Home Novel Cinta Pertemuan Yang Terindah
Bab 22

"KENAPA susah sangat nak faham aku! Aku dah cakap aku bencikan kau! Kenapa kau susah sangat nak faham!" serentak dengan itu, novel yang berada dalam genggamannya dibaling pada dinding.

Kelakuan Armell itu menganggu kosentrasi Bella yang sedang menonton televisyen. Terkejut dia tatkala melihat buku novel setebal kamus itu melekat pada dinding dan seterusnya jatuh ke lantai. Segera kepala menoleh ke arah Armell.

"Hoi, apehal kau ni?"

Armell menoleh ke arah Bella dengan mata yang berkaca dan merah menyala. "Kau kena tolong aku, Bella."

Wajah sahabatnya yang polos itu direnung hairan. Armell menangis? Jarang-jarang 
berlaku!

"Tolong apa?"

Armell tarik lutut rapat ke dada. Hilang akal dek memikirkan soal Rykal. Kalau boleh, tidak ingin langsung dia meminta tolong daripada Bella. Dia tidak perlukan sahabat seperti itu. Namun, tiada sesiapa lagi yang dia boleh harapkan. Mahu meminta tolong daripada Hayy Mikael, lagilah tak boleh kerana nyawa lelaki itu betul-betul dalam keadaan terancam sekarang. Bahaya!

"Tolong pujuk Rykal, jangan kaitkan Hayy. Dia tak terlibat dalam hal ni."

Bella mengerutkan dahi. "Hal apa pula korang ni?"

"Kau jangan ingat aku tak tahu eh apa yang Rykal nak daripada aku. Kalau dia tak dapat aku, nyawa Hayy akan melayang kau faham tak?!"

Bella telan liur. Jantungnya berdetak hebat. Mana Armell tahu pasal semua benda ni? Siapa yang beritahu? Hatinya berdetik cemas.

"Mell..."

"Apa?! Kau ingat aku bodoh macam kau? Aku tahu semuanya, Bella."

"Hayy, lelaki yang selalu ganggu kau tu? Buat apa kau nak fikir pasal jantan tu? Lagipun kau sendiri yang cakapkan yang dia tak penting langsung dalam hidup kau? Kau lupa ke?"

"Dia bukan jantan!" tengking Armell. Dia yakin Bella pasti terkejut mendengar suara nyaringnya itu.

"Hayy Mikael bukan jantan macam kau sebut tu! Bella listen here eh, sebab 'jantan' tu lah sekarang aku dah boleh fikir mana baik dan mana buruk. 'Jantan' tu dah banyak sedarkan aku. Kalau tak disebabkan 'jantan' tu, aku dah lama jadi habuan Rykal. Dia dah selamatkan maruah aku yang hampir saja musnah tu, kau tau? Kau ada tahu pasal tu? Kau tak tahu, Bella." ujarnya sinis.

Bella kehilangan kata-kata. Dia hanya menunduk merenung alat kawalan jauh televisyen yang berada di atas ribanya. Menyesal juga dia mengikut sahaja arahan Rykal itu. Tambahan lagi dengan Neddy yang kepala memang sudah tidak berapa nak betul itu.

"Mell, aku cuma... cuma..."

"Cuma apa?!"

"Cuma ikut arahan Rykal!" spontan Bella menjerit dek terkejut dengan jerkahan Armell.

Armell menarik nafas panjang. Air mata yang bersisa dipipi disapu perlahan. Baru sahaja dia ingin membuka mulut, telefon bimbit yang berada diatas ribanya berdering. Melihat nombor yang tertera pada skrin telefon bimbitnya, dahinya serta-merta berkerut.

"Hello."

"Hello, Mell. Ni I, Evelyn."

Armell berdeham sedikit. Menghilangkan suara serak basahnya akibat menangis.

"Ah, ya Evelyn. Kenapa you call?" balas Armell dengan nada suara yang sengaja diceriakan.

"Malam ni kalau I nak ajak you dinner boleh? Itu pun kalau you free lah."

"Boleh, I free je."

"Betul? Orait! malam ni kita jumpa di Restoran Papparich. See you there, Mell!" balas suara ditalian. Kedengaran begitu teruja.

"Okay..." seusai itu, talian dimatikan. Armell merenung skrin iPhone 6 miliknya. Tidak pernah-pernah pun selama ini gadis itu mengajaknya untuk berjumpa, jauh sekali pergi makan malam bersama. Musykil.

"Siapa call?" soal Bella ragu-ragu. Takut sebenarnya ingin melihat wajah sahabatnya yang baru sahaja menyinga itu.

Wajah Bella yang sedang menunduk itu direnung tajam. Tanpa memberi sebarang jawapan, Armell terus bangkit dan berjalan masuk ke dalam bilik.


JAM yang melilit dipergelangan tangan ditilik. Jarum jam sudah menunjukkan tepat pada pukul 9:30 malam. Evelyn memanjangkan leher. Meliarkan pandangan ke sekeliling mencari kelibat Armell yang masih tidak kunjung tiba. Sudah naik kematu punggungnya dek sudah satu jam setengah duduk di atas kerusi restoran itu.

Beg tangan yang berada di atas riba dibuka dan tangan laju menyelup ke dalam mencari telefon bimbit miliknya. Aplikasi whatsapp dibuka. Laju saja jarinya menari diatas pad kekunci. Namun, satu keluhan terbit dari mulutnya. Satu tanda berwarna kelabu yang muncul pada hujung mesej yang dihantarkan itu menandakan Armell tiada dalam talian.

Tanpa membuang masa, laju saja nama Hayy Mikael ditekan dan mendail nombor telefon lelaki itu.

"Hayy, Mell tak sampai-sampai lagi ni. Dah satu jam setengah I tunggu. Mana dia ni?"

Senyap.

"I janji dengan dia pukul 8."

Senyap.

"Okay I tunggu you kat sini. Tolong cepat ya! I risau lah." dan talian dimatikan. Evelyn telan liur. Sejak tadi, matanya tidak sudah-sudah memandang ke arah pintu masuk restoran. Setiap yang melangkah ke dalam, dia berharap sangat yang itu adalah Armell. Namun, hampa. Kelibat gadis itu langsung tidak kelihatan.


IKATAN kemas yang terlilit di bahagian pergelangan tangannya mengundang rasa sakit dan pedih dek kerana terlalu lama berada dalam kedaan begitu. Naik lenguh di buatnya. Sesekali dia juga cuba meronta kecil untuk melonggarkan ikatan tali tebal itu namun bukan semakin longgar, malah semakin pedih jadinya.

"What are you trying to do, sayang?" suara garau itu menyentakkan dirinya. Kepala ditoleh pandang ke arah susuk tubuh lelaki yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam bilik itu.

"Rykal!"

Rykal yang sedang berdiri dimuka pintu tersenyum sinis saat melihat Armell yang sedang cuba untuk melepaskan diri dari ikatan tali. "You buat apa tu, sayang?"

"Rykal... Kenapa you buat I macam ni? Bukak lah tali ni, sakit tau tak?!"

Rykal melangkah ke arah katil dimana keberadaan gadis itu. Perlahan-lahan punggung dihenyak ke atas tilam empuk bilik hotel itu. Rambut Armell yang berjuntai dimata diselit lembut kebelakang telinga.

"Buat you macam mana? Bukan you dah janji dengan I ke?" soal Rykal. Menuntut semula janji gadis itu pada tempoh hari sewaktu di tandas awam di Tasik Aura Vale.

Armell telan liur. Dia tidak pernah lupa akan janji yang ditabur. Janji bodoh yang memakan diri sendiri.

Boleh tak kalau dia perlukan Doraemon sekarang? Sumpah, dia amat memerlukan mesin undur masa ketika ini. Doraemon!!! Tolong lah! Hatinya menjerit sakan mengenangkan kebodohan sendiri.

"Rykal, itu I main-main je! Tolong lah jangan buat I macam ni."

"You main-main? Tapi I tak pernah main-main dengan apa yang I nak."

"Tak, maksud I, masa I cakap I period tu I main-main je. Ini betul ni. I memang tengah uzur sekarang." ulas Armell menjustifikasikan jawapannya tadi. Malu tak malu, itu semua diketepikan.

Rykal buat-buat ketawa mengejek. "You fikir I bodoh? You jangan nak memperbodohkan I, Mell."

Lengan Armell yang tertutup dengan jaket kulit itu dielus lembut. "I want you, sweetheart."

"Jangan sentuh I, Rykal!" tengking Armell. Tangannya yang diikat kemas itu sudah menggeletar hebat. Jantungnya berdetak laju seiring dengan bulu romanya yang laju saja naik tatkala sentuhan Rykal hinggap dibahunya.

"Kenapa? Takut?"

"Please, nooo... Jangan buat I macam ni. Kalau betul you sayangkan I, tolong jangan buat I macam ni Rykal. I merayu pada you." tanpa dia sedari air mata laju saja mengalir dari tubir mata turun ke pipi. Lagi-lagi bila wajahnya dan juga wajah Rykal yang hanya beberapa inci itu.

"Shhh... Jangan menangis, sayang. I takkan sakitkan you." bisik Rykal perlahan. Lengan Armell dibelai lembut menenangkan gadis itu yang ketakutan.

"Tolong, Rykal." pinta Armell dengan suara bergetar.

Senyuman Rykal makin melebar. Setiap rayuan dan tangisan Armell bagaikan suara merdu ditelinganya.

"You merayu macam ni kan Mell, lagi buat I tak sabar nak rasa you ada lah." ujar Rykal sambil mata miangnya meliarkan memerhati setiap inci tubuh Armell.

"Rykal! Stop staring at me like that! I bukan perempuan murah untuk you tatap sesuka hati you!" darahnya cukup tersirap tatkala melihat padangan lelaki itu pada tubuhnya.

"Diam!" jerkah Rykal. Bingit mendengar suara nyaring Armell yang menjerit dekat dengan telinganya. Lengan Armell digenggam. Cengkaman tangan lelaki itu pada lengannya membuatkan dia sedikit menjerit kesakitan.

"You nak apa sebenarnya Rykal?! Lepaskan I! I bukan pelacur untuk layan nafsu serakah you tu! Let me go, Rykal!"

Zip jaket yang dipakai oleh Armell itu ditarik ke bawah. Sekarang terdedah baju tee berwarna putih yang dipakai dibahagian dalam.

"Jangan, Rykal..." sekali lagi Armell merayu. Suaranya penuh mendayu. Menagih simpati dari lelaki itu. Merayu diberi peluang supaya melepaskan diri dari segala perbuatan terkutuk ini.

"Jangan, what? You tak suka ke, hrmm?" bisik Rykal perlahan.

"You gila, Rykal... You memang gila! Jangan pegang I lah!" suara Armell serta-merta naik seoktaf bilamana terasa ada tangan yang mengusap dibahagian pehanya.

Pipi Armell ditampar lembut. Rykal ketawa sinis. Yang gila bukannya dia. Yang sedang bercakap tu sebenarnya yang gila. Gila sebab cari nahas dengan orang gila!

"Memang I gila. Gilakan you!" rambut Armell ditarik kasar sebelum wajahnya di dekatkan pada wajah Armell. Terus tubuh genit Armell ditolak kuat.

"Rykal, jangan Rykal!" rontaan dan rayuan itu langsung tidak memberi kesan kepada Rykal. Dan malam itu, kesuciannya diragut tanpa belas kasihan. Tak beri peluang untuk dia membela diri, maruahnya yang satu itu hilang dengan sekelip mata. Air mata yang mengalir sudah tiada makna lagi.

"Let's spend this game, sayang."


Previous: Bab 21
Next: Bab 23

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Farisya