Home Novel Cinta Pertemuan Yang Terindah
Bab 51

PERLAHAN-LAHANkelopak mata dibuka. Dia menyeringai sedikit lantas tangan dibawa menutupi mata tatkala cahaya lampu bilik itu menembusi matanya. Setelah beberapa saat, mata kembali dibuka.

Armell bangun perlahan-lahan. Belum sempat dia ingin duduk sepenuhnya, ada tangan yang menghalang darinya untuk terus bangun. Dan serasakan bukan dia seorang sahaja dalam bilik ini. Segera kepala menoleh ke kanan.

"Eh... Awak nak pergi mana ni?"

Wajah lelaki yang sedang duduk dikerusi itu diperhatinya. Cuba mengingati wajah yang seperti dia pernah lihat sebelum ini. Mata mengecil. "Awak siapa?"

"Huzzair."

Armell kerut dahi. Kepala terasa berdenyut perit. Huzzair. Ya, lelaki yang semua orang cakap kononnya tunang dia. Bila masanya dia bertunang dengan Huzzair? Gila.

"Iman, awak okey ke?" Soal Huzzair gusar.

"Saya okay," Armell menggeleng perlahan. Cuba mengukir senyuman.

Mata bergerak menari disegenap ruang bilik. "Mama saya mana?"

"Mama awak baru je balik tadi. Semalam mama awak dah bermalam dengan awak dekat sini. Nanti malam, dia datang semula." Jelas Huzzair.

Armell hanya diam. Jujur apa yang dirasakannya sekarang adalah tidak selesa berdua-duaan dengan lelaki yang dia tak kenal di dalam bilik ini. Canggung.

Liur ditelan. Perit.

"Saya nak air," pinta Armell.

Segera tangan Huzzair menuang air mineral ke dalam gelas lalu dihulurkan kepada Armell.

Air mineral itu diteguk rakus. Sungguh. Dahaga yang terasa seperti sudah berkurun lamanya tidak minum air. "Thanks." Gelas kaca diletak kembali ke atas meja.

Huzzair tersenyum nipis. "Awak lapar tak? Nak makan?"

Lemah Armell menggeleng. Loya tekaknya saat melihat makanan kebangsaan hospital. Yang tak selera makin rasa tak selera dibuatnya.

"Saya dah belikan awak roti. Awak nak? Makan sikit ya?" Huzzair mencapai roti di atas meja.

"No, it's okay. Saya tak ada selera lagi nak makan." Ujar Armell perlahan.

Terhenti tangan Huzzair yang baru sahaja ingin membuka bungkusan plastik roti. "Awak tak makan daripada semalam. Nanti masuk angin perut tu."

Armell diam. Pandangan di alih ke arah pintu. Dan selepas itu beralih kembali memandang Huzzair. "Awak... Hayy mana?"

Huzzair tergamam. Dan sesaat itu, dia tersenyum tawar. "Hayy tak datang."

"Awak suruh dia datang boleh?"

"Tak boleh. Hayy ada di office sekarang."

"Kenapa tak boleh?"

"Dia kerja la sayang... Buat masa sekarang, saya sorang je yang free untuk jaga awak." Ujar Huzzair lembut.

Armell telan liur. Makin tak selesa dibuatnya bila lelaki itu memanggilnya 'sayang'. Nak saja dia bagitahu pada Huzzair yang dia tak suka! Tapi hati cuba disabarkan demi menjaga hati lelaki yang telah menjaganya.

"Dia cakap, dia cintakan saya. Kenapa dia tak jaga saya?" Soal Armell lagi. Tiba-tiba beremosi. Rasa nak menangis pun ada.

"Awak, saya ni tunang awak tau? Saya yang lebih bertanggungjawab untuk jaga awak sebab papa awak dah amanahkan saya untuk jaga awak." Lengan Armell cuba dipegang.

Armell menggeleng laju. "Tapi saya nak Hayy..." Tangan Huzzair yang berada dilengannya ditolak lembut. Bergenang air matanya bila lelaki yang dia paling sayang tidak berada disisi.

"Awak... Saya nak Hayy temankan saya kat sini. Saya nak dia. Awak suruh dia datang sini ya?" Armell mula merayu. Bergetar suaranya menahan tangis.

Kelihatan Huzzair bersandar lemah pada kerusi. Lama lelaki itu berdiam.

"Awak... Please?"

Wajah Armell direnung lama. Dan akhirnya lelaki itu mengeluh perlahan. Keterpaksaan merelakan.

ARMELL merenung wajah Hayy Mikael. Senyuman gembira tidak lekang dari wajahnya sedari tadi sejak lelaki ini muncul di dalam bilik ini. Walaupun wajah Hayy Mikael seakan seperti tidak suka bertemu dengannya, namun hatinya tetap berbunga setiap kali dia melihat wajah itu.

"Kau suka?" Soal Hayy Mikael memecahkan kesunyian.

Armell mengangguk. Entah 'suka' apa yang dimaksudkan oleh lelaki itu, tetapi dia tetap mengangguk teruja. Yang dia tahu, dia gembira berjumpa dengan Hayy Mikael.

"Sampai Huzzair terpaksa balik sebab ikut cakap kau?" Lagi suara garau itu menyoal.

Berubah terus muka Armell. Lenyap senyuman diwajahnya tadi.

"Huzzair duduk sini sebab dia nak jaga kau tau?"

Armell mengangguk perlahan. Mengiyakan kata-kata lelaki itu. Ya, dia tahu tentang itu. Tapi kenapa Hayy Mikael tiba-tiba bersikap dingin dengannya? Sedangkan semalam sungguh lembut bicara lelaki ini terhadapnya. Hayy Mikael harini dan semalam seolah-olah dua orang yang berbeza. Kenapa?

"Saya tahu."

"Then?"

Armell memandang wajah Hayy Mikael yang sedang merenungnya dengan wajah tidak beremosi. Liur ditelan. Takut melihat renungan itu. "Saya... Saya nak awak yang jaga saya."

"Apa Huzzair tu tak cukup bagus ke?"

"Saya tak kenal dia. Saya tak selesa dengan dia."

"He is your fiancè! Kenapa tak selesa pula? Bukan kau sendiri yang cakap kau cintakan dia?"

Armell menggeleng laju. "Tak! Bila masa saya cakap saya cintakan dia? Saya tak pernah pun kenal dia."

Dengan itu, senyuman sinis tersungging diwajah Hayy Mikael. "Kau hilang ingatan, Armell. Mana kau nak ingat?"

Armell memilih jawapan untuk berdiam diri. Tiba-tiba hatinya sakit saat melihat senyuman sinis dari lelaki itu.

Armell bangun perlahan-lahan. Dahinya terasa berdenyut-denyut tapi dia masih cuba untuk duduk berlunjur.

"Boleh tak?" Soal suara garau itu dan serentak itu terasa belakang badannya dipegang. Armell toleh sedikit memandang Hayy Mikael yang kelihatan cuba menolongnya.

"Kau lapar tak?"

Kepala diangguk sebagai jawapan. Dan sekali lagi dia menyaksikan senyuman sinis itu terhias diwajah kacak lelaki itu.

"Huzzair kata kau tak ada selera. And now?"

"Saya lapar bila awak ada."

Hayy Mikael mendengus perlahan. Roti yang berada di atas meja dicapai. "Mengada."

Armell tergelak kecil. Terasa lucu melihat wajah menyampah lelaki itu. Hatinya yang sakit tadi beransur hilang.

"Nah."

Huluran itu Armell pandang lama. Selepas itu matanya beralih memandang Hayy Mikael. "Suapkan lah. Please?" Mata dikerdip beberapa kali. Bibir dicebik meminta simpati.

Hayy Mikael kelihatan sedikit terkaku. Mata gadis itu direnung lama. Dan bila tersedar, dia kembali tayang wajah tak beremosinya. "Roti pun nak bersuap jugak je?" Soalnya malas.

"Ala... Saya sakit ni. Tolong la suapkan. Ya?"

"Kau tu sakit kepala. Bukannya putus tangan."

"Please... I miss you so much..."

Dalam diam hati lelaki itu terusik saat mendengar kata-kata yang meluncur keluar dari mulut Armell. Jantung berdetak laju. Namun, seperti biasa, dia lebih bijak mengawal perasaan dengan menayang wajah selamba seolah tidak terkesan langsung dengan pengakuan itu.

"Kau jangan nak mengada boleh tak?"

"Ala, boleh lah Hayy... Saya lapar ni." Armell memegang perut kempisnya. Sesekali dia merengek manja memujuk lelaki itu.

Hayy Mikael sepetkan mata. Nak saja dia jentik dahi gadis ini. Nak bermanja tak bertempat. Kalau tak mengenangkan Armell ini tunang Huzzair, sudah lama dia layankan saja kerenah Armell.

Akhirnya satu keluhan terbit dari mulutnya. Roti coklat itu dicubit sedikit lalu disuakan ke mulut Armell.

Cebisan roti yang sudah selamat masuk ke dalam mulutnya dikunyah perlahan. Lagi senyuman gembira terukir diwajah. Tak sangka lelaki ini termakan juga dengan pujukannya.

"Awak dah makan?" Soal Armell.

Hayy Mikael menggeleng.

"Kenapa tak makan lagi?"

"Huzzair call aku suruh datang jaga kau. Aku datang lah." Jawab lelaki itu selamba. Tangan bergerak menyua makanan ke mulut Armell.

"Saya tak tau pun awak tak makan lagi." Ujar Armell perlahan. Rasa bersalah menyelubungi diri. Pasti lelaki ini lapar kerana tidak sempat mengisi perutnya sendiri semata-mata ingin datang menjaga seketul Armell ini.

Eh bukan dia yang nak datang, kau yang paksa dia datang, Armell!

"Tak apa. Aku belum lapar lagi."

"Ye ke? Awak makan lah roti tu. Kesian awak lapar."

"Aku cakap aku tak lapar. Nah," cebisan roti disua lagi ke mulut Armell namun cepat saja Armell mengelak.

Hayy Mikael ketap gigi.

"Saya tak nak. Saya dah kenyang."

"Jangan nak mengada boleh tak?"

"Saya kenyang! Saya dah kenyang ni, nak buat macam mana?"

"Ni roti ni siapa nak habiskan? Nak buang?"

"Awak lah makan."

"Jangan degil lah! Aku cakap makan. Don't waste my time, Armell." Hayy Mikael mula naik angin.

Armell buat tak tahu. Sengaja mata meliar memandang segenap ruang bilik. Bebelan lelaki itu dia buat pekak sahaja.

"Sayang... Anje... Makan sayang? Nanti roti ni tak habis, membazir. Makan ya?"

Dengan itu, laju Armell toleh memandang Hayy Mikael yang sudah bertukar riak. Mata lelaki itu tunak memandang wajahnya. Pandangan yang cukup lembut sehingga menggetarkan jiwanya.

Dan sesaat lepas itu, wajah Hayy Mikael kembali bertukar dingin. "Cair? Nah makan. Jangan nak mengada." Sepantas kilat tangannya menyua roti ke dalam mulut Armell.

Masuk! Haha.

Armell sedikit terpinga-pinga. Roti yang masuk ke dalam mulut tanpa kerelaannya dikunyah perlahan. Dalam hati rasa geram juga dengan lelaki ini. Sampai hati Hayy Mikael kenakan dia! Rasa nak menangis. Tak puas hati dengan Hayy Mikael.

"Jahatnya awak..." Armell menunduk sedih. Sungguh dia rasa nak menangis. Ingatkan Hayy Mikael betul-betul memanggilnya dengan panggilan itu. Rupa-rupanya lelaki ini sengaja ingin mengenakan dia.

Dan tanpa sedar, Hayy Mikael tersenyum lucu.

Previous: Bab 50
Next: Bab 52

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Farisya