Home Novel Cinta Pertemuan Yang Terindah
Bab 15

LET me introduce you to my party people,
In the club.

It's a new generation of party people,
Get 'em up, yeah.

If you go hard, you gotta get on the floor,
If you're a party freak then step on the floor,
If you're an animal then tear up the floor,
Break a sweat on the floor,
Yeah we work on the floor.

Don't stop, keep it moving,
Put your drinks up!
Pick your body up and drop it on the floor,
Let the rhythm change your world on the floor,
You know we're running shit tonight on the floor.

Lampu berwarna-warni yang memancar bebas dan juga bunyi rentak lagu rancak itu menghangatkan suasana di dalam kelab malam. Armell bersandar disofa sambil melihat rakan-rakannya yang sedang seronok menari dengan pasangan masing-masing.

"Mell!" jerit Neddy di dalam kebisingan. "Kau tak nak cuba ke? Best tau Mell!" suaranya tenggelam dengan bunyi bising lagu.

Armell segera menggelengkan kepala. Ajakan Neddy ditolak lembut. Tidak mahu rakannya terasa hati.

"Kau kena try juga sekali! Tak rugi, Mell!" gelas kaca dihulur pada Armell.

Armell tersenyum sedikit dan sekali lagi dia menggeleng. "No, thankyou. Aku taknak."

"Kau tau tak yang kau boleh lupakan segala masalah kau dengan sekelip mata bila kau minum benda ni. Cuba lah sekali." pujuk Neddy lagi.

"Kau jangan risaulah Mell, bukannya kitaorang bagi kau cuba rasa dadah pun. It's just a vine! Malam ni kau minum, tak membawa kesan sampai bila-bila pun. Try lah, best tau?" celah Jesicca.

Armell diam mendengar kata-kata dua orang kawannya itu.

"Rasa sikit pun dah memadai. Cuba lah sekali." tambah Bella. Gelas yang dipegang oleh Neddy diambil dan dihulur kepada Armell.

Lama gelas kaca itu direnung.

"Cuba lah Mell!"

"Tak ada kesan sampai esok ke?" soal Armell naif. Dia tidak tahu apa-apa tentang ini kerana seumur hidup, dia tidak pernah menyentuh jauh sekali untuk mencuba benda haram itu.

Neddy mengangguk laju sambil tersenyum lebar. "Iye! Rasa lah sikit."

Perlahan-lahan gelas kaca itu bertukar tangan. Tak fikir panjang, terus hujung gelas itu disisip ke bibir. Sebaik sahaja air haram itu selamat melalui kerongkong Armell, serentak dengan itu rakan-rakannya bersorak gembira.

"Jom, menari. Aku ada seseorang untuk kau." Jesicca bangun menarik tangan Armell.

Dalam samar-samar cahaya, kelihatan seorang lelaki sedang bersandar pada dinding. Lelaki itu berjalan perlahan mendekatinya. "Hey, girl."

Tidak kuat untuk menolak, tubuhnya ditarik ke dalam kelompok orang ramai. Akal fikirannya semakin tidak waras. Tangan lelaki yang melingkari dipinggangnya dibiarkan tanpa sebarang tepisan. Tubuhnya seiring mengikut rentak lagu yang kian rancak.

Kewarasan akalnya sudah dikuasai sepenuhnya oleh minuman haram yang baru saja diteguk beberapa minit yang lalu. Setiap perbuatan lelaki itu dibiarkan dan dia merelakan segala-galanya. Ada juga dia cuba menepis apabila lelaki itu cuba menghampiri bahagian lehernya namun kudratnya begitu lemah untuk menghalang perbuatan itu.

Tiba-tiba terasa lengannya ditarik kasar dari arah belakang sehingga membuatkan di jatuh rebah ke lantai. Serta-merta Armell mendongak memandang ke atas. Di dalam kegelapan itu, dia tidak dapat memerhatikan dengan baik wajah orang yang sudah berkasar dengannya sebentar tadi.

Tak cukup dengan itu, sekali lagi lengannya ditarik kasar dan dipaksa berdiri. Wajah orang yang berada dihadapannya itu diamati betul-betul. Hayy Mikael!

Tidak sempat dia bersuara, Hayy Mikael menarik kasar lengannya, mengheret dia keluar dari situ. Cengkaman kuat Hayy Mikael di pergelangan tangannya telah mengundang rasa sakit.

"Sakit, Hayy!" jerit Armell dicelah kebisingan. Dia meronta-ronta. Cuba untuk melepaskan cengkaman yang agak kuat itu.

Lelaki itu langsung tidak mengendahkan rayuannya. Sehinggalah dia ditarik keluar jauh dari tempat itu, barulah lelaki itu melepaskan tangannya. Hayy Mikael membawa gadis itu ke satu lorong gelap.

Armell sedikit tergamam melihat keadaan Hayy Mikael. Wajah lelaki itu tidak seperti sebulan yang lepas ketika kali terakhir mereka berjumpa. Kelihatan ada kesan-kesan luka dan lebam serta tangan kanannya tergantung dengan bantuan Arm Sling.

Hayy Mikael memandang gadis itu dari atas hingga ke bawah. Paha Armell yang terdedah menjadi sasaran matanya untuk beberapa saat. Dan selepas itu, dia mengangkat wajah dan merenung tajam ke dalam anak mata Armell.

"You buat apa kat sini?" soal Hayy Mikael keras. Wajahnya betul-betul tegang.

Armell tidak menjawab. Kepalanya yang tiba-tiba terasa pening dipicit perlahan.

"I tanya, you buat apa kat sini?!" jerkah lelaki itu kuat dan gadis itu tersentak serta-merta.

Armell larikan pandangan. Takut bertentang mata dengan lelaki itu. Hayy Mikael merenungnya tajam seakan ingin membunuh. Sudah lah ada luka dekat muka, buat pula muka marah macam tu. Takut tahu?

"Kenapa you biar dia sentuh you?!" suara Hayy Mikael meninggi lagi. "You pakai macam ni, you nak tunjuk dekat siapa? Macam mana you jaga maruah you, Mell?!"

Armell diam lagi. Tiada sebarang jawapan untuk soalan Hayy Mikael kerana dia sendiri tidak tahu kenapa dia merelakan perbuatan lelaki tadi.

"Jawab soalan I, Mell! You suka ke I tengking you macam ni!"

"I tak tahu!!!" jerit Armell spontan. Pening dikepalanya semakin menjadi-jadi. Tangan naik mencengkam kuat kepalanya.

"You minum?" kali ini nada suara lelaki itu bertukar lembut.

Diam Armell itu sudah cukup sebagai jawapan yang tepat akan soalannya. Hayy Mikael menarik nafas panjang dan bersandar lemah pada pondok telefon awam. Hati yang panas cuba disejukkan. Dia tidak boleh bertindak melulu. Sudah banyak kali dia cuba halang Armell dari pergi ke tempat-tempat seperti ini namun gadis itu tidak pernah serik, tak pernah nak faham apa yang dia cuba tunjukkan selama ini.

"I tak tau apa lagi nak cakap dengan you. You rasa seronok ke dengan jadi mabuk macam ni?"

Segera Armell menggeleng. Menidakkan soalan lelaki itu.

"You... apa yang dah jadi pada you?" soal Armell perlahan. Suaranya bergetar. Tak tahu sebab takut ke ataupun sebab nak menangis. Matanya tersorot pada tangan kanan Hayy Mikael yang tergantung.

"Accident." sepatah jawapan dari lelaki itu. "You jangan risaukan I. I bukan sesiapa pun dalam hidup you kan? Macam ni lah Mell, lepas ni kalau apa nak jadi, jadilah. I takkan ambil tahu apa-apa pasal you."

"Hayy..." bahu lelaki itu dipaut perlahan. Tidak kuat lagi untuk dia terus berdiri dek menahan sakit kepala yang semakin menyengat. Kepalanya seakan berpusing. Dan dunia menjadi gelap serta-merta.


Previous: Bab 14
Next: Bab 16

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Farisya