Home Novel Komedi/Romantik Komedi Sim dan Ani ; jodoh itu rahsia Allah
Sim dan Ani ; jodoh itu rahsia Allah
NaimTamdjis
29/1/2013 21:10:06
266,390
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
Bab 30 B ; Azman mengutuk Sim

Selepas menjemput Ana, Khai dan Azman di kolej kediaman masing-masing, Ani membawa mereka menonton perlawanan bolasepak di restoran Farih Maju tempat dimana mereka selalu lepak menonton perlawanan bolasepak. Orang sudahpun ramai kerana perlawanan tumpuan melibatkan Arsenal melawan Liverpool. Ana dan Ani penyokong tegar Liverpool manakala Azman dan Khai penyokong tegar Arsenal. Setelah memesan makanan Ana menegur Ani ;

“Laki hensem kau tu tak kisah ker kau keluar pagi-pagi buta ni tengok bola.. pastu melepak dengan kami” tanya Khai kepada Ani selepas memesan makanan... orang masih belum ramai ;

“Takdelah... kan laki aku sporting. Lagipun aku dah dapat izin darinya... janji aku dapat menjaga diri aku... lagipun laki aku tu kerja sampai malam. Mana nak larat teman aku tengok bola. Besok nak kerja lagi...”.

“Betul tu... ala tak semestinya dah kahwin perempuan tak boleh keluar rumah tengok bolakan? Kau laki kau tak bagi, kau keluar je dari rumah tu... pedulikan dia” kata Azman.

“Eh Azman! Kau cakap berapi... tapi awek kau mintak keluar jejalan dengan kawan-kawan pergi KL pun kau tak bagi. Apahal? Siap nak ikut lagi tu awek kau kalau nak pergi mana-mana. Bukan aku tak tahu. Kau jangan nak ajar kawan kau ni derhaka dengan suami yer” bentak Khai. Azman tersengih-sengih ;

“Heheheheehehehe... sorila geng. Gua gurau jer.”

“Azman... kau ni sejak 2 menjak kalau tak kutuk laki aku tak boleh ker? Apa yang kau marah sangat dengan laki aku ni? Laki aku ada kacau kau ker? Lagi sekali kau kutuk laki aku, jangan haraplah nak keluar lagi dengan kami. Panas telinga aku dengar tau tak! Kau keluarlah naik motor dengan awek kau tu” Ani marah kepada Azman..... kesabaran ada hadnya juga... walaupun dia tidak mencintai dan menyayangi suaminya itu, tetapi dia ada rasa hormat kepada Sim. Emaknya pernah berpesan kepadanya, jaga maruah suami walaupun di mana sahaja kamu berada... dia ingat pesan maknya itu ;

“Maafkan aku Ani..... ok.. ok. Lain kali aku tak kutuk atau perli laki kau. Aku puji jer. Laki kau tu hensem, ada kereta... dah kerja.. banyak duit.. aku ni apalah yang ada. Rupa macam bangla... motor cabuk je yang ada” Ani dan kawan-kawannya ketawa. Terhibur dengan lawak Azman yang agak bodoh-bodoh alang ;

“Aku rasa Arsenal kena tapaulah hari ni” kata Ani mula memprovok rakan-rakannya.

“Tolong sikit yer. Arsenal dah ada Lukas dengan Giroud..... Liverpool nak harapkan Gayrard jer. Depan pulak hanya harapkan Suarez... Borini main tah apa-apa” kata Azman sambil menghirup teh aisnya.

“Dahla. Takyah gaduh... kita tengok je dulu. Lepas tu baru gaduh.. nak kutuk-kutuk ker... nak terbalikkan kerusi mamak ni ker... suka hati koranglah. Sekarang jom enjoy the game” ujar Ana. Di akhirnya keputusan memihak kepada Arsenal dengan kemenangan 3 berbalas 1. Ani dan Ana terpaksa membayar bil makanan Khai serta Azman kerana telah berjanji pasukan siapa yang kalah akan membayar makanan yang pasukannya menang ( Ustaz Azhar Idrus pernah mengatakan bahawa ini satu bentuk perjudian... kerana yang kalah mengalami kerugian dari segi wang.. haram mengamalkannya ).

{{{{{{{{{{{{{{{

Akhirnya hari ahad yang lalu, laman web Sim telah diletakkan secara rasmi di laman web.Sim dan Mid sibuk mengiklankan laman web mereka melalui media baru samada NuFFnang, Facebook, Twitter, Tagged mahupun ruang iklan bagi laman web yang mencatatkan hits tertinggi. Hari pertama Sim mendapat banyak pertanyaaan... yang paling banyak soalan yang ditanya adalah samada produk yang dijual adalah ori atau tidak. Mereka menayang di laman web  surat ejen di UK yang mengesahkan produk yang dijual oleh Sim adalah tulen. Pelanggan yang sudah mendapat jersi boleh melihat ketulenan produk yang  dijual di laman web syarikat yang mengeluarkan jersi tersebut. Sebagai contoh jikalau membeli jersi pasukan Manchester United, sila layari laman web Nike... kemudian nombor siri baju tersebut boleh menentukan samada barangan tersebut tulen atau tidak. Kalau tidak Sim akan memulangkan wang 2 kali ganda dari harga asal. Hari pertama hanya 30 helai pakaian yang ditempah. Mid mula bimbang ;

“30 jersi je yang orang tempah. Macamana ni Sim? Perlahan sangat ni” tanyanya kepada Sim.

“Ala. Relaksla. Ini baru hari pertama... lagipun ramai orang yang tak tahu lagi pasal laman web dan produk yang kita jual. 30 pelanggan pertama ini kalau kita layan betul-betul. Nanti kalau dia puas hati dengan produk kita... dia mesti beritahu kawan-kawannya. Kau jangan bimbanglah” Sim cuba membunuh kerisauan Mid.

“Aku bukan apa... banyak dah modal aku keluarkan ni. Dekat 25 ribu bai.... kalau hangus menonggeng aku” macamlah kau seorang yang keluarkan modal ;

“Ala kau ni. Kalau ikutkan aku lagi menanggung kerugian yang besar. Kau cuma bagi modal jer... aku ni yang bina laman web, belajar buat itu buat ini, deal dengan orang UK, upah pekerja, sewa rumah, iklankan dalam internet dan hantar barang... berapa banyak tenaga aku dah laburkan dalam bisnes ni? Kalau perniagaan aku tak berjaya... bukan setakat frust menonggeng.. silap-silap masuk hospital bahagia aku ni.”

“Siot je lu.... ngungkit. Gua bukan taknak tolong. Tapi gua kerja tak tentu masa. Sabtu dan Ahad pun gua kena kerja. Bila masa nak tolong kau.... lagipun kau jugak kata kau boleh buat benda ni.”

“Aku gurau jela... janganlah takut. Tesco pun takde orang Malaysia kenal dalam sehari... dalam sebulan baru orang tahu apa itu Tesco. Relaks ajer” Sim menenangkan Mid yang dalam kerisauan.

“Ok. Aku harap kata-kata kau tu betullah. Harap perniagaan ini berjaya”. Selepas seminggu jualan jersi mereka mula meningkat naik.... kebanyakkannya jersi yang dijual adalah jersi yang susah di dapati di kedai Al-Ikhsan atau Mizi seperti jersi QPR, Cardiff, Southampton, Besiktas, Galatasary, jersi pasukan liga Korea, Jepun, China, Indonesia ( orang Indon banyak beli,,,, aku ambil terus dari kilang kat sana ), German, Belanda dan Russia. Juga tidak ketinggalan jersi pasukan negara dan pasukan di dalam liga Malaysia. Dianggarkan 300 helai jersi telah dijual dalam minggu yang pertama. Keuntungan mencecah hampir 12 ribu... untung sebanyak 6,000 ribu dibahagi dua antara Sim dan Mid. Selebihnya Sim simpan untuk menambah ke dalam modal awal sebanyak 50,000 untuk  dijadikan modal pusingan, Stok sebanyak 1,000 helai jersi akan sampai pada bulan hadapan. Sim menyasarkan bulan ini 1,000 jersi akan dapat dijual dengan keuntungan minima 50 ribu ringgit.

Pelanggan mereka bukan sahaja dari Malaysia... tapi juga dari Indonesia, Singapura, Thailand, China, India malah dari Australia pun ada. Ini untungnya kalau berniaga melalui laman web kerana pelanggan merangkumi seluruh dunia ( hasil bacaan buku Irfan Khairi ). Laman web mereka terus berkembang hingga mencapai hit 3,000 sehari. Kebanyakkan bertanya mengenai ketulenan walaupun jawapan telah Sim beri di bahagian soalan dan jawapan. Sim bercadang untuk menambah beberapa lagi barang pada bulan hadapan seperti kit latihan dan seluar pendek. Sim juga terharu apabila bapa mertuanya juga secara aktif membantu mempromosikan laman webnya. Malah baru-baru ini Polis kontinjen Pahang dan Johor mula menanyakan jersi dan baju untuk kelab sukan mereka. Sim terpaksa membuat kertas kerja dahulu untuk dinilai oleh mereka. Mid pula semakin yakin dengan perniagaan ini... dia tidak menanyakan lagi samada perniagaan ini untung ke tidak.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.