Home Novel Cinta Pertemuan Yang Terindah
Bab 11

SEUSAI makan, Hayy Mikael membawa Armell keluar dari restoran Papparich itu. Bagaikan kerbau dicucuk hidung, Armell mengikut kemana saja lelaki itu pergi. Dua puluh empat jam masa yang diberi, lelaki itu akan bebas membawa Armell ke mana-mana sahaja. Itu perjanjian mereka.

"Hayy,"

"Ye sayang,"

Armell ketap bibir bawah. Rasa marah yang mulai menggigit hati ditahankan saja. Nafas di tarik dalam dan dihembus perlahan. Be professional, Mell. Hanya dua puluh empat jam, dan selepas itu Hayy takkan ganggu kau lagi. Sabar!

"You sebenarnya ada urusan apa datang ke sini? I mean, you ada uruskan syarikat ke?"

Hayy Mikael menarik nafas panjang. Menghirup udara segar di Bumi Australia ini. "Urusan keluarga." jawabnya ringkas.

"Urusan dengan siapa, parents you?"

"Bukan lah, dengan isteri I." ujar lelaki itu lalu tergelak besar.

"Buat lawak ya?" Armell sepetkan mata. Kali ini, tawa Hayy Mikael ditelinganya kedengaran agak menjengkelkan. Lebih menjengkelkan lagi bila diusik dengan guraun sebegitu.

Lelaki itu tergelak lagi dan dia menahan teksi. Selepas bercakap dengan pemandu teksi, dia membuka pintu kereta belakang dan membenarkan gadis itu masuk terlebih dahulu.

Armell rapatkan tubuh pada sisi pintu. Mecipta jarak diantara dia dan Hayy Mikael.

"Kita nak kemana?"

"Cuba teka."

"I takde masa lah nak berteka-teki."

"Then shut up."

Satu keluhan kedengaran. Sabar aje lah! 
Pandangan dilempar ke luar tingkap.

Hampir dua jam juga gadis itu menunggu destinasi sebenar yang sedang ditujuinya. Dan dalam masa dua jam itu juga lah macam-macam yang dia buat. Tengok flora dan fauna di luar, dengar lagu, termenung dan akhirnya tidur. Dan bila dia bangun, keadaan masih seperti sedia kala. Aduh, bila nak sampai ni!

"Hayy..."

Lelaki itu berpaling. Kening dijongket. "Ya?"

"Lama sangat perjalanan ni. Mana you nak bawak I ni?" soal Armell dengan nada sedikit tidak puas hati.

"Sydney." jawabnya sepatah.

Membuntang mata Armell saat mendengar jawapan dari mulut Hayy Mikael. Gila apa jantan ni bawak aku sampai Sydney!

"Sydney?!"

Lelaki itu hanya sekadar mengangguk selamba. Cukup itu sebagai jawapan.

"Hayy, you ni dah gila ke apa?!" marah Armell. Jam tangan yang berbelit dipergelangan tangan dibelek seketika. Pukul 9:30 pagi. "Sekarang pukul 9:30, you nak sampai malam ke apa? You ni memang gila..." Armell geleng kepala. Bengang!

Memang lah untuk ke Sydney tidak memerlukan penggunaan Visa, tiada sempadan dan tiada halangan bahasa sebab untuk ke sana memang tidak perlukan semua itu. Tapi sekarang mereka ke sana dengan hanya menaiki teksi! Bukan kapal terbang yang perjalanannya hanya mengambil masa satu jam!

"Hey relaks lah. The journey from melbourne to there takes only 6 hours. We only have 4 hours left now. Sabar lah."

"Sabar? You cakap pasal sabar? You tak bincang pun dengan I pasal ni. Hello! You nak pergi Sydney Hayy, Sydney! 6 jam tu lama tau tak? At least, kalau you cakap awal-awal, kita boleh tempah tiket flight! And now, we waste 6 hours without doing anything."

"Mell, you bagi I masa dua puluh empat jam. Jadi sepanjang 24 jam tu, you harus berada dengan I dan ikut ke mana saja I pergi. Sengaja I tak ambil flight sebab perjalanannya yang terlalu cepat. Jadi I ambil teksi sebab I nak luangkan masa 6 jam tu dengan you."

Armell sabarkan hati. Kalau bukan kerana perjanjian 24 jam yang dibuat itu, sudah lama dia berpatah balik ke Melbourne dengan menaiki teksi lain. Menyesal dikemudian hari tiada guna.

MEREKA tiba di Sydney lebih kurang pukul dua petang waktu tempatan. Armell liarkan pandangan ke sekeliling. Pinggang yang terasa lenguh dilentikkan sedikit kebelakang. Perutnya yang dari tadi minta diisi cuba ditahan.

"You lapar?" soal Hayy Mikael. Macam tahu-tahu saja.

"Lapar lah..." jawabnya malas. Armell pegang perut yang asyik berbunyi.

"Nah," satu paket Croissant dan sebotol air mineral dihulurkan kepada gadis itu. Dari rumah, makanan itu sudah dia letakkan siap-siap di dalam beg laptop yang dibawanya.

"Thanks. But wait, kita buat apa kat sini?"

"Ini lah Royal Botanic Gardens. Taman indah yang menempatkan banyak spesies tumbuh-tumbuhan dari seluruh dunia. Cantik kan?"

Sejak dari awal dia jejakkan kaki ke sini, dia sudah terpana melihat taman yang dipenuhi dengan segala tumbuhan ini. Sangat cantik!

"Jom, masuk. Nanti lepas puas dekat dalam, kita pergi makan dekat mana-mana restoran dan lepastu kita bertolak balik."

Armell memejamkan mata menghirup udara segar. Menikmati perbezaan iklim cuaca di Sydney yangmana lebih hangat dan cerah berbanding di Melbourne yang cuacanya jauh lebih sejuk.

Langkah diatur menyusuri langkah Hayy Mikael yang berada di hadapan. Armell liarkan pandangan. Tumbuh-tumbuhan dan pelbagai bunga kelihatan dimana-mana saja!

Royal Botanic Garden, taman yang telah dibina pada tahun 1845 dan merupakan salah satu taman botani terbaik di Australia. Taman ini menempatkan lebih daripada 10,000 bunga dan tumbuhan herba eksotik yang digunakan sebagai ubat tradisional untuk pelbagai penyakit.

"Cantik kan?"

"Cantik!"

"You suka?"

"Suka! I sukakan bunga."

"Dengan I, tak suka?" lelaki itu berseloroh.

"Suka you apa yang I dapat?"

"Dapat separuh jiwa I."

"I tak perlukan mana-mana jiwa lagi setakat ni. Selagi I tak sakit jiwa."

Hayy Mikael tertawa kecil. Geli hati dengan penolakan gadis itu terhadapnya.

"Memandangkan you sukakan bunga, jom I kenalkan you dengan bunga-bunga ni semua. Yang itu, bunga ros pelbagai warna. Kalau
bunga ros merah, ramai orang dah biasa tengok. You nampak tak Rose Dark Pink tu?" soal Hayy Mikael sambil menunding jari ke arah bunga-bunga ros yang sudah terasing mengikut tema warnanya.

Armell memandang ke arah bunga mawar pink yang dimaksudkan oleh lelaki itu. "Nampak. Kenapa dengan ros pink?"

"Rose Dark Pink membawa maksud rasa syukur yang mendalam dan terima kasih kepada seseorang. You tau tak, I sangat menghargai masa you dengan I sekarang ni. Bukan senang I nak berada dekat dengan you. Makin I dekat, makin you menjauh. Tapi harini you beri I peluang 24 jam untuk untuk I habiskan masa I dengan you. Terima kasih, Mell."

Armell tersenyum nipis. Tidak sangka lelaki itu menghargai setiap detik bersamanya. Jauh disudut hati, ada juga terselit rasa terharu walaupun secara nyata dia tidak sukakan lelaki itu. "Small matter."

Hayy Mikael senyum melebar. Dia berjalan ke hadapan lagi. Dan kali ini mereka berhenti di hadapan bunga Carnation dan bunga Garbera.

"Cuba you teka ni bunga apa?"

Armell kerut dahi. Kelopak bunga berwarna ungu cerah itu disentuh lembut. "Macam bunga ros." duganya.

"Bunga Carnation. Dan yang ini you rasa bunga apa?"

Bunga yang pelbagai warna itu direnung lama. Macam pernah tengok. Rasanya dia selalu tengok tapi tidak tahu menahu soal nama. Ah! Mana lah dia ada masa nak kaji pasal bunga!

"Alaaa, cakap aje lah. I malas lah nak berteka-teki."

Lelaki itu tertawa kecil dan menggeleng perlahan. "Ini namanya bunga Garbera kalau you nak tau. Selalu jumpa tapi tak pernah tau kan?"

"Well, sibuk dengan urusan dunia. Tak menyempat nak kaji pasal bunga. Yang you ni tau semua pasal bunga ni, you mesti suka bunga kan?"

"Tak. I bagitahu berdasarkan apa yang I tau je. Lagipun I selalu datang sini setiap kali ke Sydey."

"You selalu ke sini? Dengan siapa?"

"Dengan adik I, Hans."

Hans? Lelaki sukakan bunga? Macam pelik aje!

"Jom, ada banyak lagi jenis bunga yang I nak tunjuk pada you." ujar Hayy Mikael lalu menyusun langkah ke hadapan.

"Sakura! I nak tengok bunga sakura!" jerit Armell lalu berlari menyaingi langkah lelaki itu.

"Sakura dekat jepun lah!"

"Tak kira... I nak tengok sekarang jugak. Tunjukkan pada I cepat!" gadis itu berkeras. Lengan Hayy Mikael digoncang perlahan.

Lelaki itu meledakkan tawa. "Kita pergi tengok bunga lain dulu lah. Sakura last nanti okay?"

"Ala, tak nak... Kita pergi tengok Sakura sekarang dan lepas tu terus pergi makan. Lapar..." Armell tayang wajah kesian. Betul, memang perutnya sedang berkeroncong ketika ini.

"Alololo, lapar eh?" hidung gadis itu dicuit manja.

"Hayy!" spontan Armell undur setapak kebelakang. Pucuk hidungnya digosok. Suka hati jari aje sentuh hidung orang!

Lelaki itu tertawa lagi. "Okay, okay, lepas ni kita pergi makan."


Previous: Bab 10
Next: Bab 12

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Farisya