BAB 10
Pelabur
Sim dan Mid tiba di rumah Dato Malek pada pukul 2 petang. Mereka berdua langkah kanan kerana keluarga Ani baru sahaja
lepas makan tengahari. Sim mengajak Mid menemaninya makan bersama. Masa itu juga Sim memperkenalkan isterinya kepada Mid. Selepas makan, mereka berdua berbual-bual seketika
dengan abang-abang Ani. Pada pukul 3.30 petang, Sim dan Mid meminta diri untuk pulang semula kerumah sewa bagi menghantar Mid ke rumah sewa mereka. Di dalam perjalanan ;
“Bini kau kalau tak pakai
tudung macam lelaki la” Mid memulakan perbualan.
“Taw tak per.”
“Tapi aku tengok bini kau
baik aja. Siap melayan kita makan lagi. Siap hidang dan duduk sebelah kau. Malah
siap senduk lagi. Tapi cakap memang macam lelakila. Kasar.... abang-abang dia
juga baik... frenly.”
“Depan keluarga dia
memang la dia baik... pijak semut pun tak mati. Tapi bila dalam bilik hanya kami
berdua sahaja. MasyaAllah macam singa... singa pun kalau bertembung dengan bini aku
ni.... mau lari.”
“Hahahahahahahaha...
nasib kau la Sim. Eh! Asal keluarga kau tak cakap utara? Diorang bukan orang
sini ker?” Mid menyatakan kehairanannya.. memang, sepanjang perbualan dengan
abang-abang Ani.... tiada langsung slanga utara yang keluar ;
“A ah! Keluarga mertuaku
bukan orang sini. Diorang orang Selangor. Orang Sabak Bernam... baru duduk sini
setahun setengah sebab bapa mertua aku naik pangkat di sini.”
“Oh! Patutla” habis sahaja
Mid berkata 2 buah kereta muncul secara tiba-tiba dan hendak menghimpit kereta Sim. Sim menoleh ke arah
kereta tersebut untuk melihat siapa pemandunya. Sah geng pelabur ni ikut
kami... kenapa aku tak perasaan.
Kereta Wira yang menghimpit kereta di sebelah kanan membuka tingkap, abang Ali mengarahkan Sim berhenti ;
“Ketepi.... ketepi. Aku
kata berhenti! Oi berhenti oi! Nok Haram!!!” kata abang Ali. Sim dengan Mid ketakutan, tak
sangka bala datang.
“Macamana Bro? Ramai gak
tu... 2 kereta” kata Mid gemuruh.
“Nak taknak kita kena hadap...
aku memang berbulu dengan abang Ali tu. Kau ambik pengunci stereng kat belakang..
ada kat bawah seat” tah macamana tiba-tiba datang pulak semangat untuk Sim berhadapan dengan abang Ali. Mid mengambil pengunci stereng di belakang. Memang
ada 2 set dalam kereta Sim... manalah tau ada yang nak merompak, ada jugak senjata
nak mempertahankan diri. Lagipun pengunci stereng ni keras.. besi padukan..
sekali hayun kat kepala mahu pecah kepala orang tu. Sim memberhentikan kereta
di bahu jalan, diikuti oleh 2 buah kereta tersebut. Mereka berdua membuka pintu kereta
dan keluar, ada lebih kurang 10 orang yang keluar dari kereta geng pelabur.
Pengunci kereta Sim dan Mid genggam erat.... bersedia dengan segala kemungkinan ;
“Wah! Pengantin baru...
apa bawak senjata ni? Awak tu darah manis. Nanti senjata makan tuan karang. Tak
sempat nak honeymoon lagi... nanti honeymoon kat hospital” abang Ali memulakan
bicara diikuti dengan gelak ketawa kawan-kawannya di belakang. Macam lah lawak
sangat ;
“Oi gemuk! Tak
cukup-cukup kau belasah Sim ni. Pastu kau perangkap dia dengan kes khalwat. Apa
yang korang nak sebenarnya ha? Tak puas ke hati korang dengan dia ni” bentak
Mid marah.
“Wah.. sedap kau kata aku
gemuk. Jap lagi bersepai badan kau, baru kau tahu aku siapa Mid. Selagi kami
tak dapat lagi duit kami balik. Jangan harap korang nak hidup aman! Pulangkan
duit kami balik!” balas abang Ali pula.
“Berapa kali kami nak
terangkan. Tak paham-paham ke lagi. Duit tu bukan kami yang simpan.. bukan kami
yang ambik. Kau bunuh kami pun, duit korang tu takkan kembali kat korang. Dato bangang tu dah cabut bawa duit tu ke Thailand... bahasa apa yang aku nak cakap dengan
korang sehingga korang boleh paham?” kata Sim geram. Tak paham-paham ke dorang ni.... macamana lah nak bagi diorang paham.
Nak cakap siam ker baru paham.
“Aku tak kira... kami nak
duit kami balik! Kalau tak jangan harap kau nak keluar dari sini!” bodoh piang punya gemuk.
“Kalau kami tak
pulangkan?” tanya Mid.
“Korang takkan keluar
dari sini!” pekik abang Ali. Kereta di jalanraya mula memperlahankan kenderaan
melihat aksi kami.. malah ada jugak yang membunyikan hon. Dah macam perjumpaan
kongsi gelap..... jap lagi berperanglah ni ;
“Ok... memang aku takde
duit dan takkan bayar satu sen pun! Apa kau nak buat?” marah Sim. Nak jadi apa
jadilah... janji aku dapat si gemuk ni... aku memang tak puas hati dengan abang
Ali ni sejak malam semalam... suka hati jer panggil pencegah maksiat tangkap
aku... kan dah menyusahkan aku dan bapa mertuaku.. takdak akai ka.. Baru jer
abang Ali bergerak ke arah Sim, Tiba-tiba terdengar siren kereta polis. 2 kereta
peronda polis menghimpit kereta kami. Kantoi! Polis keluar dari kereta peronda.
“Jangan buat apa-apa...
letakkan senjata. Kami Polis.... jangan buat tindakan yang sia-sia” kata
seorang pegawai polis melalui healer kereta Polis. Geng pelabur semua
meletakkan senjata ke tanah termasuklah Sim dan Mid. Kemudian tiba lagi sebuah
kereta peronda polis, seorang yang aku kira pegawai Polis dalam umur 40an
keluar dari kereta itu menuju ke arah abang Ali ;
“Woi Ali! Hang ni tak
reti bahasa ka! Semalam baru aku pi telefon hang jangan ganggu si Kassim dengan
Hamid ni? Hang ni bodoh tak boleh diajaq ka apa? Hang nak masuk dalam ka?” kata
pegawai itu berang.
“Tapi tuan... mereka ni yang
ambil duit kami! Kami nak mintak balik.. kami dah terdesak sangat ni” masih menegakkan benang basah.
“Hang ni... akukan dah
terangkan semalam. Hang tak paham lagi ker? Hang nak aku cakap apa baru hang
boleh paham? Tamil ?. Sabar je lah aku dengan kau ni. Dengaq semua! Biaq chek
terangkan bagi hangpa semua faham. Si Kassim dengan Hamid ni diorang ni pekerja
Dato.. tugas diorang mengutip wang dan mengiringi Dato... diulangi mengutip
duit. Duit itu semua dilarikan Dato haprak tu ke Thailand. Sekarang ni satu sen
haram pun depa berdua ini takde duit hangpa semua. Yang hangpa semua cari depa
ni kenapa? Budak berdua ni tak boleh pulangkan duit hangpa” terang pegawai
Polis ;
“Habis tok. Duit kami
macamana? Takkan lebur macam tu jer. Kami berhutang sana sini nak melabur. Ada
pinjam dengan ceti, along, buat pinjaman peribadi... banyak lagi la. Kami susah
sekarang kami tok... semua mintak hutang dibayar. Saya sendiri pun dah takut
nak ambil panggilan telefon... duduk rumah pun dah tak senang.. asyik
memikirkan hal ini. Kalau kami takdapa duit dalam masa seminggu dua ni tok..
mampus kami” Kata abang Ali ;
“Ya... aku tahu tu semua.
Boleh tak korang sabar sikit dan jangan ambil tindakan sendiri? Kami sekarang sudah bekerjasama dengan polis Thailand nak tangkap Dato tu. Dato tu melarikan
diri ke sana. Dalam seminggu paling lewat dapatlah tangkap Dato tu. Kami pun
dah hantar mata-mata ke sempadan untuk menjejaki Dato tu. Boleh tak korang
bersabar sikit... bagi Polis buat kerja... ini dah satu kerja aku pulak nak
melindungi mereka berdua ni. banyak lagi keja yang aku boleh buat” kata seorang lagi Pegawai Polis yang agak
veteran... aku agak mungkin dia ni Sarjan... dari segi misai pun dah tahu.
“Habis diorang ni tak
bersalah ke tok?” tanya seorang pelabur.
“Tak bersalah sama
sekali. Yang bersalah abang Ali dan kawan-kawannya. Kenapa korang pukul budak
ni.... ambil tindakan sendiri. Nasib baik budak ini tak mati. Kalau mati, jadi
janda bininya... dahla baru kahwin. Kamu semua pun masuk lokap jugak nanti. Nak
sangat ke makan free kat dalam?” sambil menunjukkan ke arah Sim. Abang Ali dah
mula gelisah... dia menundukkan kepala.... mungkin sudah sedar atas tindakan
melulunya.
“Budak berdua ni kami dah
siasat penglibatan mereka. Akaun pun kami dah siasat.. takde duit juta-juta
dalam akaun dia. Disebabkan tindakan abang Ali dan kamu semua ni... pihak Polis
memberi perlindungan keselamatan 24 jam kepada mereka berdua. Tadi Polis
berpakaian preman ada ikut Kassim. Dia yang memberitahu kami yang abang Ali ni
mengekori Kassim. Nasib baik kami cepat. Kalau tak dah jadi arwah budak ni
sebab kebodohan kamu semua” mereka semua terdiam, pegawai menyambung lagi ;
“Ali... lepas ni jangan
bertindak ikut emosi. Ingat sikit anak bini kat rumah. Nanti masuk dalam atas
tuduhan mendatangkan kecederaan. Sapa yang nak disalahkan. Kamu semua juga
begitu juga. Dah beredar.. saya taknak lagi perkara sebigini terjadi lagi.
Jangan kacau lagi budak 2 ekor ni” kumpulan pelabur itu mengangguk faham.
“Kassim dan Hamid,
maafkan aku. Aku terlalu mengikut perasaan. Aku janji lepas ni kami takkan cari
kamu berdua lagi. Kamu bebas... harap Polis dapat cari Dato keparat tu secepat
mungkin. Menyusahkan orang jer” abang Ali bergerak ke arah Kassim dan memeluknya ;
“Maafkan aku memukul kau.
Buat kau kena tangkap basah. Aku emosi waktu tu.. ikutkan perasaan” abang Ali
meminta maaf denganku.
“Takpela... benda dah
jadi. Saya pun mintak maaf sebab menyusahkan abang dan kawan-kawan. Saya gelap
mata dengan duit... saya mudah terpengaruh dan tertipu dengan kata-kata Fazzul.
Katanya skim ini halal... rupanya scam” abang Ali melepaskan pelukan dan
berjabat tangan dengan Sim. Semua geng pelabur turut berjabat tangan dengan dengan
Sim dan Mid. Selepas pelabur itu berlalu pergi dengan kereta masing-masing, Sim berjumpa dengan Pegawai Polis tadi;
“Terima kasih tuan. Tuan
selamatkan saya tadi. Kalau tak tahulah apa yang terjadi pada saya dan kawan
saya ni” kata Sim sambil bersalaman dengan pegawai itu tadi.
“Kamu juga patut
berterima kasih dengan Dato, dia yang arahkan kami mengekori kamu. Memastikan
keselamatan kamu.”
“Oh yeke? Jadi dari pagila
orang Tuan mengekori kami?.”
“Yup.. bukan saya... tapi
anggota Polis berpakaian preman.”
“Aik.. tak nampak pun
pulak orang ekori kami. Malah kami tak perasan pun” kata Mid sambil memandang
sekeliling.
“Hahahahahaha... kami
telah dilatih untuk melakukan penyamaran sehingga tidak disedari oleh orang
yang kami ekori. Tentulah kamu berdua tidak perasaan. Baiklah kalau takde apa
lagi izinkan saya pergi. Saya pun ada tugas lain yang menunggu. Lepas ini kamu
jangan bimbang. Pelabur itu takkan berani kacau kamu lagi. Kalau diorang kacau
jugak... kami akan backup kamu berdua” lalu Tuan Pegawai itu masuk ke dalam
kenderaan diikuti oleh orang-orangnya yang lain. Setelah mereka berlalu, Sim dan Mid masuk ke dalam kereta ;
“Perghhh... aku ingat
tadi dah kena pancung dengan abang Ali dan rakan-rakannya” kata Mid, Sim menghidupkan enjin kereta.
“Aku kalau dorang nak
pancung, aku nak cari abang Ali tu dulu. Biar aku kena belasah, janji aku dapat
abang Ali. Dialah punca semua masalah aku ni. Siot punya gemuk” Sim memandu
kereta kembali ke atas jalanraya.
“Habis tu aku tengok
kemain mesra tadi. Berpelukan nampak.. bersalam-salaman.. bermaaf-maafan. taknak comolot ker?” perli
Mid.
“Dah dia minta maaf.
Lagipun dia dah sedar kesilapan dia. Aku kool down la. Takkan aku nak keras
jugak... benda dah nak setel.”
“Tapi bagus jugak mertua
Pegawai Kanan Polis. Polis tolong jaga kau tu. Perghhh! Siapa pun tak berani
pun kacau kau selepas ini. Hahahahahahahaha” kata Mid sambil melihat-lihat
cermin sisi dan cermin belakang.
“Kau tengok apa tu?
Terhendap-hendap. Kau cari ape?.”
“Aku tengok Polis yang
escort kita ni. Tak nampak pung? Macamana diorang menyamar ha? Heran betul
aku.... pandai betul diorang ni menyamar” Sim mengelengkan kepala melihat
teletah Mid.