Home Novel Cinta Pertemuan Yang Terindah
Bab 20

KETAWA Rykal bergema di dalam Hans CoffeeHouse. Tidak dipedulikan pandangan dan tanggapan orang ramai yang sedang memerhatikan dirinya yang sudah seperti separuh dirasuk itu.

"Bro, ni tempat aku. Kau nak buat kecoh sekalipun tolong jangan dekat sini." segera Hans menahan tubuh Rykal yang kian mara ke arah Hayy Mikael dan juga Armell yang sedang duduk dikerusi.

Mendengar suara lantang Rykal yang cukup sinis tadi membuatkan Hans segera berlari keluar dari bilik kerjanya dan terus mendapatkan mereka. Dari awal lagi dia sudah tahu itu Rykal. Melihat Hayy Mikael dan juga Armell yang berada situ, dia sudah dapat mengagak apa yang sedang berlaku.

"Peduli apa aku?! Ni ke hero yang kau cakap tu?" sinis Rykal menyoal kepada Hans sambil matanya tajam menikam ke arah Hayy Mikael.

"Pergi balik lah Rykal! You dah kenapa ni?" celah Armell.

Rykal toleh memandang Armell. Satu senyuman sinis tersungging dibibirnya. Sengaja dia mara selangkah ke hadapan mendekati gadis itu. Kedua-dua belah tangan ditongkat pada sisi meja. "Sayang, you buat apa dekat sini?"

Hayy Mikael yang sedang menyaksikan adegan itu hanya menayang riak selamba. Straw ditarik dan air sirap yang kemerahan itu dihirup sedikit. Melicinkan kerongkong yang terasa kesat.

"Don't touch me... Jangan dekat dengan I, Rykal." tegas Armell memberi amaran. Dalam pada itu, sempat dia menjeling tajam ke arah Hayy Mikael yang masih beriak selamba.

"Rykal." kali ini Hans pula yang manahan bahu Rykal yang semakin menghampiri sahabatnya itu.

"Jangan. Sentuh. Dia."

Mendengar suara itu, pantas Rykal toleh ke kiri. Memandang ke arah Hayy Mikael yang cukup bersahaja membalas pandangannya. "Sorry?" soalnya menyindir. Perli.

Hayy Mikael menarik nafas panjang. "Jangan sentuh dia."

Rykal tertawa geli hati. Perlahan-lahan jari naik mengelus pipi Armell. "Jangan sentuh dia macam ni ke?"

"Ish, semak lah!" tangan lelaki itu ditepis kuat. Armell merengus kasar. Hayy ni pun lambat betul nak bertindak. Orang dah rimas ni tau?

"Mell, keluar." arah Hayy Mikael sebaik sahaja dia berdiri. Armell tiada bantahan. Gadis itu terus bangun dan berjalan ke arah Hayy Mikael yang sedang berdiri tegak bertentangan dengan Rykal.

"Kau sentuh dia lagi, aku pecahkan muka kau. Mark my words." jari ditunding rapat ke arah Rykal dan sejurus dengan itu, lengan Armell diraih dan mereka terus melangkah keluar berlalu dari situ meninggalkan Rykal yang sedang sinis memerhati.

"Dia memang selalu kacau you ke?" soal Hayy Mikael tidak senang. Melihat cara Rykal melayan Armell tadi sedikit sebanyak membuatkan darahnya tersirap. Namun selagi boleh sabar, dia sabarkan hati.

"Dari dulu lagi." jawab Armell malas. Malas sebenarnya dia nak fikirkan soal Rykal. Banyak lagi masalah lain yang perlu diselesaikan. Masalah dengan Hayy Mikael pun tak terlangsai lagi, inikan pula nak fikir pasal buaya darat tu. Buang masa dan tenaga saja.

"You kahwin dengan I je lah senang." cadang lelaki itu selamba.

"Eee tak nak lah I! Mintak simpang malaikat empat puluh empat lah! Nooo tak nak!"

"Kenapa? I ni dah cukup hensem kut."

"Hensem tapi tak cukup sifat buat apa?"

"What? You cakap I tak cukup sif..." belum sempat Hayy Mikael ingin menghabiskan kata-kata, tiba-tiba terasa bahunya ditarik kuat dari arah belakang. Serta-merta langkahnya terhenti.

Bukkk!

Sebaik sahaja Hayy Mikael menoleh, laju saja tumbukan dari Rykal hinggap dibibirnya dan menyebabkan lelaki itu tersungkur jatuh ke tanah.

"Ya Allah, Hayy! Rykal! You ni dah kenapa!!!" jerit Armell lalu menolak sekuat hati tubuh Rykal supaya menjauhkan diri dari Hayy Mikael yang sedang berusaha untuk bangkit semula.

"Eh jantan, kau ingat aku takut ke dengan kau hah! Setakat tangan sebelah tu, ada hati nak pecahkan muka aku. Mell, you tak malu ke berjalan dengan jantan takde tangan ni?"

"Kenapa you pukul dia?! Dia takde kena mengena pun dalam hal kita! Sebelum I call polis, baik you pergi sekarang. You ingat polis tak layan ke benda-benda remeh macam ni?" sebaik saja habis menutur kata, kepala ditoleh memandang Hayy Mikael. Kelihatan ada cecair merah yang mengalir keluar dari bibir lelaki itu.

"Ya! Kalau dia masuk campur dalam urusan I dengan you, maknanya dia pun ada kaitan dalam hal kita. Kau! Hayy kan?" kali ini Rykal menoleh ke arah lelaki yang baru sahaja tadi menjadi mangsanya.

"Kalau aku Hayy pun, apa masalah kau? Bibir aku yang pecah ni, kau kena ganti balik tau tak?" balas Hayy Mikael sinis. Dia mengawal nafas mengah dek jatuh tersungkur tadi.

"Masalah aku sebab kau rampas Mell dari aku! Kau faham ke tak faham!" terus dada Hayy Mikael ditolak kasar membuatkan lelaki itu terdorong beberapa langkah ke belakang.

"Enough Rykal!" lengan Rykal ditarik kuat. Menghalang Rykal dari berkelakuan kasar terhadap Hayy Mikael. Dia tahu bahawa Hayy Mikael masih tidak kuat untuk menentang perbuatan Rykal memandangkan tangan kanan lelaki itu masih belum pulih sepenuhnya lagi. Mungkin lelaki itu tidak
mahu mengambil risiko.

"Enough what, sayang? You suka I jadi macam ni kan?"

"What's wrong with you? I dah cakap jangan kaitkan Hayy dalam hal kita. Stop Rykal. Dia sakit! You tak nampak ke?!"

"Oh kesah pulak I kalau dia sakit pun? Kalau ikutkan hati I, I dah bunuh lah dia ni."

"Lantak you lah! I dah malas nak fikir lagi."

Armell segera berjalan ke arah Hayy Mikael. Namun, tangan Rykal lebih pantas memaut lengan Armell. "Apa ni Rykal!" tengking Armell dengan suara yang agak nyaring.

Tangan yang mencengkam lengannya itu ditolak kasar. Tetapi sekali lagi Rykal memaut lenganya bila dia melangkah beberapa tapak dari lelaki itu.

"I nak you Mell..."

Armell kembali meronta-ronta. Dalam keadaan begitu, dia menangis kerana ketakutan. Dalam ketakutan, Armell merayu kepada lelaki itu tanpa dia sedari. "Please Rykal... jangan buat apa-apa pada I."

"Aku cakap jangan sentuh dia!" jerkah Hayy Mikael dan sejurus dengan itu, akhirnya satu tumbukan hinggap juga pada wajah Rykal.

"Kau muncul lagi depan mata aku, aku takkan teragak-agak akan report benda ni pada polis atas gangguan seksual. Kau ingat tu." selesai memberi amaran, Hayy Mikael memaut bahu Armell dan terus berlalu dari itu.

"Dan kalau kau muncul lagi depan mata aku, aku akan bunuh kau, Hayy! Tunggu je nanti, i'm gonna kill you, bastard!" jerit Rykal yang sudah tertinggal jauh dibelakang. Bibirnya yang juga pecah itu disentuh perlahan.

Masing-masing diam tidak bersuara. Air mata Armell yang tersisa dipipi dibiar hingga ia kering sendiri. Amaran terakhir Rykal tadi seperti sudah menghantui fikirannya. Segera tangan Hayy Mikael yang sedang memaut bahunya ditolak kasar.

Lelaki itu sedikit terpinga-pinga dengan kelakuan Armell yang secara tiba-tiba itu. "Mell, you okay?"

Melihat lelaki itu seakan ingin menghampirinya, pantas Armell mengundur sedikit kebelakang. Menjauhkan diri dari Hayy Mikael. "Jangan dekat dengan I!"

"Mell, kenapa ni?" soal lelaki itu lembut. Bahu gadis itu cuba disentuh.

"Hayy! I cakap jangan kan!"

Hayy Mikael segera melarikan tangannya dari menyentuh gadis itu. Armell yakin, lelaki itu pasti terkejut bila mendengar suaranya yang agak nyaring itu.

"Sorry. I tak bermaksud nak..."

"From now on, I tak nak tengok muka you lagi."

Jelas riak terkejut terpamer pada wajah Hayy Mikael. "Sayang... Kenapa ni? Apa I dah buat?"

"Entah. Tiba-tiba I rasa benci bila tengok muka you."

"Mell, you bergurau aje kan? You main-main kan?" soal Hayy Mikael seakan tidak percaya dengan kata-kata yang meluncur keluar dari mulut gadis itu. Jauh disudut hati, dia agak terluka tatkala melihat mata Armell yang sedang memandangnya dengan penuh kebencian.

"Sebelum I jadi lebih benci pada you, lebih baik you pergi sekarang."

Wajah Armell dipandang dengan pandangan redup. Apa yang tak kena sebenarnya? Apa yang dia dah buat pada Armell sampai gadis ini bencikan dirinya sehingga begitu sekali.

"Mell, I..."

"Pergi lah, Hayy!" lengan kanan lelaki itu ditolak kasar.

Dahi Hayy Mikael kelihatan sedikit berkerut. Manahan sakit akibat tolakan yang agak kuat itu pada lengan kanannya yang masih belum pulih sepenuhnya. Perlahan-lahan dia mengundur diri menjauhi Armell yang seperti sudah tidak sanggup lagi ingin memandang ke arahnya.

Lama dia memandang ke arah gadis yang sedang berdiri itu, akhirnya langkah dihayun laju meninggal Armell yang masih sendiri dibelakang.


Previous: Bab 19
Next: Bab 21

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Farisya