Home Novel Cinta Pertemuan Yang Terindah
Bab 2

SAPPHIRE moonlight,
We danced for hours in the sand,
Tequila sunrise,
Her body fit right in my hands
La La La...
It felt like
Ooo La La La Yea...

I love it when you call me Señorita,
I wish I could pretend I didn't need you,

But every touch is 
Ooo La La La...
It's true
La La La...
Ooo I should be running,
Ooo you know I love it,

When you call me Señorita,
I wish it wasn't so damn hard to leave ya,

But every touch is
Ooo La La La...
It's true
La La La...
Ooo I should be running,
Ooo you keep me coming for ya.

"Buongiorno signore!" ucap Evelyn bernada riang.

Hayy Mikael angkat wajah memandang gadis kacukan itali yang sedang terpacak dihadapannya. Sergahan Evelyn langsung tidak menyentakkannya dek earpod yang tersumbat ditelinga. Irama lagu membuatkan dia leka.

"Yea, good morning miss Evelyn." balas Hayy Mikael cukup ramah.

Laptop yang berada di atas ribanya kini diletakkan di atas bangku, di sisinya. Earpod ditanggalkan dan disangkut pada bahu.

"So, how was your day in Perth? Everything okay?" soal Evelyn setelah dia melabuhkan punggung di sebelah lelaki itu.

"Alhamdulillah, so far okay. You?"

"Kenapa I pulak?" soal Evelyn seraya tergelak halus.

Ya, Evelyn. 
Gadis melayu berdarah campuran itali. Boleh jadi juga gadis itali berdarah campuran melayu. Ada juga sesetengah orang yang cakap, Evelyn ni gadis melayu berdarah melayu. Itu memang seharusnya lah. Nama pun melayu. Haih, melayu punya melayu!

"You lah, okay ke?" soal Hayy Mikael lagi.

Senyuman gadis itu makin lama makin ghaib. Yang tinggal hanyalah senyuman paksa yang terukir di wajahnya. Melihat riak wajah Evelyn yang kelihatan kendur, Hayy Mikael hela nafas perlahan. Dia tahu, gadis ini masih lagi dalam fasa 'bersedih'.

Evelyn adalah gadis yang sememangnya berasal dari tanah air malaysia. Memang dilahirkan di Malaysia. Ibunya sahaja wanita islam dari itali yang berkahwin dengan Hassan, ayah Evelyn.

Masuk hari ini, sudah lebih 3 bulan Evelyn membawa diri ke bumi yang langitnya mungkin lebih lazuardi dari langit di bumi Malaysia.

Melbourne.
Di sinilah gadis ini lalu membawa diri. Menetap di sini sepanjang 3 bulan, sudah rasa terbiasa baginya walaupun masih baru. Entah. Mungkin juga dia berdarah itali membuatkan dia mudah menyesuaikan diri di negara inggeris seperti ini. Mungkin.

Kalau difikirkan balik, ada peliknya juga kenapa dia tidak menetap saja di Itali. Kenapa Melbourne menjadi pilihannya. Tapi bila sudah diceritakan semua, baru lah ia boleh diterima akal.

Katanya, dia tak mahu seksa dirinya dengan menetap di negara itu, dimana tempat kelahiran arwah ibunya. Ada baiknya dia bawa diri ke sini. Sekurang-kurangnya, dia tidak meratap dengan pemergian arwah. Dan Malaysia tidak menjadi negara pilihannya kerana teringatkan arwah ayahnya, Hassan.

Ibu dan ayah Evelyn terlibat dalam satu kemalangan yang tidak dapat diselamatkan. Semenjak itu, dia cuba redha. Redha dengan membawa diri ke tempat orang. Dia tak kisah. Kalau dah harta tak boleh habis sampai 7 keturunan, ada baiknya dia mengembara.

"I okay je, don't worry." jawab Evelyn akhirnya setelah lama dia berdiam.

"Betul, you okay? Kalau ada apa-apa nak cerita, cerita aje kat I. Wanna talk? Wanna share? I sudi dengar."

Evelyn tersenyum seraya menggeleng laju. Kalau boleh, dia nak lupakan semua tu. Kalau ingat, buat dia rasa sedih. Buat dia rasa tak tenteram. Buat dia rasa rindu. Rindu yang tak berpenghujung. Baik tak payah ingat. Pendek kata, drop the subject!

"Tak, I okay. You tu, okay ke tak?"

Hayy Mikael kerut dahi. Dia pula?

"Kenapa I?"

"Dah settle semua?"

Faham akan soalan Evelyn, Hayy Mikael akhirnya mengangguk mengiyakan.

"Alhamdulillah..."' ucap Evelyn. Riak wajahnya jelas kelihatan lega. Begitu juga Hayy Mikael.

"Oh, Hayy. Sorry, got to go. I ada temu janji dengan Rezza. Hope to see you again, signore." tutur Evelyn yang sudah bangun ingin berlalu dari situ.

Hayy Mikael lepas gelak. Kalau dah selalu cik Evelyn yang seorang ini asyik berbahasa itali dengannya, mahu semua orang ingat dia pun orang itali nanti. Hayy Mikael adalah 100% lelaki melayu. Tak ada kacukan mana-mana darah. Cuma pandai berbahasa itali. Ya, ini Hayy Mikael.

"TU, mamat tu lah yang aku cerita dekat kau haritu." beritahu Armell sambil badannya terbongkok menyorok di sebalik pokok besar yang agak jauh dari lelaki yang dia maksudkan itu.

Bella kecilkan mata. Susuk tubuh lelaki yang sedang duduk di atas bangku itu menjadi santapan matanya.

"Mamat yang kau cerita time kau dengan dia kena kejar dengan anjing haritu ek?" duga Bella.

"Ha'ah. Dia lah. Tu, nampak tak perempuan yang duduk kat sebelah dia tu? Aku rasa tu girlfriend dia lah. Betul tak?"

Mata Bella kini beralih pada susuk tubuh perempuan yang dimaksudkan oleh Armell. Dari pandangan sisi, gadis itu memang cantik. Tak dinafikan gadis yang berada disebelah lelaki itu memang cantik!

"Ye lah beb, aku pun rasa macam tu." sokong Bella.

"Aku rasakan, mamat tu kaki clubbing jugak lah. Muka macam Buaya Land aje!" tuduh Armell melulu. Diri sendiri pun sama, cakap orang.

"Isy kau ni tak baik lah cakap macam tu. Kau pernah nampak dia pergi tempat-tempat macam tu ke?"

Mia mencebik.

"Memang lah tak. Tapi mana nak tahu kan? Tengok awek dia tu, boleh tahan seksi juga."

"Lantak dia lah nak clubbing ke nak buat apa pun. Bukan masalah aku dan bukan masalah kau juga. Buang masa. Ada baiknya, kita pergi party. Lagi best!" cadang Bella.

Sememangnya rutin mingguan mereka
jika ingin melepaskan tension. Satu tempat. Tak lain tak bukan, club.

"Clubbing?"

"Yes!" jawab Bella riang.

"Tapi kejap la, aku nak tengok--" terhenti bicara Armell saat melihat bangku yang tadinya sedang diduduki lelaki itu sekarang sudah kosong. Mana pulak pergi Buaya Land tu? Aduhh tak sempat nak gosip panjang-panjang. Getus Armel dalam hati.

Sekejap aje hilang. Halimunan macam twilight zone!

"Ehem," kedengaran satu suara kasar berdeham di belakangnya. Deheman
itu keras dan garau sehingga terhinjut bahu Bella yang berada disebelah.

Armell terpempan. Terkaku. Terkelu. Belum pusing lagi, dia dah dapat hidu bau minyak wangi Giorgeo Armani yang memang sudah tidak asing lagi baginya. Hell no...

"You buat apa ni? You skodeng I ke?"

HAYY MIKAEL masukkan kedua-dua belah tangan ke dalam poket. Gaya santai. Wajah gadis yang berada di hadapannya di pandang  seketika cuma sebelum pandangannya dibuang ke arah orang ramai yang sedang lalu lalang di situ.

Pandangannya di alih semula ke arah gadis itu. Senyuman sinis tersungging dibibir. Namun untuk seketika cuma.

"You skodeng I eh?"

"Eh tak! Mana ada."

Bella yang berada disebelah turut menggeleng laju. Lengan Armell disiku perlahan. Itu lah, tak ada masalah, cari masalah.

Hayy Mikael sepetkan mata. Seolah-olah dia meragui akan jawapan gadis itu.

"Kalau bukan skodeng, you buat apa? You ni sebenarnya gatal kan?"

"Hey! Skodeng apa bendanya? Cakap tu elok sikit eh, cili mulut tu kang baru tau!" tegas Armell. Jari telunjuk ditunding rapat pada wajah lelaki itu.

Hayy Mikael cebik bibir. Bukannya dia tak nampak. Masa Evelyn pergi tadi, dia dah nampak dua orang hamba Allah yang terjenguk-jenguk di belakang pokok besar ini. Buat kerja kantoi ! Tuntut ilmu tak habis budak dua ekor ni.

"You ingat I tak tau yang you berdua ni bergosip pasal I? Betul tak?" duga Hayy Mikael. Tangan naik bersilang didada. Gaya santai lagi.

Armell kerut dahi. Dia toleh memandang Bella. Kening diangkat dan dibalas dengan jongkitan bahu. Armell buat rolling eyes.

"Kenapa diam?" soal Hayy Mikael lagi.

"Wahai Cik Gadis Clumsy, I tau. I tahu yang you ni sebenarnya ada hati dengan I kan, betul tak?" tidak semena-mena soalan bodoh itu terpacul keluar dari mulut lelaki itu.

Dia tersengih sumbing. Tidak menyesal dengan soalan sebegitu rupa. Tak rasa macam nak tarik balik pun kata-kata tadi tu.

Soalan Hayy Mikael buatkan rahang Armell jatuh. Ternganga dibuatnya. Mata dijenggilkan.

"Hell no! You ni kuat juga perasan ya? Kenal pun tidak. Euw... Geli lah!" Armell pusingkan bola mata. Jijik kononnya.

Hayy Mikael tertawa kecil sambil kepala digeleng-gelengkan perlahan.

"Mulut kata tidak, tapi hati kata ya." usik Hayy Mikael lagi. Tak nak kalah.

Armell ketap gigi. Nafas ditarik sedalam yang boleh lalu dihembus perlahan. Dia berdeham kecil seraya tersenyum manis sebelum mengutarakan ayat-ayat yang bakal keluar dari mulutnya sebentar lagi.

"Untuk pengetahuan you, I ni, okay listen carefully okay. I sebagai anak kepada Tan Sri Hazahar, tak pandang lelaki yang attention seeker macam you ni. Lagi-lagi kalau yang low class macam you ni. Malu! Tau malu? Memang mintak simpang lah."

"Jangan cakap macam tu, buatnya nanti Allah jodohkan you dengan I macam mana? Siapa yang susah? You jugak."

Armell tergelak sinis.

"In that case, balik nanti I nak berdoa. Nak mintak supaya dijauhkan jodoh macam you ni."

Hayy Mikael diam tak bersuara. Wajahnya masih tenang seperti tidak terkesan langsung dengan kata-kata gadis itu. Malah, dia hanya tersenyum tipis. Kosong.

"Bella, jom!" lengan Bella ditarik lalu mereka berlalu pergi dari situ sambil dihantar oleh Hayy Mikael menggunakan ekor mata.


Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Farisya