Sinopsis
Mengisahkan seorang pemuda bernama
Kassim atau nama glamornya Sim seorang anak yatim yang melarikan diri dengan
kawannya baik Hamid ( Mid ) dari rumah anak-anak yatim di Gombak. Mereka
melarikan diri pada usia Kassim 16 tahun kerana tidak tahan duduk di rumah
anak-anak yatim. Setelah keluar.. pelbagai pekerjaan yang mereka lakukan
bermula sebagai pencuci kereta, kemudian menjadi pembantu pasar…. sebelum
berkenalan dengan abang Fazzul. Abang Fazzul mengupah mereka menjaga perniagaan
barangan tiruan dan cetak rompak yang memberikan upah yang super lumayan.
Kemudian abang Fazzul membuka syarikat pelaburan haram pada tahun 2011 di mana
mereka berdua diambil bekerja.
Selepas
setahun, abang Fazzul melarikan diri dengan wang pelabur… manakala Sim dan Mid
diburu oleh para pelabur yang marah keraba wang pelaburan hangus begitu sahaja.
Pada satu malam, apabila mereka mengeledah pejabat untuk mencari maklumat dan
seterusnya mengesan abang Fazzul, mereka telah berjaya dijejaki oleh para
pelabur yang marah. Sim dan Mid cuba melarikan diri dari kepungan para pelabur
yang diketuai oleh abang Ali. Sim terkepung di sebuah taman perumahan dan
dipukul oleh para pelabur. Sim yang pengsan telah ditinggalkan di bawah pokok
di sebuah rumah di taman tersebut. Dijumpai oleh seorang perempaun yang
berkelakuan ala-ala tomboy bernama Ari ( nama sebenar Ariani Suzana ) yang baru
balik menonton perlawanan bola Euro. Ari mengheretnya masuk ke dalam rumah dan
merawatnya.
Pelabur
yang tidak berpuashati menelefon jabatan Islam daerah mengatakan bahawa
terdapatnya kes khalwat yang sedang berlaku. Akhirnya Sim dan Ani telah
ditangkap khalwat. Ayah Ani, Dato Malek mengahwinkan mereka berdua walaupun Ani
dan Sim tidak bersetuju. Tapi demi menjaga nama baik Dato Malek yang merupakan
orang besar di peringkat Negeri maka keputusan diambil untuk menikahkan mereka
berdua besok petangnya. Terdapat pelbagai konflik dan perkara lucu yang terjadi
sepanjang perkahwinan mereka selama 4 bulan.
Tapi
akhirnya Sim menerima perkahwinan mereka dan cuba untuk mencintai serta
menyayangi Ani sepenuh hatinya.. sebaliknya Ani hanya melayan Sim sebagai
kawannya sahaja.. tidak lebih dari itu. Ani juga tidak menjalankan
tanggungjawabnya sebagai isteri dan melebihkan kawan-kawannya. Tapi akhirnya
berlaku perkara yang tidak disangka membongkarkan siapakah Sim dan ayahnya yang
sebenar dan sebab musabab Sim ditinggalkan di rumah anak-anak yatim…………..
Bab 1
Diburu
Siot!……. Mana aku nak lari ni? Sim duduk
bersandar termengah-mengah sebentar di tembok sebuah rumah. Baru sahaja sekejap tadi Sim terlepas dari dikejar oleh pelabur-pelabur yang berang apabila mendapat
tahu skim pelaburan yang Sim uruskan sebenarnya tidak wujud dan hanyalah
penipuan semata-mata. Nasib baik aku sempat lari tadi, kalau tak… mampus aku.
Dekat 20 orang kejar aku dengan motor. Kenapalah korang cari aku? Bukan aku pun
pemilik syarikat tersebut. Aku ni cuma pembantu peribadi je pun. Pemiliknya dah
lari tah kemana. Hampas betul! Orang lain sedap makan duit pelabur…. Aku pula
kena maki dan kena kejar dengan pelabur-pelabur yang marah. Sim kini berada
di Alor Setar negeri Kedah Darul Aman. Sim tercampak ke sini apabila seorang
ahli perniagaan yang selalu mengupahnya dan Mid ( kawan baiknya sejak dari kecil lagi ) di Kuala
Lumpur memberi tawaran mereka berdua bekerja di sini setahun yang lalu. Tugas Sim adalah menjadi
pengawal keselamatan merangkap pembantu peribadi Dato pemilik syarikat
pelaburan tersebut di sini. mereka berdua tertarik menerima tawaran tersebut kerana
upahnya yang lumayan dan ada komisyen. Sim mengambil fonsel dari dalam poket
seluar dan menelefon seseorang.
“Helo.
Oi Mid! Kau kat mana tu?” tanya Sim kepada Mid yang turut kena kejar oleh pelabur yang marah tadi.
“Aku
dah setel down dah! aku menyorok kat rumah kawan aku kat Taman Alor. Kau kat
mana Sim?” Sim adalah singkatan namanya bagi Kassim. Namanya yang sebenar Kassim
Bin Abdullah…. Panggil Sim komersil sikit.
“Aku
depan taman permainan Taman Angsa. Gila la diorang ni. Mengamuk habis macam nak
bunuh orang. Sanggup kejar aku… tak cukup tanah aku lari” Sim menarik nafas….. penat berlari tadi masih terasa…. jantungnya berdegup kencang
“Eh
kejap! Ada orang datang” Sim melihat geng motor yang mengejarnya tadi sedang berlegar-legar
dengan motor masing-masing di hadapan taman tempatnya bersandar. Sim panik dan lantas
bersembunyi di dalam longkang. Yakkk! Busuknya…. Bau cam haram. Nyawa punya
pasal aku turutkan. Kalau mereka nampak aku nanti di sini mampus aku dikerjakan oleh
mereka… mana aku nak lari lagi… dah tak larat. Mereka memang benar-benar sedang
marah ;
“Apahal?”
tanya Mid.
“Bangang
betul diorang ni. Kejar aku sampai taman permainan ni? Macamana aku nak lari
ni? Aku rasa diorang dah kepung taman ni” Sim dah mati kutu.
“Memang
orang tengah marah gila. Selagi tak dapat kau dan aku selagi itu la diorang
cari. Walaupun sampai ke lubang cacing.”
“Macamana
kau dapat lari ha?” tanya Sim kepada Mid.
“Masa
kita berpecah tadi… aku nampak teksi. Aku tahan teksi tu dan suruh apek tu
pecut. Aku bagi duit 2 kali ganda kalau apek tu bawak laju… diorang kejar aku
dengan berlari… makan asap lah diorang.. hahahahahahahahaha.”
“Kau
ada idea tak Mid? Aku tak tahu nak buat apa ni” tanya Sim… manalah tahu Mid ada
idea. Kepala otak aku ni dah tak boleh pikir secara waras.
“Aku
rasa dorang cari kau sampai dapat kat area situ. Aku syorkan kau cari
rumah-rumah kosong yang takde orang duduk. Rumah yang kena tinggal ker. Kau
sembunyi dulu sampai besok pagi. Besok pagi aku suruh kawan aku ambik kau.
Deal?” Mid memberi cadangannya.
“Betul
ni? Kau jangan tak ambil aku pulak. Aku makan malam pun belum lagi ni. Besok
kau tak ambil mahu kebulur aku nanti. Ok deal… aku setuju ” nak taknak Sim terpaksa bersetuju dengan cadangan Mid… dia sudah tiada yang pilihan lain lagi;
“Deal.
Iye… aku ambik engkaunya… janganlah kau risau. Kita dah lama kawan… sejak dari
kecil lagi. Takkan aku nak biarkan engkau. Tapi pastikan rumah tu betul-betul takde
orang. Tapi kalau berhantu atas risiko sendiri la. Hahahahahahaha” siot jer.
“Siot
kau Mid! Takutkan aku pulak! tapi aku rasa lebih rela jumpa hantu dari jumpa
orang. Kalau jumpa orang konfom kaw-kaw aku kena belasah. Kalau jumpa hantu
setakat kena sakat tu ok lagi. Ok ! besok kau telefon aku. Jangan kau tak
telefon pulak” tegas sim.
“Iye.
Aku telefonlah nanti” kami menamatkan perbualan. Sim menjenguk di sebalik
longkang. Aku perlu tunggu dahulu sehingga keadaan betul-betul line clear… Sim mengimbau kembali kenangan bagaimana aku boleh bekerja di Alor Setar ini
sehingga menjadi buruan pelabur yang marah ;