BAB 26
Sim Disoal
Sim duduk di kandang saksi... dengup jantung jangan ceritalah. Dup
dap.. dup dap..... Peguam Pandian bangun menuju ke arah Sim.
“Encik Kassim.... apakah
hubungan Encik Kassim dengan Encik Fazzul?’ dia memulakan bicara.
“Majikan dengan pekerja” jawab Sim yakin.. beliau cuba sedaya upaya menyembunyikan kegugupannya.
“Sepanjang pekerja dengan
dia... adakah Encik Fazzul pernah melakukan perkara yang tidak baik kepada
anda?.” Macam mengulang soalan jer... sudah takde idea ker... oh... supaya abang
Fazzul dipandang baik oleh Mahkamah.
“Tidak pernah.”
“Bagaimana
perwatakkannya?.”
“Periang, suka membantu,
memberi layanan yang baik kepada saya... tidak pernah marah-marah. Gaji dibayar
tepat pada masa.” Kata Sim jujur ;
“Anda pernah pekerja 5
tahun dahulu dengannya sebagai pembantu perniagaan haramnya bukan?” aduh! Soalan yang
tidak dijangka.
“Ya... saya membantunya
sebagai runner membekalkan barang tiruan dan DVD haram... tapi masa itu saya
terdesak.”
“Kenapa terdesak?”
“Saya berterus terang....
saya ini anak jalanan.. hanya ada sijil PMR sahaja. Jadi apa kerja di Kuala
Lumpur nak buat dengan sijil itu. Nak jadi buruh atau pembantu kedai semua
dimonopoli oleh pendatang.. nak meniaga saya takde modal. Jadi peluang abang
Fazzul beri takkan saya tidak mahu. Nak hidup... tapi saya tak masuk kumpulan
gengster Abang Fazzul” tegas Sim.
“Jadi... betullah jika
saya katakan Fazzul begitu baik terhadap kamu dengan memberi kamu kerja dari
merempat. Betul” Sim memandang abang Fazzul... mata bertemu mata
“Benar.. abang Fazzul
yang membantu kami masa susah dahulu. Tuan Peguam... tolong jangan gunakan
terma merempat. Saya rasa kurang senang dengan perkataan tu” ada pulak aku ni
merempat. Sim tidak berpuashati...
“Baiklah saya minta maaf
Encik Kassim... jadi, encik Kassim mengikutnya bekerja di Kedah?.”
“Ya... benar. Tapi masa
tu saya ditipu oleh Fazzul.. dia sendiri yang mengatakan pelaburan ini sah.
Siap daftar dengan pihak berkuasa... lagipun sampai bila kami nak jadi Runner.
Saya nak jugak kerja secara halal.”
“Adakah patut Encik
Fazzul hukumannya dikurangkan?.”
“Terpulang kepada
Mahkamah.”
“Saya ulangi... dari segi
pendapat peribadi Encik Kassim... patut atau tidak Fazzul hukumannya
dikurangkan?” hendak juga supaya Sim bersimpati dengan Fazzul.
“Berilah hukuman setimpal
dengan kesalahannya... saya bersetuju jika hukuman dikurangkan tapi setimpal” Sim mengalah.. soalan ini memerangkap aku..... Pandian tersenyum.
“Itu sahaja soalan saya
Tuan Hakim. Kesimpulannya pekerja sendiri mengakui Encik Fazzul adalah seorang
yang baik. Tidak mungkin akan mengulangi perbuatannya lagi. Berilah hukuman
yang setimpal... ringankanlah hukumannya.” Peguam Pandian duduk... kemudian
Pendakwaraya bangun dan menuju ke arah Sim... dia hanya tersenyum ;
“Encik Kassim..... pada
pandangan anda, andakah tindakan menyembunyikan fakta sebenar tentang kewujudan
syarikat dan melarikan diri ke Siam itu adalah sesuatu tindakan seorang yang
baik?” sinis Peguambela,
“Soalan adalah
berdasarkan spekulasi semata-mata” Peguambela abang Fazzul bangun dan membentak.
“Spekulasi? Saya Cuma
hendak meningkah hujah Peguambela. Kononnya Encik Fazzul suci sangat... baik
sangat. Itu sahaja.”
“Tapi” pengetuk kayu
diketuk 3 kali. Keadaan senyap semula ;
“Bantahan ditolak..
alasan Pendakwaraya diterima” tegas Hakim.. Peguambela merungut... nampaknya
Hakim kali ini tegas.... susah Peguambela hendak memusing....
“Saya rasa memang tujuan
Fazzul untuk melarikan wang pelabur atas tindakannya yang Encik sebutkan tadi.”
“Jadi... kesimpulan saya
memang Encik Fazzul ini mempunyai personaliti untuk membuat jenayah. Jadi
Mahkamah yang mulia ini sepatutnya memberi hukuman yang berat dan setimpal
dengan kesalahannya.. sekian” tak sangka betul Pendakwaraya ini walaupun
soalannya sempoi... tapi relevan dan tepat kena pada abang Fazzul dan
Peguamnya. Benarlah kata orang jangan buat kesimpulan mengenai satu buku hanya
berdasarkan kepada kulitnya sahaja. Simkemudian duduk semula ke kamar saksi...
kemudian saksi ketiga dipanggil iaitu seorang pegawai penyiasat kes ini...
iaitu Inspektor Azizi Adnan. Sim melihat jam sekarang sudah pukul 11.30 pagi.
Kemudian setelah saksi ketiga ini selesai memberi keterangan... Tuan Hakim
memerintahkan Mahkamah akan bersambung semula pada pukul 2 petang. Mahkamah
berhenti bersidang seketika pada jam 12.30 tengahari. Sim yang baru keluar dari
pintu Mahkamah ditegur oleh Peguam abang Fazzul ;