Home Novel Komedi/Romantik Komedi Sim dan Ani ; jodoh itu rahsia Allah
Sim dan Ani ; jodoh itu rahsia Allah
NaimTamdjis
29/1/2013 21:10:06
266,404
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
Bab 18 ; Krabi 1

BAB 18

Honeymoon Di Krabi

2 hari sebelum bertolak ke Krabi Thailand, Sim dan keluarga Ani sibuk mengemas rumah kami yang macam kapal pecah. Khemah-khemah, meja, pelamin telah dibuka dan diambil oleh tuan punya sewa, mereka juga mengemas dapur dan rumah yang agak berselerak. Perabot diletakkan ke tempat asalnya semula. Sampah sarap di laman dan di longkang habis dibersihkan. Pinggang Sim sudah baik sedikit ( cepat elok sebab Ani yang mengurutnya ). Hadiah yang Sim dan Ani dapat, diletakkan sementara di bilik tetamu. Memang penuh gila dalam bilik tu. Sebagai tanda terima kasih, Sim menghadiahkan setiap ahli keluarganya barang-barang hadiah yang Sim dapat sama barangnya. Sebagai contoh, set pinggan Sim mendapat 5 set... Sim memberi mak Adah satu set... abang sulung turut diberi satu set. Kipas pula Sim mendapat dua set.. jadi Sim hadiahkan kepada Abang ngah. Bapa mertuanya pula Sim hadiahkan satu set ayat seribu dinar yang bersulamkan emas.. benda ini saja Sim mendapt 3 biji. Abang-abang iparnya balik ke Kuala Lumpur sehari sebelum Sim dan Ani bertolak berbulan madu ke Krabi.

{{{{{{{{{{{{{{{

Hari Rabu bulan 7 2012, Sim dan Ani bertolak ke Krabi menaiki pesawat Air Asia. Sim dan Ani terlebih dahulu menaiki pesawat ke LCCT dari Alor Star ( Sim ingat nak naik kereta ke sana... tapi abang-abang aku hadiahkan pakej ini sekali dengan tiket lapangan terbang pergi balik ke Karabi dari LCCT... malas pula Sim hendak menaiki kereta ke LCCT.. Jadi Sim menempahtiket Air Asia dari Alor Setar ke LCCT ). Kemudian mereka berdua akan mengambil pesawat Air Asia terus ke Krabi. Dari LCCT ke Krabi perjalanan menaiki kapal terbang mengambil masa lebih kurang dua jam. Mereka berdua sampai di lapangan terbang di Krabi pada pukul 3 petang waktu Thailand. Kemudianmereka berdua mengambil teksi dari Lapangan Terbang Krabi ke hotel penginapan yang terdapat di daerah Aong Sang. mereka menginap di Aong Phu Petra Resort sebuat resort yang menghadap pantai. Ianya sebuah resort bertaraf 4 bintang... biliknya hanya disediakan katil yang bersaiz Queens . Sim terpaksa meminta sebuah katil single saiz dari petugas hotel kerana Ani tidak mahu tidur bersama ( macam biasalah mereka akan tidur asing-asing... walaupun dinamalan bulan madu... tapi bagi Sim lebih kepada percutian ). Sampai sahaja di dalam bilik mereka tidur sebentar kerana kepenatan menaiki penerbangan ( maklumlah naik Air Asia... lenguh lutut ).

Pukul 5.30 petang Sim mengajak Ani mandi laut. Laut hanya terletak di hadapan Resort dan mereka ke sana dengan berjalan kaki berdua. Nama pantai ini adalah Aong Beach. Pantai ini lebih kurang seperti yang terdapat di Port Dickson tapi lebih putih pasirnya. Sepanjang pantai tidak berapa penuh dengan pengunjung..... maklumlah hari biasa. Hanya awek mat salleh yang ramai berjemur ( Sim pun mengambil kesempatan cuci mata.... gilala orang putih ni... tutup sikit jer... tapi yang meloyakan tengok perempuan mat salleh pertengahan umur... nampak spare tayar dengan lemak-lemak bila berjemur pakai bikini jer). Mereka berjalan-jalan dahulu melihat kedai yang terdapat sepanjang pantai. mereka tidak membeli barang di sini kerana akan membelinya di pekan Krabi nanti kereana di sana lebih murah. Sim dan Ani juga mengambil gambar di sepanjang pantai ( Sim mengambil kesempatan memeluk dan memegang Ani... walaupun Ani menunjukkan wajah yang kurang senang ). Pada pukul 6.30 petang barulah Sim dan Ani berendam di dalam air. Mereka ingin melihat matahari terbenam sebelum pulang ke Resort.

“Cantiknya matahari terbenam... indahnya ciptaan tuhan. So sweet” kata Ani. Sim memandang Ani seketika sebelum membalas ;

“Matahari tu seperti lu” katanya.

“Aik? Aku pulak? Asal?” Ani kehairanan apabila Sim mengatakannya seperti matahari.

“Dari pandangan mata kita sekarang ni, matahari itu indah... cantik... menarik. Tapi cuba kita dekat kepada matahari... kita akan hancur... panas. Seperti kau.... depan mataku kamulah yang tercantik.... ayu... so sweet. Tapi bila aku dekat atau menyentuhmu. Kamu akan membakar diriku... menghancurkan aku... hangus” sim berfalsafah.

“Hahahahahahahahaha.... kau ni pandai berfalsafah jugak kan. Aku ingat kau ni samseng dungu. Malam ni tidur bawah lagi yer sayang. Dekat ngan aku... aku belasah kau.”

“Betul tak falsafah aku tadi.... kau ni cantik pada mataku... tapi bila aku mendekatiku.... kau akan membakar diriku..... kesiannya aku” Sim mengulangi lagi falsafahnya itu dengan harapan Ani mendengar dan memahaminya.

“Dahla... jangan nak jiwang sangat. Kau ingat aku ni cair ke? Dahlah! Jom balik... dah nak masuk waktu Maghrib ni. Kata nak pi pasar malam kat pekan Krabi. Nanti tak sempat pulak” Ani bangun dari tempat duduk, Sim menuruti langkahnya.

Malamnya selepas sembahyang Maghrib ( pertama kali aku menjadi imam kepada Ani... tapi selepas solat terus dia bangun....tak nak pun bersalam dengan aku... doa pun taknak tunggu... bila aku pusing belakang Ani dah menukar baju) mereka berdua pergi ke pekan Krabi. Sasaran mereka ialah berjalan-jalan di pasar malam pekan Krabi. Sim dan Ani menaiki Tuk-Tuk ke pekan Krabi yang mengambil masa 20 minit perjalanan dari Hotel ke pekan... naik tuk-tuk agak murah sedikit berbanding teksi... kalau nasib tak baik kena teksi yang cekik darah.. naik tuk-tuk baru 2 ringgit sorang... teksi dekat 15 ringgit.... jauh beza tu. Pasar ini lebih kurang macam pasar malam di Malaysia... ada jual makanan, baju-baju, barang basah, buah-buah, sayur-sayuran, minuman, barangan tiruan dan pelbagai lagi. Mereka hanya beli baju I Love Krabi dan Krabi Island untuk kami dan dihadiahkan kepada keluarga. Mereka tidak berani membeli makanan yang dijual kerana kebanyakkan peniaganya adalah peniaga bukan Islam. Tapi yang paling best atau uniknya di pasar ini adanya menjual sate serangga seperti Semut, Katak, Belalang, Cengkerik dan malah lipan pun ada... selamba jer orang Thailand makan... macam makan kacang putih. Geli siot... bayangkang macamana nak makan lipan goreng? Perghhhhhhh.... muntah aku bila aku bayangkan.

Selepas berjalan-jalan di pasar... mereka makan malam di Royal Tandoor Indian Restaurant yang menyediakan makanan halal ( dikatakan milik mamu Penang nasi kandar ). Sim makan nasi beriani kambing manakala Ani seperti biasa nan cheese dengan ayam tandoori. Harga makanan di sini agak mengejutkan Sim, 2 kali ganda dari harga di Malaysia. ( Mentang-mentang kat sini kedai dia je yang menjual makanan halal ala mamak. 2 kali ganda tauke restoran tapau pelanggan yer... ramai juga muka-muka Malaysia kat sini... bayangkan makanan kami dicaj hampir 30 ringgit). mereka kembali ke hotel semula pada pukul 11 malam dengan menaiki Tuk-Tuk. Sampaidi bilik terus Sim solat dan tidur sebab besok pagi-pagi sudah perlu bangun awal untuk meneroka pulau-pulau di sini ( Krabi terkenal dengan pulau-pulaunya yang indah ).

Pukul 6.00 pagi Sim dan Ani sudah bangun,selepas sembahyang dan mandi mereka duduk di lobi Hotel menunggu kenderaan agensi untuk membawa mereka berdua ke beberapa pulau yang telah termaktub di dalam pakej hotel. Pukul 7.15 pagi baru Van agensi sampai. Terdapat 2 lagi pelancong mat salleh yang turut serta dalam pakej ini. Mereka sampai di jeti dalam pukul 7.40 pagi kerana singgah di sebuah hotel lain mengambil 4 lagi pelancong yang mengambil pakej yang sama dengan Sim. Kami menaiki bot laju untuk ke beberapa pulau yang anda di lautan Andaman ini. Destinasi pertama adalah pulau yang dinamakan Pulau Ayam atau bahasa inggerisnya ‘Chicken Island’... pulau ini dinamakan pulau ayam kerana puncak bukitnya adalah seolah-olah seperti leher ayam. Di sini bot hanya mengelilingi pulau dan Sim mengambil gambar sahaja.

Kemudian bot bergerak ke Pulau yang dinamakan Pulau Buluh atau Bamboo Island. Di sini pengunjung diberi masa 3 jam untuk mandi, makan dan menikmati keindahan pantai. Pantainya bersih memutih, manakala airnya jernih sampai ikan pun boleh pengunjung nampak berenang-renang. Sim dan Ani bermain-main dan memberi ikan yang sangat jinak makan roti. Geli juga bila ikan ini meragut dan berebut-rebut makanan dari tangan mereka berdua. Paling best ada juga ikan Nemo yang turut meragut makan yang mereka berdua berikan. Kemudian Sim mandi laut di pantai pulau ini... memang best mandi dekat sini... airnya tidak berapa panas dan sejuk.... malah airnya jernih membiru... boleh nampak dasar laut. Pantainya memutih dan cetek... malah semasa mandi pun ada ikan yang seolah-olah berenang bersama Sim. Kemudian Sim membilas badan dan menukar baju di lodge yang disediakan. Mereka berdua pergi ke kedai makan yang ada di pulau ini. Disebabkan rasa was-was akan status halal dan haram mereka berdua hanya makan di kedai yang menyediakan makanan vegetarian. Terdapat juga beberapa pak arab dan orang Malaysia yang makan di sini. Sim hanya menjamah sedikit makanan sahaja kerana tak lalu makanan yang hanyalah berasakan sayur. Ani 2 kali tambah.. katanya dia memang suka sayur... sebab itulah dia cerdik... siot tul... sempat lagi perli aku lagi.

Selepas itu mereka berdua terus ke kedai cenderamata yang terletak berhampiran kedai makan. Sim membeli rantai kunci dan pelekat peti ais sebagai cenderamata. Untuk Si Ani, Sim hadiahkan rantai perak yang buahnya terdapat huruf gabungan mereka berdua iaitu AK ( rantai berwarna emas dia tidak mahu... katanya itu untuk orang perempuan.. perak nampak kejantanan sikit ). Mereka berdua juga mengambil banyak gambar di sekitar Pulau ini. Pukul 1 tengahari mereka mula meninggalkan pulau ini untuk aktiviti snorkelling di Maya Bay. pengunjung diberi masa sejam untuk sesi snorkelling disini. Sim yang takut berenang di tengah laut telah ditarik oleh Ani ke dalam dasar laut. Ani memimpin Sim untuk bersnorkelling. Malah dia memegang erat pinggang Sim untuk menyimbangkan badan. Selepas 30 minit Sim naik ke bot. Sim sudah tidak larat lagi untuk bersnorkling..... tetapi Ani masih lagi bersnorkelling. Sim merasa kagum apabila melihat Ani menyelam ke dasar untuk melihat batu karang. Selepas Ani naik ke dalam bot dan membuka gogelnya ;

“Apalah kau ni.. penakut! Bukannya kau lemas pun... tu ada gogol tu. Kau selamatlah... baru setengah jam dah semput. Apala kau ni” Ani mengejek sim.

“Aku mana pernah snorkelling ni... pakai gogel. Rasa macam nak lemas jer. Susah nak bernafas gunakan binatang ni. Berenang pun tak pandai... lainlah kau... dah pro nampak. Selalu ker buat kerja ni?.”

“Aku memang suka snorkeling ni. Rugilah kau... banyak ikan dan terumbu karang yang cantik-cantik kat sini. Tapi lebih cantik terumbu karang kat Redang atau kat Sabah... sini banyak yang warna kuning sahaja. Kat Sabah berwarna-awrni kau tahu.. memang cantiklah.”

“Kau untunglah... boleh berenang. Boleh menyelam kat dasar laut. Aku tengok je la dari sini.”

“Penakut” Ani mengejek Sim sekali lagi. Sabar je lah.....

Selepas bersnorkelling pengunjung dibawa pula meninjau pulau-pulau batu kapur yang banyak terdapat disini. Bot bergerak ke gua Viking di mana terdapat sebuah gua di bawah pulau yang boleh dimasuki bot laju kami yang kecil. Bot perlahan-lahan menyusuri dalam gua tersebut. Kemudian bot ke lagun yang ada di pulau tersebut. Airnya biru kebiruan dan tidak beberapa jernih... kata pemandu pelancong air tersebut banyak mengandungi sulfur yang datangnya dari pulau batu kapur yang banyak terdapat di situ.. sebab itu airnya berwarna biru dan agak keruh. Pengunjung tidak dibenarkan meminumnya.. hanya boleh bau air di tapak tangan sahajai.. memanglah... ada bau minyak tanah sikit.

Selepas itu kami di bawa ke pulau terakhir iaitu Pulau Monyet. Dinamakan Pulau Monyet kerana hanya terdapat Monyet yang menghuni pulau ini ( macamana monyet datang ke pulau ini? Naik sampan ker? ). Sim memberikan Monyet-monyet di sini makan roti dan pisang ( dijual oleh nelayan yang bot mereka diletakkan di gigi air... pelancong boleh beli samada pisang, kekacang, air tin atau jajan untuk diberikan kepada Monyet... harga 2 kali ganda mahalnya.. patutlah monyet kat sini gemuk-gemuk ). Malah ada yang menghulurkan makanan ringan dan air tin. Monyet-monyet di sini jinak dan pengunjung boleh mengusapnya tanpa rasa takut.... tapi Monyet betina yang ada anak di pangkunya kena berhati-hati sedikit... selalunya ibu Monyet ni garang sikit. Pada pukul 5.30 petang Sim dan Ani menaiki bot untuk kembali semula ke darat.

Mereka berdua sampai di Hotel lebih kurang pukul 6.40 petang. Mereka terus ke Cafe Resort untuk menikmati makan malam. Makanan di sini halal tapi memang mahal harga yang dikenakan. Bayangkan harga makanan dicaj untuk 2 orang hampir RM100. Tapi Tomyam memang sedap giler... kalah kedai tomyam di Malaysia...... maklumlah tukang masak original dari Thai. Lepas makan, mereka masuk ke bilik untuk mandi dan solat kerana pukul 10 malam nanti ada pertunjukkan khas oleh pihak Resort untuk menghiburkan para pengunjung.

Pukul 10.00 malam Sim dan Ani sudah tercongok di tempat duduk yang disediakan untuk melihat persembahan. Bermula dengan persembahan badut, kemudian haiwan, pertunjukan api, tarian separuh bogel oleh bapok ( Sim turut menari sama ) dan diakhiri dengan tarian tradisional. Persembahan tamat pada pukul 12.00 tengah malam.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.