Selepas makan malam. bapa mertua Sim memanggilnya untuk berbincang sesuatu di
kerusi malas hadapan rumah di mana tempat ia selalu duduk Setiap malam.
Katanya angin di situ sejuk sedikit selain ia menjadi tempat bapa mertuanya membaca
buku atau laporan yang dia perlu semak. Dato Malek memulakan bicara ;
“Barang-barang sudah
dikemas Kassim?”.
“Sudah bapak. Hampir
separuh sudah dikemaskan... barang-barang kat rumah sewa pun sudah saya kemas tadi... banyak juga
barang yang hendak dibawa esok ini ke Bangi” jawab Sim.
“Kalau tak muat... bapak
boleh pinjamkan lori Polis. Kau bayarlah duit minyak dan tolnya. Bapak nak
cakap sikit pasal kes Fazzul tu. Hakim telah menjatuhkan hukuman... penjara 10
tahun dan denda 5 juta ringgit. Peguam Fazzul akan merayu di mahkamah rayuan. Fazzul
juga sudah memulangkan semula 30% dari wang pelaburan kepada pelabur. Lagi 30%
akan dibayar selepas rayuan. Jadi Kassim tidak perlu takut lagi. Mungkin masa
rayuan nanti Kassim akan dipanggil menjadi saksi pembelaan. Seperti biasa,
peguam bela memastikan Kassim bersimpati dan memihak kepada Fazzul. Jadi
berhati-hatilah... jangan terperangkap. Peguambela Fazzul tu licik sikit.”
“Yelah bapak... saya
sudah belajar dari pengalaman saya menjadi saksi dahulu. Saya telah diperangkap
dengan soalan peguam India tu. Peguam itu sungguh licik. Sedaya upaya peguam
itu akan memastikan kita memihak kepada pihak pembelaan. Tapi saya mengharapkan
Fazzul insaf akan perbuatannya. Sudah lama dia mencari rezeki dengan cara yang
tidak halal. Biarlah di dalam nanti dia akan menginsafi dirinya.”
“Satu lagi bapak nak
tanya. Macamana Ani?” soalan yang tidak dijangka oleh Sim.
“Ani? Kenapa bapak?.”
“Ani dah menerima kau
sebagai suami?” aduyai soalan cepumas.
“Belum lagi bapak” jawab Sim jujur.
“Belum?
Astafirullahalazim. Ani... Ani” bapa mertuaku mengelengkan kepala.
“Bapak jangan marahkan
dia. Beri dia ruang dan peluang untuk terima saya. Biarlah saya cuba menambat
cinta dan sayangnya dahulu” bapa mertuanya terdiam sejenak.
“Baiklah.. sebagai suami
pandai-pandailah kau menambat cintanya. Bapa mendoakan kamu berdua berdua
bahagia. Untuk pengetahuan kamu bapa akan meminta pertukaran semula ke Selangor
atau Bukit Aman.”
“Kenapa bapak?.”
“Mak kamu tu lah... dia
kata sunyi duduk kat sini. Semua anak-anak duk KL.... saudara mara pun ramai
kat Sabak. Dia kata kesunyian nanti duduk sini... maklumlah bapak sentiasa
sibuk dengan kerja. Tapi sebenarnya dia rindu anak kesayangan sorang ni.
Lagipun sudah 2 tahun kami duduk sini. Bapak pun lagi 3 tahun nak pencen. Ingat nak
buat rumah kat kampung Sabak tu. Bapak nak berkebunlah pulak... duduk sesaja
nanti bosan lah pulak. Tanah pun bapak dah beli 10 tahun dulu... sekarang ni
tanam getah. Pak su kau yang menoreh. Bapak sebenarnya tak betah dok bandar
ni.”
“Owh.... baguslah
bapak.... lagipun anak menantu semua duduk sini. Kesian Mad Adah tu... kalau
dia rindukan cucunya boleh datang melawat... dah tak jauh dah. Lagipun sedara
mara dekat.. kat Sabak tu jer. Saya ada
satu soalan pak... tak kisah ke bapak menerima saya sebagai menantu?” inilah
persoalan yang menghantui Sim selama ini.
“Eh! Apa pulak kau cakap
macamtu?” bapa mertuanya memandang Sim dengan kerutan.
“Kadang-kadang saya rasa
macam tak layak pulak menjadi menantu dalam rumah ni. Menantu-menantu bapak
semuanya berjaya. Kerja bagus-bagus. Saya
ni SPM pun takde... saya ni pun besok dapat kerja kuli je kot.. macam Mid..
dapat kerja sebagai pemandu” dipintas oleh bapa mertuanya ;
“Bapak tak pernah membeza-bezakan
menantu bapak. Walau kamu ni ada lulusan SPM, lulusan STP atau UPSR... kamu dah
jadi menantu bapak. Bapak akan menerima seadanya. Bapak nak kau berusaha...
mulakan semuanya balik. Bermula dari bawah... berniaga ke dulu. Pernah dengar nama
mendiang Boon Siew? Dia tu membaca pun tak tahu... tahu baca tulisan Cina jer.
Tapi dia adalah pengedar utama Honda dan seorang multi Bilion di Malaysia. Bapa
baca memoirnya, dia kata usaha gigih dan tanpa mengenal penat lelah menyebabkan
ia berjaya. Bapak mahu kamu jadi begitu, cari peluang perniagaan. Bapa tahu
kamu mempunyai sedikit modal. Sementara nak membangunkan perniagaan kamu tu,
carilah kerja sementara dulu” Dato Malek berhenti sejenak sambil menghirup
kopi.
“Itulah rancangan saya
bapak. Selepas ini saya ingat nak cari kerja... saya pun dah mula cari peluang
perniagaan melalu internet. Ada 2-3 idea yang melekat kat kepala saya ni...
saya juga telah membaca buku-buku berkaitan perniagaan.. terutama buku
berkaitan e-dagang” kata Sim jujur... memang sejak 2 minggu lalu Sim memang
membuat penyelidikan mengenai peluang perniagaan internet.... ialah.. kalau hendak mengharapkan kerja tanpa SPM kerja apalah yang dia akan dapat ;
“Baguslah. Bapak juga
sebenarnya dah carikan kamu kerja.”
“Kerja apa itu bapak?
Bapak ini susah-susah jer menolong saya” tanya Sim terharu... bapa mertuanya mengeluarkan
sesuatu dari diari kerjanya. Sekeping kad bisnes. Dia menghulurkan kepada Sim.
“Ini kad bisnes kawan
bapak. Namanya Dato Khaidir... pemilik rangkaian kedai Dobi dan mesin layan
diri... selain itu Dato ini banyak terlibat dalam perniagaan lain seperti
pembinaan dan perkhidmatan. Dato ni nak pakai orang menguruskan perniagaan
mesin layan dirinya” Sim mengangguk faham.
“Bagaimana tu pak
kerjanya?” tanya Sim berminat.
“Maksud bapak mengambil
wang dari mesin layan diri dan memasukkan dalam bank. Sebelum ni dia ada
pekerja yang membuat kerja ini. Tapi mengelapkan wang syarikat dan telah
diberhentikan. Telahpun didakwa.”
“Saya menguruskan dan
mengambil wang dari mesin? Kerja yang merbahaya tu pak... nanti kena rompak
pulak tengah jalan.”
“Ya... tapi bukan kamu
seorang yang pi ambil duit tu. Kamu akan ditemani oleh seorang pengawal bersenjata
dan seorang juruteknik serta seorang pembantu... kamu ini dikira sebagai team
leader la. Lagipun kalau kamu kena rompak, bapak akan cari perompak itu sampai
dapat... kamu lupa ker sapa bapa mertua kamu ni?” terang Dato Malek lagi.
“Hahahahahahahahaha.....Oh
begitu. Kalau ada pengawal takpelah. Baiklah... saya akan hubungi Dato ni bila
saya dah duduk di Bangi nanti” bagus gak kerja ni.
“Nanti kalau dah
dapat.... kerjalah dengan bersungguh-sunguh. Jujur dan amanah dalam pekerjaan.
Jangan malukan nama bapak. Boleh? Bapak yang perkenalkan kamu kepadanya,
buktikan padanya kamu pun boleh berjaya walaupun kelulusan kamu tidak seberapa”.
“Insya Allah, boleh pak” Sim berjanji kepada bapa mertuaku.
“Bagus... kamu tentu nak
berkemaskan? Pergilah masuk bilik tidur. Bapak ada kerja sikit... maklumlah,
pegawai kanan Polis ini banyak dokumen nak kena semak... dokumen siasatan lagi...
kerja tak pernah habis.”
“Terima kasih bapak.
Bapak banyak membantu saya... budi bapak akan saya balas suatu hari nanti”
kataku sambil bangun dan memeluk bapak mertuanya. Terharu seh......