Home Novel Cinta Pertemuan Yang Terindah
Bab 1

SEPASANG mata berwarna hazel menjadi tatapannya. Walau hati tak rela, tapi mata tetap tidak mahu beralih dari melihat ke situ. Mata itu, mata lelaki itu buatkan dia terpana walau untuk seketika cuma.

Buat seketika mereka berdua berada di dalam dunia milik mereka sendiri.

"I kenal you ke?" soal bahasa mata Armell.

"Papa Rich QV. Still remember?" balas lelaki itu dengan mata sengaja dikecilkan bersama senyuman senget terherot dibibir.

Jawapan bahasa mata Hayy Mikael buatkan matanya terpejam rapat. Serta-merta terimbas kembali pada 3 hari lepas di restoran sewaktu dia tersalah duduk di meja lelaki itu. Malu! Rasa macam nak terus pecut balik rumah masa tu juga!

"Ehem, ehem..." lelaki itu berdeham dan sekarang mereka kembali ke dunia yang nyata.

Armell tersentak. Spontan fail yang dipegang sedari tadi dihempuk pada dada bidang milik lelaki itu. Dia undur selangkah bagi menjauhkan jarak mereka yang tadinya terlalu hampir.

Kepala ditoleh kiri dan kanan memandang orang ramai disekeliling. Mujur saja sekarang mereka bukan berada di bumi Malaysia. Kalau tidak, sudah tentu mereka menjadi buah mulut orang mengata.

Katanya, belum kahwin lagi dah menggatal. Wak lu! Cakap elok sikit!

"Apa you ni???" soal Hayy Mikael bingung. Tak buat apa pun kena hempuk dengan fail. Apahal?

"Jangan dekat boleh tak?"

"Dia yang tenung mata kita bagai nak tembus sampai otak, kita pulak yang dipersalahkan." gumam Hayy Mikael sendirian. Tidak puas hati.

Namun kata-kata itu cukup jelas di telinga gadis itu. Armell sepetkan mata. Ikutkan hati, nak saja dia letakkan kedua-dua tangan di kiri dan kanan kepala Hayy Mikael dan goncang laju-laju. Geram! Tapi bila fikirkan semula sindiran lelaki itu, ada betulnya juga. Dia dulu yang terpana. Silap sendiri juga.

"Oh ya, you student kat sini ke?" semata-mata ingin beralih topik, soalan itu spontan terpancul keluar dari mulutnya.

Hayy Mikael tarik senyum jahat. Perempuan ni memang. Tulis lah senarai kesalahan dalam tisu tandas gulung sekalipun, kesalahan itu tetap ditunding pada lelaki. Ya, ini lah perempuan.

"Nope. Ada hal kerja. Yang you ni, student kan? Nampak gaya macam janda anak dua." sindirnya selamba bersama anak mata bergerak atas bawah melihat gadis itu.

Berdesing telinga Armell tatkala mendengar sindiran pedas Hayy Mikael. Body Solid macam gini dikatanya janda anak dua? Ini dah melampau ni!

Armell pandang sekeliling buat seketika. Melihat manusia yang pelbagai bangsa dan agama yang lalu-lalang berhampiran dengan tasik. Dengan perasaan yang sebal, dia berpaling semula memandang wajah Hayy Mikael.

"Nanti kalau berjodoh dengan janda betul, jangan nak salahkan takdir pula." Armell pulangkan paku buah keras. Harap-harap termakbul lah.

"Kalau itu jodoh I, I terima dia seadanya." jawapan selamba diberikan. Tanda dia langsung tidak terkesan dengan kata-kata Armell.

Berlawan mulut dengan orang yang selalu nak menang ni, sampai kiamat pun tak akan habis. Lebih baik angkat kaki, chau!

"You nak ke mana?" soal Hayy Mikael sebaik sahaja melihat gadis itu berpusing dan seakan ingin berlalu dari situ. Kepalanya disengetkan 10 darjah.

"Balik rumah lah. Maklum lah, student kena lah siapkan assignment. Bukan macam janda anak dua yang you sebut tadi tu, kena tunggu jodoh gila macam you ni! Kesian."

Sindiran Armell itu buatkan Hayy Mikael tertawa kecil. Dia tahu yang gadis itu masih tidak puas hati dengan gelaran 'janda anak dua' yang dia beri tadi. Perempuan kan sensitif? Saja nak mengena. Lagi gadis itu geram, lagi dia suka.

"Tak nak I temankan? You tak serik lagi ke dengan haiwan berbulu tadi? I pun hampir nak tercabut lutut ni, you tau?" soal Hayy Mikael sekadar mempelawa.

Armell telan air liur. Matanya meliar ke sekeliling. Musykil betul dia, dikawasan luar universiti begini pun ada juga anjing yang berkeliaran. Malaun mana lah yang tak reti nak ikat leher si bulus-bulus tu. Serius bapak bin serius dia takut dengan anjing.

'Wuff! Wuff! Wuff'

'Wuff! Wuff!'

Hayy Mikael toleh ke belakang.

"Halah...Dia datang balik!!!" tak fikir panjang, terus lengan gadis itu diraih dan mereka berlari sekuat hati bagai tak cukup tanah.

Tenaga berlari pasal kena kejar tadi pun dah buat Hayy Mikael ketar lutut. Ingatkan dah kena baling fail, dah tak berani tunjuk bulu. Rupa-rupanya dia datang balik siap bawak geng lagi tu! Betul lah kata orang, langit tidak selalunya cerah.

PINTU bilik kondominium ditolak lemah. Dengan langkah longlai, dia berjalan menghampiri sofa lalu menghenyakkan punggung disitu. Buat seketika, dia bersandar lemah pada sofa empuk itu dan memejamkan mata sekadar ingin menghilangkan rasa penat. Peluh yang merenik di dahi dibiarkan.

Setiap kali dia pejam mata, wajah gadis itu yang dia lihat. Sejak 3 hari lepas, setiap kali matanya dipejam, pasti wajah gadis itu yang muncul di ruangan mindanya.

Pada awalnya, memang dia juga pelik dengan bayangan yang sentiasa bermain di ruangan mindanya. Tapi bila diri sendiri dah yakin apa yang dah bertamu di dalam hati, rasa hairan itu dibuang sejauh-jauhnya. Yang pasti, dia sukakan dengan bayangan itu.

Tanpa sedar, bibirnya perlahan-lahan mengukir senyuman. Teringat kembali peristiwa 3 hari yang lepas di Restoran Papa Rich QV.

Masih terbayang lagi wajah polos gadis itu yang selamba menarik kerusi dihadapannya. Apa yang paling melucukan, bilamana Armell menunduk hormat dan meminta maaf padanya dalam bahasa Itali.
'Scusi Signore!' Dan terus gadis itu berlalu meninggalkannya.

Dalam tak sedar, Hayy Mikael tertawa sendiri.

"Balik-balik, gelak. Apahal?" soal Arash yang berjalan menghampirinya.

Dari dapur pun dia dah dapat lihat sahabatnya yang satu itu sedang tersenyum seorang diri. Nak juga dia tahu kut-kut ada goodnews pasal hal syarikat ke?

Hayy Mikael tersentak. Terus kepala ditoleh pandang ke sebelah. Pucuk hidung di gosok bagi menutup rasa malu.

"Hah, senyum dari tadi pasal apa?"

"Terjumpa jodoh dalam perjalanan balik." jawabnya tanpa berselindung lagi.

"Jodoh? Jodoh mana pulak kau ni? Jangan cakap kau berkenan dengan orang sini sudah lah. Perempuan melayu kat Malaysia bersepah lagi."

"Malaysian girl."

"Serious?"

"Absolutely yes!"

Arash tercengang tidak percaya. Tidak berkelip matanya memandang Hayy Mikael.

"Kau pasti ke dia tu orang yang baik-baik?" Arash menduga.

"Maksud kau? Perjelaskan."

"Maksud aku, personaliti dia tu jenis yang macam mana and how does she dress? Pakai
tudung labuh, handsock, jubah or baju kurung like a hijabster? Yang mana satu dia?"

Hayy Mikael sepetkan mata. Apa jawapan yang dia nak bagi pun, dia tak tahu sebab semua pakaian yang Arash sebut tiada langsung persamaan dengan cara pemakaian gadis yang dimaksudkan itu.

"There is no scarf, no handsock and no baju kurung. Instead, she is a sexy girl and excites any man who looks at her."

Jawapan selamba itu buatkan Arash ternganga luas. Hayy Mikael hanya tarik senyum senget. Itu lah realiti dan itu lah kenyataan yang dia tidak dapat nafikan tentang Armell.

"Gila! Macam tu ke taste kau?" soal Arash sedikit hairan.

"Kau tanya lah mana-mana lelaki dalam dunia ni pun, semua lelaki nak, bro. Tipu lah kalau aku cakap aku tak sukakan perempuan yang seksi-seksi ni kan, sebab itu dah memang fitrah keinginan seorang lelaki. Tapi aku suka dia, ada sebab lain. Bukan sebab nafsu."

"Sebab lain tu sebab apa?"

"Suatu hari nanti kau akan tau."

Arash mencebik. Mug yang berisi coffee 3 in 1 yang baru saja dibancuhnya tadi di hirup sedikit.

"Eva macam mana?"

Soalan Arash itu buatkan Hayy Mikael terdiam. Senyumannya ghaib serta-merta.

"Eva..."


Previous: Prolog
Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Farisya