Pukul 6.30 pagi Sim sudah bangun ( penat... terbabas sikit.. sudah kunci jam
pukul 6 pagi ) dan beliau terus mandi, solat dan memakai Baju Melayu raya sedondon
yang di beli di Masjid India. Ani tidak memakai baju kurung lagi kerana dia perlu
membantu emaknya di dapur dahulu ( katanya takut baju kotor dan berpeluh.. nanati Sim balik dari solat sunat Raya baru dia pakai ). 7.30 pagi Sim turun ke bawah.... ayah,
abang dan kakak iparku yang sulong sudah menunggu untuk ke masjid bersama... mereka semua menaiki MPV abang ipar sulong Sin. Mereka semua akan solat sunat Raya di Masjid
Negeri yang hanya mengambil masa 10 minit perjalanan dari rumah. Sampai di masjid orang sudah
ramai... Sim mendapat duduk di belakang sekali dengan abang-abang iparnya ( nasib baik bukan sembahyang luar ). Bapa
mertuanya pula menunggu di luar untuk menanti ketibaan Menteri Besar dan pemangku
Sultan Kedah ( kerana Sultan Kedah telah dilantik menjadi Agong di Kuala Lumpur...
jadi dia bersolat Aidilfitri di KL ).
Selepas solat Sim dan
keluarganya terus duduk dahulu di Masjid kerana menunggu ayah yang sedang
mengiringi pemangku Sultan dan Menteri Besar serta pegawai kanan kerajaan
negeri balik. Hampir setengah jam barulah selesai dan terus pulang ke
rumah. Masuk ke rumah Sim terkesima... melihat Ani yang cun melecun memakai
baju kurung Kedah. Malah rambutnya yang sudah panjang dan dilepaskan
menambahkan lagi kecantikkannya. Sim pergi ke arah Ani yang sedang menyusun
lauk pauk ;
“Cantik awak harini?”
katanya berbisik.
“Cantek ker? Habis selama
ni tak cantik?.”
“Selama ni tak nampak. Yang
saya nampak Ari.. bukan Ani.. heheheeheehehe. Awakkan pakai seluar jeans dengan
t shirt jer. Hari cantik awak berbaju kurung... untung saya dapat isteri macam
awak” puji Sim.
“Ngade... da pi duduk
sana... kacau jer. Saya nak susun lauk ni. Nanti tetamu datang senang” Sim berlalu dan duduk di sofa. Kejap lagi sesi bermaafan dan bergambar serta sesi memberi duit raya. Ayah pertama yang kami salam, dikuti mak Adah, kemudian abang
ipar dan isteri mereka dan akhir sekali antara kami berdua ;
“Maafkan Ani jika selama
ini.. Ani sakitkan hati abang.. halalkam makan minum” Lalu Ani mencium
tangan Sim. Aku lelaki yang paling bahagia waktu ni. Ye abang maafkan Ani...
walaupun Ani buat macam-macam kat abang... takpelah ;
“Abang maafkan ayang...
sama jugak.. maafkan abang jika ada salah dan silap. Terima kasih melayan abang
selama ini dengan baik” Sim terus mengucup dahinya.... sempat lagi Sim memperli Ani... menjaga aku dengan baik? Yang ado. Kemudian tibalah sesi
bergambar... bermula sesi mengambil gambar bersama semua keluarga besar dan
sesi bergambar dengan keluarga masing-masing. Selepas selesai mereka sekeluarga mula sarapan
pagi dengan lauk yang dimasak semalam. Kemudian selepas sarapan bapa mertua Sim meminta diri untuk ke Istana Negeri dan ke rumah Menteri Besar untuk menghadiri
rumah terbuka di sana. Mak Adah tidak ikut sama kerana katanya rimas dengan
protokol.
Dalam pukul 12 tengahari
bermulalah budak-budak taman dan kampung sebelah taman ini datang beraya (
bukan nak datang makan pun... minum air... pastu jalan.. nak duit raya jer ). Mereka sekeluarga tidak pergi berjalan raya kerana tiada saudara mara di sini... semua
pakcik dan makcik ada di Sabak. Hari ketiga baru kami akan balik ke kampung di
Sabak. Cuma Abang ipar dan keluarga nombor dua telah pergi rumah makcik sebelah isterinya
di Arau Perlis. Sim hanya duduk sahaja di rumah dan menonton TV. Sambil-sambil itu
melayan tetamu yang datang ke rumah.
Dalam pukul 2.30 petang
baru mula rakan sekerja bapa mertuaku datang... kami melayannya sebaik mungkin
kerana ayah masih belum pulang dari beraya. Pukul 3 petang barulah bapa
mertua Sim balik ke rumah. Dia pula mengambil alih untuk melayan tetamu yang datang pula. Sim naik ke atas untuk berbaring sebentar. Baju Melayu disangkutkan di dinding, Sim solat dan terus tertidur selepas solat. Pukul 5 petang Sim tersedar apabila
Ani masuk ke bilik. Sim bangun ;
“Ramai ke orang datang
lagi?.’
“Ramai.. tak putus-putus.
Lauk pun nak habis. Mak kata goreng mi dan ayam je untuk tetamu malam ni. Kat
bawah pun ada dekat sepuluh orang yang ada beraya.”
“Biasalah. Bapa ada
pangkat. Ramailah orang datang.”
“Kemain awak tadi yer.
Cium dahi saya... salam udahla” Ani memarah Sim pasal perlakuannya pagi tadi.
“Ala... benda halalkan .
Lagipun raya” Sim memberi alasan.
“Apa kena mengena Raya
dengan cium dahi?.”
“Ayah awak dan abang
sulong kan cium dahi pasangan masing-masing. Saya pun ngikutla.”
“Ada je alasan awak kan.
Da pi mandi.. saya nak tidur atas katil ni pulak.”
“Jangan tidur selepas
Asar.. tak elokla. Nanti cepat jadi nyanyuk.”
“Eeeeeeee... saya
letihla. Awak tu tahu apa... dia dah tidur bolehlah cakap macam tu. Pi mandi
lah” Sim ketawa. Selepas mandi dan solat, Sim turun ke bawah. Ada 5 orang
tetamu yang dia rasa semua baru habis kerja kerana beruniform. Bapa mertua Sim mengenalkan mereka kepadanya. Pukul 6.30 petang barulah
tetamu semua beransur pulang. Sim mengambil kek dan menemani ayah mertuanya yang sedang
minum kopi panas ;
“Ramai betul orang datang
rumah bapa ini... kalau saya dari pagi ke malam tak larat de nak melayan
orang.”
“Biasalah. Tiap-tahun
macamni.... lauk pun nak habis. Bapak suruh Abang long kau pi beli barang kat
Tesco. Masak apa yang patut.. asyik makan nasi impit dan rendang muak bapak.
Nak nasi jugak... telur pun jadila.”
“Kalau mak sibuk... saya
boleh tolongkan masak” Sim menghulurkan bantuan.. kesian tengok mak mertuanya bertungkus lumus menyiapkan hidangan dari semalam sampailah harini.. tak
berhenti-henti.
“Betul ke ni? Takpelah.
Biar menantu perempuan yang masak. Kau masak ke kat rumah?” kantoi!
“Eh! Takla bapak...
lagipun saya takde masa pak. Malam-malam
baru balik kerja. Hari minggu je saya kadang-kadang masak... masak yang
ringkas-ringkas... janji kenyang.”
“Ani takde masak?.”
“Dia pun sibuk bapa...
maklumlah tahun akhir. Kejar sana kejar sini. Tak sampai hati saya suruh dia
masak. Penat.... lagipun beli untuk makan berdua jer. Kalau masak pun tak
berbaloi.”
“Takpelah kalau kau kata
gitu. Ini... sebut pasal kerja. Dato Khaidir cakap dengan bapak.. dia puas hati
dengan hasil kerja kau. Kamu pun bagi idea yang bagus untuk mengembangkan
perniagaannya ke USIM dan Nilai. Tahniah! Tak sia-sia bapak kenalkan kau
padanya.”
“Takdelah bapa... saya cuma
bagi idea jer. Lagipun saya kenalah cari duit lebih. Saya ni dah kahwin. Nak
harapkan gaji saya.... manalah cukup” kata Sim jujur.
“Bagaimana dengan projek
jual jersi tu?” bapa mertuanya tahu tentang projek tersebut....
“Insya Allah 50% laman
web sudah siap. Stok pun akan sampai minggu satu lagi. Mungkin 2 minggu lagi saya
akan mula bisnes. Bapa jangan bagitahu Ani tau... saya nak bagi kejutan.”
“Iye... bapa tak beritahu
Ani. Kan Kassim dah bagitahu bapak haritu. Bapak berpegang pada janji. Modal cukup?.”
“Cukup pak... saya kongsi
dengan Mid”.
“Kalau tak cukup
bagitahu. Bapak boleh pinjamkan.”
“Bapak dah banyak tolong
saya. Belanja kahwin pun saya belum bayar lagi. Segan saya.”
“Kau tu belum steady
lagi. Apa salahnya bapak tolong. Lagipun kau tu menantu bapak. Anak yatim pulak
tu. Kau takde tempat bergantung... siapa pulak nak bantu kau kalau bukan bapak” Sim mula mengalirkan air mata... terharu
“Apa lak kau sedih pulak
ni?.”
“Saya ni tak pernah ada
bapa. Bila bapak beri kasih sayang begini... barulah saya dapat kasih bapa.
Kasih mak. Saya gembira dalam kesedihan. Ini pun kali pertama saya dapat merasa
beraya bersama keluarga. Kalau tak beraya lah saya dengan Mid jer berdua.”
“Dah la tu.... jangan
sedih lagi. Raya ni... Raya kita mesti bergembira, bukan sedih-sedih. Bapak
masuk dalam rumah dulu. Nak mandi.... nak solat.. malam nanti ramai lagi tetamu
nak datang” Sim mengesat air mata. Kemudian Sim masuk ke dalam rumah dan
membuka lampu kelip-kelip. Sim menutup pintu dan masuk ke dalam bilik. Di bilik, Ani
masih lagi tidur... penat sangat gamaknya
;
“Ani... bangun ni... sudah
nak Maghrib ni” Sim mengoncangkan bahu Ani. Dia mengeliat.....
“Dah pukul berapa awak”
tanyanya dengan mata separuh buka.
“Pukul 7.05 malam..
bangunlah.. solat. Kejap lagi nak tolong mak masak kat dapur” pujuk Sim.
“Penatnya awak.”
“Pi la mandi dulu. Nanti
segarlah badan awak tu. Saya dah mandi” Ani bangun dan mengambil tuala dan
terus ke bilik air untuk mandi. Selepas solat Sim terus turun ke bawah untuk
membantu apa yang patut. Mereka memasak mi goreng dan mengoreng ayam. Nasi juga
dimasak dengan lauk masak asam singgang. Dikatakan Ketua Polis Negeri akan
datang selepas solat Isyak nanti ( Ketua Polis sangat suka masak singgang air
tangan mak Adah dengan ulam dan belacan ). Sim juga menolong menggoreng ayam.
Pukul 9.00 malam tetamu mula datang ke rumah..... kami memberi mereka makan
rendang nasi impit atau kuah kacang yang masih berbaki serta Mi dan ayam juga
dihidangkan. Lauk belum siap masak lagi... memang khas untuk Ketua Polis dan
keluarga Sim. Pukul 10.00 malam barulah ketua Polis datang ke rumah... nasib baik tiada tetamu yang datang bertandang ke rumah. Sim terus menghidangkan nasi dengan lauk untuk dijamu oleh Ketua Polis. Ketua Polis amat ramah
orangnya dan berborak dengan slanga utara yang pekat( maklumlah orang sini
jugak ). Dia memuji Ani dengan berkata ;
“Ha... macam ni la ang pakai...
baru macam betina. Dulu aku mula datang Dato... aku ingat anak ang ni
jantan.... dengan pakai seluaq pendek... rambut pendek.... rupanya pompuan. Baguih
dok ada” Sim tergelak.. Pukul 10.40 malam Dato KP
minta diri beredar. Mak Adah membungkuskan lauk untuk dibawa pulang untuk
keluarga Dato KP. Selepas Dato pulang Sim membantu mengemas rumah seperti menyapu
dah membasuh. Pukul 12 tengah malam baru dapat dia masuk tidur.
{{{{{{{{{{{{{{{
Besoknya, tetamu masih ramai datang lagi ke rumah... kebanyakkan orang
politik dan pegawai-pegawai polis. Harini MAk Adah memasak lontong dan kuah lodeh.
Pada mulanya Dato bercadang untuk balik ke Sabak pada pukul 2 petang...tetapi pukul 5 petang
baru kami dapat bergerak kerana menunggu tetamu terakhir balik. Mereka sekeluarga sampai
di rumah kampung Sabak dalam pukul 11.30 malam. Borak-borak sekejap kemudian
terus masuk tidur.
Pada Hari Raya yang
ketiga pada pukul 9.00 pagi mereka sekeluarga terus berkonvoi untuk beraya di rumah sanak
saudara. Sim dan Ani beraya mana yang sempat sahaja ( kerana aku perlu bekerja esok ). Mereka sekeluarga pergi
mana rumah yang penting dahulu terutama rumah pakcik dan makcik sebelah
kedua-dua mertuanya. Pukul 9.00 malam Sim balik ke rumah di Bangi seorang diri,
Ani tinggal di sini untuk beraya lagi. Aduyai, besok kerja pulak.... tak syok
betulla.