay, it's fine if you don't." rajuknya. Tubuh Hayy Mikael yang melekap ditubuhnya ditolak perlahan. Baru sahaja kaki hendak melangkah pergi, lengannya dipaut lembut.

"Sayang..."

Armell merengus perlahan. "Tadi kata tak cemburu kan? Dah tu nak apa lagi ni?" Soalnya malas.

Hayy Mikael senyum nipis. Kedua-dua tangannya naik memegang kedua-dua belah pipi Armell. "Tentulah abang cemburu. Abang cintakan Armell sejak dari awal pertemuan kita. Dan sampai sekarang rasa cinta tu tak pernah luak untuk isteri abang. Mana boleh abang tak cemburu." Lantas hidung Armell ditarik manja.

"Auch... Sakit lah..." Adu Armell. Pucuk hidungnya digosok perlahan.

"Dah, makan." Suruh Hayy Mikael. Roti bakar yang sudah tinggal separuh digigit.

"Oh ya, esok ada kenduri. Kawan abang kahwin. Kita pergi ya?"

Air milo panas yang sudah tidak berapa panas lagi itu Armell sisip ke bibir.

"Okay. Tapi kawan abang yang mana? Mell kenal ke?"

"Em nope. Ed. Abang rasa abang tak pernah kenalkan dia pada Mell pun kan?"

Armell kerut dahi. "Ed? Lelaki yang ada masa majlis kita tu ke? Ayden Tashriq? Eh Mell kenal lah."

Hayy Mikael tergelak kecil. "Itu sepupu abang lah sayang... Ni Edryan."

"Edryan?

"Tak kenal kan? Esok abang kenalkan. Tapi jangan tergoda pula. Abang gigit Mell buta-buta kat situ je nanti." Sempat Hayy Mikael memberi amaran.

"Kenapa nak tergoda pula? Abang dah cukup hot pada Armell. Hot sangat sampai kat rumah pun tak reti nak pakai baju. Panas sangat ke?" Selamba saja Armell menyindir.

"That's how I seduce you. But you've never been tempted, dear. Tak sayang abang ke?"

Armell telan liur. Oh maknanya selama ini Hayy Mikael tidak berbaju kerana ingin menggoda dia lah? Kalau betul, siapa cakap dia tak tergoda? Tengok badan sempurna macam Hayy Mikael itu pun dah boleh buat dia hilang akal!

"Kalau tak sayang, masa majlis nikah tu jugak Armell lari tau bila dapat tahu bakal suami boleh tukar-tukar!"

Hayy Mikael ketawa berdekah.

SEKEJAP berkalih ke kiri, sekejap berkalih ke kanan. Serba tak kena. Entah kenapa Armell susah pula nak lelapkan mata malam ini. Ada juga sesekali dia bangun dan bersandar di kepala katil, namun rasa sakit yang menyengat tidak juga sirna.

"Abang," panggil Armell perlahan.

"Abang..." Tubuh Hayy Mikael digoncang perlahan apabila suaminya itu tidak memberikan sebarang reaksi.

"Abang."

"Hmm?" Sahut Hayy Mikael dengan mata yang terpejam.

"Abang bangun lah..."

"Abang!" Lengan suaminya dicubit geram.

Menerima cubitan itu, baru mata lelaki itu terbuka luas. "Aduh... Sakit lah Mell..." Tangan kirinya bergerak menggosok kawasan pedih dek penangan cubitan Armell.

Tap!

Lampu meja ditekan Hayy Mikael.

"Kenapa ni?" Soalnya dengan suara garau dan serak basah.

"Mell sakit perut lah... Senggugut."

Hayy Mikael kerut dahi. "Sesungut? Apa tu?"

Armell ketap gigi. Sakitnya sampai rasa nak menangis. Bercampur pula geram pada Hayy Mikael. Tanya soalan bodoh pakej dengan muka tak bersalahnya. Grrr!

"Senggugut! Bukan sesungut!"

"Yelah senggugut, apa tu?"

"Eeee, abang ni takkan lah tak tahu?!"

Hayy Mikael gosok mata. Duduk dibetulkan lalu bersandar di kepala katil. Dan kepalanya digeleng tanda tidak tahu.

Armell ketap bibir. Lelaki tak ada adik-beradik perempuan memang sendu macam ni ya? Takkan sekolah tak pernah belajar? Mangkuk.

"Sakit perempuan bila datang bulan." Jawab Armell dengan perasaan yang tertahan-tahan. Nak saja dia layangkan penampar pada wajah kacak suaminya.

Hayy Mikael diam sebentar.

"Oh! Senggugut!"

Armell jeling geram.

"Sorry, abang lupa." Hayy Mikael gosok belakang tengkuk.

Armell pejam mata seerat-eratnya. Berkerut wajahnya menahan sakit. "Abang... Mell sakit perut ni."

"Habis tu abang boleh buat apa?" Soalnya malas.

Armell kalih memandang Hayy Mikael disebelah. Sesekali dia nampak suaminya itu menguap. Bila terasa yang dia sudah menganggu lena Hayy Mikael, Armell terus berbaring semula.

"Takpe lah, dah tak sakit." Selimut ditarik hingga paras dada.

"Sayang... Kejap." Hayy Mikael bingkas bangkit.

Minyak panas yang berada di atas meja solek dicapai.

"Abang sapukan ubat. Biar lega sikit sakit tu." Baju tidur Armell diselak sedikit. Walaupun pada awalnya Armell menolak, namun dia berkeras juga.

Tangan kasar Hayy Mikael mula bergerak mengurut perut Armell. "Sayang tidur ya..."

Tanpa sedar, Armell terlena sendiri.

Previous: Bab 62
Next: Bab 64

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Farisya