Home Novel Cinta Pertemuan Yang Terindah
Bab 55

ARMELL dan Puan Sri Nora memasuki kedai bunga yang menjadi pilihan Puan Sri Nora. Armell memandang deretan bunga yang berada dihadapannya. Terasa berpinar-pinar matanya tidak tahu ingin memilih yang mana satu. Semua cantik-cantik.

Bunga mawar berwarna merah jambu yang tersusun tidak jauh darinya menarik perhatiannya. Perlahan-lahan kaki menapak ke arah bunga mawar tersebut. Kelopak bunga mawar itu disentuh lembut.

"Mell, nak yang ni?" Soal Puan Sri Nora seraya mendekati Armell yang sedang ralit memerhati bunga mawar itu.

Armell mengorak senyum nipis. "Mama tahu tak ini bunga apa?"

Puan Sri Nora kalih memandang bunga yang dimaksudkan Armell.

"Bunga mawar lah."

Jawapan itu dibalas dengan anggukan dan senyuman yang tidak lekang dari bibir.

"Mawar ini dinamakan Rose Dark Pink, yang membawa maksud terima kasih dan rasa syukur yang sangat mendalam terhadap seseorang. Sesuai untuk diberikan kepada seseorang yang sudah menggebirakan dan membahagiakan kita." Ulas Armell.

Mendengar hujah itu, Puan Sri Nora kerut dahi lantas tergelak kecil. "Mana Mell tahu pasal bunga ni? Sejak bila anak mama jadi pengkaji bunga ni?"

Armell hanya diam tidak berjawab. Hanya tersenyum sambil jari membelai lembut kelopak bunga mawar itu.

"Nak buat bunga telur bukan yang ini. Kat sana, Armell pergi pilih nak yang mana." Ujar Puan Sri Nora seraya menjuih bibir ke arah rak yang selang dua baris daripada tempat mereka berdiri.

Armell melangkah mendekati rak bunga telur itu. "Yang ni pun cantik kan mama?" Dia angkat satu cucuk contoh bunga telur berwarna hijau mint dan ditayangkan kepada Puan Sri Nora.

"Cantik... Kalau Armell suka, ambik je lah yang ini. Mama okay je mana-mana. Ini kan majlis perkahwinan Armell."

Armell tunduk merenung bunga telur yang dipegangnya. Kenapa dia rasa sebak setiap kali dengar perkataan 'kahwin'?

Nafas dihela perlahan dan senyuman nipis dilemparkan kepada Puan Sri Nora. "Kalau macam tu, Mell nak yang ini lah."

Puan Sri Nora mengambil bunga telur yang dihulurkan oleh Armell kepadanya. "Cantik, manis je mama tengok. Warna dia lembut."

"Kita nak tempah berapa batang ni mama?"

"Umm, untuk majlis akad nikah aje kan?"

Armell mengangguk. "Tapi untuk majlis resepsi pun nak kena ada juga."

"Kalau macam tu, untuk akad nikah kita tempah tiga ratus. Untuk resepsi pula seribu."

"Resepsi sampai seribu batang? Tak rasa banyak sangat ke?"

"Tak banyak, normal lah tu. Ramai juga papa nak jemput nanti. Kawan-kawan dia pun ramai."

Armell memanggil seorang pekerja di kedai bunga itu dan membuat pesanan bunga telur. Dia akan mengambil bunga telur ini pada minggu hadapan. Seminggu sebelum perkahwinannya dengan Huzzair.

"NANTI Mell hantar mama balik je tau, Mell tak terus balik. Nak pergi office dulu." Ujar Armell dengan mata diberi tumpuan sepenuhnya ke hadapan.

"Nak buat apa pergi office?" Puan Sri Nora toleh ke sebelah memandang Armell.

"Nak settlekan hal kerja. Papa dah ajar Mell sikit-sikit. Dan haritu pun papa dah kenalkan Syarah pada Mell. Katanya setiausaha Mell? Entah lah. Tak ingat." Armell jungkit bahu lalu menoleh sekilas ke sebelah sebelum kembali memandang ke hadapan.

"Bagus lah tu." Puan Sri Nora sekadar mengangguk.

DENGARKANbibirkuberbicara
Tapi dari hatiku yang kini sepi
Kenapa pula perlu berpisah
Bila semua punyai cinta di jiwa


Apa mungkin ini selamanya
Ataupun ini hanya seketika
Kenangan yang tersimpan
Di hati sampai mati 'ku janji
Pulangkan suatu hari nanti


Oh-oh hari nanti
Oh-oh hari nanti


'Ku ada kamu
Tapi kuperlukan jawapan jujur
Dari kamu u-u.
Biar dunia pun tahu


Kau, kau penipu
Setiap tutur katamu
Hanya permainanmu saja
Untuk aku u-u...
Sedihnya hidup begini


Hujung jari bergerak perlahan mengetuk stereng kereta. Kepala dianggukkan perlahan mengikut rentak lagu yang kian rancak. Dan baru dia tersedar nasib hidupnya hampir sama dengan lagu yang sedang bermain diradio keretanya. Tiba-tiba pula hati jadi sayu dan sedih. Tambahan lagi dengan cuaca yang mendung ini. Seolah memahami rasa hatinya.


Kenapa perlu berpisah sedangkan dua-dua punyai rasa yang sama?


Ayat itu tersemat dimindanya. Dia sangat yakin bahawa Hayy Mikael masih cintakan dia. Tapi kenapa lelaki itu sentiasa bersikap dingin dengannya? Lelaki itu seolah-olah bencikan dirinya. Apa salah dia?


Nafas dihela perlahan.


Armell mengecilkan mata. Dapat dia lihat ada sesuatu yang terjadi dihadapan. Kejadian itu sangat dekat dengan tempat parkirnya. Kelihatan seorang lelaki sudah terduduk di atas tar jalan berhampiran dengan motor kuasa tinggi yang sudah terbaring disebelahnya. Dan disitu ada juga sebuah kereta jenis Proton Preve yang kelihatan sedikit kemek dibahagian hadapan kereta itu.


Ini mesti kes kereta biru tu yang langgar mamat motor tu. Tak pun, mamat motor tu yang bawak laju sangat tak ingat dunia sampai tersodok kereta orang.


Armell menggeleng kepala perlahan. Terpaksalah dia mencari parkir lain yang agak jauh dari situ. Hai... Kacau daun betul.


Sebaik sahaja dapat tempat letak kereta, pintu terus dibuka dan kaki melangkah keluar dari perut kereta.


Zap!


Tiba-tiba terasa naik bulu romanya. Serasa ada yang sedang memerhatikan dia. Kepala ditoleh kiri dan kanan. Tiada sesiapa yang mencurigakan. Tapi kenapa dia dapat rasa yang sekarang dia sedang diperhatikan oleh seseorang? Liur diteguk payah.


Cepat-cepat remote kunci kereta ditekan. Kaki terus melangkah laju melintasi jalan. Dengan itu, terdengar bunyi hon kereta yang agak panjang membuatkan dia menoleh ke arah bunyi itu. Membulat matanya saat melihat kereta jenis Toyota Vios berwarna putih sedang meluncur laju ke arahnya.


Dan disaat itu juga terasa tangannya ditarik kuat menyebabkan dia terundur beberapa langkah kebelakang semula.


"Are you crazy?! Kau nak bunuh diri ke apa?!" Tengking lelaki itu yang baru sahaja menjadi penyelamatnya.


Kaki Armell menggigil ketika ini. Dirinya masih lagi dalam fasa terkejut. Kalaulah lelaki ini tidak menarik tangannya tadi, tentu dia dah jadi arwah.


Terasa bahunya digosok lembut. Lelaki itu cuba menenangkan dirinya.


"Are you okay?" Soal suara garau itu. Wajahnya tampak sungguh risau dan cemas.


Armell dongak memandang Hayy Mikael. Kepala diangguk kecil. "Saya okay."


Hayy Mikael menghela nafas berat. Pandangan tunak ke arah wajah polos Armell yang kelihatan masih terkejut itu. "Kenapa ni?" Soalnya lembut.


"Sa–saya rasa macam ada orang intip saya." Luah Armell perlahan. Mata masih meliar ke sekeliling.


Hayy Mikael turut menggerakkan anak mata memerhati sekelilingnya.


"Aw–awak buat apa kat sini?" Soal Armell dengan hujung suara kedengaran bergetar.


"Jumpa kawan. Kebetulan aku lalu kat sini. Nasib baik tau hati aku terdetik nak lalu sini? Kalau tak?"


Armell menarik nafas dalam. Tak dapat dia bayangkan sekiranya Hayy Mikael datang lambat walau hanya sesaat.


"Jom, kita minum kat sana dulu. Tenangkan hati kau tu dulu." Pinta Hayy Mikael sambil menjuih bibir ke arah sebuah restoran.


Tanpa membantah, kepala diangguk perlahan. Tangannya bersatu dengan tangan besar Hayy Mikael. Erat jari-jemari mereka bertaut. Genggaman lelaki itu seolah tidak ingin melepaskan dia pergi. Dengan tangan yang berpimpin, mereka berjalan beriringan menyeberangi jalan.




"DAH okay sikit?" Suara garau itu menyoal lagi. Ini dah masuk kali ke tiga Hayy Mikael bertanyakan hal yang sama.


Armell koyak senyum. "Awak ni dah kenapa? Saya dah okay lah."


Dapat dia lihat wajah lelaki itu yang tampak lega bila dia mengoyak senyuman.


"Aku tak nak bakal isteri Huzzair cedera. Itu aje."


Armell sorok senyum. Kedua-dua tangannya naik ke atas meja menongkat dagu. "Sayang juga awak dekat saya eh?"


"Jangan nak mengarut. Aku sayangkan Evelyn. Bukan kau. Buat apa sayangkan bakal bini orang?Buang masa."


Mendengarkan itu, Armell mencebik sedih. Tangannya bergerak dan memegang tangan lelaki itu yang berada diatas meja. "Hayy... Saya tak nak kahwin dengan Huzzair..."


"Jangan nak mula." Lelaki itu memberi amaran. Tajam anak matanya merenung wajah Armell.


"Hayy, tolonglah saya! Please... Saya nak kahwin dengan awak!" Rengek gadis itu.


"Hayy... Saya cintakan awak. Saya betul-betul sayangkan awak. Awak tak cintakan saya ke, Hayy? Awak tak rindukan saya?" Soal Armell sayu. Tangan lelaki itu digenggam erat.


Diam Hayy Mikael membuatkan dia lebih sedih. Tangan lelaki itu digoncang perlahan "Awak! Awak dengar tak apa saya cakap ni..." Bergetar hujung suaranya menahan tangis.


"Kenapa awak buat saya macam ni? Awak tak rindukan saya langsung ke?"


Hayy Mikael telan liur. Perlahan ibu jarinya bergerak menggosok kekura tangan Armell. Pandangannya yang dingin tadi bertukar lembut. Nafas ditarik dalam.


"Mesti lah aku rindu. Aku rindukan kau sangat tau?" Genggaman tangannya dieratkan.


Bergenang air mata Armell mendengar pengakuan itu. Satu senyuman ditarik payah. "Awak rindukan saya?"


"Setiap hari aku rindukan kau. Setiap saat, nama kau sentiasa dalam ingatan aku. Tak pernah walau sekali pun nama kau pudar dalam hati aku ni, Mell. Kau percayakan aku kan?"


Armell mengangguk laju. Setitik air mata jatuh jua mengalir di kulit mulusnya. Dia tak pernah rasa sebagia ini. Genggaman erat tangan lelaki itu semakin menyayatkan hatinya.


"Saya pun rindu sangat dekat awak. Kenapa awak cuba nak jauhkan diri dari saya selama ini? Awak bencikan saya ke Hayy?"


Laju lelaki itu menggeleng. "Tak, tak, aku tak pernah bencikan kau." Senyuman tawar terukir dibibirnya.


"Habis tu?" Dengan payah Armell menyoal.


Hayy Mikael buang pandangan ke arah lain sebelum matanya kembali merenung anak mata gadis itu. "Aku sayangkan Huzzair. Aku tak sanggup nak lukakan hati dia."


"Saya tak nak kahwin dengan dia. Saya nak awak, Hayy. Saya nak awak yang jadi suami saya, bukannya dia. Saya masih tak ingat siapa Huzzair."


"Tak boleh Mell. Aku tak boleh kahwin dengan kau."


"Tapi awak cintakan saya kan?"


"Huzzair pun cinta kau."


Armell ketap bibir. Perlahan-lahan dia tarik tangannya dari genggaman Hayy Mikael. "Awak cintakan saya, tapi awak biarkan saya dengan orang lain. Kenapa?"


"Sebab aku bodoh."


"Memang awak bodoh. Sebab awak tak berani nak mempertahankan orang yang awak cinta."


"Aku bodoh kerana mencintai hak orang. Hak orang dimana orang tu adalah abang aku sendiri."


Armell berpeluk tubuh seraya menggeleng perlahan. "Huh, abang? Jadi awak sanggup korbankan perasaan awak semata-mata untuk abang? Macam tu?"


Wajah Hayy Mikael yang lembut tadi kini kembali bertukar dingin. Gigi diketap kuat menahan perasaan.


"Huzzair amanahkan aku untuk jaga kau. Bukan memiliki kau."


"Tapi saya tak cintakan dia!"


Dengan itu, satu senyuman sinis tersungging di bibir lelaki itu. "Cinta itu nombor dua. Bukan kau yang cakap dulu, kau dah lupa ke?"


Armell terdiam seketika. Dia menunduk dan mata dipejam rapat. Berkerut dahinya. Otak diperah, cuba mengembali semula ingatan itu.


Tiba-tiba gambaran wajah Hayy Mikael terlayar dimemori ingatannya. Dari situ, dapat dia lihat wajah lelaki itu yang tampak sungguh kecewa. Dan kedengaran satu suara yang seakan berbisik ditelinga.


"Bagi I cinta itu nombor dua! Jangan nak membuang masa kejarkan I. Sebab I takde masa nak sambut cinta you."


Pantas kedua-dua telinga ditekup. Itu adalah suara dia sendiri!


"Hei, hei, Mell! Stop! Don't force it!"


Pantas Armell angkat wajah. Laju jantungnya mengepam darah. Nafas dihela perlahan. Sudah tentu dia ingat detik itu. Wajah diraup berkali-kali.


"Jangan fikirkan sangat." Bicara lelaki itu.


Tangan Hayy Mikael ditarik semula ke dalam genggamannya. "Hayy, please?" Rayunya lagi.


"Kau bencikan penipu kan? So, aku bukan orang yang sesuai untuk kau."


Armell terkedu. Dia kerutkan dahi sambil memerhati wajah Hayy Mikael dengan seribu persoalan. "What do you mean by that? Penipu?"


"Yea, you're fucking hate a liar like me."


Armell menggeleng perlahan. Keliru. "Explain."

"Aku takkan explain. Biarkan kau ingat sendiri. And I'm pretty sure, kau akan bencikan aku sekali lagi seperti mana kau bencikan aku tiga tahun yang lepas."

Tangan Armell ditolak perlahan.

"Aku kena pergi sekarang. Anything, just call me. Okay?" Hayy Mikael pantas berdiri dan meninggalkan Armell dengan seribu persoalan.


Previous: Bab 54
Next: Bab 56

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Farisya