Home Novel Cinta Pertemuan Yang Terindah
Bab 52

ARMELL berdiri di balkoni biliknya. Sengaja menjemurkan diri di bawah terik cahaya matahari sambil memandang kawasan taman perumahan itu dari atas. Hari ini sudah masuk hari ke tiga dia berada dirumah setelah hampir seminggu ditahan wad. Mama cakap dia koma dua minggu. Itu bermakna kira-kira hampir sebulan juga dia tidak melihat dunia. Ah! Rindunya!

Nafas dihirup dan dihela perlahan. Senyuman tidak lekang dari bibirnya. Saat itulah kedengaran pintu biliknya dibuka perlahan. Segera dia menoleh. Dan sebaik sahaja melihat susuk tubuh sasa yang sedang berdiri dimuka pintu, makin melebar senyumannya.

Hayy Mikael melangkah mendekati Armell. Pintu bilik dibiar terbuka.

"Awak!" Jerit Armell menahan teruja.

"Kau sihat?" Itu soalan pertama yang meluncur keluar dari mulut lelaki itu.

"Sihat kalau awak ada!" Armell menyengih. Entah. Terlalu selesa dengan lelaki sehingga dia rasa tidak kekok untuk berbual mesra. Tidak sama seperti dia dengan Huzzair. Berlainan sungguh rasanya.

"Kau ingat aku nak sangat ke datang sini?"

Armell senyum herot. Tangan naik berpeluk tubuh. "Habistu, kenapa datang jugak?"

"Kalau tak sebab Huzzair yang suruh, aku takkan datang pun."

"Eleh... Padahal awak yang beria nak datang sebab rindukan saya kan?" Armell senyum bangga. Kening dijungkit beberapa kali.

"No!"

"Iye! Mengaku aje lah."

Hayy Mikael mengeluh. "Whatever keeps you happy, Armell." Lelaki itu berkata malas. Mengalah!

Armell terus gelak. Kakinya melangkah masuk semula ke ruang bilik dan melabuhkan punggung dibirai katil. Ruang sebelahnya ditepuk. Menyuruh lelaki yang masih berdiri dibalkoni itu duduk disebelahnya.

Hayy Mikael jungkit kening. Isyarat ringkas bertanya bila malas nak bersuara.

"Duduk sini." Pinta Armell.

"Atas katil?"

"Yelah! Takkan atas almari pula sayang..." Armell senyum lucu. Geli hati melihat Hayy Mikael yang sudah berubah riak wajahnya.

"Kau tak takut dengan aku?"

"Kenapa saya nak takut pula? Pintu kan dah terbuka luas tu. Lagipun bukan kita berdua je kan yang ada dalam rumah ni. Mama kan ada?"

Lelaki itu tarik senyum sinis. "Itu kalau mama ada. Kalau mama tak ada? Aren't you afraid that I have bad intentions toward you?" Duganya sambil mengecilkan mata merenung gadis yang sedang duduk dibirai katil itu.

"Nope." Armell menggeleng yakin.

"Pretty sure?"

"Yes!"

"Kenapa yakin sangat ni?"

"Sebab saya tahu awak cintakan saya dan kerana faktor itu, saya yakin yang awak akan hormatkan saya."

Hayy Mikael hanya mencebik. Kaki melangkah menghampiri dan melabuhkan duduk disebelah gadis itu. Kepala menoleh ke kanan, merenung wajah polos Armell. "Mana kau tahu aku cintakan kau?"

"Mesti lah saya tau. Saya boleh rasa sejak pertama kali awak datang melawat saya dihospital. Cara awak senyum, cara awak pandang saya, cara awak bercakap dengan saya."

"Tapi itu lah, saya dapat rasa semua tu pada haritu je. Lepas pada tu, awak dah macam tak suka saya. Kenapa?" Soalnya. Naif.

Hayy Mikael menarik nafas dalam lalu dihela perlahan. Pandangan dilemparkan ke arah dinding kosong bilik itu. "I told you. Kau tunang Huzzair. Bukan aku."

Armell berdecit geram. Kenapa selalu nak bangkitkan isu Huzzair setiap kali berbual?

"Tapi saya tak ingat langsung Huzzair tu siapa dalam hidup saya. Macam mana saya nak terus mesra dengan dia kalau saya sendiri langsung tak kenal siapa dia? Bila saya sedar dari koma, benda pertama yang saya ingat adalah awak! Awak tunang saya! Bukan Huzzair."

"Apa-apapun, Huzzair tetap tunang kau." Kata Hayy Mikael perlahan.

Armell ketap bibir. Penumbuk dikepal. Ikutkan hati, nak sajalah dia tumbuk wajah kacak Hayy Mikael itu! "Awak ni dah kenapa?! Saya cintakan awak! Salah ke?"

"Memang salah. Kau nak tahu tak kenapa aku layan kau macam ni?"

Armell peluk tubuh. Kening dijungkit.

"Sebab dengan layan kau macam ni lah yang boleh buat aku buang perasaan aku pada kau. Ya, aku cintakan kau. Aku cintakan kau lebih dari Huzzair cintakan kau. Tapi disebabkan aku lebih sayangkan hubungan aku dengan Huzzair, aku pilih untuk undur diri. Aku takkan lukakan hati seorang abang semata-mata kerana cinta. Aku bukan orang yang macam tu."

Mata Armell mula bergenang. Kepala menunduk. Sedih. Salah diakah jika dia tidak mengingati siapa Huzzair? Bukan dia yang minta untuk jadi begini.

"Walau apapun hubungan saya dengan dia dulu, saya dah tak kisah. Yang penting saya tetap cintakan awak. Dan saya tak pernah cintakan Huzzair!"

Hayy Mikael senyum tawar. "You deserve better, Armell. Aku tak layak untuk kau. Kau juga tak boleh terima kekurangan aku. Kalau tak, kau takkan tinggalkan aku." Tuturnya perit.

Armell angkat wajah. Wajah Hayy Mikael direnung dengan pandangan keliru. Apa maksud lelaki itu menyatakan kata-kata begitu? Dia pernah tinggalkan Hayy Mikael? Tapi kenapa? Kenapa dia langsung tidak mengingati detik itu?

"Hah?"

"Aku rasa Tan Sri Hazahar sudah pernah bagitahu kau semasa hari pertama kau sedar dari koma."

"Bagitahu? Bagitahu apa?" Armell mula bingung. Wajah lelaki itu itu direnung menuggu jawapan.

"Kau dah lupa? Er... Kau kenal Eva?"

Kepala digeleng laju. "Tak.. saya tak ingat. Apa yang papa cakap? Eva? Siapa tu?" Armell mula memerah otak. Cuba menggeledah sesuatu. Namun usahanya itu hanya sia-sia bila rasa sakit mula menyerang. Laju tangannya naik menggenggam kepala.

"Hey, are you okay?" Soal Hayy Mikael berbaur cemas.

'I'm... I'm okay. Don't worry. Ah, apa yang papa cakap pada saya? Saya lupa." Soal Armell perlahan. Menahan denyutan perit di dahi.

Hayy Mikael diam buat seketika cuma. Tiba-tiba kata-kata Doktor Syazwani menerjah digegendang telinganya. Perkara terakhir yang gadis ini ingat adalah semasa majlis pertunangan mereka. Jadi mana mungkin Armell mengenali Eva.

"Just drop the subject." Putus Hayy Mikael akhirnya.

"What? Awak dah buat saya sakit kepala, lepas tu senang-senang aje nak drop the subject? Eh, takde, takde, takde! Bagitahu saya sekarang."

"Macam yang aku cakap, kau bukannya boleh terima kekurangan aku pun. So just drop the subject. Lupakan. Bukannya penting pun. Lagipun aku tak suka."

"Alaaa... Cakap lah Hayy!"

"Kalau aku cakap nanti kau tak boleh terima kenyataan pula. Lebih baik kau diam."

Armell mendengus geram.

"Ni awak datang sini ni, papa tak halang pula eh?"

Soalan Armell itu buatkan dia kerut dahi. Tan Sri Hazahar tak sukakan dirinya, boleh pula gadis ini ingat.

"Oh, Tan Sri tak sukakan aku, kau ingat pula?"

Armell garu pipi. "Entah lah awak. Ada yang saya ingat. Ada juga yang saya lupa. Nasib baik awak saya tak lupa. Hehe." Armell menyengih.

"Huzzair dah minta izin dengan papa kau. Demi kau, dia izinkan aku jenguk kau. Kalau tak, memang taklah aku ada depan kau sekarang ni. Papa kau bukannya suka aku pun."

Armell hanya sekadar mengangguk. "Kenapa papa saya tak sukakan awak eh?"

Hayy Mikael berdecit. "Banyak tanya la kau ni."

Armell mencebik. "Salah ke kalau saya confuse?"

"Salah tu tak. Tapi aku ni yang malas nak menjawab."

Mereka diam seketika.

Setelah berjeda beberapa saat, Hayy Mikael kembali bersuara. "Cincin tunang kau dengan Huzzair mana?"

Armell jungkit bahu.

"Takkan tak tahu? Kau letak kat mana?"

Armell hela nafas berat. Tak lain tak bukanlah tu kalau nak borak pasal Huzzair. Huh!

"Kejap lah." Armell berkata malas. Kaki dihayun lemah menuju ke arah meja solek. Laci buka. Beberapa saat kemudian, dia kembali duduk disebelah Hayy Mikael.

Cincin berlian itu direnung seketika cuma sebelum dihulurkan kepada Hayy Mikael.

"Bak sini tangan kau tu." Pinta Hayy Mikael.

Armell sudah mengerutkan dahi. "Buat apa?"

Tanpa amaran, terus tangan gadis itu ditariknya. Laju saja jarinya bergerak menyarungkan cincin pada jari manis Armell.

"Eh awak buat apa ni?" Laju Armell menarik tangannya kembali setelah cincin itu tersemat dijari manisnya.

"Sedar diri sikit. Kau tu tunang Huzzair. Cincin cantik-cantik, tak nak pakai pula." Gumam lelaki itu. Sempat matanya mengerling pada cincin berlian di jari Armell.

"Haaa... Kan cantik tu." Pujinya. Hayy Mikael senyum manis.

Armell sedikit terpanar. Waaa... Lawanya senyuman dia!

"Haaa... Kan manis tu kalau senyum. Ini tak, asyik menyinis aje kerjanya." Bidas Armell.

Dengan itu, sirna terus senyuman manis itu dari wajah Hayy Mikael. Wajahnya kembali bertukar dingin.

"Kalau pakai cincin ni boleh buat awak senyum manis macam tadi, kan bagus. Saya rela memakainya demi awak. Demi nak tengok senyuman awak tu!"

Hayy Mikael mencebik.

"Nah. Ambik lah balik cincin ni. Bagi kat abang awak. Saya tak nak pakai." Ujar Armell seraya menghulur cincin yang baru dia tanggal sebentar tadi.

"Hei kau ni dah gila ke sewel? Bagi balik cincin ni dekat Huzzair? Sampai betul hati kau buat dia macam tu ya?"

"Awak... Saya tak cintakan dia..." Tutur Armell perlahan. Seakan merayu. Penat dia nak ulang benda tu banyak kali.

Hayy Mikael mengeluh berat. Masih terngiang-ngiang lagi ditelinganya saat Armell meluahkan rasa cinta kepada Huzzair dihadapannya. Sakit.

"Mungkin kau dah lupa. Tapi aku masih ingat lagi waktu kau mengaku yang kau cintakan Huzzair. Kau mengaku depan-depan aku, Mell."

Armell terdiam.

Tangan Armell dipegang dan dibawa ke dada bidang miliknya. Gadis itu sedikit tersentak.

"Sakit. Kau tak tahu waktu tu aku sakit sangat, Mell. Aku sakit kat sini. Kau tak tahu dan kau tak pernah peduli." Tangan Armell dilerai perlahan.

"Dan sekarang kau cakap yang kau tak cintakan dia?"

Armell telan liur. Rasa sebak mencengkam dada. Dia tidak pernah tahu menahu tentang itu. Sungguh, dia langsung tidak mengingati detik itu. Kalaulah dia punya kuasa untuk ingat semula apa yang dia telah buat dulu, dia akan buat.

Dia pernah mencintai Huzzair? Benarkah?

"I understand your situation. Aku tak salahkan kau kalau kau tak ingat. Tapi  kau kena tamatkan apa yang kau dah mulakan dulu. Jangan kecewakan Huzzair." Usai itu, Hayy Mikael bangkit dari duduk. Ingin berlalu keluar dari bilik itu.

Namun terhenti langkahnya bila terasa bajunya ditarik kecil dari belakang. Tetapi tidak pula dia berpaling. Dia tahu, gadis itu sedang berdiri dibelakangnya.

"Saya cintakan awak." Jatuh setitik air mata Armell. Walau apapun dia pernah nyatakan pada Huzzair dulu, dia tetap tidak boleh menafikan yang sekarang dia lebih cintakan Hayy Mikael. Entah kenapa perasaan bersama Huzzair dan lelaki ini sungguh berbeza. Dia tak boleh paksa dirinya untuk mengingati siapa Huzzair.

Hayy Mikael ketap gigi. Jeda beberapa saat, dia berpaling. Memerhati Armell yang sudah mengalirkan air mata. "I'm sorry. I can't." Dan genggaman tangan kecil Armell pada bajunya dilerai lembut. Terus kaki dihayun keluar dari situ.

Previous: Bab 51
Next: Bab 53

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Farisya