BAB
6
Berterus-terang
Sampai di rumah Dato Malek, Sim ditempatkan di bilik bawah iaitu di bilik
tetamu. Sim diberi baju kepunyaan abang Ari. Boleh pakai tapi besar sikit. Setelah
mandi, Sim berbaring sambil termenung di dalam bilik. Tadi beliau sudah minum pagi bersama Dato Malek. Sim perasaan bahawa Datin macam tak suka
bermenantukannya. Di meja makan, Datin hanya berbual dengan Dato dan anaknya, Sim merasakan beliau seperti tunggul dibuatnya... seolah-olah tidak wujud. Sim bermonolog
sendirian ;
“Lepas Asar aku nak kena
kahwin dengan Ari. Adoi... rasa kahwin dengan jantan la pulak. Rambut pendek,
kasar... pakai cam lelaki. Mak dia tu pun macam taknak terima aku..... macam
aku ni musuh dia pulak. Taulah aku ni takde duit. Dato pulak ayahnya nak tembak
aku kalau aku tak kahwin... perghhhh. Kacau-kacau” Sim memeluk bantal dan menyambung monolog ;
“Tapi elok jugak kahwin
dengan anak pegawai kanan polis. Abang Ali dan geng tentu tak berani kacau aku
lagi. Menantu Polis.... lagipun boleh bersihkan nama aku. Bukan aku yang
songlap duit dorang. Lagipun aku dah lama jadi penyangak, tiba masa untuk aku
cuci tangan dan cari rezeki halal. Tapi nak ker si Ari ni terima aku.
Silap-silap diteranjangnya aku pada malam pertama. Hhahahahahahahaha” Sim tergelak
sendirian sambil mengenangkan bagaimana Ari nak menerajangnya dari katil. Sim terus dan terus termenung mengenangkan masa depan yang tidak pasti ;
“Nampaknya selepas ini
aku kena cari kerja la pulak. Setakat ada PMR apa aku boleh buat. Kerja buruh
bolehlah... nanti. Baru aku teringat... aku ada sedikit simpanan. Boleh la buat
modal berniaga... berniaga burger ker? Tapi berapa sen sangat aku boleh dapat.
Arghhh! Nanti aku pikirlah hal ni. Lagipun Ani tu masih belajar lagi. Dia ada
duit sendiri....” Sim terus bermonolog....
Sementara di bilik
kelamin, Dato Malek sedang mengosok baju dan sepatunya. Manakala Datin pula
mengosok baju yang bakal dipakai oleh menantunya pada hari pernikahan petang
nanti. Baju itu adalah baju pernikahan anak lelaki yang kedua yang masih
disimpan di bilik anaknya itu. Digunakan balik kerana itula pilihan yang ada
untuk dipakai Sim nanti. Di saat akhir ini mana nak cari baju nikah. Baju Dato
Malek semuanya besar-besar belaka ;
“Abang... abang nekad ker
nak kahwinkan anak kita ni?” tanya Datin Saadah yang masih ragu-ragu dengan
keputusan suaminya.
“Entahla Adah. Tapi itu
jer pilihan yang abang ada....” jawab Dato Malek.
“Tapi bang..... si Kassim
tu baru buang kerja. Macamana nak cekau duit bagi nafkah anak kita. Si Ani tu
tahu je lah. Barang nak branded jer, makan pun tempat-tempat mahal... ada
class. Mampu ker menantu kita tu?” Datin Adah bimbang.
“Sebenarnya semua ni
salah kita Adah. Kita terlalu manjakan sangat Ani tu. Maklumlah anak perempuan
seorang. Bagilah dia rasa tanggungjawab dan kesusahan sedikit. Pasal Kassim tu,
nanti abang tanyakan kawan abang samada ada peluang kerja kat Bangi tempat Ani
belajar. Dia kena dekat dengan Kassim. Tak boleh seorang duduk kat Kedah,
seorang lagi kat Selangor. Dah kahwin
tak boleh gitu. Macam kita... mana abang bertugas abang bawa Adah dengan
anak-anak. Walaupun kat Sabah” Dato Malek mengimbau kenangan lalu.
“Kassim tu anak siapa
bang... siapa keluarganya? Tah-tah anak gangster mana... abang kena siasat dulu
bang... jangan main suka jer kahwinkan anak kita dengan orang yang kita tidak
tahu asal-usulnya” mak Adah masih lagi membantah keputusan suaminya.
“Jap lagi abang tanya
asal-usulnya. Abang tadi sudah telefon anak-anak kita along dan angah supaya
balik secepat mungkin. Abang dah terang dan jelaskan semuanya kepada mereka...
Insya Allah sebelum Asar sampailah diorang tu.”
“Apa kata anak-anak kita
tu bang?” tanya Datin Adah.
“Diorang terperanjat pada
mulanya... tapi diorang dapat menerima. Diorang akan balik secepat mungkin.”
“Abang... boleh ke Ani
jadi seorang isteri?” Datin Saadah menyuarakan kebimbangannya.
“Itu kita berdua
bertanggungjawab untuk membimbingnya. Adah ajarkan dia tanggungjawab sebagai
seorang isteri. Ajar masak ker, kemas rumah. Ani manja dengan Adah. Mesti dia
akan dengar cakap Adah. Abang akan nasihatkan Kassim dengan Ani. Membimbing
mereka menjadi suami isteri yang bertanggungjawab” Dato Malek bangun dari
kerusi malasnya.
“Awak pulak janganlah
sisih menantu kita tu. Saya tengok tadi masa sarapan awak buat dek sahaja
dengan menantu kita. Nanti dia terasa pulak..... dia menantu kita.. layan
secara adil seperti mana Adah layan menantu-menatu kita yang lain” sambung Dato
Malek lagi
“Sakit hati saya bang
buat anak kita macamni.”
“Alah. Baik buruk pun
menantu kita jugak. Dia tu takde mak bapak. Dahla saya nak keluar ni” Dato
Malek bangun dari kerusi malasnya.
“Ha... abang nak kemana
pulak tu” tanya Datin Saadah.
“Abang nak jumpa bakal
menantu kita. Nak bincang sikit-sikit pasal petang ni. Baju nikah tu dah siap
gosok ke belum?” tanya Dato Malek.
“Dah bang... nah bagilah
baju ni kat Kassim” Datin Saadah menghulurkan baju tersebut kepada Dato lalu
Dato Malek pun mengambil dan terus keluar dari bilik. Datin Saadah mengeluh....