Home Novel Cinta Pertemuan Yang Terindah
Bab 6

HAYY Mikael duduk termenung di balkoni kaca biliknya. Tompokan awan hitam dilangit menandakan bandar raya terbesar di wilayah Victoria ini bakal disirami hujan tidak lama lagi. Angin sejuk yang bertiup lembut menaikkan segala bulu romanya.

Baru saja dia ingin melelapkan mata, saat itu juga loceng pintunya ditekan. Ditekan dan ditekan beberapa kali. Siot! Mana Arash ni? Tak reti nak buka pintu! Kacau daun betul.

Hayy Mikael membuka pintu bilik, melangkah laju ke pintu utama kondominium tiga bilik itu. Daun pintu dibuka.

"Hi, signore!" seorang gadis berjaket kulit bersama rambut diikat persis ekor kuda tersenyum nipis.

"Sì, signorina." senyuman gadis itu dibalas mesra.

"Boleh I tengok Eva?" pinta Evelyn. Dia tersenyum lagi.

"Yes, sure. Lagipun I baru habis beri dia makan. Lepastu, I ke balkoni dan baru je nak lelap, you pun datang."

"Oh, am I bothering you, Hayy?"

Hayy Mikael tergelak kecil.

"Yes, a little bit."

"I'm about to leave, Hayy..."

"Hahaha takde lah... Masuk lah, I pun rasa Eva tengah tunggu you datang tu."

Evelyn lepas gelak.

"Kalau you tak suruh masuk pun, I nak masuk jugak lah." selorohnya lalu mengorak langkah ke arah bilik dimana keberadaan Evarisya.

Hayy Mikael menggeleng perlahan lalu menutup semula daun pintu.

"Siapa?" soal Arash yang muncul secara tiba-tiba.

"Wujud pun kau. Ingat dah tak wujud tadi. Kau ke mana?"

"Aku dalam tandas la, sakit perut!"

"Evelyn."

"Oh..." hanya itu yang keluar dari mulut Arash dan dia berjalan terbongkok-bongkok menuju ke arah sofa. Punggungnya segera dihenyak ke situ.

"Aku sakit perut lah, Hayy. Aku rasa makanan yang kau beli pagi tadi tu makanan basi lah."

Hayy Mikael mengerutkan dahi.

"Apa pulak basi? Aku pun makan, tak sakit apa-apa pun."

"Aku rasakan, dalam makanan aku tu ada ubat julap lah. Sumpah sakit ni Hayy, aku sendiri pun tak ingat dah berapa kali aku masuk tandas."

"Kau bagitahu aku sekarang, kau allergic dengan makanan apa?"

Arash bersandar lemah. Dia diam sejenak sebelum menoleh ke arah Hayy Mikael.

"Cheese."

"Ha, tu lah ubat julap engkau. Ubat julap, ubat julap. Sendiri makan pun tak tahu apa yang dirasa."

"Manalah aku tau dalam tu ada cheese!"

"Habis, kau nak salahkan aku lah sekarang ni?"

"Ah! Salah kau!!!" jerit Arash dan saat itu juga dia berlari masuk ke dalam tandas. Pintu bilik air dihempas kuat.

Hayy Mikael menggeleng perlahan. Selang beberapa saat, telinganya menangkap bunyi-bunyi yang mengundang rasa sakit dihatinya.

"Hoi! Tak senonoh la bodoh!"

DI Dukes Coffee Roasters, Armell menghabiskan masanya dengan mengulang kaji pelajaran dan menyiapkan assignment. Memandangkan suasana di cafe ini tenang dan lengang, Dukes Coffee ini lah yang menjadi tempat pilihannya.

"Mell," tiba-tiba datang seorang gadis menyapanya.

Segera Armell mengangkat wajah memandang empunya suara.

"You..."

"Boleh I duduk?"

"Oh, sure." balas Armell acuh tak acuh. Dia masih bingung dengan kemunculan gadis ini yang secara tiba-tiba saja dihadapannya. Malah, gadis ini seperti mengenali dirinya.

"You, Mell kan?"

Armell tidak menjawab malah hanya sekadar mengangguk sebagai jawapan.

Gadis itu tersenyum nipis lantas memperkenalkan dirinya.

"I Evelyn."

Serta-merta Armell terpempan. Evelyn. Ya! memang betul gadis yang berada dihadapannya ini adalah gadis yang sama dia lihat pada tempoh hari dan namanya juga sama seperti nama yang Hayy Mikael seru di atas batu besar yang mereka sama-sama pergi kelmarin.

Takkan Evelyn datang jumpa aku sebab nak serang aku kut? Awal-awal aku cakap, Hayy Mikael bukan lah lelaki idaman seperti yang aku mahukan. Awal-awal aku bagitahu ni. Tak hingin aku dengan boyfriend dia!

"Oh, ada hal apa you jumpa I ya?" soal Armell.

"You selalu jumpa Hayy kan?"

"Correction, bukan I yang selalu jumpa dia tapi dia yang selalu datang cari I." balas Armell cuba memperbetulkan soalan Evelyn.

"Ya, I tahu. Itu yang I nak tanya sebenarnya."

"Ye memang dia selalu datang cari I, kenapa?"

"Apa yang Hayy pernah cakap dekat you? Sepanjang dia jumpa you, apa yang dia buat pada you?"

Kening sebelah Armell terjungkit sedikit. Pertanyaan Evelyn seolah-olah gadis itu ingin memarahinya dan cuba untuk mengorek rahsia sesuatu daripadanya.

Memang sah! Perempuan ni girlfriend Hayy! Getus hati Armell.

"Dia tak pernah cakap apa-apa pun pada I." bohong Armell. Biarpun lelaki itu pernah menyatakan bahawa dia menyukai Armell, tetapi Armell tidak akan memberitahu Evelyn tentang ini. Dia juga harus menjaga hati Evelyn.

"Yeke?"

"Betul."

"Dia tak pernah beritahu yang dia sukakan you? Atau kata-kata yang seakan begitu, tak ada langsung?"

Armell menggeleng. "Tak."

Gadis itu terdiam. Seperti sedang memikirkan sesuatu.

"Okay... Kalau macam tu, I pergi dulu. Maaf dah menganggu masa you dengan soalan yang tak berapa nak penting ni." katanya lalu mengorak langkah pergi dari situ.

Armell hanya memerhati susuk tubuh itu yang semakin menjauh. Dan dia kembali menatap skrin laptop dan menyambung kerjanya yang tergendala tadi.

"Hi, signorina." bisik satu suara garau ditelinganya dan segera dia berpaling.

"Hayy?"

Lelaki itu tersenyum nipis. Senyuman yang menyenangkan. Senyuman yang Armell tidak boleh menatap lama. Segera dia alihkan pandangan.

"You buat apa ni Hayy? Macam mana you tau I ada kat sini? I sibuk lah, you tak nampak ke?" soalnya sedikit kasar. Rimas dibuatnya.

Seperti biasa, tanpa disuruh, lelaki itu selamba saja mengambil tempat bertentangan dengan Armell.

"Sebelum girlfriend you serang I, baik you pergi sekarang." tegas Armell.

"Bila masa pula I ada girlfriend?"

"You tak payah nak bohong I, Hayy. Evelyn tu siapa?"

"Evelyn tu adik I lah, Mell."

Tajam pandangan mata Armell terhadap lelaki itu. Macam dia tak tahu, Hayy Mikael tak pernah nak serius bila bercakap. Entah nak percaya ataupun tidak.

"Tipu."

"Ya Allah betul la..."

"You cakap macam mana pun, I tetap tak percaya."

"Okay fine, sebenarnya Evelyn tu adik ipar I." selorohnya selamba sambil berpeluk tubuh memandang reaksi wajah gadis itu.

"Hayy!" jerit Armell spontan.

Ketika itu juga Hayy Mikael ketawa. Reaksi gadis itu sungguh lucu.

"Dah you tak percaya sangat."

Armell menjeling geram.

"Dua-dua I tak nak percaya."

"It's up to you," Hayy Mikael jungkit bahu.

"You boleh pergi tak? I nak buat kerja lah. Jangan ganggu I."

Hayy Mikael hanya tersengih. Kedua-dua sikunya diletakkan di atas meja dan tangannya naik menampung dagu sambil memerhati Armell yang sedang sibuk dengan assignmentnya.

"Stop staring at me like that, Hayy! It's annoying, and rude!" tegasnya.

"You ni perempuan, tapi garang nak gila kalah singa betina.

Armell menarik nafas panjang. Dia tunduk memandang jari yang dikepal menahan geram di bawah meja. Sesaat lepas itu, wajah di angkat bertentang mata dengan Hayy Mikael. Armell tarik senyum senget.

"You jangan cakap banyak. Nak rasa
manja dan godaan I, masuk meminang I lah!" selorohnya pula. Apa, ingat Hayy Mikael aje yang pandai bergurau?

Serta-merta mata Hayy Mikael membulat. Teruja.

"Seriously?!"

Dan disaat itu juga Armell naikkan buku limanya tepat pada wajah Hayy Mikael. Hanya beberapa inci sahaja jarak tangannya dari wajah lelaki itu. Terlalu dekat!

Hayy Mikael bersandar semula dikerusi. Liur ditelan menampakkan halkumnya yang bergerak naik. Cukuplah sekali kena tumbuk. Tak sanggup rasanya.

"Kenapa, takut?" Armell tersenyum sinis.

Lelaki itu hanya menggeleng-gelengkan kepalanya.

Suasana sunyi seketika sehinggalah Hayy Mikael bersuara memecahkan kesunyian.

"Mell,"

"You nak apa lagi?" soal Armell kasar.

"Boleh tak you cuba untuk sukakan I?" soal lelaki itu seperti tidak yakin.

Ketika itu juga Armell ketawa. Soalan lelaki itu sungguh lucu.

"Kenapa you gelak? Am I not your taste for a guy?"

"Sorry, Hayy. I'm not insterested. Taste I bukan lelaki macam you."

Hayy Mikael terdiam. Seperti dia tersinggung dengan kata-kata Armell. Tapi perasaan itu cuba disembunyikan dengan senyuman.

"Since you macam dah selesa duduk kat sini, apa kata I aje yang pergi. Sebab I kalau nak buat assigment, tak selesa kalau ada orang. Tu, Latte tu I yang order tadi, tapi I tak minum lagi. You minum ek?"

Selesai mengemas barang, Armell terus angkat kaki dan keluar dari Dukes Coffee Roasters.


Previous: Bab 5
Next: Bab 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Farisya