Home Novel Cinta Pertemuan Yang Terindah
Bab 12

"BUNGEE Jumping?!" Mata Armell membulat. Kepala didongakkan memandang ke atas. Jambatan gantung untuk terjunan Bungee Jumping itu ditatap seram.

"Kenapa?"

Armell telan air liur. Seumur hidup dia tidak pernah menanam azam untuk mencuba terjunan seperti itu. Ketinggian platform jambatan gantung yang hampir mencecah 250 meter itu buatkan darahnya berderau hebat.

"Tak nak, Hayy!" segara dia membangkang idea lelaki itu.

Hayy Mikael ketawa gembira. "Takut?"

Soalan bodoh apa ni? Gila tak takut? Kalau nak tahu, buat terjunan Bungee Jumping ni ibarat macam menunggu hukuman mati! Ah, kerja gila!

"Mell kalau you nak tau, terjunan ini adalah cara yang paling berkesan untuk you lepaskan stess, tau?"

"I dah tak kisah dengan teori-teori you! Yang penting bukan berkaitan dengan terjunan. Please! I tak suka."

Lelaki itu tergelak lagi. Armell menjeling tajam. Dimana lawaknya pun dia tak tahu.

"Jom," pergelangan tangan gadis itu ditarik ke dalam genggamannya.

"Hayy! Taknak laaa!" dalam pada diheret oleh Hayy Mikael, suaranya tidak henti-henti berbunyi merayu pada lelaki itu. "Jangan la, Hayy... Lepaskan I lah!"

Rayuan gadis itu langsung tidak menjejaskam fikirannya sehinggalah mereka selamat sampai dan berada di puncak paling atas. Kepala ditoleh memandang Armell.

"Bagi I peluang untuk cipta memori terindah pada hari terakhir pertemuan kita. Dan I akan anggap ini lah pertemuan yang terindah buat kita berdua. Walaupun I tau, you tak mempunyai rasa yang sama dengan I but please, bagi I peluang." kali ini lelaki itu pula yang merayu dengannya.

"Kalau I mati masa buat terjunan ni, I akan ganggu seumur hidup you, Hayy. Ingat tu!"

"You won't die. Kalau you mati pun, I rela diganggu seumur hidup. Asalkan hantu tu muka comel macam you." lelaki itu berseloroh.

"I'm serious, Hayy."

Hayy Mikael ketawa besar. "Okay, okay sorry. But trust me, you'll love it! Cuba lah sekali. Mana tahu dengan aksi yang mengerikan ini boleh buat you selalu ingatkan I? Who knows?"

Armell menarik nafas panjang. Tangan Hayy Mikael ditarik ke dalam genggamannya. Tangan lelaki itu digenggam kemas untuk meminta kekuatan. Pertama kali dia bertindak seperti itu dengan Hayy Mikael.

"You jangan takut, okay? I cuma nak you rasa betapa leganya bila you lepaskan masalah you."

Dengan anggukan yang tidak pasti, Armell berjalan perlahan menghampiri kru yang bertugas di situ.

Selepas mengenakan peralatan keselamatan seperti harness atau abah-abah dan memperkemaskan ikatan serta balutan di kaki yang bersambung dengan tali elastik besar, kru membawa Armell ke hujung platform.

Armell lihat ke bawah. Saat itu juga darahnya berderau. Lemah lutut seolah-olah sedang menunggu hukuman mati. Ketika itu, dia bayangkan macam-macam perasaan, inilah saat ketakutan paling maksimum yang pernah dia lalui sepanjang hidup.

"Sayang, ingat satu nama yang paling you benci dalam hidup dan terus terjun tanpa fikir apa-apa lagi. You can do this, Mell." bisik Hayy Mikael ditelinga Armell. Memberi kata-kata semangat kepada gadis itu supaya membuat terjunan Bungee Jumping itu.

Akhirnya dengan jeritan memecah keheningan taman tema berkenaan, Armell berjaya melakukan Bungee Jumping sekaligus melawan dan menidakkan ketakutan darjah tertinggi yang bersarang di dalam fikirannya.

Selang beberapa saat membuat terjunan, Armell disambut oleh bot penyelamat yang bersedia di tasik. Nafasnya turun dan naik menahan debar didada. Sumpah! Jantung rasa macam dah melayang hilang saat dirinya bergerak diudara.

Armell berjalan ke arah Hayy Mikael yang sedang berdiri menunggunya. Lelaki itu sudah turun ke bawah saat dia membuat terjunan tadi.

"Apa you rasa?"

"Lega! I tak dapat nak gambarkan perasaan I sekarang ni. Serius, best sangat!"

Lelaki itu tersenyum senang. "Memang seronok. Sebab kita dapat lepaskan perasaan marah, benci, takut dengan hanya menjerit seperti tadi."

Armell mengangguk laju. "Yes! Seronok sangat, Hayy! Jom, I nak buat lagi!"

Hayy Mikael segera menarik lengan Armell yang sudah maju ke hadapan. Dia menggeleng perlahan. "Kita tak ada masa. Jom, balik."

"Ala, tak puas lagi! Sekejap sangat!"

"Lain kali pun you boleh datang sini kan? Dekat Selangor pun ada. Kalau you nak, boleh sangat you buat benda ni selalu."

"I sorang-sorang?"

"Masa tu I dah takde hak. Hak I untuk bawa you jalan-jalan sampai sini aje. Tapi you kan ramai kawan, boleh lah bawa diorang buat sama-sama dengan you."

Armell mengeluh kecil. "Iyalah"

ARMELL kerling jam dipergelangan tangan. Tepat pukul sembilan malam, mereka tiba di Melbourne. Selesai membayar tambang teksi, Hayy Mikael menghampiri Armell.

"You nampak penat." Dalam kereta tadi, dah banyak kali dia tengok gadis itu menguap.

"Kerja gila, Hayy. Sepanjang hidup I, I tak pernah ikut lelaki pergi tempat-tempat jauh. Ini pertama kali, dengan seorang lelaki yang tiba-tiba muncul dalam hidup I, yang I langsung tak kenal, yang cuba nak mengurat I tapi tak dapat. Kerja gila!" Armell bulatkan mata sambil menggeleng laju. Susah nak percaya.

Hayy Mikael tergelak kecil. "Sebenarnya banyak lagi tempat I nak bawak you. Tapi masa dan keadaan tak mengizinkan. Tak apa lah, lain kali kalau ada rezeki, I akan bawa you jalan-jalan macam siang tadi. But no more Sydney, promise."

"No more 'jalan-jalan' Hayy... Malam ni last you boleh tengok muka I. Lepas ni, I tak nak you muncul depan I lagi dah. Itu perjanjian kita."

Lelaki itu berhenti senyum. Kata-kata Armell sedikit sebanyak membuatkan dia rasa terpukul. Kalau boleh, dia ingin sentiasa berada dekat dengan gadis itu. "Sorry, I lupa."

"So, you ada kata-kata terakhir tak untuk I? Sebelum I balik ni,"

"Ah, ya. Gambar tadi."

Armell mengerutkan dahi. "Gambar apa?"

"Gambar kita."

Serta-merta mulutnya berbentuk 'O'. Lupa pula tentang gambar yang mereka sama-sama ambil ketika di Royal Botanic Gardens siang tadi. Ada gambar yang ditangkap secara selfie dan ada juga gambar mereka berdua yang diambil oleh orang yang kebetulan berada disitu. Kata Hayy Mikael, gambar-gambar itu semua boleh dibuat sebagai kenangan. Kenangan hari terakhir mereka. Armell pula hanya ikutkan saja.

"Letak nombor telefon you, nanti I whatsapp gambar-gambar tu semua dekat you." ujar Armell seraya menghulur iPhone miliknya kepada lelaki itu.

Selang beberapa saat, iPhone itu bertukar tangan semula.

"Just one call away, Mell."

"Tujuan you nak gambar aje kan? So jangan nak melebih, ya."

"Haha, okay sorry."

"So, I pergi dulu." Armell meminta diri.

"Mell, take care. Jaga diri you untuk I."

"I pandai jaga diri sendiri. You too, Hayy. Take care."

Tubuh genit gadis itu dihantar hanya menggunakan mata. Berat hatinya mahu berpisah dengan Armell.


Previous: Bab 11
Next: Bab 13

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Farisya