Home Novel Cinta Pertemuan Yang Terindah
Bab 7

SUDAH tiga hari lelaki itu tidak kelihatan. Armell mengaku, sejak dia tinggalkan Hayy Mikael begitu saja di Dukes Coffee pada tempoh hari buatkan dia tercari-cari gerangan lelaki itu.

Hari ini, sebaik saja waktu kuliah tamat, Armell terus ke luar kolej. Destinasi utamanya adalah ke Lake Aura Vale yang mana tasik itu selalu menjadi tempat kunjungan ramai terutamanya dikalangan pelajar. Dan di situ juga lah pertemuan keduanya dengan Hayy selepas insiden di Papa Rich QV.

Aduh, kenapa mesti ingat balik insiden bodoh tu. Grrr!

Armell lepas keluhan kecil. Apa motif sebenar dia datang ke sini? Cari Hayy Mikael, jauh sekali. Kenapa pula dia kena cari lelaki itu? Sedangkan kalau nak dibandingkan lelaki itu dengan cita rasanya, bagai langit dengan bumi. Hayy Mikael bukannya lelaki idaman yang dia inginkan pun.

Sedang dia leka berjalan, tiba-tiba matanya tertancap ke arah seorang gadis yang sedang berdiri sambil bercakap telefon berhampiran dengan tasik.

"Evelyn!" laung Armell.

Gadis itu berpaling. Armell melambai tinggi.

Dari jauh, dia lihat gadis itu seperti terburu-buru ingin pergi dari satu. Dan kali ini Armell menjerit sedikit kuat.

"Evelyn! Ini I lah, Mell!"

Dan sesaat lepas itu, gadis itu pergi meninggalkan kawasan itu. Armell garu kepala.

Dia sedar bahawa laungan yang agak kuat itu akan mengundang perhatian orang ramai. Dan dia kini sudah manjadi perhatian orang ramai dari pelbagai kaum dan bangsa.

Armell sengih nampak gigi. 

TING ! Ting!

Telefon pintar yang sedari tadi bergetar di atas meja, Hayy Mikael capai. Terdapat beberapa notifikasi dari aplikasi instagram terpapar diruangan skrin iPhone 6 miliknya. Terdengar keluhan kecil dilepaskan.

Kalau tak disebabkan Huzair, pasti dia tidak akan menjadi perhatian orang ramai terutamanya dari kalangan perempuan. Entah macam mana gambar dia bersama Huzair boleh tersebar luas. Ia hanyalah sekeping gambar bersama senyuman. Apa yang membuatkan gambar itu menjadi viral di media sosial pun dia sendiri tidak tahu-menahu.

Sejak seminggu yang lepas, Hayy Mikael sering menerima mesej dari orang-orang yang tak dikenali. Kalau hanya seorang dua, dia takkan ambil port. Tapi kalau dah berpuluh-puluh gadis yang menegur, buatkan dia rasa rimas. Lagipun dia tak perlukan perhatian terlebih seperti ini.

Cukuplah hanya Huzair yang dikenali ramai tetapi bukan dia. Dia tidak akan sesekali terjebak di dalam dunia seni seperti Huzair. Baginya, hidup begini lebih selesa dan bebas melakukan apa saja. Sekurang-kurangnya, dia tak akan terlibat dalam kontrovasi-kontrovasi yang terkadang tidak logik dek akal.

Namun kata-kata tak seindah bicara. Kalau sudah wujud kelab peminat Hayy Mikael, maknanya dia bukan lagi orang biasa-biasa. Bila kelab itu ditubuhkan pun dia tidak tahu. Sedar-sedar saja, dia sudah dimasukkan ke dalam group itu oleh seorang gadis yang langsung tak dikenali.

-Please notice me, Hayy.-

-Dia takkan perasan pun kau wujud. Jangan nak try hard sangat, hahaha!-

-Hi, Hayy! I'm ur fans from Brunei! Notice me!-

-Ella dapat instagram abg Hayy dri abg Huzair. Abg Hayy jgn marah abg Huzair taw? Peace no war, heee!-

-Your smile is my fav Hayy! I want more!-

-I tak kesah lah you ni siapa, tapi I tetap jatuh cinta dengan senyuman you. Marry me, Hayy!-

-Pungkok hang lah! Apa marry me, marry me? Hayy aku yang punya, hang tau dak?-

Hayy Mikael geleng kepala.

Baca semua mesej di dalam group itu buatkan dia gila!

Bukan hanya itu, yang berada dibawah masih banyak lagi yang dia terlepas pandang. Tak mampu untuk dia membalas. Terlalu ramai!

"Buat apa tu, bro? Sejuk-sejuk macam ni, kau buat apa tu? Usya apa tu?" soal Arash mengusik sambil menghenyakkan punggung di birai katil Hayy Mikael.

Segera Hayy Mikael angkat wajah. Melihat Arash yang tersenyum sumbing itu sudah cukup membuktikan bahawa lelaki itu sedang berfikir diluar kotak.

"Bodohhh lah kau!" hamburnya terus sambil melepaskan tawa.

Tawa Arash terburai. Selepas itu, kedua-dua keningnya dijongket menanti jawapan dari sahabatnya itu.

"Tak, aku tengah tengok instagram. Kau reti buat akaun baru tak Rash? Tolong buatkan satu untuk aku." pinta Hayy Mikael tanpa berselindung lagi.

Serta-merta kening Arash bertaut rapat.

"Apa hal pulak? Satu tak cukup lagi?"

"Bukan lah. Sebab aku perlukan privacy juga. Akaun ni dah jadi public account, jadi aku rasa macam terganggu sikit. Boleh tak buatkan satu untuk aku?"

"Takde hal lah. Malam nanti aku buat."

"Cantik!" bahu Arash ditepuk kuat.

Melihat Hayy Mikael yang seakan bergegas turun dari katil, Arash bersuara kembali.

"Oi, nak ke mana?"

Terhenti langkah Hayy Mikael yang sudah ingin melangkah keluar dari bilik. Dia toleh memandang Arash dan satu senyuman senget diberikan kepada lelaki itu. Arash mencebik.

"Jumpa Mell lagi?" duganya.

"Dah 3 hari aku tak jumpa dia."

"Kau ni Hayy, kalau dia cakap dia suka kat kau, dia cintakan kau, tak apa lah jugak kau nak jumpa dia hari-hari pun. Ini dah sah-sah dia tak sukakan kau, dia menyampah dengan kau, kenapa nak buang masa cari dia lagi?"

Hayy Mikael tergelak kecil. Kepala digeleng perlahan.

"She's the best one, Rash. Aku rindu dia."

Kali ini giliran Arash pula yang ketawa.

"Rindu? Seriuslah rindu? Dia tak rindu kau pun, Hayy."

Hayy Mikael sepetkan mata. Bawah bibir digigit perlahan dan dia tersenyum lagi.

"Kalau dia tak rindukan aku, aku akan buat dia rindukan aku. Rindu dengan senyuman aku, rindu dengan leteran aku, rindu dengan mukaddimah free aku. Aku akan buat dia rindu semua pasal aku!"


Previous: Bab 6
Next: Bab 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Farisya