Home Novel Komedi/Romantik Komedi Sim dan Ani ; jodoh itu rahsia Allah
Sim dan Ani ; jodoh itu rahsia Allah
NaimTamdjis
29/1/2013 21:10:06
265,725
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
Bab 22 ; kejutkan Ani dan pergi temuduga

BAB 21

Dato Khaidir

Isnin minggu kedua bulan 7 tahun 2012... hari ini Sim akan pergi menghadiri temuduga di syarikat milik kawan karib bapa mertuanya, Dato Khaidir. Sim bangun seawal pukul 6.00 pagi dan terus sembahyang Subuh keseorangan. Kemudian Sim pergi membeli sarapan di gerai berhampiran rumahnya ( jalan kaki jer... buat senaman sekali ) dan terus bersarapan tanpa ditemani Ani... Ani belum bangun lagi. Pukul 7.15 pagi Sim mengejutkan Ani dengan mengetukkan pintu biliknya. Hampir 3 minit barulah pintu dibuka, Ani yang masih mengantuk membukakan pintu biliknya ;

“Ha... apa benda yang awak nak ni? Pagi-pagi dah ketuk bilik orang” terpisat pisat Ani... matanya separuh buka ;

“Bangunlah... kata ada kelas pukul 8... ni dah 7 suku dah ni. Karang terlambat.”

“Yelah... saya bangun la ni. Terima kasih.”

“Sarapan ada atas meja tu. Saya dah belikan.”

“Ok” lantas Ani menutup pintu. Patutnya Ani yang kejutkan aku... aku pulak kejutkan dia..... nasib-nasib. Sim terus masuk ke biliknya untuk bersiap. Pukul 7.35 pagi Sim dari bilik.... Ani belum keluar lagi dari biliknya. Sim berjanji dengan Dato Khaidir bertemu dengannya pada pukul 8.30 pagi. Sim perlu bergerak sekarang kerana pejabat Dato Khaidir terletak di Cheras... jalan jem kalau aku tak bergerak sekarang. Takut lambat... ini temuduga peribadi aku. Tak boleh lambat... aku mengetuk pintu Ani ;

“Apalagi ni?” Ani sedang berkemban terpisat-pisat.

“Aku nak gi interview dulu.”

“Ok.. bye2” lantas Ani menutup pintu.

“Jangan lupa kunci rumah” sahut Sim di luar pintu bilik Ani. Bukan nak bagi semangat ke apa si Ani ni. terus tutup pintu.. Ani.. Ani.  Sim terus keluar rumah menuju Cheras ke pejabat Dato Khaidir yang terletak di Wisma Chase Perdana, Cheras. Sim sampai dalam pukul 8.20 pagi... terus naik ke pejabat Dato Khaidir yang terletak di tingkat 3. Penyambut tetamu merangkap operator telefon sedang bermekap diri apabila Sim menyapanya ;

“Assalaimualaikum” Sim memberikan salam.

“Waalaikummusslam. Ye... ada apa yang boleh saya bantu?” penyambut tamu tadi menyimpan alat mekapnya ke dalam beg.

“Saya ada temujanji dengan Dato pukul 8.30 pagi ni.. nama saya Kassim bin Abdullah” Sim memaniskan wajah.

“Sebentar ye Encik Kassim’ sambil melihat sesuatu di dalam buku log.

“Ya betul. Encik Kassim memang ada temujanji dengan Dato... Encik Kassim sila berjumpa dengan pembantunya... dari sini... belok kanan terus... pejabatnya di hujung sekali” sambil menunjukkan arah ke pejabat Dato Khaidir.

“Terima kasih.”

“Sama-sama” Sim lantas berlalu pergi ke arah yang ditunjukkan oleh penyambut tetamu tadi. Sampai di sana Sim melihat beberapa pekerja sedang sibuk melakukan kerja masing-masing. Sim pergi ke arah meja yang dia rasa menempatkan pembantu peribadi Dato Khaidir. Pembantu peribadi perempuan tersebut menyuruh Sim menunggu di sofa kerana Dato Khaidir masih belum datang lagi ke pejabat. Pukul 8.50 pagi barulah Dato Khaidir tiba, dia pergi berjumpa setiausahanya dahulu sebelum pergi ke arahk Sim... Simaku bangun ;

“Assalaimualaikum... Kassim ker?” dia menghulurkan salamnya.

“Ye saya Kassim Dato” jawab Sim gugup... maklumlah temuduga... temuduga peribadi lak tu. Eh! Dato ini ada iras muka akulah sedikit,

“Marilah masuk ke pejabat saya” Sim menuruti Dato Khaidir. Sim dijemput duduk. Setelah Dato Khaidir meletakkan barang-barangnya dan duduk ;

“Maaflah lambat... saya hantar anak ke tadika tadi... jalan jem. Awak jangan terkejut pulak. Saya bukan kahwin lambat. Tapi anak saya dengan isteri muda. Hahahahahahahaha” nampaknya Dato ni peramah orangnya. Aku turut tergelak mendengar lawaknya ;

“Takpe Dato. Lagipun tak la lama sangat saya menunggu....”.

“Pagi semalam saya baru jumpa ayah mertua kamu. Ayah mertua kamu tu kawan baik saya. Sama-sama belajar dan masuk MRSM... universiti pun sama. Cuma saya tak masuk Polis bersama dengannya. Dia ada ajak... tapi saya ni kurang berminat masuk Polis. Maklumlah saya ni anak bongsu... anak manja. Saya mewarisi perniagaan ini dari ayah saya” terang Dato Khaidir mengenai hubungannya dengan ayah mertuanyA. Sim mengangguk perlahan.

“Oh! Jadi Dato terus mengambil alih perniagaan keluarga Datolah yer?” tanya Sim ramah.

“Eh! Takla... saya bekerja dahulu di syarikat swasta yang lain, ambil pengalaman. Umur 30 tahun bila saya dah bersedia baru saya mengambil alih perniagaan keluarga. Perniagaan keluarga saya banyak, inilah syarikat yang diberikan kepada saya untuk menguruskannya. Syarikat lain diuruskan oleh 2 orang abang saya. Dato Malek dah ceritakan segalanya dengan saya tentang awak. Dia meminta supaya saya memberi awak peluang untuk bekerja di syarikat. Saya setuju.. lagipun saya memang perlukan pekerja sekarang ni.”

“Dato taknak tengok resume saya dulu?” kata Sim sambil menghulurkan fail yang terdapat resumenya dan profil akademik.

“Takpe... saya dah tahu dah. Dulu bekas bekerja saya yang sijil berjela-jela. Ada diploma lak lagi pun songlap duit syarikat. Zaman sekarang ini susah nak cari pekerja yang benar-benar jujur. Lagi pandai dia belajar... lagi pandai dia putar duit saya. Tapi kali ini saya bagi peluang kepada awak. Awak pun dah ada pengalaman menjaga duit ni kan. Awak cuma perlu kutip wang dari mesin layan diri saya dan memasukkan ke dalam bank. Lepas tu buat rekod.. itu sahaja kerja awak... selain itu kembangkan perniagaan saya” terang Dato Khaidir sepintas lalu mengenai kerja yang perlu Sim buat nanti. Cepat jer aku boleh diterima bekerja di sini... betullah kata orang, kalau ada kabel.... cepat jer dapat kerja.

“Jadi saya diterima kerja la ni Dato?” tanya Sim tidak percaya.

“Ya... saya menawarkan awak kerja di syarikat saya. awak terima tak?.”

“Ya... saya terima tawaran Dato. Saya pun memang perlukan kerja ini Dato. Maklumlah dah kahwin ini... kenalah cari nafkah.”

“Ariani sehat? Bagus. Lama tak jumpa dia. Dulu saya ingat dia lelaki. Kahwin juga dia akhirnya. Kalau kamu terima... kejap saya panggilkan penyelia kamu. Resume kamu tu dan salinan sijil bagi saya yer. Nanti saya lihat dan panjangkan ke bahagian sumber manusia.”


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.