Home Novel Cinta Pertemuan Yang Terindah
Bab 30

SETELAH dua jam perjalanan dari kampung Hayy Mikael, akhirnya mereka tiba di rumah orang tua Armell tepat pada pada pukul 10 pagi. Pedal minyak ditekan perlahan untuk memarkir kereta dihadapan pintu pagar yang masih tertutup rapat itu.

Tidak menunggu lama, Armell terus membuka pintu kereta dan berjalan keluar. Rumah semi-detached tiga tingkat itu direnung seketika. Sudah sekian lama dia tidak jejakkan kaki ke rumah ini. Kali terakhir seingatnya, dua tahun yang lepas sewaktu cuti semester. Tiba-tiba jantungnya berdetak laju tatkala pintu pagar yang tidak kurang tinggi darinya itu terbuka sendiri. Tersembul wajah Pak Him disebalik pintu pagar tersebut.

"Cik Mell?" tegur lelaki tua itu.

Armell layan senyum dan hanya sekadar mengangguk. Kepala ditoleh pandang Hayy Mikael yang berdiri disebelahnya. "Hayy, kenalkan Pak Him. Pembantu rumah I."

"Pakcik," lelaki itu terus tunduk menyalami tangan Pak Him.

Armell yang melihat adegan itu sedikit tersentuh. Tersentuh dengan kelakuan spontan Hayy Mikael. Lelaki itu sangat menghormati orang tua.

"Err... Papa ada?"

"Ada, ada. Tan Sri ada. Encik Hayy, silakan masuk." pelawa Pak Him.

Hayy Mikael membututi langkah Armell yang sedang berjalan ke arah pintu utama yang sudah ternganga luas. Armell menanggalkan kasut tumit tinggi Valentino berwarna coklat gelap yang tersarung dikakinya. "Masuklah."

Tanpa banyak bicara, Hayy Mikael menanggalkan kasut kulit yang tersarung di kaki.

"You duduk dulu ya, I nak cari mama dekat dapur." Armell terus menghilang ke dapur. Sewaktu dia hendak melintasi pintu gelangsar, kelihatan mama dan papanya sedang berada dihalaman. Melihat Puan Sri Nora dan suaminya yang sedang minum petang, Armell pantas menyapa. "Assalamualaikum, mama, papa."

Mendengar suara yang sangat dikenali itu, kedua-duanya serentak berpaling ke arah Armell yang sedang tercegat tidak jauh dari mereka. "Waalaikumusaalam... Mell?" jawab Puan Sri Nora perlahan. Separuh terkejut dengan kepulangan anak tunggalnya yang secara tiba-tiba ini. Iyalah, sekarang gadis itu sepatutnya menduduki peperiksaan akhir semester.

Perlahan-lahan Armell melangkah ke hadapan lalu mencium tangan kedua-dua orang tuanya.

"Mell, kenapa tiba-tiba balik ni? Sakit?" soal Tan Sri Hazahar.

"Tak, Mell tak sakit."

"Lah... Habistu? Tiba-tiba aje balik tak bagitahu papa dengan mama pun? Kenapa tak call papa dulu?"

Armell menarik nafas panjang. Tuhan saja yang tahu betapa cuaknya dia ingin berhadapan dengan Tan Sri Hazahar. "Mell nak kenalkan papa dengan seseorang."

"Seseorang." lelaki berusia separuh abad itu kerutkan dahi.

Armell mengangguk dalam debaran.

Tanpa banyak bersoal, Puan Sri Nora dan Tan Sri Hazahar bangun membututi langkah Armell. Sehinggalah terlihatnya susuk tubuh seorang lelaki yang agak sasa sedang duduk disofa. Lelaki itu terus bangkit dan bersalaman dengan Tan Sri Hazahar. Tan Sri Hazahar menyambut tangan pemuda lelaki itu dengan keadaan terpinga-pinga.

Armell bergerak dan berdiri disebelah Hayy Mikael. Juga bertentangan dengan kedua-dua orang tuanya yang sedang bingung memandang ke arahnya.

"Tan Sri, Puan Sri, saya Hayy Mikael. Kawan Armell." tutur lelaki lembut. Seyuman dilemparkan ke arah Puan Sri Nora.

"Papa, kenalkan kawan Mell, Hayy." 

"Kawan Mell? Kawan belajar?" soal Tan Sri Hazahar keliru.

Hayy Mikael ketawa kecil. "Bukan, saya dah kerja. Umur saya 26. Orang Selangor." ujar Hayy Mikael memperkenalkan dirinya. Senyuman sentiasa menghiasi diwajahnya.

Armell telan liur. Bibir bawah digigit perlahan dek menahan debaran di dada. Macam mana lah dia nak ceritakan pada mama dan papa hal yang sebenar. Perasaan bimbang, takut, malu, semua bercampur aduk. Lagi... kalau Tan Sri Hazahar dengar perkara sebenar, mustahil orang tua itu tidak mengesyaki apa-apa terhadap Hayy Mikael. Ya Allah, macam mana ni... 

Tan Sri Hazahar mengangguk faham. "Jadinya... apa hajat kamu ke sini?"

Kedengaran Hayy Mikael berdeham. Wajah Hayy Mikael kelihatan tenang sahaja. Ewahhh... Aku ni punyalah menggigil pucat sampai nak hilang darah ni, dia boleh pula berlagak tenang macam takde apa-apa yang berlaku? Eee geram betul! Getus hati Armell geram tatkala matanya mengerling ke arah Hayy Mikael.

"Sebenarnya ada perkara yang nak diceritakan kepada Puan Sri dan Tan Sri. Boleh kita duduk dulu?" pinta Hayy Mikael.

Armell kemam bibir. Sewaktu mendengar penjelasan panjang dari Hayy Mikael tadi, jantungnya begitu laju mengepam darah. Lagi-lagi bila mama dan papanya hanya diam tak bersuara. Lagi cuak dibuatnya.

Takkan papa nak halau aku keluar dari rumah kut? Entah-entah nak buang aku agaknya? Halau aku lepastu tak bagi aku panggil dia papa? Eh, tak mungkin lah! Bukan salah aku, kenapa papa nak kena halau aku! Armell lantas menggeleng laju. Menghampuskan semua suara hatinya. 

"Mell... betul ke ni Mell???" soal Puan Sri Nora perlahan. Lengan anak gadisnya digenggam kemas. Seakan tidak percaya dengan cerita Hayy Mikael. Tan Sri Hazahar yang berada di sebelah sudah tersandar pada sofa. Ayah mana saja yang boleh terima bila dapat tahu yang anak dara dia diperkosa. Hancur luluh hatinya.

Armell mengangguk dengan senyuman tawar terukir dibibir. Kalau ibu dan ayahnya tidak boleh menerima kenyataan, dia lagilah tak boleh. Dia sendiri yang merasa semua itu dan dia sendiri yang melihat senyuman sinis Rykal terhadap dirinya. Rasa sakitnya hati, hanya Tuhan sahaja yang tahu.

Jatuh setitis air mata seorang ibu. Puan Sri Nora kemam bibir menahan tangis. "Mana Hayy waktu tu? Kenapa Hayy tak ada ketika Mell perlukan Hayy?!" soal Puan Sri Nora dalam esakan.

Hayy Mikael telan liur. Wanita tua yang sedang menangis itu direnung sayu. Dirinya diselubungi rasa bersalah. Bukan rasa bersalah terhadap Armell saja, namun rasa bersalah terhadap ibu dan ayah Armell juga. Kalaulah dia keraskan hati untuk tidak jauhkan diri dari Armell hari itu, tentu semua benda ini tidak akan terjadi.

"Tak mama, Hayy tak salah." balas Armell dengan suara bergetar menahan sebak. Dia tidak mahu menangis lagi. 

"Puan Sri, memang salah saya. Sebab itu saya nak kahwin dengan Mell. Saya nak tebus kesalahan saya pada dia."

Puan Sri Nora menekup mulut. Air mata mengalir tanpa suara.

"Mama, don't worry... Mell okay, Mell akan kahwin dengan Hayy. Mama dengan papa kena terima Hayy jadi menantu mama dengan papa. Hayy, lelaki yang paling baik Mell pernah jumpa dalam dunia ni, papa. Tolong terima Hayy, please. I'm begging to you." rayu Armell dengan suara yang begitu sayu.

Tan Sri Hazahar menarik nafas panjang. Bahu isterinya yang sedang terhinjut-hinjut itu digosok perlahan.

"Kenapa kamu baik sangat nak jadi pak sanggup?" soal Tan Sri Hazahar tiba-tiba.

"Papa, Mell tak mengandung pun! Hayy nak kahwin dengan Mell sebab dia betul-betul cintakan Mell dan dia ikhlas sayangkan Mell."

"Papa tanya Hayy."

Hayy Mikael pandang wajah Tan Sri Hazahar. "Saya sayangkan Mell, Tan Sri."

"Sayang kamu pada Mell tak menjaminkan penerimaan saya pun," yakin lelaki tua itu menutur bicara. Kedengaran sungguh angkuh!

"Papa, tolonglah..." celah Armell.

"Kalau saya kata saya ada pilihan lain untuk Armell, kamu tak ada apa-apa hak nak halang saya." tutur Tan Sri Hazahar sambil merenung wajah pemuda lelaki itu.

Hayy Mikael sekali lagi menelan liur. Membasahkan kerongkong yang tiba-tiba terasa kesat. 

"Saya ada banyak lagi pilihan lain yang jauh lebih baik dari kamu." 

"No! I just want him. Mell tak peduli langsung dengan pilihan papa. Kalau papa nak sangat Mell kahwin dengan pilihan papa tu, apa kata papa aje yang kahwin dengan pilihan yang paling bagus tu!" tukas Armell. Kedengaran agak tegas dalam bicaranya. Sebenarnya dari dulu lagi Tan Sri Hazahar ingin jodohkan dia dengan Ayrel, anak rakan sekerjanya. Dari umurnya seawal 18 lagi. Gila! Mintak simpang malaikat 44 lah!

"Cukuplah dulu Mell dah bantah apa yang papa cakap. Alasan, sebab nak belajar. Sekarang ni, belajar pun belum habis lagi, tiba-tiba bawa balik jantan yang entah dari mana datangnya, lepastu minta restu nak kahwin. Apa ni, Mell?"

Hayy Mikael yang mendengar hanya mendiamkan diri.

"Papa dah lupa ingatan ke apa? Apa yang dah jadi pada Mell di UK? Dah lupa ke apa yang Hayy cerita pada papa tadi?" soal Armell sinis. 

"Mell pun dah lupa ke apa yang Hadry pernah buat dekat Mell dulu? Kononnya bujang, rupanya dah ada isteri." perli Tan Sri Hazahar pula. Tidak mahu mengalah.

Ya, kalau itu memang silap dia. Tan Sri Hazahar membangkang sehabis-habisnya ketika Hadry datang merisik Armell suatu ketika dahulu.

"Itu Hadry, papa! Ini, Hayy Mikael. Mell kenal siapa Hayy!"

"Benda yang sama juga Mell pernah bagitau papa dulu."

"Tapi Hayy lain! Hayy tak sama dengan lelaki-lelaki lain."

"Apa yang susah kalau Mell terima saja Ayrel tu? Lagipun Mell dah kenal dia sejak sekolah menengah lagi kan? Hayy ni baru berapa bulan, Mell dah percayakan dia bulat-bulat?"

Baru saja Armell ingin membuka mulut untuk membantah, Hayy Mikael lebih pantas menahan dengan memegang pergelangan tangan Armell. Menghalang gadis itu dari terus menjawab. Dia menggeleng perlahan sebagai memberi kata isyarat jangan!

"Tan Sri, kalau Tan Sri tak sukakan saya tak apa. Kalau Tan Sri nak jodohkan Armell dengan pilihan Tan Sri, saya reda." bicara lelaki itu lembut. Sungguh sopan setiap tutur katanya.

Mendengar jawapan dari Hayy Mikael, serta-merta mata Armell membulat. "No! Hayy! Apa ni?! You dah janji you nak kahwin dengan I kan?" peha Hayy Mikael dipukul kuat.

Hayy Mikael kerling sekilas pada Armell. Dan pandangan dialih semula memandang Tan Sri Hazahar. "Tapi, kalau Mell terima jodoh itu dengan rasa terpaksa, saya takkan benarkan semua itu berlaku."

Tan Sri Hazahar ketap gigi. Tersirap darahnya mendengar jawapan dari lelaki itu.

"Papa, cuba papa fikir. Ada lagi ke kawan-kawan papa yang sanggup terima menantu yang dah tak suci macam Mell ni? Cuba papa tanya mana-mana lelaki, ada ke yang sanggup menerima seorang gadis yang sudah disentuh orang? No... memang tak ada! Okay, Mell setuju. Cakaplah dekat Ayrel perkara yang sebenarnya. Tengok nanti dia boleh terima ataupun tak." cabar Armell. Tangan sudah bersilang didada.

"Mell..." tegur Hayy Mikael perlahan. 

"Mell what? You shut up, Hayy." tegas gadis itu memberi amaran. Terdiam dia dibuatnya.

Lama Tan Sri Hzahar berdiam diri. Akhirnya lelaki tua itu bersuara jua. "Baiklah, papa terima Hayy. Terima kerana Armell. Armell Nur Imani, listen here. Kalau pilihan hati Mell ni ada buat hal, no second chance for you! Mark my words."

Mendengar kata putus papanya, barulah Armell boleh bernafas dengan normal. "Thanks, pa."


Previous: Bab 29
Next: Bab 31

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Farisya