Home Novel Cinta Pertemuan Yang Terindah
Bab 26

HAYY MIKAEL duduk bersandar disofa sambil melunjurkan kaki ke hadapan. Tangan kirinya sedari tadi asyik memegang pada pergelangan tangan kanannya. Terasa sedikit kebas pada tangan kanannya dek kesan daripada pukulan pada wajah Rykal tadi. Jantan tak guna macam Rykal itu sepatutnya dihumban aje ke dalam lokap. Ini dipukulnya sampai tangan sendiri yang cedera. Merosakkan Sendi Metacarpophalangeal aje!

"I dah cakap, jangan, jangan, jangan... tapi you degil, pergi jugak pukul dia." bebel Armell seraya meletakkan semangkuk air suam di atas meja kaca. Punggungnya dihenyakkan disebelah lelaki itu.

"Ala Mell, Hayy buat macam tu pun untuk you juga." sampuk Evelyn yang berada di meja makan bersama Arash.

"Memang lah, tapi you tengok la Hayy ni. Tangan dia yang patah ni pun baru aje sembuh. Tengok tu berdarah lagi. You ni memang tak sayangkan tangan eh?" soal Armell geram. Pergelangan tangan Hayy Mikael dipegang.

"I lebih sayangkan you daripada tangan I." balas Hayy Mikael selamba.

"Hoi nak termuntah aku dengar tau!" jerit Arash dan serentak itu Evelyn dan Armell ketawa. Hayy Mikael jeling pada Arash yang sedang membuat gaya seakan mahu termuntah itu. Mengada!

Kain lembap yang dicelup ke dalam air suam tadi dituam pada tangan Hayy Mikael.

"Mell, kalau you layan I macam ni kan, I sanggup sakit hari-hari."

Armell yang sedang ralit menuam, pantas angkat wajah memandang lelaki itu. Hayy Mikael hanya menyengih saat gadis itu menjeling ke arahnya. Menggedik!

"Rash, esok aku balik rumah mak aku. Ada benda nak settle."

Arash yang baru sahaja ingin menyuap roti ke dalam mulut tidak semena-mena terhenti dan serentak kepalanya menoleh ke arah sahabatnya itu. "Settle hal apa?"

Hayy Mikael pandang wajah Armell. Melihat sinar mata gadis itu, dia sorok senyum. Armell kerutkan dahi seraya menggeleng kecil, menghalang lelaki itu dari membuka mulut tentang rancangan mereka.

"Korang ada sorok apa-apa ke? Mell?" soal Evelyn pula. Musykil melihat mereka berdua begitu. Tentu ada udang disebalik mi ni. Wajah Armell dan Hayy Mikael dipandang silih berganti. Mata disepetkan. Mencari kejujuran pada wajah mereka yang seolah menyimpan sesuatu dari dia dan Arash.

"Eh takdelahMana ada I sorok apa-apa. Hayy yang nak balik kampung, kenapa pulak I kena soal ni?" balas Armell pura-pura tidak tahu.

"Hayy, baik you cakap sekarang." pinta Evelyn berbaur ugutan. Pelik. Apakebendanya yang nak kena settle kat kampung tu?

"What? Salah ke I balik tengok mak I? Apalah you ni, I nak balik kampung pun kena banyak soal. Macam I tak pernah balik pulak selamani. I ni bukan anak derhaka tau?"

Arash mengeluh. "Bukan macam tu, tak lah, kitaorang cuma pelik. Tiba-tiba pula kau nak balik. Ada benda nak settle? Benda apa tu?" celah Arash membelahi Evelyn.

Armell sejak tadi hanya membatukan diri. Tak! Dia tak terlibat. Hayy yang rancang. Dia ikutkan aje. Selang beberapa saat, kedengaran lelaki itu berdeham. Armell kerling pada Hayy Mikael yang kebetulan memandang ke arahnya. Hei, kenapa pandang aku?

"Aku nak kahwin dengan Mell. Lepas tunang terus nikah. Tak payah tunggu lama-lama." sekelip mata kata-kata itu meluncur keluar dari mulut Hayy Mikael dan serentak itu juga pehanya menjadi mangsa pukulan Armell.

Pap!

"Hayy!"

Hayy Mikael hanya tersengih sumbing. Pehanya yang terasa pedih dek pukulan Armell tadi digosok perlahan.

Jatuh rahang Arash tatkala kata-kata itu keluar dari mulut Hayy Mikael. Bukan terkejut kerana mengetahui Hayy Mikael mahu berkahwin, tetapi terkejut kerana sahabatnya yang seorang itu berjaya memenangi hati gadis yang digila-gilakan itu. Armell! Not an ordinary girl!

"Wow! The best man win, brother. Akhirnya, kan???" Arash tersenyum lega. Dia pula yang rasa lega dah kenapa?

Hayy Mikael hanya tertawa kecil. Betullah, dia sendiri pun susah nak percaya. Selama ini Armell menolaknya mentah-mentah! Sungguh diluar jangkaan.

"Hayy, untung you kan? Dapat bakal bini hot macam ni." Evelyn berseloroh. Sejujurnya dia juga terkejut saat mendengar pengakuan Hayy Mikael tadi.

Armell hanya menunduk tidak bersuara. Reaksi masing-masing semua sama. Semua menganggap bahawa mendapat gadis seperti dia begitu beruntung. Tetapi baginya tidak. Dia yang sebenarnya beruntung mendapat lelaki sebaik Hayy Mikael. Lelaki itu sentiasa menjaga hati dan perasaannya sedangkan dia tidak pernah berbuat sedemikian bahkan melayannya lebih teruk lagi. Dia tak layak untuk dapat semua itu dari Hayy Mikael.

"Ya, betul. Akhirnya doa I untuk bersama dengan you termakbul juga. Hari-hari berdoa, berdoa supaya hati you terbuka untuk terima I, tak jemu." tutur Hayy Mikael.

Menyedari gadis itu yang hanya berdiam diri, dagu Armell dipagut lembut. "Mell?" Namun alangkah terkejutnya dia saat melihat air mata yang bergenang dikelopak mata gadis itu. Dan akhirnya jatuh jua setitis mutiara jernih membasahi pipi.

"Mell, what's wrong? I ada salah cakap ke?" soal Hayy Mikael cemas.

Segera Armell menggeleng. Air hidung disedut. Laju tangannya mengelap air mata yang mengalir. Dan ketawa tiba-tiba meletus dari bibirnya.

Terkedu Hayy Mikael jadinya dek melihat Armell sebegitu rupa. Takut pula dia. Gila ke apa? Menangis lepastu ketawa seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku.

"Mell, are you okay?" soal Evelyn prihatin.

Armell menggeleng lagi lantas tersenyum. "No, no... Nothing." balasnya dan dia koyak senyum nipis.

"Aku tak sangka yang korang berdua ni boleh bersama. Tak sangka kau boleh menangkan hati Armell. Aku bangga dengan kau, Hayy. Kau berani sahut cabaran dan kau usaha." tutur Arash.

"I see the effort," Armell tarik senyum. Bangga dengan usaha lelaki itu yang bersungguh-sungguh ingin dapatkannya.

Hayy Mikael menarik nafas panjang. Wajah Armell direnung penuh kasih. "Allah itu sebaik-baik perancang. Unplanned moments are always better than planned ones, kan?

Jam dinding dikerling sekilas. Sudah lewat malam.

"Mell, jom I hantar you balik."

"No, no, it's okay. I boleh balik sendiri. Teksikan banyak." tolak Armell lembut. Tidak mahu menyusahkan lelaki itu lagi.

Hayy Mikael mengeluh geram. "Mell, dengar cakap I. I belajar daripada kesilapan dan I taknak kesilapan tu berulang lagi." tegas lelaki itu.

Baru sahaja Hayy Mikael berura-ura ingin bangun dari duduk, Evelyn laju mempelawa.

"Mell! Balik dengan I lah. I pun nak balik ni. Senang nanti, I hantar you terus. Hayy, biar I je lah hantar bakal isteri you ni balik." pinta Evelyn. Perkataan bakal sengaja ditekankan. Sengaja mahu kenakan lelaki itu.

"Tak susahkan ke?" soal Armell teragak-agak. Segan pula dia.

"Apa yang susahnya? Bukan I kena kira bintang dekat langit pun." Evelyn berseloroh lagi.

Armell hanya tersenyum nipis. Evelyn yang sedang mengorak langkah ke arah pintu utama dibuntuti dari belakang. Sebaik sahaja daun pintu ditolak, terdengar suara Hayy Mikael memanggil. Pantas dia menoleh.

"Take care," dan satu senyuman manis diberi. Terpanar dia seketika. Senyuman Hayy, bikin cair!

"You jangan risau, nanti I hantar bakal isteri you ni betul-betul depan pintu rumah."

Armell yang berada disebelah sudah merah padam wajahnya. Hayy Mikael yang melihat hanya sorok senyum. Armell blushingSo cutelah, Mell!


Previous: Bab 25
Next: Bab 27

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Farisya