Home Novel Komedi/Romantik Komedi Sim dan Ani ; jodoh itu rahsia Allah
Sim dan Ani ; jodoh itu rahsia Allah
NaimTamdjis
29/1/2013 21:10:06
266,412
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
bab 7 ; Datin Saadah

BAB 7

Datin Saadah

Setelah Dato Malek keluar, Datin terus mengosok baju yang akan di pakai. Baju itu dibeli di Singapura oleh Datin untuk Ani anaknya. Konon-kononnya hendak dipakai semasa raya tahun ini. Walaupun pada mulanya Ani anaknya menolak pembelian emaknya itu..... tapi ia menerima juga baju tersebut setelah dipujuk oleh ibunya. Setelah mengosok baju tersebut Datin menyangkutnya.. diambil pula cadar baru yang tidak pernah dipakai di stor. Lantas membawa kedua-dua barang tersebut ke bilik Ani di tingkat atas. Sampai di hadapan pintu bilik Datin Saadah Mengetuknya, setelah anaknya membenarkan masuk... Datin Saadah membuka pintu dan kelihatan anaknya hanya berbaring sahaja di atas katil ;

“Lah anak mak ni... kenapa tidur lagi? ni sudah pukul 12.30 ni. Sudah bangun. Ini ada baju nikah mak dah gosok” Datin Adah menunjukkan baju yang telah digosokkan olehnya kepada Ani. Baju kebaya berwarna krim.. sama padan dengan baju pengantin lelaki yang juga warna krim.

“Aduh... Ani malas la mak. Ngantuk malam tadi tak hilang lagi. Boleh tak Ani tidur lagi sekejap” Ani memberi alasan.

“Ani... Ani bercakap dengan siapa ni? sudah Ani... bangun. Dengar cakap mak ni” lembut Datin memujuk anaknya.

“Yelah-yelah” Ani bangun dan duduk di sebelah ibunya.

“Macam itulah anak mak. Bakal pengantin tidak boleh malas-malas.... tak boleh buat muka masam” Datin Adah memujuk anaknya.

“Mak terima ke si busuk itu sebagai menantu? Ani tidak mahu kahwin la mak dengan mamat tu. Ani tidak kenal pun dia tu.... entah dari mana datangnya. Tiba-tiba terpancul depan rumah ni. Entah-entah alien” Datin Adah mengeleng melihat teletah Ani.

“Ani... emak tak pernah ajar Ani panggil orang si busuk.... tidak pernah ajar Ani panggil orang dengan perkatan tidak baik. Apa ni panggil orang busuk, Alien semua tu. Pada mulanya emak juga tidak mahu si Kassim tu jadi menantu emak. Tapi demi menjaga maruah keluarga dan nama baik ayah.. lagi pulak si Kassim tu baik orangnya. Mak harap ayah dapat membentuk Kassim sebagai suami kamu dengan sebaiknya... tugas mak pula memastikan kamu menjadi isteri yang bertanggungjawab” jelas Datin Adah.

“Apa? Mak pun dah setuju... adui! Mak hendak mengajar saya masak ke? Oh pliz ma. Jiwa saya bukan ke arah tu. Baik ke budak tu mak? Tah-tah depan mak dengan bapak dia baik... belakang... Nauzubillah” Ani memegang tangan maknya merayu.

“Ani.... tugas seorang isteri lebih dari itu... memasak hanya sebahagian sahaja. Mengemas rumah, sidai kain, basuh baju dan sebagainya. Seperti mana emak melayan bapak kamu selama ini” jelas Datin Adah.

“Sampai mak sanggup berhenti kerja?.”

“Itu keputusan mak... bukan bapak kamu yang memaksa mak berhenti. Masa itu bapak kamu kena bertugas di Sabah. Abang kamu masih kecil... kamu masa itu belum ada lagi. Jadi sebagai isteri, mak bertanggungjawab untuk mengikuti bapa kamu ke mana sahaja. Seorang isteri perlulah berada di sisi suaminya semasa susah dan senang. Ini pengorbanan mak, untuk membesarkan kamu semua” jelas Datin Adah.

“Saya kena kahwin jugaklah dengan Kassim ini. Tapi saya tak cintakan dia la mak....” Ani masih lagi memujuk emaknya.

“Mak dengan bapak kau pun dulu pun disatukan oleh keluarga kami. Kami tidak pernah bercinta sebelum kahwin. Tetap bertahan sampai sekarang. Tak kenal dan bercinta pun sebelum kahwin. Ani, percayalah... bercinta selepas kahwin manisnya lebih dirasai” terang Datin Adah mengimbau kenangan lalu bersama Dato Malek.

“Mak tidak takut atau ada perasaan tidak mahu terima ayah? Was-was ke?” tanya Ani.

“Mulanya mak bimbang juga. Maklumlah hanya melihat gambar bapa kamu yang diberikan oleh ibu mak. Masa tu muka bapak kamu gelap sangat... maklumlah baru habis latihan Polis. Jadi sebelum bapak kamu ditempatkan ke mana-mana negeri, maka orang tuanya ingin menjodohkan bapakmu dengan mak. Nenek kamu berkata inilah jodoh yang terbaik untuk mak... baik, hormat orang tua, tegas tidak suka berfoya-foya. Maka emak pun bersetuju menerima pinangan keluarga bapak kamu” cerita Datin Adah.

“Tapi tu zaman dulu mak. Bolehlah... ini zaman Milinieum. Orang muda sekarang mencari jodohnya sendiri... mana ada main matching-matching lagi mak” Ani tetap tidak bersetuju untuk menerima Kassim.

“Kalau Ani sayangkan mak... terimalah seadanya Kassim tu. Cubalah mencintai dan menyayangi si Kassim seperti mana mak menyayangi dan mencintai bapa kamu” Datin Adah memeluknya. Ani akur di dalam pelukan maknya. Tapi dia hanya menikahi Kassim untuk menjaga nama baik orang tuanya.... hendak menerima Kassim? Minta maaf... Ani tidak mencintai Kassim.

“Baiklah mak... demi mak dan ayah saya terima perkahwinan ini. Saya tidak mahu mak bapak bersedih” Datin Adah meleraikan pelukannya.

“Terima kasih Ani. Sudah! bangun... mak nak tukar cadar ni. Sudah berkempam cadar kamu ini Ani. Berapa zaman tidak tukar ni? Hendak tangan emak jugak mengemas bilik kau ni. Kalau mak tak masuk bilik ni setahun.. setahunlah bilik ini tak berkemas. Ani ni anak dara tau.... bukan jantan” ngomel Datin Adah.

“Oh no..... cadar warna pink ke tu mak??? Yang saya tidak mahu pakai tahun lepas?” kata Ani apabila melihat cadar yang ingin dipasang Datin Adah.

“Yelah... cadar mana lagi mak hendak cekau waktu-waktu gini. Ini saja yang ada dan tidak pernah dipakai. Dah bangun cepat... mandi. Kejap lagi abang-abang kau yang berdua tu nak datang” Ani bangun dan mengambil baju yang disangkutkan oleh maknya di besi gril tingkap.

“Abang dah tahu ke pasal ni?” tanya Ani.

“Sudah la... semua ambik cuti mendadak hari ini. Bapak kamu dan beritahu mereka pagi-pagi buta tadi. Bila-bila masa mereka sampai dengan keluarga dan cucu-cucu mak.”

“Bagaimana reaksi mereka mak?.”

“Terperanjatlah... tak percaya yang kamu kena tangkap basah. Tapi abang kamu sporting.... katanya lebih baik kawinkan kamu dari pergi dari jauh dan menjatuhkan maruah bapak. Mereka ok sahaja... tolong la mak ni sikit pasang cadar ni” Ani menolong maknya memasang cadar.

“Kenapa tiap-tiap kali orang kahwin kita kena beli cadar baru? Pastu orang mula sibuk hendak tengok katil pengantin. Terutamanya orang-orang tua di kampung. Lemas lah saya” Ani menyatakan ketidakpuasan hatinya.

“Hahahahahahahaha.... entahla. Memang sudah adat kot dari dulu. Kalau kamu hendak tahu, masa emak kahwin dahulu... cadar dan barang-barang perkahwinan semuanya dibeli di Singapura. Membeli belah di sana dahulu barang murah. Sebab tu mak ambil cadar baru ini. Manalah tahu ada jiran-jiran nak tengok pelamin pulak” akhirnya siap juga cadar dipasang oleh kedua beranak itu.

“Alamak mak... warna pink ini tak sesuai dengan jiwa saya” Ani memang tidak suka cadarnya warna pink... dia lebih suka cadar berwarna terang dan garang.

“Dah... jangan banyak komen. Guna saja apa yang ada. Mak pun dah mintak kakak ipar kau bawakan alat mekap. Bilik kau ni pun bukannya ada mekap... gincu pun tiada. Apela hendak jadi dengan kamu ini Ani... deodoran dan pencuci muka pun kamu beli untuk dipakai lelaki. Minyak wangi pun kamu beli jenama untuk lelaki. Kamu ni jantan ke perempuan?” Datin Adah mula berleter dengan anaknya.

“Mak... saya ni dah macam tomboi. Mana pakai mekap ni semua..... saya kena mekap ke nikah nanti... aduh” Ani mengelengkan kepalanya.

“Iyalah. Habis tu? Hendak jadi macam jantan? Nanti tok kadi keliru samada dia nikahkan jantan sama jantan atau sama perempuan. Tudung juga mak sudah mintak mereka bawak.”

“What! Tudung... why? Saya tengok ada artis tu selamba saja nikah kat Masjid tidak memakai tudung. Rimaslah mak.”

“Jangan nak mengada.... hendak mengikut artis itu buat apa? Rambut Ani ini sudahlah pendek sangat... eloklah pakai tudung. Cantik Ani nanti... lagipun dalam Surau kan. Rumah Allah. Kita kenalah menutup aurat... tudung tu wajib Ani.. ingat tu... setiap rambut yang dilihat oleh lelaki bukan muhrim kita... maka berdosalah kita” leter Mak Adah.

“Hari ni saja ye mak.... selepas ini jangan paksa Ani pakai tudung. Saya rimas lah mak... saya mana biasa pakai tudung-tudung ni” Ani merayu kepada emaknya.

“Tak.... mak tidak akan paksa, selepas ni lepaskanlah tanggungjawab kami kepada suami Ani. Suami Anilah pula membimbing Ani. Sudah! Pergilah mandi cepat... sudah dekat pukul satu ni.”

“Ok” Ani mencapai tuala dan berlalu pergi ke bilik mandi. Datin Adah mengeleng kepala melihat telatah Ani. Beliau terus mengemas bilik Ani yang bersepah. Macamanalah kau nak berlaki ni. Bilik sendiri pun mak juga yang kemas- gumam Datin Adah di dalam hati.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.